Part 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dalam media tu dia pegang pistol. Tapi bayangkan dia pegang pisau okay? Hehe.

Kalau orang tanya aku apa perkara yang boleh buat aku tersenyum. jawapan aku adalah suami aku. Tengok dia je mesti aku tersenyum. Like now. Tengok dia buat kerja je pun dah buat aku tersenyum. Haha.

Ikutkan hari Sabtu orang cuti termasuk aku. Tapi dia boleh kerja hari ni. Katanya banyak kerja kena disiapkan. Lagipun kejap je. Aku baru rancang nak pergi berjalan. Tapi tak fasal-fasal kena ikut dia datang pejabat. So sekarang kerja aku melangut sambil tengok dia.

Bosan ya amat! Baik aku tidur dekat rumah kalau macam ni. Benci betui! Aku merengus bosan. Akhirnya aku terus rebahkan diri aku atas sofa. Biarkan dia tekun buat kerja depan laptop.

Tiba-tiba aku teringat hal dua hari lepas. Di mana aku hampir kena bunuh dengan Hanis. Dan sang suami yang selamatkan aku. Dah dua hari aku tak dengar khabar berita Hanis tu. Dia tu kejap diam kejap muncul. Aku sendiri pelik. Agaknya apa yang menyebabkan dia jadi macam tu erk?

" Sayang.."

Aku mengerling dia yang duduk di tempatnya itu sekilas.

" Kenapa?" Soalku sambil merenung syiling.

" Kalau sayang ngantuk. Tidurlah dulu. nanti abang gerak."

Aku mencebik. Tak payah. Tak rasa mengantuk langsung. Rasa lapar adalah. Ha! Lapar! Aku menyentuh perutku. Baik aku pergi makan dulu. Jadi, aku bangun duduk dan kemaskan tudungku. Bila dah okay aku pergi berdiri depan meja dia. Dia mendongak sekilas sebelum teruskan kerja dia.

" Kenapa sayang?"

" Lisa turun bawah kejap erk? Nak makan. Lapar." Maklumku lantas ambil beg tangan.

" Jangan lama-lama. Nanti abang rindu."

Aku menjeling manja. Ada saja alasan.

" Baik encik suamiku yang tersayang."

Dia tersengih kerang busuk. Mengada.

" Nak Lisa belikan apa-apa ke?"

" Tak payahlah. Nanti kita lunch kat tempat lain. Pergilah makan sarapan dulu."

Aku hanya mengangguk dan menurut. Aku keluar dari pejabat dia dan menuju ke arah lif. Aku sempat tengok sekeliling pejabat suami aku tu. Tak ramai orang. Sebab cuti rasanya. Bos diorang je rajin datang. Heh!

Ting!

Aku cepat-cepat masuk ke dalam lif bila pintu lif terbuka. Aku tekan butang nombor 1. Seminit kemudian sampailah aku dekat bawah. Aku keluar dari pintu lif dan menuju ke kantin pejabat.

" Lisa?"

Langkahku terhenti saat mendengar namaku dipanggil. Aku tersenyum bila Ammar yang menegur.

" Hai awak. Buat apa dekat sini?" Soalku ramah.

" Nak jumpa suami kesayangan awak tu la. Tak cukup dengan hari kerja, hari cuti pun nak kacau. Adeh."

Dengar je Ammar merungut macam tu. Aku terus tertawa kecil.

" Mr Faiz tu kan bos. Workaholic pula tu. Tapi kenapa dia nak jumpa awak dekat sini?" Pelik aku. sedangkan mereka tidak bekerja di bawah bumbung yang sama.

" Kami dah jadi partner dalam satu projek. So, memang kena kerap berjumpa la."

Aku membuat anggukan tanda faham.

" Okaylah Lisa. Saya naik dulu. nanti jumpa awak dekat atas."

" Okay awak."

Sabar je la dapat suami macam aku tu. Haha.

" Eh! Lisa! Kejap!"

Ammar kembali berpatah balik ke arah aku. Dia sempat kerling ke arah sekeliling sebelum memandang aku semula. Aku tengok dia dengan kerutan di dahi.

" Kenapa Ammar?"

" Kenapa saya rasa ada orang tengah perhatikan kita?" Serius saja lagak Ammar ketika ini.

Aku turut tengok sekeliling. Tapi tak ada yang mencurigakan pun.

" Perasaan awak je tu. Dah. Saya gerak dulu. Bye."

Tanpa menghiraukan Ammar, aku berlalu ke arah kantin. Makin di layan makin menjadi. Suka sangat fikir yang bukan-bukan.

" Makcik. Mihun goreng satu."

Aku ambil tempat kosong selepas membuat pesanan. Sempat juga aku tengok keadaan sekeliling. Hari Sabtu pun ada juga orang datang. Bagus! Haha.

" Nah dik."

" Terima kasih makcik."

Aku tengok makanan depan aku dengan mata yang bersinar-sinar. Dah terliur. So, apa tunggu lagi. Kita makan dulu.

Elok aku nak suap makanan ke dalam mulut, tiba-tiba ada orang datang rempuh bahu aku daripada belakang. Habis jatuh sudu yang aku pegang tadi. Aku sentuh bahu kanan aku yang terasa sakit ni. Aduh! Siapa yang main langgar je ni! sakit lah!

Aku tunduk ambil sudu. Lantak lah siapa pun. Aku dah lah tengah lapar ni. Sudu pun dah kotor. Haih. Dengan malasnya aku bangun dan nak tukar sudu. Tapi sekali lagi bahu aku dirempuh. Kali ni dari arah hadapan.

" Ouch!"

Kali ni aku terundur ke belakang gara-gara rempuhan kuat itu. Sakitnya!

" Weh! Tak reti tengok orang ke bila jalan tu?!" Bentakku geram lantas mencari orang yang merempuh aku tadi.

Aku toleh belakang dan langkahku terus kaku selepas melihat pisau yang sedang terarah pada perutku. Aku terteguk air liur. Aku pandang orang yang pegang pisau itu dengan rasa takut. Aku tak dapat cam muka dia sebab dia tutup mulut dengan kain. Hanya dapat nampak mata. Tapi melalui mata aku tahu itu Hanis.

" Sekali kau bergerak kau akan mati."

Bisikan dia itu membuatkan aku terkedu. Aku tengok pisau itu berkali-kali sampai aku beranikan diri aku tatap mata dia.

" Silakan. Silakan bunuh aku Hanis. Selagi kau tak dapat Faiz selagi tu kau akan terus nak bunuh aku kan?"

Dia nampak tersentak. Aku menarik senyuman hambar. Aku sentuh tangan dia dengan kedua-dua tangan aku. Dia nampak lagi terkejut sampai tangan dia menjadi sejuk.

" Bunuh aku Hanis. Bunuh aku." Pintaku dengan senyuman.

" Kau.. kau jangan cabar aku Lisa!"

Dia nampak terketar-ketar. Aku tahu sebenarnya dia tak sanggup pun. Dia terlalu ikutkan hasutan syaitan.

" Just kill me. Itu yang kau nakkan dari dulu kan?"

Aku tarik lengan dia lebih rapat ke arah perut aku. dan sekarang pisau itu betul-betul telah bersentuh dengan perut aku. Aku memejamkan mataku. Aku pasrah. Kalau sampai sini saja ajal aku.

" If you say like that..."

Abang. Selamat tinggal. Lisa sayang abang.

" Hanis! Jangan!"

Tersentak aku saat dengar jeritan itu. Aku buka mata dan aku dapat lihat seorang lelaki yang aku tidak kenali tarik pisau daripada tangan Hanis. Then dia tolak pisau tu jauh-jauh daripada kami. Aku juga dapat tengok reaksi lelaki itu. Wajahnya bengis. Matanya merah. Maybe tahan marah. Hanis pula aku tengok dah terdiam. Tapi dia nampak takut dan sedih.

" Aku dah kata jangan teruskan niat kau! Kenapa kau degil sangat?!"

Lelaki itu membentak marah. Jika dilihat, aku yakin lelaki itu sayangkan Hanis.

" Boleh tak kau jangan masuk campur lagi!?" Giliran Hanis membentak. Tapi Hanis membentak dengan linangan air mata. Aku yang tengok lagilah tersentak.

" Boleh tapi selepas kau hentikan semua ni! aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang bunuh orang!"

Tanpa mendengar jawapan Hanis, lelaki itu pantas merentap tangan Hanis dan bawa dia pergi dari situ. Aku melihat mereka sampai hilang daripada pandangan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Aku terduduk di kerusi. Aku tunduk tengok tangan aku. Aku sentuh pula perut aku. Tak sempat Hanis nak tikam lelaki tu lebih pantas bertindak. Siapa lelaki tu?

" Sayang!"

Aku mendongak dan kelihatan Faiz dan Ammar sedang melangkah ke arah aku. Aku bangun dengan seribu persoalan. Baru je aku nak cakap, tubuhku dipeluk Faiz. Aku terkaku.

" Ya Allah! Sayang buat abang risau. Are you okay dear?"

Pelukan terlerai. Aku memberikan anggukan kecil. Aku tengok Ammar.

" Macam mana korang tahu?" Soalku masih dalam keadaan yang terpinga-pinga.

" Ada orang report. Dia nampak ada seorang perempuan dengan pisau nak tikam awak."

Aku tengok Faiz. Nampaknya Faiz sangat-sangat risau. Tapi aku masih belum habis dengan perasaan terkejut lagi.

" Hanis kan sayang?"

Aku terdiam.

" Aku yakin dia Faiz. Dah lah. Bawa dia balik. Risau aku tengok."

" Yelah. Thanks Ammar."

Aku dibawa pergi oleh Faiz. Sempat aku kerling ke arah Ammar. Dia hanya tersenyum. Aku membalas senyumannya lantas berjalan pergi dengan Faiz.

" Abang."

" Ye sayang?"

" Lisa dapat rasakan Hanis tak berniat nak bunuh Lisa. Dia Cuma terikutkan emosi dan hasutan syaitan." Aku cuba menerangkan keadaan yang sebenar.

" What? Dah bawa pisau segala macam tu kata tak ada niat lagi? Apa sayang merepek ni?"

Faiz dah mula naik angin. Aku mendiamkan diri. Apa yang terjadi tadi kembali bermain dalam fikiran aku. Apa pun aku patut berterima kasih pada lelaki tu sebab dia selamatkan aku.

" Please! Lepas ni abang takkan biarkan sayang pergi mana-mana seorang diri." Dia dah mula bertegas.

" Abang.."

" Abang takut kalau terpaksa kehilangan sayang lagi. Please."

Akhirnya aku hanya mengangguk sebelum tubuhku dipeluknya erat. Maafkan Lisa bang.

**

Other's POV

" Lepas! Aku cakap lepas!"

Hanis memberontak selepas dirinya dibawa keluar daripada bangunan kerja Faiz. Fikri yang mendengar hanya pekakkan telinga dan bawa Hanis pergi jauh daripada situ.

" Fikri!"

Fikri lepaskan lengan Hanis setelah jauh daripada tempat itu. kemudian dia pandang Hanis dengan renungan tajam. Wajahnya diraup kasar. Dia tak mahu terlalu ikutkan emosi marahnya.

" Apa lagi yang aku perlu buat untuk kau hentikan semua ni?" Lemah Fikri menyoal.

Hanis termangu. Dia menggelengkan kepalanya dan menarik senyuman hambar.

" Kau tak perlu buat apa-apa melainkan jauhkan diri kau daripada aku. Aku tak perlukan kau dan tak perlukan sesiapa pun! Aku hanya nak bunuh Lisa. Tu je! jangan kacau aku lagi boleh tak?!"

Fikri tertawa sinis. Rambutnya diraup kasar. Dia dah benar-benar dalam keadaan marah. Tahap kesabarannya amat tipis sekarang ni.

" Serius kau tak nak tengok muka aku lagi?"

Hanis terdiam. Hatinya mula rasa lain. Hatinya bagai tidak merelakan Fikri kata macam tu.

" Serius kau benci aku?" Soal Fikri lagi.

Hanis tersentak. Lidahnya kelu.

" Kalau itu yang kau nak.."

Fikri memusingkan badannya membelakangi Hanis. Senyuman tawar terukir. Dia cuba tahan dirinya daripada menitiskan air mata.

" Aku akan pergi. Aku akan pergi Hanis. Forever!"

Terus Fikri berlalu meninggalkan Hanis. Kali ni dia dah tekad. Dia takkan munculkan diri depan Hanis lagi. Kalau Hanis teruskan niat dia pun, dia akan perhati dari jauh. Kalau ini yang kau nak Hanis. Aku rela. Aku rela lepaskan kau. Tapi aku takkan lupakan kau. Aku akan terus cintakan kau.

Hanis terjatuh melutut. Air matanya menitis lagi. Hatinya menangis. Hatinya meraung. Hatinya terasa pedih dan perit. Melihat pemergian Fikri , separuh hatinya bagaikan mati. Dia sendiri tak tahu kenapa. Tapi dia tak sanggup.

" Arghh! Kenapa semua ni mesti terjadi dekat aku?!" Raungnya dengan kuat.

Kau bodoh Hanis! Kau bodoh! Orang yang kau tak sayang kau lepas. Orang yang kau sayang tu la yang kau terkejar-kejar sangat. Sekarang kau tanggunglah akibatnya. Fikri dah pergi dari hidup kau!

End Other's POV

**

" Kenapa dia buat isteri aku macam ni? Kenapa mesti babitkan orang yang aku sayang? Kenapa tak aku je yang mati?"

Aku terus tersedar daripada tidur saat terdengar kata-kata itu. Aku buka mata dan toleh ke kiri aku. Dan benar tekaan aku bila Faiz yang bercakap. Dia renung syiling tanpa sedar sikit pun yang aku dah pun sedar.

" Hanis. Kalau kau terus-terus nak bunuh Lisa. Aku tak jamin kalau aku terpaksa batalkan niat kau. Baik kau bunuh je aku."

Hatiku tersentak. Apa yang suami aku merepek ni?!

" I just don't know what I want to do."

Tiba-tiba aku terdengar esakan kecil daripada dia. Aku mengetap bibir. Aku tak suka tengok dia sedih. Hati aku turut pedih kalau dia sedih. Perlahan-lahan aku mencapai tangan dia. dia kelihatan tersentak saat menyedari aku yang sudah bangun. Cepat-cepat dia seka air matanya.

" Eh sayang. Dah bangun?"

Dia pura-pura tersenyum depan aku. Dia mengiring ke arah aku dengan senyuman kecil. Aku tahu dia tengah kuatkan hati dia. Tak nak buat aku risau. Sedangkan aku memang dah risau pun.

" Kenapa abang kata macam tu?" Soalku lirih. Aku tak sanggup nak kehilangan dia.

Dia terdiam. Tapi masih mampu mengukirkan senyuman buat aku. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya.

" Kalau abang tak sanggup kehilangan Lisa. Lisa pun sama bang. Tolonglah jangan cakap yang bukan-bukan." Tegasku dengan geram.

" I'm sorry dear. I'm sorry."

Ubun-ubunku dikucup berkali-kali. Hatiku sebak. Aku cukup tak suka bila dia buat aku macam ni.

" Kalau betul Lisa ni hanya menyusahkan hidup abang. Lepaskan je Lisa."

Aku tolak dadanya dan mula bangun duduk. Rasa kecewa sebenarnya. Dia ingat aku tak sedih apa kalau terpaksa kehilangan dia? Ingat aku ni wanita kuat sangat ke? Aku pun ada hati dan perasaan.

" Sayang."

Dia bangun duduk dan membuat gelengan. Kedua-dua pipiku dielusnya lembut.

" Maafkan abang. Tapi jangan suruh abang lepaskan sayang. Sampai bila-bila! Abang cintakan sayang. Tak mungkin abang sanggup lepaskan sayang."

" Habis kenapa cakap macam tu? Ingat Lisa ni apa?" Aku mula membentak.

Air mataku mula bergenang. Aku larikan pandangan ke arah lain.

" Okay. Abang takkan cakap lagi. Looked at me please."

Aku masih berkeras. Tak nak tengok dia. Hati tengah sedih, sakit dan panas ni. Ingat senang nak surut? Huh!

" Sayang.."

Dia menarik daguku agar pandang dia. Aku? Terus tunduk ke bawah. Serentak itu air mataku mengalir ke bawah. Dah puas tahan tapi nak turun juga. Maaf hati. Kau tak kuat hari ni.

" Hey? Don't cry baby. Please.."

Dia masih memujuk. Aku pula dah teresak-esak. Maaf. Aku nak lepaskan semuanya. Jadi, terpaksa nangis dalam dakapan dia. Dia peluk aku erat.

" I'm sorry dear. I'm sorry." Dia masih berusaha meminta maaf.

Aku balas pelukan dia dengan sisa tangis yang berbisa. Rasanya agak lama aku berada dalam pelukannya sampai tangisan aku hilang. Barulah aku leraikan pelukan. Aku tengok dia dengan senyuman hambar.

" Maaf. Basahkan baju abang."

Aku sentuh dadanya lembut. Tak fasal-fasal basah. Menangis je kerja kau kan Lisa? Haha.

" Abang tak kisah. Asalkan buah hati abang ni tak menangis lagi."

Air mataku diseka perlahan. Dia menarik senyuman kecil.

" I just want you remember this."

Kedua-dua pipiku dipegang lembut. Mata kami saling merenung. Bila aku nak tengok ke arah lain, dia menggelengkan kepalanya.

" Just looked at me. I just want you remember this."

Bila aku kembali toleh ke arah dia, dia tundukkan wajah sampai hidung kami bersentuh. Aku dapat dengar deruan nafas dia yang tidak teratur itu. Perlahan-lahan dia rapatkan wajah sampai bibir kami mula bersentuhan. Aku tersentak dan mahu tolak dadanya. tapi dia lebih tangkas dengan memegang kedua-dua tangan aku agar tidak bergerak.

Akhirnya aku tidak melawan dan membiarkan dia sentuh bibirku. Bila dia tengok aku tidak melawan, barulah dia melepaskan tangan aku dan bawa kedua-dua tangan aku ke belakang lehernya.

Tak mahu terus disapa rasa malu, aku cepat-cepat tolak dada agar jauhkan bibirku daripada dia dan toleh ke arah lain.

" I just want you. I love you. Not anyone else. And please remember this forever." Bisiknya dengan penuh lembut di telingaku.

Aku memejamkan mata erat saat mendengar kata-kata itu. Aku akan ingat Faiz. Sampai bila-bila. Sebab aku pun cintakan kau.

" Please dear?"

Bila dia menarik semula daguku agar berdepan dengan dia. Aku membuat gelengan.

" Promise that you never say that's words again?" Soalku inginkan kepastian.

Dia tersenyum manis. Dia merenung aku sampai aku terkelu lidah untuk berkata-kata lagi.

" I'm promise with this."

Terus ditolak tubuh aku ke atas katil dan sekali lagi bibir aku dipagutnya.

Tak kisahlah dengan apa-apa pun asalkan dia dah janji tidak akan buat aku risau dan sedih lagi. Dan jangan sesekali tinggalkan aku lagi Tengku Akmal Faiz.

Sorry. Pendek lagi untuk part ni. Huargh! Maaf! Sis ketandusan idea. Sob Sob.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro