17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eidlan

Aku masuk ke dalam bilik dan hempaskan file yang mengandungi idea idea yang aku kira sudah cukup untuk membangunkan lagi syarikat ni.

"Kau dah kerja dengan aku lebih daripada 7 tahun tapi kenapa kerja kau macam budak intern?"

Dylan bagaikan dirasuk sesuatu. Tak pernah pernah dia cakap dengan aku sebegitu rupa. Paling teruk pun dia hanya gelak dan tolak idea aku mentah mentah. Tak ada ayat perli perli macam ni!

"Abang?". Aku duduk di kerusi sambil melonggarkan tali leher. Lemas!

"Zara nak apa?". Aku pejamkan mata dan dapat rasakan yang bau aku diurut lembut. Haih ini nak marah pun tak jadi.

"Zara dengar idea abang kena reject lagi"

"Tch. Dylan tu ingat dia hebat sangat. Masa dia baru nak buka syarikat ni dia lupa siapa yang tak tidur malam semata mata nak tolong dia!". Dahi aku diurut perlahan. Sakit otak. Sakit hati. Semua sakitlah!

"Nak buat macam mana? Kita ni orang suruhan dia je". Aku perasan, sejak 5 tahun Hawra hilangkan diri, dia berubah 360 darjah. Bukan salah aku yang Hawra hilang. Kenapa nak lepas dekat aku?

"Abang"

"Hm". Nak kata dia cemburu aku dah nak kahwin dengan Zara? Dia sendiri yang bagitahu dia tak ada perasaan dekat aku. Salah aku juga ke?

"Zara masih tak dapat lagi restu ibu dengan ayah"

"Hah? Zara. Dah 5 tahun kita tangguh. Benda baik lebih elok dipercepatkan". Aku pegang tangannya dan cuba untuk tak marah.

Ini lagi satu masalah. Aku tak tahu bila tapi sejak daripada haritu, jangan kata jenguk nak jumpa mereka pun tak boleh. Zara bagitahu yang mereka berdua tak restu hubungan kami. Aku tak tahu kat mana salah aku. Banyak betul dugaan nak kahwin ni. Masa kahwin dengan Hawra smooth je. Langsung tiada masalah.

"Zara tahu. Zara pun nak sangat jadi isteri abang. Zara dah tak tahan dengar orang cakap Zara ni bukan bukan". Aku bangun daripada kerusi dan terus pandang anak matanya.

"Siapa? Siapa yang cakap buruk pasal Zara?". Matanya dialihkan ke tempat lain. Mungkin takut dengan aku yang tiba tiba naik angin.

"Sorry sayang". Aku lepaskan tangannya dan berpaut pada meja. Sakit kepala datang menyerang. Kesan tak cukup tidur sebab siapkan proposal yang akhirnya masuk ke dalam tong sampah.

"Ermm—"

Aku terus keluar daripada pejabat aku dan menuju ke tingkat bawah. Tingkat yang menempatkan tempat kerja Zara.

"Dengar sini semua!"

"Abang janganlah". Aku endahkan Zara dan pandang satu persatu muka yang disebut Zara tadi.

"As everyone knows Zara is my girlfriend. Jadi kalau aku dengar gosip daripada mulut busuk macam korang ni, siap sedia dengan surat berhenti kerja!". Semua orang mula berbisik di antara satu sama lain dan Zara terus menjadi perhatian orang ramai.

"Faham atau tidak?!"

"Faha—". Tak sempat aku nak anggukkan kepala, mereka semua berhenti bersuara.

"Never knew fired my people is your job now, Eidlan". Dengar sahaja suara Dylan, terus membuatkan bulu roma aku menegak. Dapat aku rasakan aura aura gelap datang daripada belakang aku.

"Know your place you fool". Bahu aku ditepuk beberapa kali dengan perlahan tapi mampu membuatkan aku teguk air liur sampai tersedak.

"Zara? Tak reti pergi buat kerja ke? Ingat boyfriend COO company boleh berjimba? Better you hantar surat berhenti dekat office I"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro