𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TERMASUK hari ini sudah hari keempat hubungan aku dan Adam berterusan dingin. Sudah pelbagai cara yang dilakukan oleh Adam untuk slow talk dengan aku. Seperti kebiasaan, aku pasti akan mengelak. Tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada dia. Kata-kata yang keluar dari mulut Adam semuanya dusta. Sudah hilang kepercayaan aku buat lelaki yang bernama Tuan Muhammad Adam Ferhad itu.

Aku sehingga kini tak dapat menerima perbuatan Adam dan Salsabila yang dianggap cukup tidak berperikemanusiaan itu. Hati aku ini remuk-redam menanggung kekecewaan yang maha dalam.

Untuk aku bertemu mata dengan sepasang mata biru itu dalam sehari pun amat sukar walaupun kami tinggal sebumbung. Sejak kebelakangan ini Adam selalu pulang lewat ke rumah. Entah apa yang dia lakukan dekat luar sana tanpa pengetahuan aku. Mesti dia jumpa perempuan gila tu.

Aku tak dapat nak membuang semua persepsi buruk aku terhadap Adam. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hati aku bila mendapat tahu kebenaran sebenar. Hubungan aku dan Adam tak ubah seperti orang asing sekarang. Hanya pada mula sahaja dia beria-ia memujuk aku supaya maafkan dia. Tapi, sekarang dia hanya biarkan sahaja aku dan rajukku berpanjangan.

Apabila menjelang tengah malam baru la Adam akan pulang ke rumah ketika aku sudah lena dibuai mimpi. Apabila aku sedar daripada tidur keesokan harinya, pasti dia sudah tiada di sisiku. Walaupun kami tidur sekatil... Seorang di hujung sana dan seorang lagi di hujung sana. Tidur saling membelakangi diri antara satu sama lain. Kalau aku pusing badan aku sikit lagi, confirm aku dah berciuman dengan lantai.

Seperti sekarang aku secara senyap-senyap mengintai setiap gerak-geri suamiku yang sedang khusyuk berbicara di dalam doanya sesudah dia selesai solat Isyak tadi.Aku memandang penuh minat walaupun aku benci untuk melihat wajah dia sekarang. Dasar mata derhaka terhadap tuan sendiri!

Melihat kekhusyukan dia menadah tangannya tinggi membaca doa, hati wanita aku sedikit terusik. Aku suka melihat wajahnya sekarang. Wajah yang terpancar keikhlasan. Bersungguh-sungguh dia berbicara, meminta ampun atas segala dosanya. Sayup-sayup kedengaran suara dia. Aku tak dapat mendengar dengan jelas suara Adam saat ini memandangkan jauh jarak di antara kami.

Hatiku sebak menahan kepiluan tatkala nama aku juga diselit di dalam doanya. Ya Allah...

"Ya Allah... Kau rahmatilah hubungan kami. Hanya Hawa Arlani sahaja bidadari buat diriku. Aku ingin masuk syurga bersama dengannya."

Sedaya upaya aku ingin mencipta tembok di antara kami. Aku mahu membenci dirinya kerana perbuatannya cukup mengguris hatiku. Aku mahu bencikan dia. Tapi, kenapa amat sukar untuk aku bencikan dia, jikalau setiap kali melihat wajahnya hati aku mudah lembut. Aku sudah penat disakiti selama ini.

Aku sedikit tersentak apabila kegiatan aku kantoi saat mata biru itu merenung aku lama. Renungan lembut yang membuatkan aku terpegun. Dia pandai melemahkan aku hanya dengan pandangan matanya. Tak perlu kata-kata manis. Kerana, Adam bukan seorang lelaki yang memujuk dengan kata-kata. Tapi dengan perbuatan. Dia akan menunjukkan perasaannya melalui perbuatan.

Aku mengetap gigi aku lama. Mengawal debaran jantungnya aku yang mula menggila kerana panahan mata si biru itu. Terasa sesak dada aku. Lekas aku memusingkan badanku ke arah lain. Aku menarik duvet ke atas sehingga menutupi wajahku. Aku menyorok muka aku ke dalam.

Aku tahu sepasang mata biru itu masih memandang aku dalam kesamaran cahaya lampu. Tidak lama kemudian, aku dapat menangkap bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup perlahan. Sedaya upaya dia tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi. Sah Adam yang keluar! Dia nak pergi mana pula ni? Bukan selalunya dia akan terus tidur ke?

Walaupun aku tengah mood merajuk dengan encik suami aku masih lagi ada perasaan ambil tahu. Aku pula yang jadi rindu dengan suasana dahulu. Aku dan dia masing-masing macam orang bisu. Tak bertegur sapa. Aku boleh kira la dengan jari aku, berapa patah perkataan sahaja yang kami akan bercakap antara satu sama lain dalam masa sehari.

Aku memandang Ian sekilas yang baring di sebelahku. Anak kecil aku itu memeluk erat bantal peluknya merapat ke dada. Aku mengusap lembut rerambutnya dan dijatuhkan kucupan ringkas di dahinya. Wajah Ian saling tak tumpah seperti babahnya ketika tidur. Wajah yang menenangkan aku.

Ian merengek kecil barangkali lenanya sedikit terganggu. Aku lekas menepuk punggungnya perlahan. Dalam erti kata, aku sedang mendodoikan dia. Anak aku ini tidak banyak ragam.

Selang beberapa saat kemudian, aku menyelak duvet yang membaluti tubuh genitku ini ke tepi. Aku menjejakkan kedua-dua belah kakiku di atas lantai. Chemise yang berwarna setona dengan warna kulitku ini aku tilik dari atas ke bawah. Sejak kebelakangan ini aku mudah panas ketika waktu tidur. Kalau sebelum ini, aku suka pakai pijama. Sekarang aku lebih suka pakai chemise ataupun aku akan rembat aje kemeja Adam. Adakalanya dia akan merenung tubuhku yang tersarung kemeja miliknya dengan renungan yang sesuatu. Dia menahan rasa.

Aku menyanggul rambut hitamku gaya messy bun. Kemudian, aku berjalan ke arah pintu. Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu, pintu sudah dibuka dari luar. Bahananya kepala aku yang cantik ini menjadi mangsa. Berlanggar dengan muka pintu, menghasilkan jeritan kecil daripada aku.

Sakit weh!

"Eh...Eh sayang!" Kalut suara itu menerpa gegendang telinga aku. "Sorry... Abang tak sengaja. Abang tak tahu pula Hawa nak keluar. Sakit ke?"

Aku mengusap dahiku penuh rasa sebal di hati. "Mestilah sakit!" sahut aku laju dengan nada yang manja. Nada suaraku seperti nak minta simpati aje lebih. Biasalah nak minta attention.

Adam mengalih tangan aku,jatuh ke sisi. Diganti pula dengan tangannya. Dengan penuh prihatin dia menggosok dahiku, kemudian dia menjatuhkan lama ciuman di atas dahiku.

Aku terkedu. Wajah aku mula terasa membahang. Selama empat hari ini kami tak pernah duduk serapat ini. Kalau dia datang dekat aku, pasti aku akan lari beribu batu daripadanya. Itulah perumpaannya.

"Are you okay,sayang?" Dia mengangkat matanya merenung aku yang sudah terkunci dengan panahan matanya. Tangannya memegang kedua-dua belah pipiku yang sudah bertukar warna.

Argh! Adam memang pandai menggoda aku.

"Jangan sentuh saya!" Naik seoktaf nada suaraku tanpa aku sedar yang aku telah meninggikan suara kepada suami aku sendiri. Rasa amarah aku lebih menguasai diriku pada saat ini berbanding akal kewarasan aku. Sejurus itu, aku menolak kasar tangannya sehingga jatuh ke sisi.

Riak wajah Adam sedikit berubah. Sebelum dia meneutralkan kembali air mukanya dengan mengukir senyuman nipis. Well, aku akui yang Adam memang pandai control riak wajahnya. Setapak dia mengundur ke belakang, mencipta jarak di antara kami.

"Hawa nak pergi mana tadi sebenarnya?"

"Saya nak cari awak la." Terus terang aku katakan yang aku memang nak mencari dia pun. Sebab, tiba-tiba aje dia hilang tadi.

Adam melilit tangan di dada bidangnya yang terdedah itu. Shirtless. Dia memang akan shirtless pada waktu malam. Retina mata aku ini dah biasa dihidangkan dengan badannya yang mengancam tu. Grrr... Kau ni dah kenapa, Hawa?

"Hawa... Abang nak minta maaf. Abang dah termati kata nak pujuk Hawa macam mana lagi. Adakah abang memang langsung tak layak diberikan peluang kedua? Selama empat hari ini... Abang dah cukup derita. Abang nak Hawa yang dulu. Bukan Hawa yang sekarang..." Setelah hampir tiga hari ini, Adam berjaya mencipta rekod baru iaitu bercakap dengan aku lebih daripada 10 patah perkataan. Daripada gaya dia bercakap, aku tahu yang dia sudah lama menyusun ayat sebelum katakan kepada aku. Dia hanya mencari waktu yang sesuai.

"Jangan pernah minta peluang kedua dekat saya. Awak dah hancurkan hati saya, Adam."

"Hawa..." bisik Adam lelah. Dapat kulihat matanya mulai berkaca-kaca. Sampai ke tahap ini dia sanggup meraih permohonan maaf dariku. Dia tak sepatutnya meminta maaf daripadaku tetapi kepada Allah. Aku bukan Tuhan.

"Cukuplah, Adam... Dah cukup baik saya tak lari dari rumah ini bersama Ian. Sebab,saya masih sedar yang saya masih isteri kepada awak, Adam. Saya tak nak jadi isteri yang nusyuz. Hati saya ni sakit sangat bila dapat tahu kebenaran yang sebenar. Tergamak awak rahsiakan semua ini daripada saya... Yang awak pernah terlanjur dengan Salsabila! Hati saya bertambah sakit bila..." Terjeda sejenak ayat aku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Perit.

"Bila dapat tahu yang dia pernah mengandungkan anak awak. Benih awak sendiri, Adam!"

Kedua-dua bahunya jatuh. "Abang akui yang abang salah. Abang bodoh! Tolonglah jangan hukum abang sampai ke tahap ini."

"Kenapa awak tak bertanggungjawab aje dengan kandungan Salsabila dulu ? Kenapa sampai perlu gugurkan kandungan itu! Sepatutnya awak yang kena halang Salsabila daripada bunuh anak yang tak berdosa itu , bukan ikut kata dia! Saya kesal sangat... Cukup kesal. Satu sahaja saya nak tahu... Awak ada perasaan dekat Salsabila tak? Perasaan cinta sebagai seorang kekasih." Aku cekalkan hati aku ini untuk bertemu mata dengannya.

Perasaan takut yang menguasai diriku sekarang. Aku takut andai kata yang Adam memang ada perasaan cinta dekat Salsabila, yakni bekas kawan aku! Aku buntu... Aku jadi keliru sehingga aku tak boleh berfikir dengan baik sekarang. Semuanya berlaku dengan sekelip mata.

Badan Adam kulihat mengeras. Air mukanya sekarang tak dapat disembunyikan lagi. Nyata yang dia amat terluka dengan setiap kata-kata yang lahir daripada aku.

"Hanya Hawa sahaja wanita yang abang cintai. Tiada sesiapa selain Hawa..."

"Jadi... Ceraikan saya. Sebab, saya dah tawar hati dengan awak. Tiada guna lagi awak ikat saya dalam perkahwinan ini." Meluncur laju ayat itu keluar dari mulut aku. Hanya la satu pembohongan yang aku cipta. Aku mahu sakitkan hati dia. Seperti mana sakitnya hati aku sekarang.

Adam terkelu seribu bahasa. Dia hanya mampu mempersembahkan air matanya kepada aku pada saat ini. Dia nampak sungguh lemah di saat ini. Ingin sahaja tangan aku ini menyeka mutiara jernih yang menodai pipi suamiku.

Adam menyentuh hidungnya yang mula berair itu. Diusap beberapa kali. "Hawa akan tetap jadi isteri abang sehingga abang mati."

Itu ayat terakhir yang dituturkan oleh Adam sebelum dia meninggalkan aku terpinga-pinga di muka pintu. Ayat terakhirnya meninggalkan kesan yang mendalam kepadaku. Dan... Pada malam itu, Adam tak tidur di dalam bilik kami. Keesokan harinya, aku menemui suamiku tidur di atas sofa ruang tamu. Aku tahu dia amat terkesan dengan permintaan aku supaya dia ceraikan aku.

Sungguh, aku tak pernah terfikir untuk berpisah dengannya. Aku masih sayangkan perkahwinan kami. Aku cuma perlukan masa.

Kerana, hanya Tuan Muhammad Adam Ferhad sahaja suami buat Hawa Arlani.














.













.













.



















SEDANG aku bersiap untuk pergi ke rumah ibu bersama Ian hari ini. Aku mendapat satu panggilan telefon daripada Cik Bedah. Saat aku menjawab panggilan telefon daripada Cik Bedah, suara cemas dia terlebih dahulu menerkam gegendang telinga. Belum sempat untuk aku memberi salam.

"Hawa... Hawa balik rumah ibu ya hari ini."

Sepenggal senyuman diukir di bibirku. Sebelah tangan aku memegang telefon dibawa rapat ke telinga. Sebelah lagi tangan aku, menyikat rambut Ian. Bising mulut Ian mengomel. Ada aje yang tak kena dengan anak aku ini. Katanya, tak sabar nak jumpa dengan nenek dia.

"Memang Hawa nak balik rumah ibu pun hari ni, Cik Bedah. Hawa ada masak special tau untuk orang kat sana," kata aku penuh kegirangan bila mengingatkan menu yang aku masak pada hari ini untuk dibawa sedikit ke rumah ibu nanti. Aku sudah terlebih dahulu meminta izin daripada Adam untuk pulang ke rumah ibu hari ini bersama Ian. Hanya balasan 'okay' sahaja yang dibalas oleh Adam tadi.

"Hawa...Sebenarnya... Cik Bedah, tak tahu la nak kata macam mana. Sebenarnya... " Suara Cik Bedah jelas keresahan di pendengaran aku. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada aku saat ini.

Jantung aku mulai berdebar-debar. Ada perasaan tidak enak menjengah." Cuba Cik Bedah relaks... Sebenarnya apa yang Cik Bedah nak kata dekat Hawa ni? Bunyi macam serius aje."

"Puteri dah tiada. Dia kemalangan jalan raya."

Allahu!

















.














.














.


















Okay. So how untuk POV 1 ni? Korang lebih suka yang macam ni atau yang dulu? Let me know. Grrr :'(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro