𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


KERETA berjenama Mercedes-Benz yang dipandu oleh Pak Ahmad itu meluncur laju masuk ke dalam perkarangan Tanah Perkuburan Firdaus. Kereta diparking elok di kotak parking. Sekilas Pak Ahmad memandang dua orang wanita yang duduk di tempat duduk belakang.

Hawa Arlani dan Hazel Nur.

"Hawa... Kita dah sampai," tutur Hazel lembut sekaligus mematikan lamunan panjang Hawa. Seperti yang dipinta oleh Hawa iaitu mahu melawat kubur uncle Zin setelah mengetahui kebenaran yang sebenar, Hazel menurut.

Hawa tersenyum tawar. Bebola matanya terarah ke tanah perkuburan.

Uncle Zin.

Deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu. Hatinya sebak menahan kepiluan.

Sepasang kaki Hawa digagahkan jua untuk melangkah, setapak demi setapak. Ingin melawat pusara arwah pak ciknya. Hazel sebagai penguat semangat, memimpin Hawa sehinggalah kaki kedua-dua wanita itu terpasak di hadapan sebuah pusara yang sudah tersemat sebaris nama iaitu Zin Hanania bin Luthfi.Terasa longlai lutut Hawa di saat ini, jikalau tidak Hazel yang memegangnya sekarang pasti Hawa sudah rebah.

"Uncle..." bisiknya lelah.

"Sunshine!"

Suara itu... Nama panggilan manja itu khas daripada Zin buatnya suatu ketika dahulu. Hanya khas buat seorang Hawa Arlani. Sudah sekian lama nama panggilan itu tidak menerkam gegendang telinganya. Dan... Tiada lagi seorang Zin Hanania akan memanggilnya 'Sunshine'. Tiada lagi.

Kolam mata Hawa kembali bergenang dengan air mata, dikatup perlahan kedua-dua belah matanya. Hawa tak kuat. Tak kuat untuk menerima kenyataan yang Zin sudah tiada.

'Hawa datang uncle. Hawa datang melawat uncle...Maafkan Hawa kerana terlewat...'

Seboleh-bolehnya Hawa tidak mahu meratapi pemergian Zin namun, hatinya tak kuat kerana Zin Hanania merupakan insan yang paling disayanginya. Terlepas jua tangisan kecil dari mulutnya.

"Hawa... Kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah uncle Zin ya. Kemudian, kita baca yassin bersama." Hazel menegur lembut.

Anggukan kepala daripada Hawa diberikan sebagai balasan. Diseka perlahan air matanya yang mengalir di pipi gebunya. Pertama sekali dia sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Zin kemudian dia bersama Hazel baca yassin. Mengambil masa lebih kurang 30 minit dia orang duduk berteleku di situ. Duduk di atas hamparan tikar. Di bawah pokok yang rendang sebagai tempat berteduh.

Setelah bacaan yassin berakhir, hati Hawa yang galau tadi beransur-ansur tenang. Dia terasa dirinya begitu dekat dengan Zin sekarang.

"Zin meninggal dunia sehari kemudian selepas Hawa sedar dari koma. Hasrat terakhir Zin ialah nak bertemu Hawa buat kali terakhir. Tetapi, belum sempat dia jumpa Hawa... Allah lebih menyayanginya. Zin meninggal dunia ketika tidur. Ada sepucuk surat yang ditulis khas oleh arwah Zin buat Hawa sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Katanya... Surat ini walau apapun harus diberikan kepada anak buahnya iaitu Hawa Arlani." Tanpa dipinta, Hazel menjelaskan perkara sebenar. Selang beberapa saat kemudian, dia menyuakan sepucuk surat khas buat Hawa yang dijumpai oleh Hazel di dalam bilik bacaan Zin beberapa hari yang lalu.

'Kenapa secepat ini uncle tinggalkan Hawa? Hawa tak sempat nak jumpa uncle buat kali terakhir. Ya Allah.'

Hawa menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa sesak dadanya di saat ini. Matanya jatuh pada sepucuk surat yang berada di tangan Hazel kemudian menatap lama wajah Hazel itu.

Bagaimana Hazel boleh menjadi sekuat ini setelah kehilangan suami tercinta?

Bagaimana?

Hazel Nur, di mata orang lain dilihat sebagai seorang wanita yang sangat kuat kerana mampu masih tersenyum lagi sehingga sekarang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya Hazel atas pemergian Zin.

"Hazel bersyukur kerana Allah telah menetapkan Zin Hanania adalah jodoh Hazel dan bersyukur kerana Allah telah meminjamkan dia untuk Hazel mengecapi kebahagiaan yang sebenar walaupun hanya untuk sementara."

"Hazel anggap ini adalah salah satu ujian untuk Hazel. Hazel reda dengan pemergian arwah... Kerana Allah lebih menyayanginya. Juga... Tak lama lagi Hazel juga akan kembali ke Maha Pencipta alam semesta ini. Dunia ini hanya sementara. Walauapapun Hazel tetap kena teruskan hidup tanpa Zin di sisi Hazel..."

"Zin Hanania akan sentiasa di dalam ingatan Hazel Nur."

Bergetar bibi Hawa. Allahu! Hawa lekas menggengam erat tangan Hazel. Erat.

"Terima kasih, Hazel." Sejurus itu, sepucuk surat itu bertukar tangan.

"Akhirnya Hazel rasa lega bila Hazel dapat memberitahu Hawa perkara sebenar dan menyampaikan amanat terakhir arwah..."

'Uncle Zin akan sentiasa berada di dalam ingatan Hawa. Sentiasa. Semoga uncle ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Aamin...'














.













.













.















"SAYANG..." panggilan itu meniti di bibir Adam tatkala wajah pucat isterinya memenuhi retina mata.

Luluh hatinya saat dikhabarkan berita mengenai Hawa yang sudah tahu akan pemergian Zin daripada Mak Nah setengah jam yang lalu. Dengan keadaan yang tergesa-gesa Adam memandu kereta ke tanah perkuburan ingin mendapatkan isterinya sehingga terpaksa membatalkan perjumpaan dengan klien yang penting. Hanya kerana Hawa Arlani, Adam sanggup berkorban waktu kerjanya.

Saat Adam selamat tiba di tanah perkuburan ini, dilihat Hawa dan Hazel mahu beransur pulang. Menapak langkah ke arah kereta berjenama Mercedes-Benz yang sudah tersedia dengan Pak Ahmad mahu memandu pulang.

Buat seketika Adam dan Hawa saling berbalas pandangan.

Adam memberikan isyarat mata kepada Pak Ahmad agar membawa pulang Hazel dahulu kerana dia sendiri mahu membawa pulang Hawa. Dia tahu Hawa amat memerlukannya sekarang.

Seolah-olah faham apa yang diarahkan oleh Adam, Pak Ahmad lekas menyuruh Hazel masuk ke dalam perut kereta. Sehinggalah kereta itu meluncur laju keluar dari kawasan tanah perkuburan.

Hawa masih kekal berdiri tegak di tempatnya. Mata tidak berkelip-kelip memandang wajah suaminya yang nampak keresahan.

"Kenapa?" soal Hawa senada sebagai pembuka bicara di antaranya dan Adam.

"Kenapa sayang?"

"Kenapa abang tak beritahu, Hawa? Kenapa abang tak cakap awal-awal yang uncle Zin dah meninggal dunia? Kenapa?"

"A... Ab... Abang." Adam kehilangan kata-kata. Lidahnya terkelu seribu bahasa. Bukannya dia tak mahu berterus terang mengenai Zin, tetapi dia tak tahu bagaimana penerimaan Hawa kelak.

"Kalau Hazel tak datang sini jumpa Hawa... Tak beritahu yang uncle Zin dah meninggal dunia, mesti sampai sekarang Hawa takkan tahu yang uncle Hawa dah meninggal dunia! Kenapa nak rahsiakan dari Hawa?" Nada suara Hawa penuh dengan kekecewaan.

Adam mendekati Hawa, tangan isterinya diraih namun ditepis kuat. Jelas menunjukkan yang Hawa begitu marah terhadap dia.

"Sayang... Abang tak bermaksud pun nak rahsiakan semua ini. Cuma abang nak cari masa yang sesuai untuk beritahu perkara yang sebenar dekat Hawa. Abang takut Hawa takkan dapat terima. Lagipun Hawa baru aje sembuh... Abang tak mahu serabutkan fikiran Hawa."

"Hawa nak balik." Ringkas dibalas oleh Hawa cukup meremukkan hati Adam. Ketahuilah Adam bahawa Hawa memang tak akan menerima apa jua alasannya sekarang.

















.














.













.
















USAI pulang dari tanah perkuburan, Hawa terus mengurungkan dirinya di dalam bilik dan Adam langsung tidak menganggu,ingin memberikan ruang dan masa untuk Hawa bersendirian.

Hawa menatap lama sepucuk surat yang diberikan oleh Hazel tadi. Katanya itu amanat terakhir daripada arwah Zin. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui isi dalam surat itu namun, dia tak kuat.

Penuh berhati-hati Hawa membuka helaian surat itu dan matanya terpasak di atas aksara-aksara yang dicoretkan di atas kertas berwarna putih itu.

Ke hadapan my sunshine,

Mungkin di saat Hawa baca surat ini... Uncle dah tiada.

Allahu! Semerta Hawa menekup mulutnya dengan telapak tangan. Zin seakan-akan sudah tahu usianya takkan panjang di saat menulis surat ini.

Seorang Hawa Arlani yang telah membesar di hadapan mata uncle sehingga la Hawa bergelar isteri dan ibu.Uncle sendiri yang menjadi wali di saat hari pernikahan Hawa dan Adam.

Benarlah... Adam dan Hawa sudah ditakdirkan bersama untuk melengkapi antara satu sama lain. Sungguh indah takdir yang diatur oleh Allah. Air mata uncle tumpah saat Hawa dan Adam diijabkabulkan. Itulah saat paling terindah buat uncle.

Uncle boleh nampak kebahagiaan di wajah Hawa saat itu. Melihat senyuman lebar yang terukir di wajah Hawa, uncle rasa sangat gembira. Uncle percaya yang Adam mampu menjaga Hawa dan membimbing Hawa sebaiknya.

Dah banyak ujian yang Hawa tempuhi pada usia yang muda ini. Sangat tabah menghadapi semua ujian yang Dia berikan. Uncle tahu apa yang terjadi di antara ibu dan Hawa... Walau apapun dia tetap ibu Hawa walaupun Hawa bukan dilahirkan dari rahim dia. Ibu hanya la mangsa.

Ibu.

Seorang insan yang sudah banyak berjasa, sanggup membesarkan Hawa daripada bayi walaupun kasih sayang yang dicurahkan tidak sama rata, tetapi Hawa rasa sangat bersyukur keranab insan itu sanggup membela dia meskipun Hawa bukannya lahir dari rahim Rafidah.

Benci?

Perasaan benci? Tak pernah sekalipun Hawa membenci wanita itu. Sekejam mana pun perbuatan Rafidah terhadap Hawa selama ini, Hawa tak pernah menyimpan sekelumit dendam pun. Hawa yakin ada sesuatu membuatkan Rafidah berubah sebegitu. Pasti ada kisah silam yang sangat pahit sehingga meninggalkan parut yang begitu dalam di hati Rafidah.

Hawa tetap sayang Rafidah. Kerana daripada dahulu sehinggalah sekarang Hawa pasti akan mendoakan kesejahteraan ibunya setiap kali akhir solatnya. Tak pernah dia lupakan untuk menitipkan doa buat insan bergelar ibu itu.

Melihat Hawa terlantar di atas katil hospital hampir berbulan ini... Cukup membuatkan uncle sebak.Uncle tahu yang Hawa akan sedar juga dari tidur panjang Hawa suatu hari nanti. Kembali la Hawa... Kembali kepada kami. Adam, suami Hawa... Saban hari setia menunggu kepulangan Hawa. Uncle sendiri menyaksikan penderitaan Adam... Dia sentiasa berada di sisi Hawa. Tak pernah putus doanya buat Hawa.

Uncle selalu mendoakan kesejahteraan Hawa di akhir solat uncle. Uncle rindukan senyuman manis Hawa. Setiap kali uncle melawat Hawa... Uncle mengharapkan keajaiban akan berlaku. Uncle mahu melihat Adam dan Hawa disatukan kembali atas izin-Nya.

"A... Abang."

"Uncle... Uncle..."

Uncle tak tahu kenapa uncle coretkan semua ini di atas kertas kerana uncle tahu yang uncle mungkin takkan sempat jumpa Hawa selepas ini. Mungkin dah tiada pertemuan di antara kita selepas ini.

Salam sayang dari Zin Hanania a.k.a uncle Romeo Hawa!

Buat kesekian kalinya Hawa menarik nafas sedalam-dalamnya untuk memenuhi nafas di rongga di dada. Terasa seperti dicengkam sesuatu.

Kreak...

Daun pintu yang diperbuat daripada oak itu dikuak perlahan dari arah luar. Menghasilkan sedikit bunyi yang mampu mengalih perhatian Hawa. Adam mengatur langkah, mendekati isterinya yang duduk di atas katil bersaiz king itu.

Saat itu juga Hawa bertentang mata dengan sepasang mata biru milik Adam. Senyuman kecil meniti di bibir merah Adam. Begitu juga Hawa.

"Feeling better?"

Hawa mengangguk kepala perlahan. Diatur langkah besar mendapatkan suaminya. Terus disembamkan mukanya di dada Adam. Adam melabuhkan ciuman di ubun-ubun isterinya. Lama.

"Hawa dah kehilangan uncle... Hawa tak nak kehilangan abang pula. Hawa nak kita hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Abang jangan tinggalkan Hawa ya?" Hawa menyandarkan pula kepalanya di dada bidang Adam. Sebelah tangannya mengelus lembut dada yang sedikit berombak itu manakala, sebelah lagi tangannya dilingkar di pinggang Adam. Begitu juga dengan Adam.

Adam tersenyum tawar. "Bidadari abang... Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu."

"Jikalau ditakdirkan abang yang meninggalkan Hawa dahulu..." Ayatnya terjeda sejenak. Baru sahaja ingin menyambung butir bicaranya, jari telunjuk Hawa sudah melekat di bibir merahnya.

Mata Hawa kembali berkaca-kaca.

"Kenapa abang cakap macam ni? Abang dah tak sabar sangat ke nak tinggalkan Hawa? Kenapa orang yang Hawa sayang... Harus tinggalkan Hawa..." Selepas itu tutur katanya terus tenggelam disebalik dada Adam. Sekali lagi Hawa menghamburkan tangisannya di dada Adam.

Hawa menumbuk perlahan dada Adam.

"Shshs... Don't cry..." pujuk Adam lembut seolah-olah sedang memujuk Ian bila mengamuk tidak dapat membeli mainan baru. Bezanya baby yang dipujuk sekarang cukup cengeng. Inilah padahnya bila terlajak kata, tak sangka pula Hawa akan sensitif sehingga begini. Rerambut isterinya diusap perlahan-lahan.

Tangisan Hawa makin menjadi.

"Hey... Sejak bila isteri abang ni kuat menangis? Jangan la cengeng sangat. Hawa kan seorang wanita yang kuat. Hawa tak penat ke seharian ni menangis? Abang tak suka la tengok keadaan isteri abang sekarang. You're not my Hawa Arlani." Adam memagut dagu isterinya diangkat sedikit untuk mengintai wajah cantik kesayangannya.

"See... Mata Hawa dah bengkak ni. Asyik menangis aje. Macam mana kalau abang dah mati nanti? Agaknya Hawa jadi Kassim tak Selamat kut." Niatnya hanya untuk menghiburkan hati si isteri dengan gurauannya namun, wajah Hawa bertukar menyinga pula.

"Abang! Hawa tak suka la bila abang cakap pasal mati ni!"

"I'm telling the truth... Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti. Teruskan hidup Hawa... Teruskan mengejar cinta Allah."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro