13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eidlan

"Kau suami Danie ke?". Dylan jeling aku daripada atas sampai bawah. Serupa macam mak mertua dalam drama korea yang beratus episod tu.

"Haah"

"Zara tu siapa pula?"

"Sudah la abang. Nantilah kita sembang pasal hal ni. Cakap sekarang pun buat pening kepala je. Eid jom balik". Danie tarik tangan aku tapi aku tepis tangan dia.

"Kenapa kau takut nak bagitahu dia? Bukannya salah pun apa yang kita buat"

"Aduh serabutlah kau ni. Aku balik sendiri je lah". Hawra pun tinggalkan kami bertiga tapi tak sampai seminit dia datang balik tarik tangan aku.

"Aku datang dengan kau. Balik dengan kau lah. Mana boleh abaikan isteri yang cantik dan comel macam aku ni". Aku mengeluh dan usap kepala dia dengan perlahan.

"Lepas aku hantar Zara balik ya? Kau melepak lah dulu dengan 'abang' Dylan. Mak ayah Zara ajak aku makan malam sekali"

"Lepastu kau tinggal aku dengan lelaki? Berdua je? Percaya betul dekat aku— ARK". Dahi licin dia aku jentik dengan selemah iman. Itu pun kata sakit. Ceh

"Aku kenal Dylan daripada universiti lagi. Kau pun lama tak lama dalam 6-7 bulan. Bukannya tak kenal. Kenal sangat. Jom Zara". Aku gerak dan tinggalkan Hawra dengan mimik mukanya yang tak puas hati.

"Tak apa ke kita tinggalkan Kak Danie macam tu je? Awak tak kisah?"

"Danie tu isteri yang ummi pilih untuk saya je. Lagipun saya dengan dia tak ada perasaan antara satu sama lain. Hal dia, hal dia la. Sekali dia tak buat benda yang salah, saya tak kisah. Yang saya kisah sekarang ni awak sorang je". Aku senyum sambil memandang muka Zara. Tenang sikit hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro