Part 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Lis!"

Gurlp!

" Lisa!"

Gurlp!

" Malissa!!!"

Terhenti terus langkah aku. Dalam hati aku ni memang mendongkol geram dengan empunya diri yang tak habis-habis panggil aku sejak tadi lagi. Ish! Aku pelik lah. Ke mana saja aku pergi mesti dia ada. Ke dia ni spy? Dahlah tadi nampak dia dalam kereta Ferrari. Sekarang ni ternampak dalam mall pula. Mujur Ammar pergi tandas. Kalau tidak mesti dia pun pelik kenapa Faiz ada sekali.

" Nak apa?" Sergahku dengan rasa marah yang membuak.

Dia tersenyum sinis. Dia pandang sekeliling dulu. Aku pun tengok jugalah sekeliling. Nak tahu dia cari apa. Tapi tak ada benda yang pelik pun.

" Tengah date dengan Ammar?"

Aku buat muka selenga. Tengok dia dengan perasaan kosong.

" Dah tahu tanya lagi."

Bila tengok dia asyik diam sambil tengok sekeliling itu buatkan aku bosan. Dia ni nak apa sebenarnya? Dahlah aku curiga betul dengan dia ni. Kena siasat ni.

" Kau sebenarnya siapa?" Serangku dengan soalan.

Tajam aku renung dia. Tapi dia boleh buat dono je. Bukan reti nak jawab soalan aku. Yang dia tahu senyum lepas tu sengih. Then kalau boleh ketawa sekali. Memang nak kena mamat ni.

" Aku? Manusia lah."

" Habis aku ni bukan manusia?"

" Tak."

Aku terlopong.

" Habis kalau bukan manusia aku ni apa?"

" Alien yang baru turun daripada langit. Lepas tu dia bertukar jadi manusia. Motif dia nak cari calon suami. Tak fasal-fasal kami bertiga terlibat."

Aku dah ternganga dengar penjelasan dia. Selamba badak dia je cakap aku ni alien? What? Alien?

" Woi!"

Aku terus tampar bahu dia kuat. Dia apa lagi ketawa terbahak-bahak. Eiii! Bencinya aku dengan dia ni. Kau tunggu! Bila tiba masa aku keluar dengan kau. Aku tak nak keluar! It's okay. Just wait and see!

" Cik adik manis tak perlulah marah sampai macam tu sekali. Tak comel."

Dia masih tak berhenti nak mengusik aku. Hati! Sabar!

" Kalau aku dapat tahu sesuatu daripada kau. Aku tahulah apa perlu aku buat."

Ini bukan ayat penyata ke apa ke. Tapi ini merupakan satu ugutan. Dan aku betul-betul maksudkannya. Sebab banyak benda yang aku musykil dengan dia ni. Melihatkan dia terdiam, aku terus berlalu meninggalkan dia. Ammar dah keluar. So, untuk apa lagi aku berdepan dengan dia?

" Faiz?"

Aku yang sudah berdiri depan Ammar tersentak. Aku buat-buat terkejut lantas menoleh ke belakang. Kami berdua dapat tengok Faiz dengan seorang perempuan. Kali ni, aku jadi lagi ingin lebih tahu. Sebenarnya siapa dia?

" Dia dengan siapa tu?" Ammar menyoal aku. Tapi mata kami masih terarah pada mereka.

" Entah. Jomlah. Saya nak balik awal hari ni. Letih."

Melihatkan Ammar sudah melangkah, aku turut mengekori dia daripada belakang. Dalam diam, aku mengeluh kecil. Kenapa banyak benda yang buatkan aku tak faham? Terasa bodoh pula terlibat dalam rancangan ni. Masih belum terlambat ke untuk aku berundur? Tapi bila ingatkan wajah mak yang garang bila aku tolak tu.

" Lisa anak mak kan? Lisa tahu kan apa perlu Lisa buat? Jadi teruskan."

Aku terus menggelengkan kepala. Memanglah dengar ayat-ayat tu biasa je. Tapi kau tak tahu lagi maksud di sebalik kata-kata tu. Kalau rasa nak kena pancung dengan mak aku tu, buatlah. Larilah. Uish! Minta simpang!

" Lisa."

Aku tersedar daripada lamunan. So, aku jadi terpinga-pinga memandang Ammar yang sedang merenung ke arahku itu.

" Erk. Kenapa?"

Sebab wajah dia sekarang ni tak ada senyuman pun. Kenapa? Aku buat salah ke?

" Saya perlu balik ke rumah sekarang. Ayah saya. Dia masuk hospital lagi."

Kali ni aku dapat tengok wajah keruh dia pula. Aku pula jadi kesian.

" Dari mana awak tahu?"

" Mak saya telefon tadi. Awak tak perasan ke masa kita jalan tadi?"

Aku gigit bibir. Aku tersengih kerang busuk. Nampak sangat kau berangan terlalu jauh. Lisa! Lisa!

" Sorry. Tak perasan. Tak apa. Awak pergilah. Saya balik naik teksi je." Ujarku dengan senyuman manis.

" Erk. Tak bolehlah macam tu. Dah saya yang datang ambil awak. So saya yang kena hantar awak balik." Dia nampak serba salah.

Sekarang baru aku tahu. Dia baik. Walaupun tak kenal lebih dalam lagi tapi aku dapat rasakan dia memang baik orangnya.

" Betul. Tak apa. Saya dah selalu balik naik teksi. So, awak jangan risau. Baik awak cepat. Nanti ayah awak tunggu lama pula."

Aku dapat dengar keluhan kecil daripada mulut dia. Dia mula menarik senyum even hambar. Aku tahu dia sedang fikirkan keadaan ayah dia.

" Maaf. Esok kita jumpa lagi. Saya pergi dulu."

" Yelah. Hati-hati. Kirim salam dekat ayah awak."

" InsyaAllah. Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."

Selepas dia hilang saja daripada pandangan aku, aku terus pandang ke depan. Aku pun mengeluh juga. Yala. Tak tahu nak buat apa. Kalau nak balik still awal lagi. Lagipun aku tengah cuti. Rasa sia-sia pula cuti kalau tak shopping dulu. Kan? Aku tersenyum sumbing. Moh la kita jalan-jalan habiskan duit. Kahkah!

Dengan senang hati aku mengorak langkah. Nak pergi mana dulu pun aku tak tahu. Kedai kasut ke kedai baju? Or kedai buku? Ha! Mana satu nak pilih ni? Kita pergi kedai baju dulu lah!

Elok je aku berjalan nak masuk ke dalam kedai. Bahu aku tiba-tiba dilanggar daripada belakang. Aku pun apa lagi. Hampi tersungkur ke depan. Mujur aku sempat control badan. Kalau tidak dengan aku jatuh. Buat malu.

" Woi! Jalan tengok mana?" Marahku lantas menoleh ke belakang. Jalan tu pakai lutut ke apa? Haish! Pagi-pagi dah buat orang mendidih.

" Malissa?"

Dan aku terus terbungkam saat melihat gerangan yang melanggar aku tadi. Zul!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro