𝐏𝐭2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masa ibu dengan ayah Danie on the way nak balik, depa kemalangan. Kena langgar dek bas. Dengar cerita, pemandu tu dalam keadaan mabuk dan high sting aku yahu. Entah macam mana boleh bawa bas time tu pun tak tahu. Daripada 3 orang, hanya seorang yang selamat. Si ayah.

Danie tak sempat nak ucapkan selamat tinggal atau selamat datang dekat ibu dan adik dia. Masa hari pengebumian mereka berdua, Danie hanya mampu tengok jasad ibu dan adiknya ditimbus tanah.

"Ayah, Hawra lapar. Hawra nak makan nas—"

"Danie". Hawra tak menyahut. Dah memang itu bukan nama panggilan dia.

"Danie sayang"

Disebabkan Danie terlalu dahagakan kasih sayang daripada si ayah, Danie ikutkan sahaja semua kehendak orang tua tu.

"Danie. Ayah ada beli baju baru untuk Danie"

"Mana?!". Tanya anak kecil itu dengan penuh ceria. Buka sahaja beg kertas pemberian si ayah, Danie terdiam.

"Tapi ini baju lelaki?". Wajah si ayah yang tersenyum tiba tiba berubah menjadi mendung.

"Anak ayah kan lelaki. Takkan nak ayah belikan dress pula? Danie tak sayangkan ayah ke? Hm?"

Sejak daripada haritu, wujudnya identiti baru untuk Hawra yakni Danie. Daripada tadika sampai ke sekolah menengah, tiada siapa tahu yang Danie ni sebenarnya perempuan.

"Wowowowo serius lah?". Mereka bertiga anggukan kepala.

"Masa sekolah menengah tu, Danie keding gila. Senang cerita dia tu macam tulang dekat makmal sains cumanya dia bergerak"

"Eh tapi aku dengar Cikgu Naim cakap tulang tu bergerak juga do"

"Ish kau ni!". Bahu Wawa dihempuk handbag Nia. Dah la beg dia tu seberang almari. Entah apa isi dalam beg tu pun tak tahu lah.

"Jadi macam mana korang tahu jantina dia yang sebenarnya?"

"Ouh masatu—"

Dekat 6 bulan Danie tak datang sekolah. Tak ada siapa tahu dia ke mana. Dia tinggal dekat mana pun cikgu tak tahu sebab dia jenis berahsia. Alamat yang dia tulis masa daftar sekolah pun tak boleh pakai. Sebab masa pihak sekolah pergi, rumah tu kosong. Macam tak ada sesiapa duduk situ.

Rupanya-rupanya, Danie masuk hospital. Bukan hospital biasa, tapi hospital bahagia. Mummy yang hantar dia dekat sana bila tahu yang Danie sebenarnya perempuan.

"Dah apa kena mengena—"

"Diam anak beeb aku tak habis cakap lepastu kau potong beeb. Beeb kau ni beeb memang beeb beeb"

"Okay sorry sorry"

"Fuhh lega sikit aku. Hah nak disambungkan cerita—

Ayah Danie bercinta dengan mummy dan merancang nak kahwin. Jadi dibawa la Danie berjumpa dengan mummy. Mula mula memang rasa tak ada apa tapi lepas mummy dengan ayah Danie berkahwin, baru tahu yang Danie sebenarnya perempuan. Mummy jumpa surat beranak original Danie. Terpampang Hawra Daniel Binti Mohd Mustafa. Terkejut lah mummy.

"Masa mummy tanya Danie pasal jantina dia, Danie berkeras kata yang dia tu lelaki, bukannya perempuan. Surat beranak yang mummy jumpa tu palsu. Mummy tak puas hati jadi mummy korek sendiri cerita ni. Mummy en kaya, jadi mummy upah la orang. Zas zas zas kantoi. Ayah dia memanipulasi Danie. Anak beranak kena sumbat masuk hospital bahagia"

"Habis kenapa tak panggil je dia Hawra? Kenapa kena panggil Danie juga?"

"Danie tak suka. Mengikut apa yang mummy cerita dekat kami, ayah benci kalau ada orang panggil Danie dengan nama Hawra sebab ayah sayang Danie. Bukan Hawra"

"Sampai sekarang?". Tanya Eidlan.

"Sekarang sebab dah terbiasa. Ada sorang je yang panggil dia Hawra"

"Aku lah tu. Kiranya aku special lah? Hehe". Mulut mereka terbuka luas. Terciduk.

"Kau serius lah panggil dia dengan nama Hawra? Dia tak react apa apa ke?"

"Tak. Dia okay je aku panggil dia Hawra. Lagipun nama Danie tu macam terlalu lelaki bagi aku. Tak selesa"

"Wow—"

"Hoi! Berapa lama lagi nak culik laki aku?"

"Hak alah hesmes lagi la laki aku daripada laki kau". Marah Ira. Apa dia ingat dia nak sangat ke rampas laki orang? Laki sendiri pun tak terjaga. Pagi kerja, malam main game. Macam jaga anak orang. Bukan jaga laki sendiri.

"Btw, hubungan Danie dengan ayah dia memang lama retak. Sejak mummy sumbat dia masuk hospital. Jadi jangan pelik lah kalau ayah dia tiba tiba mengamuk ke apa ke. Eh?"

(Time line: hari perkahwinan Eidlan×Danie)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro