𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"PAK Ahmad dan Mak Nah. Kita nak pergi mana ni?" Hawa bertanya sedikit hairan kerana dia dan Ian dipaksa untuk mengikuti pasangan suami isteri itu ke suatu tempat. Menjadi keresahan di hati Hawa ialah cuaca yang agak buruk pada waktu petang ini. Hujan lebat membasahi bumi. Kilat sambar-menyambar menjadi latar bunyi.

Mak Nah dan Pak Ahmad saling bertukar pandangan seketika mendengar soalan yang diajukan oleh Hawa yang duduk di tempat penumpang belakang bersama Ian yang sudah terlelap di dalam pangkuan uminya.

Mak Nah kelihatan teragak-agak untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Sebenarnya, dia diarahkan oleh Dato' untuk membawa Hawa dan Ian ke suatu tempat. Sejujurnya,berita buruk yang disampaikan oleh Dato' kepada Mak Nah beberapa minit yang lalu amat mendukacitakan. Gugur air mata tuanya.

"Sebentar lagi kita akan sampai, Datin.Mak Nah... Tak tahu sama ada Datin masih mengingati Puan Khadijah atau tak.Puan Khadijah atau dipanggil Tok Ma."

Hawa terpempan sejenak. Tok Ma?

"T... Tok... Ma."

Bibirnya bergetar hebat. Dan saat itu memori beberapa tahun yang lalu menjengah ke fikirannya.

"Hawa suka dekat Aboy?"

Hawa terkedu dengan soalan cepumas Tok Ma.Lidahnya terkelu seribu bahasa.

Tok Ma tersenyum penuh makna melihat reaksi gadis muda di hadapannya.

"Tok Ma pun pernah jadi muda... Dan, sekarang Tok Ma masih muda, Hawa."

Hawa menarik senyuman lebar. Boleh pula Tok Ma buat lawak. Hai la... Hilang sekejap rasa gugup saat diajukan soalan cepumas dari Tok Ma sebentar tadi.

"Hawa suka dekat Aboy?" ulang Tok Ma lagi dengan panahan mata yang tajam.

Hawa mengangguk kepala laju. Argh, layankan aje la soalan Tok Ma ni!

"Tok Ma suka dekat Hawa ni sejak kali pertama kita jumpa lagi... Sebelum ini dah berpuluh-puluh perempuan yang Aboy bawa jumpa dekat Tok Ma. Tapi, Hawa berbeza daripada mereka.Tok Ma berkenan sangat dengan Hawa ni meskipun Tok Ma tak tahu sama ada Hawa ada perasaan dekat cucu Tok Ma ataupun tidak... Kalau boleh Tok Ma mahu Hawa jadi sebahagian dari keluarga kami sebelum Tok Ma hembuskan nafas terakhir."

Terasa sesak dada Hawa mendengar permintaan Tok Ma. Kalau la Tok Ma tahu yang Hawa ni dah tak suci lagi. Dan... Kalau Tok Ma tahu yang cucu Tok Ma sendiri iaitu Adam telah meragut kesucian Hawa penuh keji. Apakah reaksi Tok Ma?

Hanya senyuman nipis disungging.

"Tok Ma boleh lihat yang Aboy benar-benar mencintai kamu... Ingin menjadikan dia yang halal buat kamu. Luaran seorang Tuan Muhammad memang kasar tetapi jauh di sudut hatinya dia seorang yang amat penyayang.Tok Ma tak pernah lihat Aboy pandang gadis lain seperti dia pandang Hawa sekarang. Kebahagiaan Aboy juga kebahagiaan Tok Ma."

"Hawa cintakan Muhammad?"

Tautan tangan Hawa dan Tok Ma bersatu. Renungan hangat diberikan oleh Tok Ma penuh pengharapan dan gelengan kepala dari Hawa diterima sebagai balasan dari soalannya.

"Hawa tak layak untuk Muhammad, Tok Ma."

"Kenapa Hawa cakap macam tu? Siapa kita nak persoalkan hak kelayakan ini?"

"Muhammad lebih berhak dapat perempuan yang lebih baik dari Hawa... Malah, jauh lebih baik dari Hawa. Hawa bukan untuk dia... Takkan boleh. Hawa... Hawa... Tak boleh. Muhammad seorang lelaki yang baik... Dan, dia sewajarnya memperisterikan wanita yang baik bukan macam Hawa. Takkan ada seorang lelaki pun yang sanggup memperisterikan Hawa, Tok Ma. Takkan ada." Ayatnya tunggang-langgang seperti perasaannya yang mulai berkecamuk sekarang.

"Apa yang Hawa katakan ini?"

Gelengan kepala perlahan dibalas. "Mencintai seseorang tidak semestinya untuk dimiliki kan, Tok Ma?"

Tok Ma terpempan sejenak.

"Kak Puteri cintakan Muhammad, Tok Ma.Hawa tak mahu berebut seorang lelaki hanya kerana cinta yang takkan berkekalan. Lagipun, Kak Puteri itu kakak Hawa... Hawa tak nak Kak Puteri kecewa."

Riak wajah Tok Ma bertukar. Kali ini lidah Tok Ma pula terkelu seribu bahasa.

"Hawa sedar diri Hawa ini siapa, Tok Ma. Ibu... Mahukan semua yang terbaik untuk kakak kerana kebahagiaan kakak adalah kebahagiaan ibu juga. Kenapa harus Hawa menjadi punca kemusnahan kebahagiaan kakak? Kak Puteri tulus mencintai Muhammad." Senyuman hambar dicipta. Perit.

"Kak Puteri la wanita yang selayaknya untuk Muhammad bukan Hawa."

Tangan tua Tok Ma membelai lembut rerambut gadis muda di hadapannya. Dia sudah jatuh sayang terhadap seorang Hawa Arlani sejak pertemuan pertama lagi.

Tok Ma mengangguk kepalanya perlahan. Akur. Dia sedar yang dia bukan sesiapa untuk masuk campar urusan percintaan cucunya. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja.

"Sungguh mulia perbuatan kamu, Hawa."

"Datin... Kita dah sampai." Suara Mak Nah memecahkan lamunannya. Hawa rindu dengan Tok Ma,wanita yang banyak mengajarnya erti kebahagiaan yang sebenar.

"Hah?" Hawa sedikit tercengang-cengang.Saat itu dia membuang pandangan ke luar cermin kereta. Sebuah rumah agam yang pernah dia jejakkan kaki buat seketika dahulu memenuhi kornea matanya. Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di luar pagar rumah agam itu. Dapat dilihat terdapat banyak kereta dan ramai orang berkumpul.

"Kita dah sampai, Datin. Ingat... Allah lebih menyayanginya. Moga Datin bertabah dengan pemergiannya."

Debaran di dada makin terasa. Hawa merasakan ada suatu perkara buruk yang berlaku. Hatinya mulai tidak enak. Tanpa bertangguh lagi, Hawa memboloskan dirinya dari perut kereta bersama Ian yang masih tidur dalam pangkuannya. Hawa meredah air hujan yang makin lebat sehingga kakinya terpasak di atas lantai marmar.

"Tunggu, Datin!" teriak Mak Nah. Selamba betul Hawa meredah hujan bersama Ian tanpa sempat menunggu Pak Ahmad memberikan payung. Kalau Dato' tahu ni mahu kena membebel.

Nafas Hawa terhenti. Anak matanya melingas melihat sekeliling.Rasa longlai lututnya ingin menyembah bumi. Ian yang terkena tempias air hujan tadi sudah terjaga dari tidur lenanya.Ian merengek kuat.

"Mimi... Umiiii.Nanak babah..."

"Tok Ma... T... Tok Ma..."

"Allah lebih menyayanginya. Puan Khadijah meninggal dunia ketika tidur. Orang terakhir yang sempat bertemu Puan Khadijah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Dato'."

Air mata Hawa gugur. Tok Ma...

"Tok Ma sayang Hawa."

Hawa memejam matanya rapat. Dadanya bagai dicengkam kuat. Terlalu sakit untuk menerima kenyataan yang Tok Ma sudah tiada.

"Babah... Eeeeee..." Mata sepet Ian bersinar terang saat wajah babahnya memenuhi kornea matanya. Dia mendepakan tangannya luas mahu didukung oleh babahnya.

Tidak lama kemudian,bebola mata Hawa melekat pada dua wajah yang muncul di hadapannya.

Tuan Muhammad.

Tuan Muhammad Adam Ferhad.

"Babah... Nanak babah. Eeee." Ian mencebikkan bibirnya. Kenapa babah tak nak ambil Ian ni? Eeee.

Tangisan seorang Tuan Ian Al - Fattah pecah dan riak wajah dari salah seorang lelaki yang berdiri kaku di hadapan Hawa bertukar cemas.

"Anak babah..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro