25 << melayu >>

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Saya menaip ini sambil mengumpul rasa nak berak (ketahui lah bahawa aperson seorang yang tidak senonoh)



"Meriahnya."

Hannah tersengih memandang Cassiel di sebelah. Dia memandang Qays yang sudah tertidur di atas car seat nya. Dan kemudian, pandangannya kembali kepada si suami yang masih terkebil-kebil memandang suasana di halaman rumah yang baru mereka tiba ini. "Sekali sekala je ni. Sebab susah nak kumpul ramai-ramai. Ni, semua pakat cuti, semua pakat naik gaji, budak-budak pun semua pakat nak makan durian... maka di sini lah kita."

Cassiel masih diam.

Hannah memandang. "Dah kenapa beria sangat macam kena sampuk?"

Cassiel memandang Hannah. Keningnya berkerut. "You didn't tell me that all your ipar duais, segala nenek moyang 're gonna be here? Tak nampak ke? Ramai tahu tak? Macam nak buat kenduri."

Hannah kembangkan hidungnya biasa saja. "Ni kira sikit je lah. Takat kenduri doa selamat. Buuu... budak mata biru first time masuk kampung." Dan terus dia melangkah keluar.

Cassiel turut keluar dan membuka pintu belakang mengambil Qays yang kini terlentok di bahunya. Dia bersuara kepada Hannah yang sibuk mengambil segala juadah dan cenderamata yang dia beli sepanjang di dalam perjalanan tadi. "Sedara awak semua tak penah jejak KL ke sampai beria awak borong macam melancong kat Europe?"

Hannah terus menjeling Cassiel. "Biar ah!"

Cassiel masih hanya mendukung sambil menepuk-nepuk buntut Qays di atas lengannya. Dia memandang hadapan kembali. Dan terus dia menelan liur sebaik saja perhatian semua menuju ke arahnya dan Hannah. Dia hanya tersengih-sengih sambil perlahan-lahan mendekati isterinya yang masih tidak habis memunggah barang.

"Kitorang punya gathering dekat kampung mummy takde lah sampai ramai macam ni, awak. Ni... kenapa macam satu kampung awak punya sedara ni?"

Hannah mengeluh sebelum memandang Cassiel. "Korang punya sedara mara siapa je? Adik-beradik je, kan? Mana ada makcik-makcik apa semua, kan?"

Cassiel diam dan hanya memandang Hannah yang bertungkus-lumus memegang plastic bags yang bermacam-macam warna. "Hannah, jangan tinggalkan saya sorang-sorang untuk deals dengan dorang semua tau?"

Hannah memandang Cassiel dengan kening dan dahi berkerut.

"Dorang tengok saya macam saya ni diperbuat daripada emas."

Kening Hannah terjungkit sebelum ketawanya lepas berdekah-dekah.

Cassiel kelam-kabut menyiku-nyiku lengan Hannah kerana semakin ramai yang memandang mereka sekarang ini. Dah lah kepala semua sanak-saudara Hannah itu terjengul serupa beribu-ribu kepala meerkat di tengah gurun sahara. "Diam lah. Dorang tengok lah."

Hannah memandang semua yang ada sambil mengangkat tangan memanggil entah siapa-siapa. "Woi yeop. Tengok apa? Meh sini tolong!"

Dan barulah mata mereka semua yang serupa terpukau memandang Cassiel tadi, menerima pencahayaan yang baru ke dunia sekeliling.

Cassiel memandang seorang makcik yang kelihatan gagah perkasa memegang satu besen yang kelihatan berat dengan entah apa juadah, dengan sebelah tangan saja tu! menepuk belakang badan budak yang dipanggil Hannah tadi. "Meleleh air liur apa? Pergi tolong Kak Hannah tu!"

Bukan seorang budak yang menghampiri, malahan tiga, empat. Cassiel hanya memandang. Seusia dengan Julian agaknya semua ni.

"Bagi-bagi lah dengan semua. Magnet tu letak kat peti. Strawberry tu jangan sentuh! Tu akak punya. Ni barang-barang Abang Yazid korang ni, tolong simpankan. Ni barang tokngah pakngah (NisaHaiqal). Baby ada berapa orang hari ni? Akak amik je 10 pasang. Pandai-pandai lah korang."

Seorang budak perempuan ketawa memandang Hannah. "Kakak ni dah macam perempuan junjung. Banyak gila baju!"

Hannah tersengih saja. Dia memandang seorang budak lelaki berbaju merah. "Kau San. Tarik tangan suami akak ni masuk dalam. Akak nak bawak barang-barang Qays."

Cassiel terus bulat mata memandang Hannah. Hannah mencebirkan bibir saja. Cassiel tidak sempat bersuara kerana budak lelaki berbaju merah itu sudah berada di hadapannya. Cassiel tersenyum pengenalan baru.

THIS IS NEW.

Budak lelaki itu tersengih saja sebelum laju memegang tangan Cassiel.

Cassiel rasa janggal. Dia mahu menarik tangan tetapi seperti tidak hormat pula. Tetapi dipimpin begini... terasa seperti OKU pula. Tidak sempat dia memproses, kakinya sudah diheret mengikuti langkah budak itu.

"Dah kenapa sampai berpimpinnya, bang?"

Cassiel memandang. Yazdan! KENAPA YAZDAN TAK SAMBUT AKU? TADEK LAH AKU BENGONG SANGAT TADI! HISH!

"Eh, kau gi pimpin tangan suami Hannah tu kenapa, San? Dia dah besar. Dia boleh jalan sendiri."

San menjawab, "Kak Hannah suruh pegang tangan."

Makcik yang bersuara tadi berserta makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sedang mengopi ada yang menepuk dahi dan ketawa berdekah-dekah. Sungguh... Cassiel rasa mahu berlari menyorok di dalam kereta.

"Hannah tu memang kaki buli. Sampai Kasyal; laki sendiri pun nak dibulinya! Kau pulak bodoh pergi ikut."

Cassiel masih diam. Qays masih tidur. Kasyal... is that me?

"ADUH ENTOURAGE BAK HANG!!!" Okay, itu suara Danial.

"KAHKAHKAHKAHKAHKAH. Bang! Sesat ke, bang? Tu geng veteran sana tu " Itu suara Yazid.

Dan baru lah Cassiel perasan manusia segenerasinya sedang melepak di sana. PUBG lah apa lagi.

Cassiel senyum kepada semua makcik dan pakcik yang masih memandangnya. Mahu bersalam tetapi terasa tidak betah. Jadi terus dia tunduk hormat sebelum berlari kecil menuju ke ruang sana.

"Allah, anak raja tunduk ke aku! Guane ni, Man?" Itu suara pakcik mana entah bergurau kecil dengan yang lain.

"Duduk, duduk." Yazid menepuk-nepuk kerusi kosong yang baru dia ambil.

"Mana Hannah?" Danial bertanya.

Cassiel tidak endah kerana dia sibuk meneguk air. Entah kenapa rasa kering tekak akibat dipandang dengan mata-mata celik meerkat sebentar tadi. Fuh! Lembik kau, Cass jumpa warga tua melayu pun boleh lemah jantung!

"Angah gi lepak rumah depan dulu lah tu. Jual cerita ke carik cerita ke. Entah!" Adam bersuara sambil lalu dengan matanya tajam memerhati skrin Huawei. Kedua tangan pula beria ke kiri ke kanan, ke sana ke sini.

"Aku tak kenal sorang pun! Hannah pulak gi tinggal aku. Korang pulak tak sambut aku!"

Danial, Yazdan dan Yazid sama-sama pandang. Kemudian ketawa mereka sama-sama berdekah. Adam pula ketawa terkekek saja.

"Harini ramai sebab belah mama, belah papa semua ada. Mama ada empat beradik. Papa ada lima ke enam, aku sendiri lupa. Lepas tu, nenek sepupu mama... kiranya... nenek makcik kita lah... ke mak kepada makcik kita... aaaa... yang aku ingat paling tuanyaaaaaaaaa Tok Ngah kita... yang sekarang dah jadi... Moyang Ngah? Eh pening ah!" Danial memegang kepala.

Yazid dan Yazdan sama-sama ketawa.

"Kau pun pening. Ini kan pulak aku!"

"Sudah-sudah ler. Nanti aku bawak kau kenal-kenal. Nampak ramai ni sebab dorang ada panggil kawan-kawan dorang ajak ngopi." Yazdan baik hati menenangkan.

"Yang pegang besen sebelah tangan tu siapa? Aku tengok macam ada ayam kampung banyak dalam tu."

"Tu sepupu jauh nenek kitorang. Anak Tok Itan. Nenek apa tah. Tu pangkat nenek dah tu." Adam menjawab selamba.

Cassiel telan liur. "Takpe ke kalau aku tak ingat semua family tree korang?"

Yazdan, Yazid, Danial... malahan Adam turut teralih pandang daripada skrin Huawei ke wajah Cassiel.

"Korang ingat semua ke?"

Danial dulu yang ketawa kecil sebelum menggeleng-gelengkan kepala. "Gabra kenapa? Kitorang pun tak terhafal lah. Yang selalu jumpa memang ingat. Yang jarang jumpa, duduk jauh tetiba muncul kitorang sendiri ingat takdek kaitan dengan kitorang. Rupa-rupanya... itu lah dua pupu, tiga pupu, empat pupu. Ha amik kau."

Cassiel diam memandang belakang. Yazdan memerhati mata Cassiel yang menilik pakcik itu sebelum menilik pakcik itu dan pakcik-pakcik yang mampu sepasang mata biru itu menilik. Yazdan kektawa lagi. "Tu bukan family tree dah weh. Tu dah kira bushy tree bersamun. Memang berterabur. Nanti kitorang kenalkan. Kau takpayah gabra."

"Qays dah bangun!"

"Eh yeke?" Cassiel tergeliat kepala mahu memandang wajah Qays.

"Habis baju kau dengan air liur dia."

Cassiel tidak suka jadi terkeluar pecapan mulutnya.

"Apa pecap-pecap mulut macam tu? Nanti air liur anak tu lah yang tolong kau selawat bila nak mati apa semua."

Pergh.

Cassiel memandang belakang. Kelihatan seorang wanita tua yang bercekak pinggang dan terjegil mata memandangnya.

Yazid mengulum senyum sebelum menghulurkan segulung tisu dapur kepada Cassiel. "Lek, Ndak. Cassiel penat drive. Tu je."

Cassiel diam saja mengesat bibir Qays sebelum mendirikan anaknya itu di riba.

"Hm." Dan terus makcik itu hilang.

Laju kepalanya mendekati Danial dan berbisik, "Sape tu?"

Danial ketawa. "Tu... tak silap aku, sepupu papa aku kot. Cik Ndak. Dia mulut paling laser ah kalau kitorang selalu lepak time raya."

Cassiel kembali memandang belakang. Sounds harsh. Tapi... apabila melihatkan kesibukan dan gelak ketawa di hadapan mata, dia seperti dapat merasa kenapa daddy mahu anak-anak banyak. Untuk membesarkan keluarga kecil mereka sehingga bergenerasi akan datang supaya kelihatan seperti ini lah. Seronok.

"Seronok, an?"

Dia senyum kepada Danial dan mengangguk.

"Mulut memang agak puaka ah Tapi caring tu ada. Lagipun menyakat. Orang tua menyakat tak sama dengan kita. Maksud dalam woo."

Yazid geleng-geleng kepala sambil menepuk-nepuk dada. Tangan kirinya pula sudah naik kerana dia mahu bersuara tetapi tersedak tiba. "Okay lega. Ehem ehem. Aku sentap habis bila Cik Ndak sound aku."

Cassiel meletakkan Qays di sisi Danial tetapi anaknya itu memanjat pula kabinet yang ada. Tangan kanannya laju memegang belakang seluar Qays sebelum anak itu terlajak hingga ke sinki dapur. "Kau kena macam mana?"

"Next month kan aku dah jadi laki orang. Adik ipar kau."

Cassiel mencebik. Yazid tua daripadanya. Tak kisah pun akan perihal itu. Jika Aldric, mungkin Aldric akan membesarkan hal. Tetapi dia, perihal umur tidak dikisah sangat. Yang dia kisah... Yazid monyet akan menjadi suami adik kesayangannya si Makayla tu? Habislah. Kepala dua-dua keras.

"Cik Ndak pernah cakap ke aku satu pantun. Dah lah dia quote tu depan geng veteran dia. Depan papa, mama, segala makcik yang ada time tu lah."

Danial, Yazdan dan Adam sama-sama ketawa. Cassiel memandang mereka. Apa yang kelakar? Pantun tu ke?

"Ini pantun nya.

Apa guna berkain batik,

Kalau tidak memakai capal,

Apa guna beristeri cantik,

Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Kau rasa apa maksud dia?"

Cassiel garu dagu. "Malay literature aku kurang ah."

Danial mengangguk-angguk. "Yea yea we know. But at first glance? Kau mesti dapat agak, kan?"

Cassiel mengangguk. "Supposed to be Makayla yang terasa, kenapa pulak Yazid yang kena?"

Danial, Yazdan dan Yazid terus menepuk tangan sekali dan sama-sama ketawa menang.

"Kitorang pun pandangan macam tu. Masa tu, Makayla ada. Dia macam diam je lah. Dia tunduk sebelah mama. Terasa weh. Makayla kan nampak je gitu tapi dengan makcik pakcik dia santun. Kan?" Yazid menambah beria.

Cassiel mengangguk-angguk saja. Ye, santun sangat. Auntie Siti je tahu perangai budak tu macam mana bila dengan orang tua.

"Aku back up Makayla masa tu. Aku cakap aku kahwin bukan nak makan sambal je. Mama tegur sebab macam kurang ajar dengan Cik Ndak. Makcik-makcik lain memang gelak je. Dorang gelak sebab aku tak faham maksud sebenar."

Cassiel semakin curious sehingga terlepas sabitan tangannya daripada seluar Qays. Danial lah yang baik hati mendukung anak saudaranya ini ke atas riba. Dan terus Qays menyerang muka Danial. Dia memang suka dengan Danial sebab Danial lagi handsome daripada daddy. Itu lah yang selalu Danial uar-uarkan. Percayakan saja lah.

"Pantun tu sastera batin sebenarnya."

Cassiel ternganga.

Danial, Yazdan dan Yazid senyum sesama sendiri. "Mesti tak pernah tahu Permata Yang Hilang. Kan?"

Cassiel berkerut kening. "Komsas?"

Berdekah ketawa masing-masing. Adam yang begitu khusyuk dengan PUBG nya pun turut memandang Cassiel bagaikan Cassiel ada kepala tiga. Kedua pipi Cassiel mula rasa merah.

"Tu ilmu papa. Dia kasi kitorang. Tu ilmu batin Melayu lah. Warisan Melayu. Kau kan tahu Melayu ni dah lama, kuasa besar, pengaruh dia apa semua. Kan?" Danial bertanya biasa.

Cassiel angguk saja.

"Prof luar ada mention?"

Cassiel angkat bahu. "Banyak kali."

"Europe tak seluas Melayu. Tahu?"

Cassiel senyum. "Yes. Daddy got me mention. Melayu, Islam. I think... lepas kenal papa korang kot, daddy macam banyak buku lama-lama macam tu."

"Haaaaa.... HAISA LAGI UMPH DARIPADA ZILLS!"

"Alah takpayah cakap lah."

Danial, Yazdan dan Yazid ketawa sama-sama lagi. Tetapi kali ini lagi bingit kerana itu ketawa menang mereka adik-beradik jantan Haisas. Sungguh nyampah Cassiel mendengarnya.

"Okay back to the issue at hand. Pantun tu pasal ilmu batin perkahwinan. Bukan nak siniskan perempuan. Tapi nak cakap... betapa halusnya seni batin Melayu."

Cassiel diam berfikir. "Maksudnyaaaa?"

Danial senyum dan menjawab berhemah. "Layan lah isteri di katil dengan momentum dan inertia menumbuk sambal. Tengok mummy tumbuk sambal macam mana, kan? Mula-mula tekan dan tekan lembut, then laju sampai benyek."

Cassiel diam memandang Danial sebelum matanya membulat.

Danial angguk. "Yes, itu maksudnya. Jangan terus gerudi. Perempuan kan complex. Banyak perempuan yang fake kan orgasm. Ada yang memang nak ganas, so memang ganas lah. Tapi seni batin Melayu yang betul, itu lah caranya. Beradab apa semua."

Cassiel diam. Danial, Yazdan dan Yazid sama-sama pandang memahami dengan senyuman yang begitu. "Yang penting, sepakat dalam perkahwinan. Variety memang good. Asal bini orgasm cum apa semua tu, memang good. Tapi... seni tu. Warisan Melayu ni banyak halus dan peradaban dan hasilnya memang keturunan yang semua nak tengok. Papa pun tahu benda tu bila dah kahwin bukan sebelum kahwin. But now. Kita. Itu je. Papa turunkan untuk kita; generasi sekarang."

Cassiel diam. Sebelum. "Oh."

"Don't worry. Tapi tu lah intinya. Pantun tu memang deep lah. Halus je dia tegur lelaki Melayu apa semua tu. Tahu nak bini cantik, tapi layan tak pandai. Ha tu yang Cik Ndak bising. Risau aku tak pandai layan Makayla. Cit podah. Aku baca okay Permata Yang Hilang tu. Dah khatam berkali-kali dah."

"Asal tak share dengan aku?!"

Danial terngadah. "Daddy kau tak tahu ke?"

Cassiel muncung dan berpeluk tubuh. "Maybe dia ada tapi dia taknak share."

Danial, Yazdan dan Yazid sama-sama gelak. "Or... that Haisa's. Papa tak kasi ke daddy. Sebab tu korang taktahu."

"Cheap."

Danial, Yazid dan Yazdan tak kisah malah semakin sama-sama membuat muka kepada Cassiel.

"Never mind. Aku ada cable. Aku carik sendiri."

Makin lah Danial gelak terbahak-bahak. Qays turut sama gelak. Tergugat maruah seorang Zill Cassiel. "Tak payah kabel." Danial bersuara apabila sudah reda. "Ada dekat iBook. Cari situ je."

Tidak menunggu lama, terus Cassiel mencapai iPhone dari poket seluarnya.

Danial, Yazid dan Yazdan sama-sama ketawa dan senyum mengejek saja.

"Handsome laki kau, Hannah."

Lima-lima kepala (termasuk kepala kecil Qays) memandang pintu dapur, di mana Hannah berdiri di sisi dua orang gadis.

Hannah yang baru mahu melangkah masuk, terus tidak jadi. Kerana dia berpusing kembali menarik hujung tudung kedua-dua gadis itu. "Tu aku punya. Jangan sentuh!"

"Cakap je pun." Seorang gadis itu cemberut membaiki tudungnya. Malu lah. Dah lah depan jejaka tampan Haisas dan Zill itu semua.

Mata Hannah terjegil. "Cakap pun tak boleh. Itu aku punya. Huh!" Dan terus dia masuk ke dalam rumah meninggalkan dua orang gadis itu terkebil-kebil.

"Abende, angah? Dengan anak Eton tu pun kau nak melayan?"

Hannah memandang alongnya. "Biar ah! Aku jaga laki aku!"

Yazid menepuk lengan Cassiel. "Khatam Permata Yang Hilang tu cepat-cepat. Malam ni kasi ajar."

Terus bersepai ketawa masing-masing kecuali Cassiel kerana dia sudah pun khusyuk di dalam pembacaan Permata Yang Hilang.

"Sorok-sorok sikit baca tu, bang. Kang kantoi." Yazdan mengusik. Danial, Yazid dan Yazdan kembali ketawa terkekek-kekek.

Cassiel tidak endah langsung-langsung kerana dia sudah pun khusyuk mengkaji Urat Jarum.

___


seriously, guys. carilah lelaki yang khatam Permata Yang Hilang dan bacaan permata yang lain. hehehehehhehee. mat saleh is good, but malay men is another matter. hehehehehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro