Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

      Deringan jam loceng membangunkan ku dari mimpi yang lena.Aku menekan punat jam loceng itu lalu turun dari katil untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh.Selesai solat,aku masuk ke dalam tandas untuk mandi.

"Morning ma",sapaku apabila melihat kelibat mamaku yang sedang tekun memotong sayur.Mungkin nak masak bihun.monologku sendiri

"Morning too,Zaf.Awalnya bangun anak mama ni,selalu kalau belum pukul 7 tak bangun lagi ni".celoteh Datin Azira sambil tangannya tidak lepas dari memegang senduk untuk menggoreng telur.

"Harini kan Zaf cuti, so Zaf ingat nak pergi jogging la.Mama ni kan lagi satu Zaf ni bangun pkl 7 hari kerja ja sebab penat balik lambat,bangun pukul 7 pun Zaf tak pernah tinggal solat subuh tau."

kini dia pula bersuara,bukan untuk biadab tapi hanyalah sebagai gurauan.Walaupun gurauan tetapi still tak melampaui batas bimbang orang tuanya akan makan hati nanti.Parah!!(2x)dahla syurga aku dekat bawah tapak kaki mama aku ni.

"Hmm...yelah Zaf oiii,mama beruntung sangat sebab dapat anak mcm Zaf ni baik,pandai,jaga solat,hormat orang tua paling penting suka tolong orang yang dlm kesusahan."

Datin Azira jadi teringat tentang anak lelakinya ketika berumur 7 tahun yang ingin menolong seorang budak yang kehilangan kasutnya itu,lalu anaknya memberikan kasutnya kepada budak itu dan pulang dengan berkaki ayam.Hahhahaha anaknya itu sungguh mempunyai hati yang suci,sejuk perut mengandungkan dia.

"Mama gelakkan apa tu? Dari tadi tersenyum tersenyum berangan bakal menantu ke?"soal Aryan apabila pelik melihat mamanya tersenyum seorang.

"Hish kamu ni apa fikir sampai kesitu,tapi kalau kamu nak bagi mama menantu boleh ja.Anak kawan mama semua dah berkahwin dah ada cucu,Mama bila lagi? Kamu ni Zaf bila nak kahwin dah tua bangka dah ni".

Gulp,terasa pahit untuknya menelan air liur ketika itu,apabila mamanya sudah membuka cerita tentang berkahwin.'Macam mana lah aku boleh terlepas cakap adoi'.monolog Aryan dalam hati.

"Mama ni , Zaf baru umur 23 tahun chill la dulu syarikat pun Zaf belum tentu boleh urus ke tak lagi ni lagila nak sara anak
dara orang."

..........................


"Ibu buat apa tu?"Soal Syafiqah apabila melihat ibunya yang sedang tekun melakukan sesuatu di atas sofa berhadapan tv.

"Eh Fiqa ni ibu nak jahit baju kurung kamu ni."Puan Irdina membalas soalan anak bongsunya itu."Lah ibu kenapa susah,kenapa tak hantar dekat tukang jahit je."Balas Syafiqah kerana dia risau kebelakangan ni ibunya asyik letih dan tak sihat takutnya ia akan menjejaskan kesihatan ibunya.

"Alah jahit je senang je pun lagipun ibu tengah bosan lagi satu jimat sikit duit kamu tu Fiqa nanti bolehla guna untuk masa susah ke apa ke haih".Puan Irdina sudah berleter.

"Hmm yelah ibu,kalau ibu cakap ok Fiqa pun oklah."Syafiqah mengeluh perlahan tahu yang ibunya itu kalau bertekad nak A yang A itu jugak dia nak buat kalau B yang B tu jugaklah.

"Ibu...ayah mana?"soal Syafiqah.Selalunya hujung minggu ni ayahnya pasti akan membaca surat khabar di kerusi urut yang dibelinya sambil membebel tentang topik yang ada di surat khabar itu.

"Oh ayah kamu tu dia pergi lepak dekat warung Haji Ismail katanya nak bincang pasal upgrade surau tu dengan ajk yang lain."Syafiqah hanya mengangguk perlahan.

"Fiqa ibu nak tanya sesuatu ni." "Apadia ibu tanyala nak bagitau buat apa"balas Syafiqah acuh tak acuh sambil mata masih tidak lagi lepas daripada tv.Kartun Spongebob Squarepants yang disiarkan di tv9 menarik perhatiannya.lama tak tengan kartun.

"Fiqa sekarang dah umur 23 tahun dah besar dah anak ibu sekarang ni kan dulu waktu kecil asyik nangis je bila kena usik dengan kakak dan abang."

Terang ibu tentang aku yang kecil dahulu.Aku hanya mendengar dan tersengih kerang busuk sahaja.

"Ibu...kan waktu tu Fiqa kecil lagi tapi sekarang dah besar ni ayu, cantik dah comel gitu tapikan ibu apa yang ibu nak cakap sebenarnya nih?"soal Syafiqah keliru sambil menyempat memuji dirinya.

Cerita kartun yang ditayangkan sekarang sudah tak menarik baginya soalan ibu lagi penting.Bak kata pepatah Syafiqah 'Ibu come first'.

"Bila nak bawa calon suami jumpa ibu? Ibu teringin nak ada cucu."Tanya Puan Irdina dengan nada suara kecewa yang dibuat buat.

Sudah ibu aku buat drama sinetron tak berbayar pulak petang ni mampus lah aku nak jawab!! "Hish ibu ni apa fikir sampai ke situ,Fiqa pun tak graduate lagi,lagi satu apa Daniesya dgn Azriq anak kak Aliya tu bukan cucu ibu ke"bantah ku

"Heh budak ni ibu pun dulu kahwin umur 20 tahun ok je boleh je graduate dan tu anak kak Aliya kamu,ibu nak cucu daripada kamu."keras ibu membalas."Ibu...apani tu zaman ibula kahwin muda ni sekarang ni dah maju"balas Syafiqah dengan nada suara meleret membalas acuh tak acuh pernyataan ibunya.Baginya sekarang dia mahu have fun dengan bfftj#BESTFRIENDSFOREVERTILLJANNAH

"Sekurang-kurangnya ikat lah hubungan dulu ke berkenalan ke macam abang kamu dah bertunang dah lagi setahun je nak kahwin,ni kamu nak cari pun tak nak"terang Puan Irdina kepada anak bongsunya.Sedar yang tiada sahutan daripada Syafiqah dia bersuara lagi.

"Huh ikut suka hati Fiqa lah tak larat ibu nak cakap kalau ibu cakap pun bukannya nak dengar lpastu cakap ibu membebel la apalah,sekarang ni ikut suka hati kamulah nak buat apapun Fiqa" balas Puan Irdina dengan nada suara merajuk.

"Kalau ibu tak larat cakap janganlah cakap"balas Fiqa selamba lalu mendapat jelingan daripada ibunya."Alamak!!ibu busuk kesayangan kita merajuk,meh sini alolo nak pujuk hihihi"dia segera mendapatkan ibunya lalu memeluk tubuh ibunya dengan penuh gembira.

...................................


"Zaf mama kan sebenarnya kan berkenan la dengan anak kawan lama mama dahulu.Semalam mama terjumpa kawan lama mama dia pun ajak ibu datang rumah dia bila mama jumpa anak dia Ya Allah cantik Zaf oii dahla cantik,sopan ayu rajin pulak tu."Datin Azira memberitahu anak lelaki sulungnya itu.

"Jadi...apa tujuan ma bagitau Zaf?"soal Aryan blur masih lagi tidak faham dengan pernyataan yang baru sahaja disampaikan oleh mamanya.Datin Azira yang mendengar soalan kurang pandai dari mulut anaknya mengeluh.

"Haih,apa punya soalan Zaf ni mestilah mama nak Zaf berkenalan dengan anak kawan mama tu manatau melekat hihihi."kata mamanya sambil membuat gaya dua jari bertemu.

"Macam macam lah mama ni sudahla tu nanti pandai pamdai lah Zaf cari"balas Aryan lalu ketawa melihat muka mamanya yang sudah monyok.

"Hmm tak apalah mama tahu mama ni sapa mama cuma buat ni untuk kebahagiaan Zaf je."Aryan yang mendengar mengeluh kerana kata kata yang dikeluarkan oleh mamanya membuatkannya tidak sampai hati untuk membantah

"Yelah mama fine Zaf ikut cakap mama tapi kalau Zaf tak suka dengan pilihan mama,mama kena janji biar Zaf yang tentukan sendiri untuk siapa yang jadi peneman hidup Zaf ok."

Datin Azira yang mendengar mula menayangkan senyuman."Ok mama janji nanti mama set date untuk Zaf berjumpa dengan dia"balas mamanya dengan ceria

"Oklah mama nak tidur dah pukul 12 dah Zaf jangan tidur lewat sangat nanti tak bangun subuh satu lagi jangan lupa solat isyak tau!"sempat mamanya menasihatkannya tentang solat sebelum mendaki anak tangga.

Aryan mengganguk perlahan.Terdengar mamanya bernyanyi kecil"sungguh gembiranya bila nak dapat menantu"ketika mendaki tangga.Aryan yang terdengar hañya tersenyum nipis sendirian lalu membuka telefonnya.


Ha mcm mna ok tak bab ni?kalau x best sorry ye.Readers pelik x knapa asyik bab kahwin je yang disebut dalam bab ni jeng jeng jeng.....

hihihi sebabnya author x ada idea😅.Macam biasa best vote ye.Bye goodnight assalamualaikum

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro