Part 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Minggu pertama – Ammar
Minggu kedua – Wan
Minggu ketiga – Faiz

Terpinga-pinga aku tengok apa yang tertulis pada kertas yang diberikan oleh Adira tadi. Muka memang tak percaya gila sekarang ni. Adira dah tersengih tengok aku.

" Kenapa tengok aku macam tu?" Soalku lantas menyerahkan semula kertas tadi kepada Adira. Tapi dia menggelengkan kepalanya pula. Tanda tidak mahu ambil kertas tadi.

" Tu milik kau. Aku buat jadual khas untuk kau. Dan mereka bertiga pun setuju. So kau tak boleh lari dah. Tak lama beb. 3 bulan je. Sampai hujung bulan ni dah sebulan."

" Maksud kau?"

" Minggu pertama. I mean mulai esok kau akan keluar dengan Ammar sampai cukup seminggu. Anda faham?"

" What?"

Aku terlopong. Gila! Ini memang kerja gila.

" Weh! Kenapa buat aku macam ni?" Aku buat-buat sedih.

Tapi lain pula jadinya bila bahu aku jadi mangsa tamparan dia.

" Tak payah nak buat muka sedih. Sebelum ni kau yang dah setuju kan nak ikut pelan ni? Lagipun demi kebaikan kau juga. Mak kau yang suruh. You remember?"

Aku merengus geram. Mak ni pun satu. Macam aku ni kempunan sangat nak suami. Sedangkan mak yang kempunan nak menantu. Ayah tahu ke tak soal ni erk?

" Esok petang okay. Pagi kau kerja."

Adira dah keluar daripada bilik. Aku jugalah yang masih terpinga-pinga dekat sini. Hampeh punya kawan! Arghh!

" One more!"

Belum sempat aku nak baringkan tubuh, dia muncul balik. Dengan muka cemberut aku tengok dia.

" Apa lagi?"

" Aku baru teringat ayah kau bagi cuti dekat kau selama sebulan. Itu je kot."

Aku terbungkam. Terus aku menerjah ke arah Adira.

" What? So that's mean ayah aku pun terlibat dalam rancangan ni?" Soalku dengan muka yang tidak percaya langsung.

Adira tersengih. Lambat-lambat dia buat anggukan. Aku apa lagi terus tepuk dahi. Seriously?

" Jangan risau. Ayah kau kata even kau cuti gaji tetap jalan. Nasib kau kerja bawah syarikat ayah kau."

Aku terdiam. Alahai. Kenapa ayah pun terlibat. Baru nak mengadu. Memang orang tua aku kempunan nak menantu ke ni?

" Adira. Aku nak minta tolong kau something boleh?"

Tajam aku tengok Adira. Adira terus terdiam. Hanya anggukan dia beri.

" Tolong aku buat sesuatu."

" Buat apa?"

Aku tersenyum penuh makna. Buat something supaya mereka bertiga benci aku. Dah mula rasa nak gelak jahat la ni.

" Malam nanti aku cakap. Sekarang baik kau belanja aku makan. Ada juga faedahnya."

" Ala. Tak boleh. Aku ada appointment dengan client jap lagi."

Muka pasrah nampak? Haih.

" Okay la. Aku makan sensorang."

Terus aku kembali pusing untuk masuk ke dalam bilik. Serentak itu juga telefon bimbit aku berbunyi.

" Aku keluar dulu tau Lisa. Bye."

" Ha. Okay."

Dengan penuh rasa malasnya, aku jawab juga call daripada nombor yang tidak dikenali ni.

" Helo. Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa ye?" Soalku terus terang.

" Malissa."

Aku tersentak. Dia tahu nama aku? So dia kenal aku?

" Siapa ni?"

"Ammar."

Dan sekali lagi aku  tersentak. Dia nak apa call aku? Paling penting mana dia tahu nombor aku? Mesti Adira. Huarghhh!

**

Kejap-kejap aku pandang ke kiri. Kejap-kejap aku pandang ke kanan. Tapi rupa orang yang nak jumpa aku tu masih belum datang. Tadi dia yang suruh aku cepat. Sekarang batang hidung pun aku tak nampak. Haish! Benci orang yang tak tepati masa. Tolak 10 markah.

" Hai."

Termengah-mengah dia yang baru saja muncul depan mata aku saat ini. Aku hanya melihat dia duduk dengan tak cukup nafas tu. Kesian pula aku tengok. Tapi siapa suruh lambat kan?

" Ada apa awak nak jumpa saya ni?" Soalku ingin tahu. Kalau boleh aku tak nak lama-lama dengan si Ammar ni. Dahlah waktu call aku tadi merayu supaya dapat jumpa dengan aku.

" Saya perlukan pertolongan awak."

" Tolong apa?"

Haih. Belum apa-apa dah minta tolong. Layankan je la Malissa oii!

" Tolong katakan yang awak sayang saya sekarang."

Aku terbuntang. What?

" Ammar! Apa yang awak sedang merepek ni?" Aku rasa bengang tiba-tiba.

Wajahnya saat ini nampak gelisah habis. Aku perasan dia asyik kerling belakang aku. Aku terasa nak tengok belakang tapi ditahan Ammar dengan gelengan.

" Apa sebenarnya yang terjadi ni Ammar?" Soalku lagi. Kali ni aku lebih serius.

Terdengar keluhan kecil daripada mulutnya.

" Please. Tolong saya. Saya Cuma tak tahan asyik diekori. Dia psiko Lisa."

Aku terkejut. Dia psiko? That's mean seorang perempuan sedang tergila-gilakan Ammar. Macam tu?

" Dia ada belakang saya ke?"

Bila Ammar mengangguk. Barulah aku faham.

" Tapi kenapa awak nak lari daripada dia? Awak terus terang je la dekat dia yang awak tak sayang dia. Simple." Cadangku. Apa susah. Terus terang je la.

" Berkali-kali dah saya cakapkan kat dia. Tapi tak jalan. Dia betul-betul dah tak betul Lisa."

Ammar nampak sangat tertekan saat ini. Nampak terbeban. Aku yang tengok pun jadi kesian. Terasa ingin membantu pula.

" Awak nak saya buat apa?"

Ammar mengerling sekali lagi ke belakang aku sebelum merenung aku dengan senyuman hambar.

" Ikut saya. Berdepan dengan dia. dan mengaku awak bakal isteri saya. Tu je satu-satunya cara." Cadangan Ammar memang betul-betul buatkan aku terbuntang sekali lagi. Idea gila apa ni?

" Tak ada cadangan lain ke?"

Aku merengus perlahan. Perempuan ni pun satu. Dah tahu Ammar tak nak dekat kau tu move on je la. Buat malu kaum wanita je dia ni.

" Saya tak tahu. Itu je yang saya fikir sekarang ni."

Dia meraup wajahnya kasar. Selepas itu telefon bimbitnya pula tiba-tiba berbunyi. Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan tersebut.

" Helo. Assalamualaikum."

Aku diam membatu. Hanya perhati dan cuba curi dengar. Bukan sengaja tapi dah dia depan mata aku. So, tak salah kan?

" Ya mak. Okay mak. Ammar pergi sekarang. Ye. Jangan risau. Tahulah Ammar jaga diri. Okay bye mak."

Selepas dia menamatkan panggilan. Dia menghembus pula nafas kecil. Kali ni aku betul-betul dapat tengok dia yang sangat stress. Macam ada sesuatu yang dia rahsiakan. Ada problem ke?

" Ammar?"

Ammar tersentak. Dia tersenyum. Tapi senyuman dia nampak sangat hambar.

" Sorry. Kat mana kita tadi? Ha. Fasal perempuan tu." Dia mengerling sekali lagi ke belakang.

Tanpa sempat Ammar menghalang. Aku terus toleh ke belakang. Ya. Aku perasan ada seorang perempuan sedang memerhati kami dari satu kedai. Semua pakaian dia warna hitam. Ingat orang tak boleh cam kot. Maybe sebab perasan kami berdua perhatikan dia, dia terus lari daripada situ. Aku tersenyum sinis. Maybe tercabar?

" Dia dah lari. Sekarang awak tak payah risau." Ujarku lantas kembali menoleh ke arah Ammar.

Tapi saat perasan dia sedang merenung aku tajam. Aku terus jadi diam. Rasa kecut perut pula bila dia tengok aku macam tu.

" Ke..kenapa?" Aneh.

" Awak memang cantik. Saya tak nafikan."

Kali ni aku rasa pipi aku yang membahang. Malu! Kenapa dia tiba-tiba puji aku ni?

" Awak rasa awak dapat terima antara kami bertiga ke?" Sekali lagi dia menyoal.

Aku tersengih kekok. Aku berdehem. Untuk berlagak biasa. Macam aku tak pernah dengar apa yang dia katakan tadi. Bila dah rasa okay barulah aku kembali pandang dia.

" Kenapa tanya saya macam tu?"

" Yala. Tiba-tiba je awak kena berkenalan dengan kami bertiga. Tak rasa terbeban ke?"

Tercetus pula tawaku saat mendengar soalan dia. Terbeban? Sangat!

" Tak apa. Just follow the flow la Ammar. Apa yang terbaik buat saya tu saya terima je."

Bibirnya mula mengukirkan senyuman.

" Beruntung siapa yang dapat memiliki awak Lisa." Dia puji lagi.

Aku menarik sengih lagi. Kali ni sengihan plastik. Aku toleh ke arah lain bila sedar dia asyik pandang aku. Tak sukalah macam ni.

" Dah lah. Saya nak balik. lagipun urusan awak pun dah selesai kan? Saya harap dia takkan kacau awak lagi." Doaku.

" Entahlah. Mudah-mudahan."

Kami berdua sama-sama bangun dan keluar daripada kafe tersebut. Kami berjalan beriringan menuju ke tempat parking. Tapi langkahku serta-merta terhenti saat ternampak seseorang. Serentak itu juga Ammar turut berhenti.

" Kenapa Lisa?"

Aku tak boleh biar Ammar tahu.

" Awak baliklah dulu. kejap lagi saya balik. nak ke tandas kejap." Nafiku dengan senyuman kecil.

" Oh! Okay. See you tomorrow."

Hilang saja dia daripada pandangan aku, aku terus lajukan langkah ke arah pintu utama pasar raya. Aku perhati sekali lagi kelibat yang aku nampak tadi. Sah! Memang dia. Siapa? Faiz! Tapi dia buat apa dekat sini?

Aku toleh sekeliling. Bila rasa line clear aku masuk dan menyusup masuk ke kedai kasut. Sebab Faiz berada tidak jauh daripada kedai kasut yang aku masuk ni. Dia berada betul-betul di hadapan kafe yang aku singgah dengan Ammar tadi. Apa yang dia buat dekat situ?

" Cik?"

Aku tersentak. Aku menoleh ke belakang. Ternyata pekerja kedai ni.

" Ya?"

" Cik nak cari apa?"

Aku menepuk dahi. Bengonglah kau ni Lisa! Nak bersembunyi pun dalam kedai kasut. Sah-sahlah orang tanya. Bukannya kau beli pun. Dengan sengihan aku menggelengkan kepala.

" Saya singgah je. saya keluar dulu."

Aku terus keluar daripada situ dengan perasaan lega. Bila lepas aku kembali menoleh ke arah kafe tadi. Tapi hampa. Dia dah tak ada. Aku makin dekatkan langkah aku ke kafe itu. Sekeliling aku perhati. Tapi dia dah hilang.

Aku mengeluh hampa. Dia pergi mana pula? Arh! Lantaklah! Kisah pula kau ni Lisa? Dah! Balik!

" Lis!"

Okay. Kali ni aku betul-betul rasa nak hilang dalam sekelip mata. Kantoi!

# Thanks pada yang sudi baca sampai ke part ni. Sebarang komen daripada anda sangat-sangat saya perlukan. And sorry if this story tak menarik. :)#

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro