Part 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

You! Please! We need to talk.- Diana

Rambutnya diraup kasar ke belakang. Tertekan sebab asyik kena ganggu dengan Diana. Tak habis-habis send message yang sama. We need to talk? Nak cakap apa lagi? Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun. Arh!

" Haih bro! Asal ni?"

Wan yang baru habiskan suapan terakhir itu terus mendongak ke arah Faiz. Yala. Dari tadi nampak runsing semacam. Muka tu dah berkerut je. Rambut pun dah tak kemas. Aku yang tengok pun stress.

" Diana. Dia asyik ganggu aku." Luah Faiz dengan geram.

Wan menjongketkan kening. Diana?

" Apa yang dia nak?"

Faiz hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri pun tak faham. Apa yang Diana nak. Dah dua hari asyik ganggu. Ingatkan lepas kena tengking tempoh hari dah insaf. Tak ganggu dah. Tapi sekarang?

" Apa kata kau pergi jumpa dia dan tanya sendiri apa yang dia nak." Ujar Wan memberikan cadangan.

Faiz tersenyum sinis.

" Aku pergi jumpa dia? Memang tak lah!"

Wan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap Faiz. Memang degil! Tak boleh nak beralah langsung. Faiz. Faiz.

" Kalau macam tu kita pergi je dua. Aku pun nak tahu juga apa yang dia nak sangat tu." Cadang Wan lagi.

Kali ni Faiz pula terdiam. Kalau pergi dengan Wan lagi baik. Tak lah perempuan tu gedik semacam. Tak lah rimas sangat aku dibuatnya. Cantik!

" Okay. Cun! Jom kita pergi sekarang."

Terus Faiz bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Wan yang dengar terus terlopong.

" Amboi! Aku baru cakap terus setuju. Faiz. Faiz."

**

" You. Kenapa Wan sekali?"

Jelas Diana tak senang dengan kehadiran Wan bersama dengan Faiz. Faiz yang sedari hal itu terus menarik senyuman sinis. Manakala Wan di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia tahu kalau dia tak ikut sekali, Diana mesti akan buat sesuatu pada Faiz.

" Kenapa? Salah? Ke you ada buat salah sampai kawan I pun tak boleh nak ikut?" Duga Faiz dengan wajah serius. Jelas sekali dia sengaja membangkitkan kemarahan Diana.

Diana merengus geram. Hancur pelan dia. Tapi alang-alang Faiz dah datang. Aku tak boleh berlengah. I need to do something.

" Fine." Diana mengalah.

" So? Ada apa you nak jumpa I? Boleh tolong cepat sikit? I ada banyak kerja lagi nak dibuat dari layan cakap you ni."

Wan yang melihat pun dah rasa sesuatu. Kenapa Diana nampak semacam? Kenapa rasa gelisah pun ada. Musykil ni.

" Faiz. Sebenarnya I nak beritahu you sesuatu. I tahu you dah tak buat kerja ni. Tapi ini kerja you. Bukan orang lain." Suara Diana menjadi sayu.

Faiz dan Wan yang mendengar dah mengerutkan dahi. Tanda tidak faham. Mereka saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah Diana.

" Apa yang you cuba sampaikan ni?" Faiz dah tak senang duduk.

Diana mengeluarkan satu sampul surat dan serahkan kepada Faiz.

" Bukalah."

Faiz mengerling Wan sebelum mengambil sampul surat itu dan mengeluarkan isinya. Matanya membulat sebaik sahaja tengok isi di dalamnya. Ultra scan?

" Apa ni?"

Wan pun terkejut. Apa maksud Diana sebenarnya ni?

" Itu anak you Faiz. Anak kita berdua."

Kenyataan Diana benar-benar mengejutkan mereka berdua. Tak cukup dengan itu, hati Faiz dah mendidih panas. Tajam dia merenung ke arah Diana yang asyik tunduk itu. Wan yang menyedari baran Faiz itu cepat-cepat usap belakang Faiz agar dapat bertenang.

" What? Are you kidding me?!" Bentakkan Faiz berjaya mengejutkan Diana daripada asyik tunduk ke bawah. Dia beranikan diri memandang Faiz.

" I tak tipu Faiz. Betul. Ini anak kita dua."

Tangan Faiz cuba dicapainya. Tapi Faiz lebih cepat mengelak.

" Apa yang kau merepek ni ha betina? Untuk pengetahuan kau, sikit pun aku tak pernah sentuh kau! Nak pegang tangan kau pun aku tak ingin lah! Kau yang gedik dengan aku!" Suara Faiz dah benar-benar tinggi.

Dia dah tak dapat bersabar. Dia betul-betul dah angin. Kali ni Diana betul-betul cabar kesabaran dia. Wan yang lihat sudah syak sesuatu. Wajah Diana diperhati dengan teliti sebelum mengalihkan semula pandangannya ke arah ultra scan tadi.

" Kandungan kau dah masuk berapa bulan?" Soal Wan tiba-tiba. Wajahnya tetap tenang.

Diana terdiam. Tapi dia takkan mengalah.

" 3 bulan."

Wan mengerling ke arah Faiz yang sudah berwajah tegang itu. Senyuman sinis diukir buat Diana.

" Kau yakin ke itu anak kau dan Faiz?" Soal Wan lagi. Dia dah berpeluk tubuh memandang ke arah Diana.

" Ya. Itu anak kami berdua."

" Hey! Kau jaga sikit mulut kau!" Jerit Faiz pula gara-gara tidak tahan dengan kenyataan Diana.

Wan cuba menenangkan Faiz dengan istighfar. Faiz yang mendengar Wan beristighfar itu terus sama berbuat demikian. Wan kembali melihat ke arah Diana.

" Korang dah kenal berapa lama?"

Faiz terdiam. Dia terus mengerling ke arah Wan yang masih tenang itu. Perlahan-lahan dia sudah dapat baca tindak tanduk Wan. Dia dah tahu apa yang Wan nak buat. Barulah dia mengukirkan senyuman tapi cukup sinis buat Diana. Thanks Wan. Tak sia-sia aku bawa kau.

" Erk."

Diana dah gelabah tapi masih beriak biasa. Senyuman cuba ditarik.

" Dah lama."

Faiz tertawa sinis. Tajam dia merenung ke arah Diana. Macam nak terkam pun ada.

" Apa maksud kau dah lama?" Faiz cuba menguji.

Memang dia dah hilang rasa hormat dekat Diana ni. Dulu dia hormat pun sebab mak Diana kawan mak dia. So, dia tak boleh buat apa-apa. Kali ni memang Diana dah melampau!

" Tak silap aku korang baru kenal tak sampai 4 bulan. Korang jumpa pun dekat majlis hari jadi mak kau. And time tu korang tak saling kenal lagi. kan Faiz?" Tebak Wan dengan kerutan di dahi. Dia cuba mengingat sebaik mungkin fakta itu.

Faiz yang mendengar terus tersenyum. Bahu Wan dipaut.

" Kau betul. Dan kalau kau nak tahu Wan. Aku tak pernah sentuh mana-mana perempuan termasuk perempuan depan mata aku ni. Keluar dengan perempuan pun tak pernah. Ini kan pula nak ada anak dengan dia. Kau fikir logik sikit erk? Jumpa dengan dia pun depan orang tua kami."

Penerangan Faiz betul-betul membuatkan Diana tergugat. Harapan dia untuk mengahwini Faiz benar-benar tipis.

" Fine! I akan cakap dengan mak you! Ini anak you!"

Gara-gara takut, dia terus pergi macam tu saja tanpa bawa ultra scan tadi. Wan dan Faiz yang melihat terus terdiam. Tapi tidak lama bila mereka terus menghamburkan tawa. Kelakar dengan sikap bodoh Diana tu.

" Bodoh! Nak tipu pun agak lah." Sindir Faiz dengan sengihan. Puas!

" Aku dah dapat agak dari awal lagi. mesti dia ada something nak buat dengan kau. Nasib aku ikut kau."

" Thanks bro. kalau kau tak ada aku pun tak tahu lah."

" Aku kenal kau bro. Kau memang tak mudah rapat dengan orang perempuan ni. apatah lagi nak sentuh. Aku percaya kau bro. sebab dalam hati kau tu ada seorang je."

Faiz tersengih. Bahu Wan yang dipautnya tadi terus ditepuk perlahan.

" Siapa?"

Wan tertawa kecil.

" Buat-buat tak tahu pula. Benci aku!"

Wan menolak tangan Faiz dan terus bangun menuju ke kaunter. Malu tapi mahu. Apa lah Faiz ni.

" Woi! Tunggulah aku!"

" Lambat aku tinggal!"

End Other's POV

**

Aku menjeling abang yang tengah makan tengah hari itu. Aku perhati kan? Dah tiga hari abang aku ni tak masuk pejabat. Minta cuti ke? Lepas tu, pagi ni tengok muka bukan main selamba lagi. Semalam teruk gak la abang nangis. Kesian gak aku yang menengok ni.

Tapi lelaki kan? Nangis kejap je. Apa orang kata? Tak macho lah kalau lelaki nangis. Haha. Okay! Jangan gelak Lisa. Abang dah jeling kau tu. Okay! Buat-buat tengok tv. Abaikan orang tu.

" Lisa!"

Aku masih berlagak biasa. Buat-buat tak dengar panggilan tu. Tapi dalam hati dah gelak bukan main. Jahat kau Lisa!

" Adik abang yang tersayang..."

Amboi. Meleretnya suara. Tak dapat ditahan, aku terus menghamburkan tawa. Sampai dapat jelingan maut. Barulah aku kawal ketawa aku sampai aku jadi diam.

" Apa?"

Aku tengok dia dengan sengihan.

" Jom teman abang tengok wayang."

Aku terlopong. Aik? Abang aku ni biar betul? Tak pernah-pernah nak ajak tengok wayang. Hari ni? Buang tabiat betul abang aku ni.

" Erk. Abang tak demam kan?" Soalku dengan sengihan.

" Abang sihat walafiat okay! Dah pergi siap. Kita pergi sekarang."

Tengok abang dah pergi dapur untuk basuh pinggang. Aku pun dengan senang hati melangkah naik ke atas bilik. Dah orang nak ajak weh! Kita ikut je la. Rezeki jangan ditolak. Haha.

Baru saja aku nak ambil pakaian dalam almari, telefon aku tiba-tiba berbunyi. Tanda pesanan ringkas masuk. Tanpa berlengah, aku pantas buka pesanan ringkas situ. Yang aku pelik unknown number.

Tolong jauhkan diri daripada Faiz!

Aku tersentak. Eh! Siapa ni? Tiba-tiba bagi amaran macam ni. Arh! Lantak kau lah! Asalkan tak kacau hidup aku sudah. Tapi sekali lagi message masuk. Dari number yang sama.

Faiz bukan sebaik yang kau sangkakan. Aku serius! Baik kau jangan simpan angan-angan nak dapatkan dia. I warning you!

Kali ni aku terus rasa tak sedap hati. Apa maksud dia? Siapa sebenarnya orang ni? Arhhh!

" Adik! Dah siap belum?"

Cepat-cepat aku letakkan handpone dekat katil dan masuk ke bilik air untuk bersihkan diri. Dalam 10 minit barulah aku keluar dan cepat-cepat aku siap. Sarung je lah apa yang ada. Tudung sarung pun jadilah. Asalkan tutup aurat.

" Adik!"

" I'm coming!"

Handpone yang berada di atas katil aku capai. Sekali lagi aku tengok skrin. Ada lagi message?

Aku mengandungkan anak dia!

Ya Allah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro