𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MANA pengantin lelaki dan perempuan ni? Lambat lagi ke majlis nak berlangsung ni?" Suara tuk kadi mencelah.

Para tetamu yang memenuhi segenap ruang tamu itu turut berbisikan antara satu sama lain. Hampir setengah jam mereka menunggu kemunculan pengantin lelaki dan perempuan. Ia menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

Bebola mata Hawa masih melekat pada wajah Adam.

"Sayang..." Sedikit merengek Muhammad, penuh selamba dia merangkul erat bahu gadis cantik di sebelahnya membawa rapat ke dirinya.

Adam mendengus kasar. Tidak puas hati melihat gadis pujaan hatinya kelihatan begitu intim dengan sepupunya sendiri. Banyak soalan yang bermain di kotak mindanya. Apakah hubungan Muhammad dan Hawa? Bagaimana Muhammad mengenali Hawa. Argh, kusut!

Tidak lama kemudian, lahir jeritan kecil dari mulut Muhammad saat ada pukulan kuat mengenai bahu kanannya. Muhammad menoleh dan wajah garang Tok Ma menyapa pandangan. Hanya sengihan tak bersalah dilukis.

"Kau jangan macam-macam, Aboy. Belum kahwin lagi dah peluk anak dara orang macam tu.Tok Ma karate kau baru tau sampai kau terpaksa makan pakai straw. Sesuka hati aje peluk anak dara orang. Tok Ma tak pernah ajar kau macam tu." Panjang lebar Tok Ma membebel terselit nada tegas.

Hawa mengawal riak wajahnya saat perkataan 'anak dara' itu menyapa halwa telinganya. Sungguh sadis sekali kerana mahkota yang dijaga rapi selama ini untuk bakal suaminya kelak sudah diragut oleh Adam. Adam... Lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang.

Tok Ma merempuh kuat bahu Muhammad dan Hawa sehingga terpisah dua insan itu. Dan, Tok Ma berdiri di tengah-tengah sebagai perantara. Wajah cucunya dan seorang gadis cantik itu dipandang bersilih ganti.

"Lepas dah kahwin baru boleh sentuh-sentuh. Buat masa sekarang haram. Bersabar la sikit ya, Aboy. Hawa ni takkan lari ke mana pun. Tetap milik kau juga nanti."

Adam yang menyaksikan itu makin diasak rasa cemburu. Apa yang terjadi sebenarnya ini? Dia kebingungan.

Banyak persoalan yang membelenggu otak Hawa. Tetapi, dia hanya membatukan diri walaupun jantungnya sudah menggila. Dia sedikit gerun melihat panahan mata Tok Ma terhadap dirinya.

"Jadi... Inilah Hawa? Hawa Arlani?Gadis yang telah mencuri hati cucu Tok Ma?" Tumpuan mulai beralih kepada seorang Hawa yang kelihatan terpinga-pinga.

Tok Ma berjalan perlahan mengelilingi tubuh Hawa. Pandang dari atas sampai ke bawah.

Hawa menelan air liurnya sekali. Kesat. Aduh, kenapa Tok Ma scan dia sampai tahap begini?

"Okay." Satu sahaja jawapan yang terbit dari mulut Tok Ma.

Wajah Tok Ma kembali serius."Tapi..." Dia memandang wajah Adam, Muhammad dan Hawa bersilih ganti dengan renungan yang misteri.

"Tapi apa, Tok Ma?" Muhammad kecemasan. Takkan Tok Ma tak suka Hawa pula?

"Tapi..." Meleret. Sengaja mahu menyeksa hati masing-masing menunggu ayatnya.

Muhammad sudah seperti cacing kepanasan. "Eeeee... Tok Ma ni! Dari tadi tapi aje... Cakap aje la!"

Hawa menahan tawanya yang ingin meletus melihat sikap keanak-anakan bakal suaminya itu.

Bakal suami? Serious la Hawa? Jadi, memang kau setuju la nak kahwin dengan Muhammad?

Gila!

"Tapi...Hawa ni terlalu bagus untuk kau, Aboy. Kau nakal! Kau tak sesuai untuk dia!" Meluncur laju pernyataan itu dari mulut Tok Ma. Penuh selamba.

What the heck?

Muhammad menarik muka masam. Eeeee, Tok Ma ni!

"Tuan rumah... Lambat lagi ke pengantinnya nak sampai?" celah tuk kadi sekali lagi. Barangkali puas menunggu ketibaan pengantinnya.

"Kau dah bersedia, sayang?" Dia merapatkan mulutnya ke cengkerang telinga Hawa itu.Bernada sensual.

Hawa mengangkat wajahnya. Bersabung pandangan dengan mata hazel Muhammad. Tanpa sedar, dia menelan air liurnya. Gugup.

"B... Ber... bersedia?" Hawa sedikit kaget.

"Malam pertama kita." Siulan nakal.














.













.













.
















"ASSALAMUALAIKUM,bidadari abang."

Wanita yang duduk di atas katil itu sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Bunyi pintu bilik yang ditutup rapat itu menyapa gegendang telinganya. Debaran kian terasa.

Ini rupanya perasaan malam pertama.

"Bidadari abang..." Meleret.

Dia memejam matanya rapat.

"Bismillahirrahmanirrahim allahumma baarikllanaa fiima razaqtna waqinaa adzaa bannaar. Aaminnn..."

Dia bungkam sejenak dan mengangkat kepala.

"K... Kenapa a... awak baca doa makan?"

"Sebab... Abang nak makan sayang malam ni. Nyum nyum nyum..."

"Uncle Zin ni gatal la!"

Jeritan seorang Hazel Nur pecah!

Mata Zin jatuh pada bibir basah si isteri yang baru dinikahi beberapa jam yang lalu. Tanpa sedar dia menjilat bibirnya.

Hazel perasan dengan renungan Zin yang terarah kepada bibirnya.

"P.E.R.V.E.R.T." Eja Hazel satu-persatu. Geram!

"Lelaki pervert ni la yang salam tangan tuk kadi tadi beberapa jam yang lalu."

"Eleh uncle Zin salam tangan tuk kadi pun terketar-ketar.Lafaz pun tak reti. Buat malu aje anak jantan macam ni!" ejek Hazel selamba sengaja mahu mengungkit kejadian yang masih segar di dalam ingatan.

"Aku nikahkan dikau Zin Hanania bin Luthfi dengan Hazel Nur binti Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM 300 tunai," ujar Tok kadi.

"Aku terima nikahnya Hazel Nur bersama tok kadi, tunai!"

"Haha.Dia nikahkan aku dengan bini dia pula..." Tertawa sakan tok kadi dibuatnya dengan kesilapan pengantin lelaki.

"Okay.Sekali lagi. Awak mesti nervous sangat ini. Alahai..." Tok kadi itu memegang kemas kedua-dua bahu Zin.

Muhammad yang setia berada di sebelah Zin sudah ketawa terbahak-bahak. Apa la kau ni, Zin! Semalam punya la beratus-ratus kali praktis lafaz akad nikah depan cermin,kesudahannya kecundang!

Hazel yang sedari tadi menunduk, sembunyikan senyuman. Hai la...

"Semula! Semula!" Tok kadi menjabat tangan Zin kembali.

"Aku nikahkan dikau Zin Hanania bin Luthfi dengan Hazel Nur binti Hadi dengan mas kahwin sebanyak RM 300 tunai." Ulang Tok kadi sekali lagi dan mengharapkan tiada lagi kesilapan tetapi...

"Aku tak mahu terima nikahnya Hazel Nur dengan saksi-saksi sekalian melainkan bernikah dengan aku seorang sahaja, tunai."

"Aduhai...Boleh jadi gila aku dibuatnya dengan budak ni."

Tok kadi sudah memegang kepala sambil ketawa terbahak-bahak.

Para hadirin yang datang turut sama ketawa dengan telatah pengantin lelaki.

"Abang ni kelakar tau! Aduh, malu tau Hazel masa tu. Takut tak jadi nikah aje." Hazel kelihatan begitu terhibur sekali bila mengingati peristiwa yang takkan sesekali luntur dari ingatan. Tanpa sedar dia sudah membahasakan dirinya dengan nama 'Hazel' dan memanggil Zin dengan gelaran 'abang.'

Zin mengherot bibirnya. Sakan dia diejek oleh Muhammad kerana kegugupannya saat akad nikah tadi.

"Abang suka tengok Hazel sekarang."

Hazel menarik muka masam. Wajah kembali serius.

"Maknanya selama ini uncle Zin tak suka tengok kita la?" Hazel kembali menggunakan ganti nama yang dahulu iaitu uncle Zin - Kita.

"Apa ni panggil uncle?Abang ni suami Hazel. Tua sangat la kalau panggil uncle..." Zin merungut tidak puas hati.

"Sebab uncle ni memang tua!" Hazel menjelir lidah. Sikap keanak-anakannya masih tidak luntur meskipun sudah bergelar isteri pada usia yang sangat muda.

Inilah nasibnya kahwin dengan budak yang masih tak matang! Walaubagaimanapun Hazel tetap bidadari di hati abang!

Hazel Nur.

Seorang gadis muda yang sudah lama dikenali semenjak gadis itu kecil lagi. Selama ini Hazel sentiasa berada di dalam perhatiannya. Terlalu panjang kisah Zin Hanania dan Hazel Nur untuk sampai sehingga ke tahap ini.

Zin masih tidak melupakan riak wajah Hawa yang agak kecewa dengannya tadi saat melihat akad nikah di antaranya dengan Hazel berlangsung. Zin akui dia bersalah kerana telah merahsiakan pernikahannya dari sesiapa terutama kakaknya, Rafidah dan Puteri. Hanya Hawa sahaja yang mengetahui mengenai pernikahannya. Zin ada sebab tersendiri kerana merahsiakan.

Atas sebab itu... Zin memaksa Muhammad membawa anak buahnya iaitu Hawa Arlani untuk turut hadir menyaksikan hari pernikahannya.

"Bismillahirrahmanirrahim allahumma baarikllanaa fiima razaqtna waqinaa adzaa bannaar. Aaminnn..." Zin kembali membaca doa makan membuatkan riak wajah Hazel bertukar cuak.

"Kenapa uncle baca doa makan sekali lagi? Tadi kan dah baca..." Begitu naif sekali seorang Hazel menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Sebab tadi tak sempat nak makan Hazel lagi. Sekarang baru la... Abang boleh makan Hazel."

"Eeee.Orang tua ni!"














.













.














.






















"MU...Muhammad... Ap... apa hubungan aw... awak dengan Adam?" Sedikit bergetar suara Hawa.

Sedikit terangkat kening Muhammad saat diajukan soalan itu sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan di atas bangku bersebelahan Hawa. Minuman yang baru dibeli di gerai dihulurkan kepada Hawa dan disambut laju oleh Hawa.

"Kau masih marah dengan Zin ke sebab rahsiakan pasal dia nak nikah tu?" Soalan dibalas dengan soalan.

Muhammad melemparkan pandangannya ke arah sebuah buskers jalanan yang sedang membuat persembahan di khalayak ramai. Sengaja Muhammad membawa Hawa ke tempat sebegini pada lewat malam begini. Dia mahu Hawa menghirup udara malam bukannya duduk mengurungkan diri di dalam bilik.

"I'm asking you..." Keras. Mata Hawa menikam tajam seraut wajah tampan Muhammad di bawah sinaran cahaya tiang lampu.

"Me too. Kau masih marahkan Zin?"

"Tak.At least, saya dapat lihat hari gembira uncle Zin. Sebenarnya dah lama saya tunggu saat itu.Saya selalu tertanya adakah uncle Zin akan membina mahligainya suatu hari nanti dengan usianya itu. Alhamdulillah... Ada juga seorang wanita yang berjaya mencuri hati uncle. Bohong la saya kata yang saya tak kecewa sebab uncle tergamak rahsiakan yang dia bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.Sedangkan saya ni antara orang paling rapat dengan uncle."

Secara tidak langsung soalan Hawa mengenai hubungan Adam dan Muhammad sudah tidak menjadi topik utama kerana Muhammad berjaya mengubahnya.

"Sebenarnya, bukan itu yang paling kau kecewa kan?" Muhammad menarik senyuman nakal.

"Kalau nak cakap tu tak payah la separuh, sambung apa yang awak nak cakap tadi..." Dengan wajah polosnya Hawa meminta Muhammad menyambung ayatnya itu.

"Kau lagi kecewa sebab bukan kita yang nikah tadi. Bukan majlis akad nikah kita. Betul tak?Atau lebih ramai yang broken sebenarnya bukan kita yang kahwin tapi Si Zin tu?"

"Mana ada!" sanggah Hawa laju. Matanya dilarikan dari memandang wajah Muhammad.

Muhammad merenung gadis di sebelahnya penuh curiga. Iya la tu...

"Eeee... Saya d... dah agak yang awak sengaja nak buat lawak! Siapa yang nak percaya lawak basi awak tu?" Nafi Hawa sekeras-kerasnya. Dia memegang pipinya yang terasa begitu membahang.

"Jangan risau. Kita bagi peluang dekat Si Zin tu dulu merasai malam pertama dia.Nanti malam pertama kita pula. Kan, sayang?"

Pap! Tangan Hawa laju hinggap di bahu Muhammad.

"Kau ni ganas la, Hawa! Anyway, Hawa Arlani aku yang dulu dah kembali!"

Hawa hanya mampu tersenyum tawar.

Hawa Arlani yang dahulu dah lama mati.

Emosinya masih tidak stabil berikutan rentetan peristiwa hitam di dalam hidupnya. Di tambah pula dengan kata-kata yang meluncur laju dari mulut Adam ketika mereka secara tidak sengaja berselisih ketika majlis akad nikah tadi. Walaupun hanya untuk beberapa saat, kata-kata Adam itu melekat kemas di fikirannya.

"You akan mengandungkan anak I tak lama lagi. Anak kita."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro