Part 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Other's POV

Rambutnya diraup kasar ke belakang. Kepalanya menoleh ke arah pintu kecemasan itu buat sekalian kalinya. Hatinya sangat cemas dan risau selagi tidak tahu keadaan sebenar Lisa. Kedua-dua tangannya digenggam dan dibawa ke mulut. Rasa gelisah tak hilang daripada tadi lagi.

" Dik.."

Faiz tersentak. Lantas dia menoleh ke arah kirinya. Senyuman hambar diukir buat empunya suara.

" Akak yakin. Dia takkan apa-apa. percayalah." Suara Fira atau Tengku Aina Syafira iaitu kakak kepada Faiz.

Faiz terdiam. Bibirnya diketap kuat.

" Adik tak tahu. Adik tahu adik salah. Adik dah tipu dia. Tapi adik tak sangka dia boleh pengsan. Adik salah."

Faiz memegang kepalanya dengan perasaan bercelaru. Air matanya yang ingin menitis ditahan sebaik mungkin. Dia tak nak orang tengok dia dalam keadaan lemah. Dia cuba bertahan demi Lisa.

Fira tersenyum tipis. Tempat di sebelah Faiz diambil. Bahu adiknya itu diusap perlahan.

" Kamu terlalu cintakan dia kan?"

" Sangat kak."

" Jadi yakin pada diri kamu. Yakin yang dia akan okay. Banyak berdoa." Nasihat Fira lagi.

Faiz hanya mendiamkan diri. Pada waktu ini dia memang tak mampu fikir dengan baik. Dia rasa bersalah sangat.

" Sepatutnya kamu tak patut tipu dia tentang status sebenar kamu. Kalau akak pun akak marah. Akak rasa dihina."

Faiz terkedu. Ya. Dia tahu dia salah.

" Faiz akan beritahu dia juga nanti. Tapi Faiz tak sangka dia akan tahu lebih awal."

" Lambat laun dia akan tahu juga dik. Dia perempuan yang sama dekat taman hari tu kan?"

Faiz menganggukkan kepalanya perlahan.

" That's mean ada orang nak bunuh dia dik."

Kali ni Faiz terus tersentak. Dia pandang wajah akak dia dengan kerutan.

" Maksud akak?"

Fira tersenyum pahit. Peristiwa semalam cuba diingati balik.

" Akak yakin sangat. Kereta tu mula laju bila nampak Lisa melintas jalan. Sebelum tu kereta tu okay ja. Tak laju. Slow sangat. Akak juga yakin dia cuba nak langgar Lisa. Tapi mujur Lisa sempat elak. Kalau tidak sekarang Lisa mesti tak dapat jumpa kamu."

Penerangan itu benar-benar menyentakkan hati kecil Faiz. Terus Faiz rasa keselamatan Lisa tergugat. Apa perlu dia buat?

" Jadi, kalau boleh tolong jangan sakitkan hati dia lagi dik. Kalau ada apa-apa lagi yang kamu rahsiakan daripada dia. Just cakap. Atau kamu akan menyesal." Sambung Fira lagi bila Faiz masih diam.

Faiz terkedu. Ada. Ada banyak rahsia yang dia sembunyikan daripada Lisa. Tapi satu rahsia besar tu dia tak sanggup nak cakap. Dia takut dia akan dipersalahkan. Tapi dia juga yang berjaya selamatkan Lisa time tu.

" Percaya pada diri Faiz."

Akhirnya Faiz hanya mampu mengukirkan senyuman hambar buat akaknya.

End Other's POV

**

Selepas membuka mata aku, aku pandang sekeliling. Huh! Hospital. Aku pegang kepalaku. Mujur masih bertudung. Aku toleh ke arah meja sisiku. Ada telefon aku dekat situ. Perlahan-lahan aku capai telefon dan mula mendail nombor Adira.

Tapi tak sempat bila ada orang masuk. Terbantut terus niat aku nak call Adira. Akhirnya aku matikan saja telefon tu. Aku langsung tidak tengok insan yang sedang memandang aku itu. Aku lebih fokus pada pemandangan di luar tingkap. Agak-agaknya abang dan family tahu tak?

" Lis."

Aku membatu. Tiada niat nak menyahut. Yang aku tahu aku sakit sangat sekarang. Hati aku sakit! Pedih! Kena tipu hidup-hidup. Mati-mati aku ingat dia hanya penghantar surat. Aku tak kisah apa pun status dia. Aku terima. Sebab yang penting pekerjaan dia halal. Tapi bila dapat tahu hal sebenar. Aku rasa aku dipergunakan. Salah ke cakap benda yang betul?

" Aku minta maaf."

Aku tersenyum sinis. Itu saja dia tahu? Mudahnya minta maaf. Sekali buat sekali minta maaf.

" Aku tahu aku salah. Aku memang niat nak cakap dekat kau. Tapi aku nak cakap time kau dah terima aku."

Aku mencebik. Aku terima ke tak ke tak ada beza. Lagipun aku rasa kita tak mungkin dapat bersama Faiz. Kau berhak bersama Diana. Ya Diana!

" Agaknya apa lagi rahsia kau ye? Huh! Pandainya kau tipu aku kan?" Sindirku dengan senyuman sinis. Tanpa sikit pun toleh ke arah dia.

" Aku minta maaf sangat-sangat Lis. Aku sayangkan kau. Aku buat semua ni bersebab Lis."

Bersebab? Huh?

" Aku tahu aku bukan macam Ammar."

" Tak payah nak bandingkan diri kau dengan Ammar. Kita semua sama ja." Sambungku tanpa sempat dia nak habiskan kata-kata dia.

" Yes. I know. Sebab tu aku jatuh hati dekat kau. Dah lama."

Aku senyum senget. Dah lama? Baru kenal berapa bulan. Dah kata lama? Ehhh! Jap! Lama? So that's mean?

Aku terus pandang ke arah dia dengan tajam.

" Means kau la tuan rancang semua ni? Means kau lah orang yang dah lama cintakan aku tu? Means apa yang mak aku maksudkan tu betul?" Soalku bertalu-talu.

Dia nampak terdiam. Tapi bibirnya mula mengukirkan senyuman nipis.

" Aku mengaku. Yes."

Kali ni aku terus terkedu. Jadi betullah Faiz orangnya! Bukan Ammar.

" Maafkan aku."

Aku toleh ke arah lain. Macam-macam hal bermain dalam fikiran aku saat ini.

" Kau rehatlah. Kejap lagi aku datang balik."

Lepas dia menghilang, aku kembali capai telefon bimbitku dan mendail nombor Adira. Bila panggilan bersambut. Aku terus serang dia.

" Adira!"

" Woi! Kau nak aku pekak ke? Perlu ke jerit?"

Aku tersengih kecil. Tapi itu tak penting.

" Faiz ke yang rancang semua ni? Please. Mengaku je la!" Gesaku sebab aku tahu dia mesti akan mengelak lagi.

" Erk.. dia cakap dekat kau ke?"

" yes!"

" Dah dia mengaku. So betullah. Kau nak kata apa lagi?"

Aku terdiam. Tapi kenapa mula-mula dulu dia nampak kasar sangat? Ke tu strategi dia?

" Tapi dari mana dia kenal aku?"

Yela. Aku pun baru kenal dia melalui perjumpaan ni. Inikan dia kata lama ? mestilah pelik.

" Itu kau kena tanya dia sendiri. Beb! Memandangkan kau dah tahu. Kau masih nak teruskan niat kau ke? I mean satukan dia dengan Diana?"

Kali ni aku termangu sendirian. Selepas apa yang aku dapat tahu semalam dan pagi ni. aku rasa aku perlu teruskan niat aku. Dia dah tipu aku Diana!

" Dia Tengku Akmal Faiz. Kau pun tahu kan?" Suaraku dengan senyuman sinis. Even dia tak nampak pun.

" Erk.. Hehe."

" Sanggup kan? sanggup tipu aku!"

Gara-gara geram yang amat aku terus off phone. Benci!!! Fine! Tipu aku selagi boleh Faiz. Tapi jangan harap aku nak maafkan kau buat masa terdekat ni. Mungkin ini juga jadi alasan supaya aku menjauh dari kau. Demi Diana. Maaf!

**

Aku mengerling dia yang tengah minum air itu. Selamba je dia duduk di sofa tu. Buat macam rumah dia sendiri kot! Mentang-mentang abang suruh dia buat macam rumah sendiri. Erh! Baik aku balik rumah Adira kalau macam ni! ni semua abang punya fasal. Suruh Faiz hantar aku balik rumah mak ayah. Eiii!

" Habis dah perhati orang? Tahulah aku ni hensem."

Aku buat muka tahan muntah. Then aku terus toleh ke arah lain. Tak ada masa nak perhati kau! Baik aku buat kerja aku sendiri.

" Hey! Asal muka macam tu?"

Abang datang menyampuk. Siap duduk depan aku lagi. Aku duduk atas carpet. Saja ubah angin. Lagipun malas nak bertentang mata dengan si penipu tu. Huh!

" Suruh dia balik lah! Orang nak rehat. Buat sakit mata je tengok dia." Ujarku dengan selamba. Sakit hati masih terasa kot. Jangan ingat aku dah maafkan kau.

" Eh! Apa hal pula sakit mata? Orang sikit punya handsome kau kata sakit mata? Ish! Ish!"

Abang tergeleng dengan kata-kata aku. Bela la budak tu. Bela dia! Tak payah fikirkan aku.

" Suka hati! Adik benci dia!"

Terus aku bangun untuk naik ke atas. Tapi sempat lagi aku tengok dia dengan wajah yang tegang. Dia tetap tenang perhati ke arah aku.

" Aku tak tahu lagi apa rahsia yang kau simpan. Tapi jangan buat aku tawar hati dengan kau. Time tu maaf aku tak mungkin dapat terima kau."

Langkah terus aku majukan ke arah tangga tanpa menantikan kata-kata dia. Tapi entah kenapa hati aku tiba-tiba pedih bila cakap macam tu. Huh! Hati aku ego lagi! Tipu lagi!

Faiz POV

" Aku tak tahu lagi apa rahsia yang kau simpan. Tapi jangan buat aku tawar hati dengan kau. Time tu maaf aku tak mungkin dapat terima kau."

Aku terkedu. Mataku hanya melihat dia berlalu ke atas. tapi hati aku masih berdebar-debar selepas dengar kata-kata dia. aku jadi makin takut nak kehilangan dia. macam mana kalau aku betul-betul kehilangan dia?

" Dia dah tahu sesuatu ke?" Suara Mahfuz dengan kerutan di dahi.

Aku tersenyum tawar.

" Dia dah tahu saya ni siapa bang."

" Oh. Kau jangan risau la. Kejap je marah dia tu."

Tapi dia tak tahu lagi fasal kisah silam dia bang. Saya takut kalau dia akan benci saya selama-lamanya.

" Sebenarnya mak abang dah cerita semuanya dekat abang tentang kau." Walaupun kedengaran biasa je ayat tu tapi aku tahu dia dah mula serius. Even tanpa toleh ke arah aku. matanya tetap tertumpu pada televisyen.

" First sekali fasal rancangan ni. second fasal status kau. Third fasal kes 3 tahun yang lalu. Dan itu yang kau paling takutkan kan?"

Kali ni aku terkesima. Aku tengok abang Mahfuz dengan rasa terkejut.

" Kenapa kau takut?"

Dia toleh ke arah aku dengan kerutan di dahi. Televisyen dia dah tutup. Maybe nak fokus pada kata-kata aku. Aku dah terdiam. Tak tahu nak bagi jawapan apa.

" Abang tak ada dekat tempat saya time tu."

" Memang abang tak ada. Tapi at least abang patut berterima kasih dekat kau. Sebab kalau bukan kau abang takkan jumpa Lisa lagi tau? Kau pun takkan jumpa dia juga." Ujarnya dengan senyuman kecil.

" Tapi bang... saya yang mula punca semua tu. Kalau bukan saya puncanya, dia takkan jatuh ke dalam laut. Dan dia juga takkan lemas dan jadi amnesia."

Aku raup wajahku ke belakang. peristiwa itu benar-benar membuatkan aku takut. Takut kehilangan Lisa sekali lagi.

" At least kau berjaya selamatkan dia sebelum dia benar-benar pergi. Kau tak boleh salahkan diri kau Faiz. Semua ni dah takdir. Allah dah tentukan nak jadi macam tu. Kau tak patut takut macam ni. Lagipun benda dah lama berlalu." Ujar Abang Mahfuz dengan serius. Dia cuba yakikan aku yang semua ni bukan salah aku. tapi aku tetap rasa macam tu.

" Semua yang terjadi bersebab Faiz." Sambungnya lagi lantas menepuk bahu aku perlahan.

Aku tersenyum tawar menyambut kata-katanya. Entahlah bang.

" Lambat laun dia pasti akan ingat semula kejadian tu. lagipun dia Cuma lupa kes tu. Dia ingat sebelum kejadian je."

Aku terdiam. Entahlah. Pelik tapi itu yang terjadi. Dia lupa segala-galanya apa yang terjadi time tu. Dia hanya ingat di mana sebelum dia ikuti kempen yang menyebabkan tragedi buruk tu. Tapi baguslah. Or dia akan jadi lebih trauma. Aku yang bersalah akan jadi lebih bersalah.

" Abang harap kamu mampu beritahu dia tentang kes tu. Dia berhak tahu. Because you know what? Sebelum tu dia ada call abang. Dia kata dia jumpa annoying person yang asyik cari fasal dengan dia. Tapi dia kata dalam annoying tu lelaki tu baik. Sebab lelaki tu tak pernah sakitkan hati orang-orang tua. Cuma tak tahu kenapa asyik sakitkan hati dia. Itu yang dia cakap. And I think that person is you."

Terus abang Mahfuz bangun dan berlalu ke dapur meninggalkan aku terpinga-pinga. Sampai aku terdiam dan terfikir balik kata-kata dia. aku cuba mencerna sehabis baik kata-kata abang Mahfuz. Sampai akhirnya aku tersenyum sendiri.

" Lis. Itulah pertemuan pertama di mana aku jatuh cinta dekat kau."

Aku tak tahu kenapa bab ni aku rasa ada something wrong anywhere. Ada kurang sikit. But, nevermind aku akan bagi umphh lebih pada bab seterusnya. Yes. Rahsia demi rahsia akan korang tau. So, jadilah excited. HAhaha. Kbye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro