11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara

Aku duduk bersimpuh ditengah rumah sambil melipat baju. Biasalah kita anak orang kampung je. Tak ada bibik nak lipatkan macam kak Danie. Apalah dia buat sekarang. Eh sibuk pula aku fikir pasal dia.

"Adik". Sapa ibu dengan suara yang perlahan. Macam takut takut didengari orang lain. Sedangkan yang ada dalam rumah ni hanya aku, abah dan abang Eid sahaja. Kebetulan kena balik kampung sebab abah sakit, jadi abang Eid pun tumpangkan aku dengan keretanya.

"Ibu nak cakap sikit"

"Apa dia ibu". Aku letakkan kain yang sudah terlipat di dalam bakul semula. Susun cantik cantik dan letak ditepi sofa lama.

"Ibu sebenarnya..."

"Ibu gaduh dengan ayah lagi ke?"

"Bukan". Nafi ibu. Bukannya nak kata ayah baran atau kaki pukul tapi pernah juga aku nampak ibu kena maki dengan ayah. Cumanya aku tak tahu atas sebab apa. Biasalah orang tua.

"Ibu dengan ayah tak suka kamu dengan Eidlan". Luruh jantung aku bila ibu cakap macam tu.

"Ibu! Ibu tahu tak adik kena hadap macam macam untuk dapatkan abang Eid? Sekarang ibu cakap macam ni pula. Kenapa masa adik bawa abang haritu ibu tak bantah? Kenapa ibu dengan ayah tak halang awal awal?". Aku genggam telefon yang sedia ada di tangan aku daripada tadi. Geram!

"Adik ingat ibu pernah cerita pasal Syahir sebelum ni?"

"Anak ibu yang kena bawa lari dengan ex husband ibu dulu? Apa kena mengena ibu?! Ibu sendiri bagitahu yang dia dah meninggal sebab masalah jantung. Ibu yang lupa ke adik yang lupa?". Terus ibu gelengkan kepala. Aku jadi serabut. Dulu kemain cari anak bujang dia, bila sah jumpa kata dah meninggal

"Tak. Ibu percaya yang Syahir hidup lagi"

"Bukti? Ibu sendiri bawa adik pergi kubur dia. Now ibu nak kata abang Eid tu anak ibu? Ibu tolonglah. Dia dah tak ada?". Terpejam mata ibu bila aku tinggikan suara. Terpaksa supaya ibu sedar yang anak dia yang satu itu sudah tiada. Tiada! Yang tinggal hanyalah aku!

"Apa yang dah tak ada tu?". Terkaku tubuh aku bila suara abang Eid muncul di pintu masuk. Ayah juga turut bersama sambil membawa sebakul penuh buah durian. Sah baru balik daripada kebun.

"Ibu ni. Dia kata nak buah Strawberi. Kita ni duduk Melaka bukannya Genting Highlands. Kan ibu?". Aku peluk lengan ibu dengan erat. Memberi amaran supaya ibu tak ungkit perbualan tadi di hadapan abang Eid.

"H—haah. Saya tiba tiba teringin". Aku tersenyum bila ibu faham isyarat aku. Ayah hanya menggeleng kepala dan Eidlan pula tersenyum manis. Awww handsome betul bakal suami saya ni!

"Zara tolong ambilkan kunci kereta abang dalam bilik". Aku terus bangun dan mencari kunci kereta di dalam biliknya. Sebelum keluar, aku ambil baju yang tergantung disebalik pintu dan diletakkan di hidung.

"Erm wangi!"

"Jumpa tak?". Terus aku letakkan baju abang Eid di tempat asal dan keluar dengan kunci kereta.

"Abang nak pergi mana?"

"Pergi pasaraya. Cari strawberi ibu. Nak ikut tak?". Laju aku anggukan kepala dan mengambil purse berserta telefon diatas meja.

"Nak!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro