09

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

6 bulan lepas

"Mana lah aku tahu. Mummy yang memandai mandai kata aku single and available. Bukannya dia tak tahu aku punya hati ni masih terluka berdarah auch gitu"

"Dah tu kau pergi juga. Hidup ni simple. Tak nak cakap tak nak. Nak cakap nak". Hawra mengeluh dengan kuat. Sengaja. Hehe

"Hah mula mula. Mula mengeluh. Hidup ni-". dan panggilan ditamatkan. Malas nak dengar kawan dia yang sorang tu membebel. Sehari tak membebel tak sah. Dah jadi mak orang pun membebel je memanjang.

"Mamat ni pun satu hal. Nak jumpa dekat Mid valley. Memang mid ni ada satu kedai je. Memang memang". Maka Hawra melepak di kawasan MPH sambil menunggu ketibaan si jejaka pilihan ibu tirinya

Bzz bzz

Hawra seen kan sahaja chat ibu tirinya itu. Nak marah, nanti jadi anak derhaka. Nak balas pun tak tahu nak balas apa. Kalau balas dah sampai, buatnya mummy paksa lelaki tu datang dan tinggalkan kerja dia? Tak ke naya dia pula yang dipandang serong nanti.

"Ni balik main genshin pun sempat. Tidur ke? Daripada aku duduk sini tak buat apa". Dia tekad. Dia nak balik. Lantak ah lelaki tu.

2 jam kemudian

"Benak aku sampai kat kau ke? Balik je lah. Bukan kau turn off dengan orang yang tak tepati masa ke?"

"Ntah ah weh. Aku balik pun nak buat apa? Wawa dengan Nia balik kampung. Takkan aku nak ajak kau melepak pula? Nak angkut sekali askar askar kau? Tanpa laki kau? Hmm emang idok le. Ada kes anak hilang muncul tv harini". Dia mengunyah kentang goreng yang dibeli di mekdi setengah jam yang lalu. Sekarang melepak dalam mekdi tanpa hala tuju.

"Balik lah weh. Ntah ntah dia pun tak nak jumpa kau. HAHAHA. Hawra kena reject awal awal y'all. Sewram"

"Eh ni Hawra Daniel tau. Mana ada orang reject aku. Aku reject orang. Heh"

"Yang kau reject pun arwah Haris. Tu pun sebab kau ingat dia syok kat aku dulu HAHAHAH"

Diam. Bisu. Tak terkata mereka berdua. Hanya kedengaran suara orang disekeliling Hawra dan tangisan anak Ira disebalik telefon.

"Aku gerak dulu weh anak nangis". Tamat.

"Hawra eh? Hawra Daniel?". Tak semena mena air mata gadis itu mengalir

---

"Ouhh sorry. Aku tak tahu nak panggil kau apa. Ibu bagitahu nama depan je". Hawra menggeleng.

"Sokay". Dia kembali tenang. Kentang yang tak habis tadi, disumbat balik masuk ke dalam mulut. Lapar.

"Kau tak makan ke?". Terasa janggal dan malu bila lelaki dihadapannya tidak menjamu apa apa. GILA TAK SEGAN

"Ouh tak. sebelum datang tadi saya dah singgah mamak makan maggie goreng". Wah. Elok emosi dia dah stabil, tiba tiba berapi. Boleh lelaki ni bantai makan dekat mamak? Dah la lambat, tak ajak pula tu.

"Ouh". Balas Hawra dengan dingin.

"Marah k-"

"Tak". Eidlan garu tengkuk. Seram.

"Nama aku Eidlan Amsyar"

"Tahu". Buntu. Kosong dah otak lelaki bernama Eidlan ni. Nampaklah yang Hawra tengah marah dan ta berminat untuk beramah mesra

"Mummy cakap kau cikgu. Cikgu apa?"

"Sejarah". Pendek dan simple. Tak perlu nak letak huraian ataupun ayat penutup. Cukup untuk buatkan lelaki bernama Eidlan terdiam dalam jangka masa yang lama.

"Kau tak nak tanya apa apa ke?". Hawra menggeleng. Dia sedut airnya sehingga habis dan bangun. Nak hantar dulang dan balik. Balik, tidur. Perghhh.

"Hawra tunggu". Dua dua berhenti tapi Eidlan tak tahu nak cakap apa. DEY MINTA MAAF LAH

"family mart? Aku belanja. Aiskrim". Dan ego Hawra goyah. Family mart kot. Aiskrim pula tu. Mana mau tak goyah.

"Jom". Hujung jaket Hawra ditarik lembut. Kini Eidlan seakan memimpin Hawra ke family mart terdekat.

"Dah okay?". Hawra masih diamkan diri. Berat mulut. Ada emas barangkali dalam mulut dia tu.

"Aku minta maaf sebab lambat. Boss aku panggil last minute masa aku otw datang sini. Aku dah bagitahu mummy kau tapi mummy kau kata yang kau tak balas apa apa". Hawra sekadar memandang Eidlan dengan pandangan 'ouh k'.

"Okay lah macam ni. Dinner is on me. How?". Laju aja Hawra setuju. Lega sikit Eidlan. Kata ibunya, tak baik sakitkan hati perempuan. Hah gitu le.

Seminggu kemudian

"Gila ka apa mummy dengan ayah ni?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro