Part 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai guys! Miss me? Miss me? Haha. Sorry guys. Baru berpeluang update bab baru. Macam ni lah. Setiap hari Jumaat sampai Ahad. Sis takkan upload. Sebab cuti. Time kerja je Sis upload. Boleh tak macam tu? Kira bolehlah noh! Hehe. Sebab 3 hari tak upload. So sis buat panjang sikit. Hope enjoy. ;)

Sebenarnya aku baru selesai menghidangkan makanan kepada anak-anak yatim. Tiba-tiba nama aku dipanggil seseorang. Bila aku toleh rupanya Ammar. Pembantu mamat kerek tu. Okay. Maaf. Aku tak boleh nak buang panggilan tu dah.

" Ye Ammar?" Soalku ingin tahu. Yala. Dah nama aku dia panggil.

Ammar menarik senyuman tipis. Dia mengerling ke belakang. Aku nak tahu dia tengok apa jadi aku turut kerling ke belakang. Tapi bila nampak empunya badan yang dimaksudkan Ammar terus aku mencebik geram.

" Kenapa dengan ketua awak tu?" Soalku lagi.

Ammar tersengih pula.

" Tak. Dia panggil. Ada tugas sikit. Adira mana erk?"

" Ada dekat dapur. Saya pergi dulu. Kang kena bebel pula." Jawabku spontan tanpa menghiraukan kawan baik si mamat tu.

Tapi yang aku dengar hanya ketawa dia. Lantak lah! Perlahan-lahan aku mendekati dia. Tapi makin nak dekat makin slow langkah aku. Sebab aku nak tengok dia tengah buat apa. Dari tempat aku berdiri ni. Aku dapat perhatikan tingkah laku dia.

Kau tahu dia tengah buat apa? Dia tengah memberikan sedikit ceramah pada segelintir anak-anak yatim yang terlibat. Tak cukup dengan tu. Dia juga layan kerenah-kerenah anak-anak yatim yang jauh lebih muda dari dia. Entahlah. Yang aku tahu dia dah buat aku tersenyum bila dia sangat hormatkan orang di sekelilingnya. Tanpa tinggikan suara pun. Memang itu yang buat aku suka.

Tapi bila ingatkan sikap dia pada aku. Terus mati senyuman aku. Spoil la! Asal dengan aku dia layan lain. Dengan orang lain dia layan biasa je. Ramah semacam je. Benci tengok muka aku kot?

" Hey!"

Aku tersentak daripada lamunan. Bila sedar kelibat aku dah ditangkap. Aku cepat-cepat hampiri dia. Mujur dia keseorangan saja di situ. Yang lain dah menjamu selera.

" Ammar kata awak cari saya." Ujarku senada. Tengok dia pun tak. Setia tengok orang tengah makan. Sedangkan nak elak bertembung mata. Sebab jantung aku nak terkeluar dah bila sedar mata dia tu asyik renung ke arah aku.

" Cakap tu jangan pandang orang lain boleh?" Suaranya dengan tegas. Tiba-tiba.

Aku pun sebab terkejut terus toleh ke arah dia. Okay! Kenapa dia tengok aku macam tu?

" Back to the topic. Aku nak kau senaraikan balik nama-nama yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam program ni. Bertaip! Kau ada bawa laptop kan? Jangan cakap tak ada. Apa-apa pun mesti siap sebelum malam ni juga! Faham?"

Jelas. Terang. Tegas. Penuh kompromi! Apa lagi? Ha! Kerek! Wuargh!! Kenapa mesti berlagak gila mamat ni? Baru aku lepas puji kau ngek! Erghh!

" Aku tahu kau tengah mengata aku. Tapi aku tak kira. Kerja tetap kerja."

Terus dia berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga dekat sini dengan muka tak percaya. What?! Macam tu je? Bagi arahan then blah? Macam tu je?!

" Are you kidding me!?" Jeritku tanpa dapat ditahan. Ergh! benci!

" I don't care!"

Lol! Dia dengar! Aku terus tutup mulut aku. bila sedar ada beberapa orang tengah tengok aku. terus aku tersengih. Bila aku toleh semula ke arah mamat kerek tu. aku terus merengus geram. Tak puas hati!!!!

" Beb!"

" Apa?"

Aku pandang wajah Adira dengan tak ada semangat.

" Kau asal?" Dia jadi pelik tengok aku.

" Aku nak balik." Balasku tanpa perasaan.

Adira tergelak. Tahulah muka aku lawak kan? Huh!

" Mesti sebab Faiz kan? Haha. Kau sabar erk? Aku pun tak tahu kenapa dia suka buli kau. Sedangkan yang lain okay je kot."

Aku senyum senget.

" Sebab dia sewel!" Ujarku spontan. Biarlah dia nak dengar sekali pun. Lagi best!

" Tak baik lah kau cakap dia macam tu."

" Ada aku kisah? Dia yang cari fasal dengan aku."

" Tapi dia ketua senior kita la."

" So what? Kalau ketua senior boleh buli kita la? Boleh marah-marah aku la? Macam tu?"

Adira terdiam.

" Lagi satu. Aku paling tak puas hati bila suruh aku buat macam-macam tanpa ucapan terima kasih dekat last ayat dia. Aku ni bukan kuli dia! Dah tu dengan orang lain okay je. tak boleh ke layan aku elok-elok? Benci kau tau ark? Rasa macam nak cincang dia sampai lumat!"

Bebelku geram. Dengan penuh reaksi dan gaya badan aku tunjuk dekat Adira. Apa yang aku dapat? Gelak tawa dia. huh!

" Hahaha. Serius kau ni? Berani ke nak cincang dia sampai lumat?" Haih. Cabar aku nampak?

" Yela! Dia yang buat aku marah. Suka hati dia je nak arah orang itu ini."

Adira tersengih kecil. Dia suruh aku toleh ke belakang.

" Asal?"

Adira tak cakap tapi hanya menahan diri daripada ketawa. Lepas tu aku terdengar pula orang berdehem. Aku dah tersentak. Asal weh?! Mamat tu ka?

" Ehem! Sedapnya mengata orang."

Aku gigit bibir. Aku pandang Adira yang dah tersengih kerang busuk. Mati la aku! dia dah dengar. Tapi kisah pula aku? Biarlah dia dengar. Lagi puas!

" Ha! Memang sedap." Balas aku selamba lantas toleh ke belakang.

Dapat aku tengok riak muka dia yang serius itu. aku hanya buat selamba. Nak tunggu kata-kata dia yang seterusnya.

" Ada apa-apa lagi ke nak cakap?" Soalnya serius.

Aku tersenyum sinis. Nak cari fasal ke cabar aku ke? Boleh. No hal!

" Ada. Banyak."

" Cakaplah. Aku dengar."

Aku perhati sekeliling. Bagus. Semua orang tengah jamah makanan. Dan tiada orang yang rapat dengan kami except Adira.

" Saya tak tahu la apa salah saya sampai awak buat saya ni macam tak ada hati perut. Eh! Macam kejam sangat pula ayat tu. Kuli la senang. Ha! Kenapa erk? Nak tahu juga. Rasa menyesal puji awak. Tahulah handsome. Kaya. Berpangkat. Tapi janganlah berlagak sombong sangat! Tahu tak semua tu nikmat yang Allah bagi. Bila-bila je Allah boleh tarik balik. time tu menyesal pun tak ada guna lagi tau?" ujarku panjang lebar dengan bersungguh-sungguh.

Dia terdiam. Tapi riak muka dia nampak biasa weh. Yang aku sedar dia Cuma tahan diri daripada tersenyum. Kenapa dia buat reaksi macam tu? Tak puas hati!

" And satu lagi. Awak nak tahu tak?"

Dia menjongketkan kening. Tanda ingin tahu. Aku pula dah menarik senyuman sinis.

" Seriuslah. Bila awak serius dan tak senyum macam ni kan? Serius nampak macam orang tua. Tak masyuk lah dengan gaya awak ni. Ubah! Ubah!"

Usai saja aku cakap macam tu aku terus pusingkan badan ke belakang. Tengok muka Adira aku terus hamburkan tawa. Dalam kiraan tiga. Satu. Dua. Tiga.

" Adira. Lari!"

" Lis! Lisa!"

**

" Lis.."

Aku tersedar daripada mimpi yang panjang. Bila aku dengar suara itu aku tersenyum dalam hati. Ya. Mereka orang yang sama. Tapi kenapa aku tak ingat di mana pertemuan pertama aku dengan Faiz?

" Lis. Aku datang ni. Aku rindu kau Lis."

Hati aku terasa sebak bila dengar dia cakap macam tu. Aku pun rindu kau. Tapi aku tak boleh bangun Faiz. Dah puas aku cuba buka mata dan gerakkan tangan. Tapi gagal. Maybe belum tiba masanya aku sedar.

" Lis. Aku nak minta maaf. Kalau bukan sebab aku kau mesti takkan koma macam ni kan? Aku tak sepatutnya call kau time tu. I'm sorry."

Aku dapat dengar suara dia yang kesal itu. Aku tersenyum. walaupun dia tak tahu aku tengah tersenyum. Aku tak pernah salahkan dia pun. Aku je yang cuai time tu. Nak cepat sampai kemalangan.

" Lis. Cepatlah sedar. Ada banyak benda aku nak story dekat kau. Terutama sekali pertemuan kita 3 tahun yang lalu."

Aku tersentak. 3 tahun lalu? Adakah pertemuan macam dalam mimpi aku tu?

" Aku tunggu kau Lis. Aku tunggu."

Ya Allah. Berilah kekuatan pada kami berdua. Aku anggap ini ujian daripada Kau Ya Allah.

**

Faiz POV

Bila tengok tiada reaksi daripada dia. Terhambur juga keluhan kecil daripada mulut aku. Dah masuk seminggu Lis tak sedarkan diri. Semua orang tak henti-henti berdoa agar Lis cepat sedar dan cepat sembuh. Doktor kata walaupun Lis koma tapi dia dapat dengar orang cakap.

" Aku tahu kau tengah dengar apa yang aku kata ni Lis. Lis..."

Aku tersenyum hambar. Rasa susah nak cerita tapi ini sajalah peluang yang ada.

" Aku nak cerita something dekat kau. About 3 years ago."

Bila aku ingat kisah 3 tahun yang lalu. Sememangnya aku rasa menyesal sangat buat Lis macam tu. Tak berbaloi. Mula-mula tu tiada niat langsung nak buli. Entah. Rasa seronok je tengok Lis marah-marah. Lama-kelamaan rasa suka dan tanpa sedar aku jatuh cinta. Ammar la yang beritahu aku.

" Lis. Aku dah cintakan kau sejak 3 tahun yang lalu. Kau ingat lagi tak kita pernah hadiri satu program dulu atas kapal. Kau ingat tak?"

Aku tersenyum tipis. Sepanjang dua hari aku berada atas kapal. Bermacam-macam kerenah aku dapat lihat terutama kerenah Lis. Memang dia buat aku tersenyum sepanjang hari. Tapi bila malam hari kedua aku terasa bodoh. Aku rasa kejam. Aku rasa aku tak layak dipanggil ketua senior.

Aku pandang Lis yang tengah terbaring itu. Air mata yang nak jatuh cepat-cepat diseka.

" Lis. Aku jahat Lis. Aku jahat. Aku hampir menyebabkan nyawa kau kena tarik. Mujur aku sempat selamatkan kau. Aku tak tahu kalau aku terpaksa kehilangan kau time tu. Aku rasa menyesal Lis. Menyesal."

Aku tunduk ke bawah. Tangan kiri dibawa menutup mata. Tak tahan diri daripada menitiskan air mata. Aku lemah saat ini. Lemah di saat teringat kisah silam itu.

" Aku terlalu sayangkan kau Lis. Dah dua kali aku hampir menyebabkan kematian kau. Adakah aku masih layak bersama kau? Aku cintakan kau Lis. Tolong jangan pergi tinggalkan aku. Berilah aku peluang untuk tebus kesalahan aku."

Aku mengetap bibir. Aku seka air mata dan mendongak melihat Lis. Tiba-tiba aku kesan ada air mata jatuh daripada sisi matanya. Aku tersenyum hambar.

" Jangan menangis Lis. Aku akan lindungi kau. Aku ada. Percaya cakap aku."

Aku menyeka air matanya dengan lembut. Selepas itu aku merenung wajah Lis dalam-dalam.

" Janji dengan aku yang kau akan kahwin dengan aku bila kau sedar erk?"

Diam. Tapi aku tahu dia dengar.

" Aku keluar dulu. Nak solat. Sweet dream girl."

Walaupun berat tapi aku gagahkan kaki melangkah meninggalkan dia. Lis. Jangan give up!

End Faiz POV

**

Other's POV

Keluar je Faiz dari bilik wad Lisa, dia terserempak pula dengan Diana. Tapi dia hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang reaksi diberikan kepada Diana. Sampai dia melepasi Diana barulah dia menghentikan langkah.

" Apa you buat dekat sini?" Soal Faiz dengan lemah.

Walaupun dulu Diana dah fitnah dia. Tapi dia dah lama maafkan Diana. Perkara yang lalu biarlah berlalu.

" Boleh kita cakap sekejap?" Soal Diana pula lantas memusingkan badannya ke arah Faiz walaupun Faiz tak pandang ke arahnya.

" Nak cakap apa?"

" Fasal Lisa."

Faiz tersenyum sinis.

" Kenapa lagi dengan Lisa? Ada hutang apa lagi? Nak tuduh I apa lagi?"

Diana tersenyum pahit. Dia terus menggelengkan kepalanya. Adakah Faiz tak sedar perubahan dia ni? Maybe terlalu sedih sebab tu tak kisah. Never mind. Aku tak ambil hati.

" Tak. Nak cakap sesuatu. Please Faiz. Kejap je." Pinta Diana lagi.

Faiz terdiam. Dia menoleh sekilas ke arah Diana. Dalam hatinya terdetik rasa syukur bila melihat perubahan pada diri Diana. Sebenarnya dia dah sedar tentang perubahan Diana. Tapi saja dia tak cakap. Sebab hatinya asyik memikirkan kesembuhan Lisa.

" Kita turun ke kantin."

Sampai saja di kantin. Faiz dan Diana sama-sama ambil tempat. Mereka duduk bertentangan. Diana dah ready nak bercakap. Tapi Faiz setia tunduk ke bawah. Tiada hati nak tengok wajah Diana.

" Cakaplah apa yang you nak cakap tu." Arah Faiz senada. Tiada mood.

Diana yang faham keadaan Faiz hanya mampu tersenyum tipis.

" Sebelum tu I nak minta maaf sebab fitnah you. Gara-gara I hubungan you dengan Lisa teruk. Maafkan I. I dah sedar kesilapan I."

Faiz hanya menganggukkan kepalanya. dia dah lama maafkan Diana. Tak perlu ungkit lagi benda lama.

" I juga nak minta maaf sebab babitkan you. Memang I mengandung tapi bukan anak you. Maafkan I. I Cuma kesal masa tu. Orang yang I sayang pergi tinggalkan I sebab anak ni."

Diana cuba kuatkan semangat. Dia tepis segala rasa sedih tu ke tepi. Dia Cuma nak Faiz tahu keadaan sebenar. Bila tengok reaksi Faiz tu dia dah mengukirkan senyuman hambar.

" Ye Faiz. I mengandung anak luar nikah. Dan I dah sedar salah I. Dosa I. Banyak Faiz. Sangat banyak."

Faiz terdiam. Tiada rasa nak cakap. Hanya mahu mendengar kata-kata Diana. Dia tahu Diana sekarang Diana yang penuh penyesalan.

" Bila I dapat tahu I hamil. I tak tahu nak buat apa. Apa yang I takut jika Fiqran tak nak bertanggungjawab. I cepat-cepat call Fiqran cakap I mengandungkan anak dia. Tapi dia tak mengaku ini anak dia pun. I sedih Faiz. Sedih. Sampai I tak fikir apa-apa dah melainkan you. That's why I sanggup gunakan nama you dan libatkan Lisa dalam hal ni. Maafkan I."

Diana dah mula rasa sebak. Air matanya dah mula bergenang. Tapi dia masih bertahan. Faiz yang melihat hanya diam. Dia tak tahu nak kata apa.

" Dan bila I dapat tahu keadaan Lisa. I turut sedih. Dia yang banyak bantu I. Sebenarnya dia ada pasang niat nak kahwinkan you dengan I."

Faiz tersentak. Kata-kata yang baru keluar daripada mulut Diana itu membuatkan hatinya panas.

" What?" Barulah Faiz bersuara. Tapi tidak terlalu kuat. Takut mengganggu orang lain.

Diana yang dengar hanya tersenyum pahit. Dah tahu reaksi Faiz.

" Maaf tapi tolong. Jangan sesekali salahkan Lisa. Pada mulanya memang I nak sangat kahwin dengan you. Tapi lama-lama I dah sedar. I tak patut jadikan you kambing hitam. Dan I tak patut hancurkan hubungan you dengan Lisa. Time I dah sedar I pergi jumpa Lisa. I cakap dekat dia I tak nak kahwin dengan you. I Cuma nak kahwin dengan orang yang mampu terima I seadanya." Luah Diana lagi.

Faiz terdiam. Tapi jauh disudut hati dia terasa kecewa dengan Lisa. Lisa! Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?

" Faiz. You tahu tak? Dia sanggup korbankan kebahagiaan dia demi orang lain. I tak sanggup tengok dia macam tu. Puas I dan Ammar pujuk dia supaya tidak teruskan niat dia tu. niat untuk satukan kita dua. Tapi dia degil Faiz. Dia ego. Nak juga. Sampai cakap dekat Ammar yang dia akan pilih Ammar. Tapi Ammar taknak. Ammar tak puas hati. Ammar geram dan marah Lisa balik."

Faiz tergamam. Ammar cakap macam tu? Patutlah dulu Ammar beria-ria suruh aku dapatkan Lisa. Rupanya. Maafkan aku Ammar. Kau memang kawan baik aku.

" Ammar kata dia tak sanggup bersama dengan orang yang tidak cintakan dia. Ammar sanggup korbankan cinta dia demi orang yang dia sayang. Ammar terlalu baik Faiz."

Faiz tersenyum hambar. Ya. Aku akui itu. Ammar baik. Aku ja kejam.

" Faiz. Jangan salahkan Lisa. Dia Cuma terikut keadaan. Terlalu ikutkan perasaan. I yakin selepas dia sedar dia Cuma nak bersama dengan you." Sambung Diana lagi bila tiada kata-kata daripada mulut Faiz.

Diana melihat Faiz dengan senyuman tawar. Dia tunduk memandang perutnya yang masih kempis itu.

" Faiz. Doakan I supaya bahagia dengan anak I." Ujar Diana lantas mendongak melihat Faiz.

Tapi alangkah terkejutnya dia bila melihat seorang lagi lelaki di belakang Faiz. Di mana lelaki itu merupakan orang yang dia sayang dan cintai. Berdiri tepat di belakang Faiz. Diana jadi termangu seketika. Air matanya dah menitis ke pipi.

" Diana?"

Faiz pelik. Diana tiba-tiba tergamam. Macam terjumpa orang yang dia tak sangka. Atau memang betul? Aku pun toleh ke belakang. Bila nampak seorang lelaki yang berpakaian smart casual itu. Aku kembali memandang ke arah Diana. Terbit senyuman kecil pada bibirku. Aku dah faham. Lelaki ini ayah kepada anak dia tu. Aku faham.

" Diana. I rasa you dah jumpa orang yang sebenar. Terima kasih sebab beritahu I semuanya. Jangan risau. I takkan salahkan Lis. I faham." Ujar Faiz dengan senang hati.

Diana tersentak. Dia kembali memandang ke arah Faiz. Dia mendiamkan diri melihat tindak tanduk Faiz. Faiz bangun dan berdepan dengan Fiqran. Fiqran yang melihat Faiz tersenyum kecil. Tangan dihulur ingin salam. Dan apabila tangan bersambut, Fiqran terus menarik Faiz ke dalam pelukannya.

" Aku tahu aku lelaki tak guna. Tapi terima kasih sebab tidak terima Diana. Aku masih cintakan dia." Luah Fiqran dengan hati yang ikhlas.

Faiz yang mendengar dah menarik senyuman lebar. Bahu Fiqran ditepuknya perlahan. Pelukan dileraikan dan Faiz memberikan anggukan kecil.

" Jangan lepaskan dia lagi. Dia memang untuk kau. Jadilah ayah dan suami yang baik." Pesan Faiz lantas kembali menoleh ke arah Diana yang terkedu itu.

" Diana. Nanti kahwin jangan lupa jemput." Faiz cuba berseloroh.

Diana dan Fiqran hanya tersenyum tipis.

" I naik dulu. nak tengok Lis."

Baru saja Faiz nak berlalu. Diana memanggil pula namanya. Faiz kembali toleh ke arah Diana dengan jongketan di kening.

" Ingat Faiz. Even Lisa ego dan degil macam tu sekalipun. Tapi dia cintakan you. Tolong jangan buat dia sedih. Bahagiakan dia. Dia layak dapat kebahagiaan tu dengan you."

Sempat Diana titipkan pesanan buat Faiz. Faiz yang mendengar tersenyum kecil.

" InsyaAllah."

End Other's POV

**

Wuarghh!! Mengantuknya buat kerja menaip ni. Sampai naik pinar mata aku ni. Aku tengok sekeliling. Adira dah menghilang ke mana? Sadis! Dia tinggalkan aku sorang-sorang dekat kantin ni. Mesti ada dekat luar. Sadisnya hidup bila kena buat kerja time orang bersuka ria. Huhu!

Aku tatap sekali lagi skrin laptop. Bila dah puas hati aku tekan button save dan copy ke pendrive. Lega! Siap juga! Dua jam aku depan laptop. Geram tak geram dengan mamat tu! Erh!

" Argh!!!" Aku terjerit kecil bila membuat regangan pada badan. Lega!

" Weh!"

Tiba-tiba Adira muncul. Wajahnya nampak panik. Asal?

" kau asal?" Soalku dengan tanda tanya.

" Aku dengar kau jerit tadi. Kau asal?"

Aku menepuk dahiku perlahan.

" Aku buat regangan la. Mana ada aku jerit. Terjerit adalah. Letih kau tau?" Terangku lantas menutup laptop dan masukkan ke dalam beg.

Adira menghembus nafas lega.

" Nasib baik. Semua ni ketua tu punya arahan lah. Dia suruh aku jenguk kau." Jelas Adira dengan tersenyum kecil.

Aku tersentak. What? Mamat kerek tu suruh Adira jenguk aku?

" Dah kenapa tiba-tiba prihatin pula?" Sindirku dengan senyuman sinis.

" Haish kau ni. tak baik lah cakap macam tu. Dia Cuma risau je. Yelah. Dah 2 jam kau ada dekat sini dengan kerja kau. Bila dengar kau macam menjerit terus dia suruh aku pergi tengok." Jelas Adira lagi.

Aku terdiam. Dia risau? Aik? Semenjak bila. Ini semua kau punya fasal Faiz! Tak sebab kau aku tak berkelumang depan laptop ni selama 2 jam. Naik juling mata aku ni. huh!

" Ada aku kisah? Lainlah dia datang tengok sendiri." Jawabku spontan.

Haah kan? Kalau dia datang jenguk sendiri barulah care. Barulah boleh diterima alasan tu. barulah aku rasa berbaloi buat kerja ni. Tapi ni ? Eh! Kirim salam!

" Hahaha. Mengharap rupanya." Ejek Adira dengan sengihan. Aku jegil mata dekat dia. tengah perli la tu.

" Kau tunggu kejap erk?"

Belum sempat aku nak halang. Dia terus keluar dulu. Aku tengok dengan kerutan di dahi. Asal pula tu? Biarlah. Baik aku kemas semua ni cepat. Then barulah aku boleh bersantai macam diorang. Lagipun dah nak masuk waktu maghrib.

" Lisa!"

Aku letak beg laptop dekat tepi meja. Barulah aku toleh ke arah Adira. Tapi bila tengok siapa di tepi Adira. Aku terus toleh ke arah lain. Spoil mood!

" Lisa! Aku bawakan special untuk kau. Tadi kau nak sangat kan?"

Aku terlopong. What? Semenjak bila aku nak jumpa dengan mamat kerek ni? Ish!

" Faiz. Saya pergi depan dulu ye. Borak lah dengan kawan saya ni. bye."

Aku merengus geram bila Adira sengaja tinggalkan aku dengan dia. Mujur ruangan ni luas. Mujur juga ada chef dekat hujung ruangan ni . tak lah takut sangat. Heh!

" Ehem!"

Dia berdehem. Aku hanya buat selamba. Buat-buat tengah tengok orang lain. Sedangkan tak ada orang pun. Ngek!

" Tadi ada orang tu cakap. Kalau betul care tak payah guna orang tengah."

Aku terdiam. Ish! Mesti kerja Adira.

" So sebab aku tak nak guna orang tengah aku datang tengok."

Aku tengok muka dia yang sememangnya macam tak ada perasaan tu dengan geram. Rasa macam nak cakar je muka handsome dia tu. huh!

" Tak payah. Tak perlu pun. Tak penting." Jawabku dingin. Cepat-cepat aku bangun dan cuba untuk melepasi dia. tapi dia halang dengan berdiri depan aku. aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Tepi la!" Marahku. Geram! Tapi dia? Senyum. Senyum weh! Kalau senyum ikhlas tak pa. NI sinis!

" Kalau aku kata tak nak?" Soalnya dengan sinis.

Aku juga tersengih. Sinis. Aku menjongketkan kening ke arahnya. Bagai lagak mencabar.

" Kalau tak nak? Ini yang awak akan dapat."

Tanpa membuang masa. Aku cepat-cepat pijak kaki kirinya dengan kaki kanan aku. Kuat! Lepas tu barulah aku berjaya berjalan melepasi dia. Aku senyum sinis. Puas! Padan muka kau ketua senior! Hahahah!

" Lisa!!!!!"

**

" Lis..."

Suara Faiz. Dia datang lagi.

" Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kalau Diana tak cakap mesti kau akan rahsiakan daripada aku selamanya kan?"

Kenapa dia macam kecewa. Apa aku dah buat? Diana?

" Sampai hati kau sanggup lepaskan aku pada orang yang aku tak cinta. Sanggup kau kan? Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Bukan Diana."

Aku cuba menggerakkan tangan. Aku cuba membuka mata. Dan aku rasa nak nangis sebab aku masih tak berdaya nak buat semua tu. Faiz!

" Aku tak nak kahwin dengan dia! Aku nak kahwin dengan kau Lis! Kau tak faham ke?"

Nada dia dah tinggi sikit. Tapi masih dikawal. Aku yang dengar dah tahu dia sangat kecewa. Aku menangis dalam hati. Maafkan aku Faiz. Maaf. Aku salah. Tolong maafkan aku.

" Jangan nangis. Aku tak salahkan kau. Aku dah maafkan kau. Cuma aku terlalu kecewa. Patutlah kau beria-ria tolak aku. Marah aku. benci aku."

Aku rasa macam nak tumbuk diri aku. Aku bodoh! Bodoh! Argh!

" Maafkan aku Lis. Aku tahu aku masih tak layak untuk kau."

Tak Faiz! Tak!

" Aku perlu masa untuk tenangkan fikiran. Kau rehatlah. Bila aku dah tenang aku datang lawat kau balik. assalamualaikum."

Bila aku dengar kaki kerusi ditolak. Tahulah yang dia dah nak keluar. Tak! Tolong Faiz! Jangan keluar! Aku minta maaf. Minta maaf. Faiz....

Tiba-tiba aku rasa denyutan jantung aku makin lemah. Aku juga rasa nafasku makin tersekat. Dadaku juga dah berombak. Tidak stabil.

"Lis? Lis? Ya Allah! Doktor!"

Faiz. Aku tersenyum. Kau datang balik.

" Tolong bertahan Lis! Tolong bertahan. Maafkan aku. maaf! Lis!"

Akhirnya sayup-sayup aku mendengar suara dia yang cuba memanggil aku. Maafkan aku Faiz. Aku tak layak untuk kau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro