mama : 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


★・・・・・・★


Aku membetulkan cadar katil mama yang sedikit terusik sejak mereka datang melawat. Bingkai gambar yang berdiri megah aku turunkan.

"Conan, jom lah majlis dah nak mula," kata James. Aku mengangguk sebelum mengkorinya. Aku menutup rapat pintu bilik mama sebelum pergi. Apa yang aku nak buat dengan bilik ni akan difikirkan kemudian. Banyak lagi yang aku nak kena tanggung lepas majlis ni. 

"James, kau rasa aku boleh hidup tak lepas ni?" soalku tiba-tiba semasa membuntuti James ke dewan mini untuk mulakan majlis dan aku juga tidak terlepas untuk memberi ucapan nanti. Teks yang telah aku tulis ringkas disimpan dalam poket seluar. 

"Selagi tuhan tak ambil nyawa kau, mestilah dia akan tolong kau untuk teruskan hidup. Takkan dia nak seksa hamba dia tanpa tempat bergantung," jawab James dengan senyum segaris di bibir. 

Kami akhirnya memasuki ruang utama. Majlis peringatan dibuat di dewan mini di rumah agam kami seperti yang diarahkan peguam mama. Jemputan pun hanya kepada orang-orang terdekat yang telah mama senaraikan dalam wasiatnya. 

Keranda mama sudah terletak elok di hadapan dengan bahagian atas kerandanya masih terbuka. Semua orang mengambil tempat masing-masing dengan berpakaian serba hitam. Majlis akan dimulakan dengan ucapan dari James, satu-satunya abang yang mama ada. 

"Sampai di sini sahaja ucapan dari saya, seterusnya saya serahkan majlis kepada Conan Murphy." 

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Selepas semua orang termasuk James beransur pulang, aku berdiri sendirian di tepi kubur mama diselubungi perasaan sendu. Biarpun tiada air mata yang mengalir, tidak bermakna aku tidak sedih dengan pemergian mama. Dia lah satu-satunya tempat aku bergantung selama ni walaupun kami tak rapat seperti keluarga lain tapi kami tahu, kami hanya ada masing-masing. 

Telefon yang bergetar di dalam poket ku seluk untuk melihat gerangan yang memanggil. 

Uncle Feng 

"Ya, Uncle Feng? Nak jumpa dekat mana?"

"Up to you. I'll ask my driver to take me there."

"oh okay then Galactic cafe lah. Kalau nampak simpang masuk Youth Valley, terus je. Sederet kedai situ. I'll be there in 15 minutes. Itu pun kalau kereta tak sesak lah."

"Okay, sure."

Panggilan dimatikan. Uncle Feng ni lah peguam mama. Masa mama hidup pun dia banyak tolong mama setiap kali ada kes nak sabotaj syarikat mama. Petang ni aku kena jumpa dia untuk buka semua wasiat dari mama. Setakat ni aku cuma tahu yang mama takda apa-apa hutang yang membebankan malah orang lain yang hutang dengan mama. 

Setibanya aku di Galactic dengan bantuan Grab car, aku dapat lihat figura Uncle Feng dan pembantunya di sebelah sedang duduk di bahagian hujung kafe yang agak tersembunyi. Aku menghampiri mereka dan mengambil tempat berdepan dengan mereka. 

"So, Conan Murphy. Ada beberapa perkara yang kita akan bincangkan secara personal dengan Conan seperti yang tertera dalam wasiat Puan Sophie." Aku tekun mendengar. "Hak penjagaan, waris harta, penyerahan RoboDo enterprise, rekod kesihatan, pengurusan sosial media milik Puan Sophie. Jadi, Conan nak selesaikan fail yang mana dulu?" Uncle Feng mengangkat wajah selepas menyebut isu-isu yang akan kami bincangkan. 

Tanpa keraguan aku menyebut, "harta."

Uncle Feng mengeluarkan sekeping sampul surat. "Selepas Conan baca surat ni baru Uncle boleh keluarkan benda lain." Sampul surat coklat perang itu aku sambut dari tangan Uncle. 

Sampul dibuka dan sekeping surat dari kertas A4 kitar semula ditarik keluar. Aku sengih. Mama tahu sangat betapa aku tak suka dengan kertas putih. Lipatan surat dibuka dan isinya aku baca. 

Dear Conan Murphy, 

Mama tahu sangat, Conan akan buka surat ni dulu berbanding surat-surat yang lain. Mama faham, Conan sangat memikirkan masa depan dan Conan tak kisah kalau takda benda lain asalkan Conan ada duit, bukan? Mama tahu sebab mama yang jaga Conan. 

Conan tak kisah pasal hak penjagaan sebab Conan percaya Conan boleh jaga diri. Conan tak kisah dengan RoboDo sebab Conan tak minat engineering macam mama. Mama juga tahu, Conan buka yang ni dulu sebab nak tahu apa jadi dengan duit mama, harta lain macam rumah, kereta semua Conan tak nak ambil tahu.

.......

Aku skip segala benda lain yang mama tulis dan terus berhenti apabila aku jumpa apa yang aku cari. 

...untuk pengetahuan kamu, semua harta mama tidak akan diturunkan kepada Conan Murphy. Yes, you read it right. Mama akan tinggalkan Conan dengan hanya B$ 10,000 (Beryl Dollar) untuk seumur hidup dan 300$ setiap bulan.

Mama tahu, Conan tengok 10,000$ macam 10$. Apa-apa pun, Conan boleh simpan apa yang Conan ada sekarang. Telefon, iPad, iPod, PC, Tyon (kucing) dan lain-lain.

Inilah masanya Conan kena belajar untuk hidup sendiri. Jangan selalu bergantung pada harta. Pesanan dari mama, guna duit elok-elok. Think wisely before you swipe your cards. 

I'm sorry, Conan. Mama tahu semua ni salah mama sebab tak didik Conan dari kecik━

Surat dicampak ke meja. Aku memandang Uncle Feng. "RoboDo turunkan pada siapa?" Dengan harapan mama tak buat keputusan bodoh macam dalam surat tadi.

"James," katanya. Aku boleh nampak halkumnya naik turun seperti dia boleh agak apa jadi lepasni. 

"Memang tak guna! Dah mati pun menyusahkan aku."

Kalau lah mama tak pandai-pandai menggatal dengan jantan tu 16 tahun dulu, aku takkan wujud dan semua ni takkan berlaku. Tak pun, biar dia mati je masa tu lagi bagus. 

Murphy bawa bala! 

Conan anak haram!

DIAM! aku menekup telinga dan membawa diri jauh dari situ. 

Kau tipu James, tuhan tak tolong aku.

                                                ★・・・・・・★

tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro