Epilogue

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Tasya, nak aiskrim tak ? Saya pergi beli. " Tasya mengangguk kecil. Ayahnya berlari ke arah penjual aiskirm yang berada di taman itu.

Melihat ayahnya gembira buatkan dia gembira. Lelaki itu dah tua, dah nyanyuk. Sebab itu lelaki itu kerap kali lupa tentang dirinya. Kadangkala dia sedih tetapi dia tahu dia tak mampu berbuat apa-apa. Selepas arwah ibunya meninggal, dialah yang menjaga ayahnya yang nyanyuk itu.

Dia gembira dapat berkorban untuk lelaki itu, bahkan dia rasa dia beruntung. Rasa sayangnya pada ayahnya tak pernah berkurang walaupun lelaki itu tak seperti ayah yang lain.

" Tasya, Tasya ! Nah aiskrim untuk Tasya. Sebab saya sayang Tasya, saya beli yang special. " Dia menerima aiskrim yang dihulurkan oleh lelaki itu dengan senyuman yang terukir dibibir. " Awak sayang Tasya ? "

" Sayang sangat ! " Tasya tertawa kecil.

" Tasya pun sayang awak, dah jom balik. "

Kepada orang diluar sana, hargailah orang tua anda dan sayangilah mereka walau bagaimanapun mereka melayan kita. Tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Hargai mereka sebelum mereka pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro