𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 45

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DAH tahu isteri tu sarat mengandung... Sanggup dia tinggalkan Si Hawa tu dekat sini sorang-sorang... Anak pula dibawa sekali. Suami jenis apa la Adam ni? Tak bertanggungjawab langsung!" Itu suara Cik Bie.

"Itulah... Kesian aku tengok budak Hawa tu. Anak dan suami tinggalkan dia waktu macam ni... Macam la tak boleh tangguh nak pergi Perth tu..." Dan, suara Cik Bambam pula menerkam gegendang telingaku. Dapat aku menangkap dengusan kasar yang keluar dari mulutnya.

Aku memencilkan diriku di sebalik dinding yang terpisah dengan ruang dapur itu. Mereka langsung tidak sedar akan kewujudan aku di sini sedari tadi lagi. Hajat aku datang ke dapur ini untuk membasahkan tekak, terus terbantut tatkala secara tak sengaja mencuri dengar perbualan mereka.

Aku mengenggam kejap penumbukku. Aku berasa sedikit marah apabila mereka bercakap buruk tentang suamiku. Emosi aku sejak kebelakangan ini sangat sensitif. Aku cepat marah dan menangis. Aku pantang ditegur oleh sesiapa sahaja kerana mulalah mata aku ini berkaca-kaca ingin merembeskan air mata. Cengeng!

Bila teringatkan perihal keadaan anak dan suamiku... Perasaan rindu itu tak pernah berkurangan buat mereka. Berat hati aku ini saat mahu melepaskan mereka pergi ke Perth semalam. Pujukanku selama beberapa hari ini agar menghalang Adam dan Ian pergi, ternyata tidak berhasil. Adam masih dengan keputusannya.

Walaupun, baru sehari aku berpisah dengan Adam dan Ian... Membuatkan aku hampir separuh gila. Aku tak merelakan pemergian mereka kerana aku takut ada perkara buruk yang berlaku kepada mereka ataupun aku dalam masa yang terdekat ini.

Dua hari yang dinyatakan oleh Adam, bagaikan... Dua tahun buat aku. Argh!

Bagaimana kalau Adam dan Ian meninggalkan aku buat selamanya?

Oh, no no no...

Hawa, stop!

Kau terlalu overthinking la. Tiada apa akan terjadi pun...

Aku menggeleng kepala laju, cuba mengusir andaian-andaian buruk itu daripada bermaharajalela di dalam fikiran aku.

"Bambam... Bie... Kau orang kalau tak tahu situasi yang sebenar, jangan nak sesuka hati cakap buruk tentang Encik Adam." Cik Bedah pula mencelah.

"Hellooo, Bedah.... Aku cuma takut ada sesuatu perkara buruk yang berlaku aje dekat Hawa tu dalam keadaan dia sekarang. Sepatutnya suami dia ada di sisi dia buat masa sekarang... Bukan pergi ke Perth tu!"

"Betul betul betul." Cik Bambam selaku anak didikan Cik Bie itu laju mengeyakan.

Cik Bie dan Cik Bambam memang 'sekepala' daripada dulu lagi, berbeza dengan Cik Bedah yang lebih tua di antara mereka bertiga. Pasti ada sahaja perkara yang akan dibangkang keras oleh Cik Bedah apabila melibatkan tingkah laku Cik Bie dan Cik Bambam.

"Encik Adam tu pergi dua hari aje... Nanti dia baliklah."

Cik Bie tertawa kecil dan itu kedengaran cukup sinis di pendengaran aku.

"Dua hari? Kau percaya dia dan Ian tu pergi Perth dua hari aje?" tanya Cik Bie penuh sinis. Keningnya terangkat tinggi ke atas, seraya itu dia melilitkan tangannya di dada. Ditentang panahan mata tajam Cik Bedah itu penuh berani.

Aku dapat saksikan ketegangan suasana yang tercipta di antara mereka. Dan... Sungguh, aku tak faham apa yang Cik Bie ingin cuba sampaikan sekarang.

"Macam mana kalau dia dan Ian pergi buat selamanya? Dan..."

Jeda.Masing-masing diam tidak berkutik. Mahupun Cik Bedah dan Cik Bambam, langsung tidak mencelah di dalam percakapan Cik Bie.

"...Takkan kembali." Dia sempurnakan ayatnya dengan senyuman bangga tersungging.

"Impossible, Bie! " Cik Bambam jelas tidak menyenangi dengan tuduhan tidak berasas itu sehingga tercakap omputeh kau!

"Ya Allah kau ni..." Bawa mengucap Cik Bedah mendengar tuduhan tidak berasas itu sambil mengurut dahinya. "Kau ni memang la...Kalau Hawa dengar kau cakap macam tu pasal suami dia, macam mana? Walaupun aku tak beberapa kenal Encik Adam tu...Aku tahu dia baik orangnya. Mana sanggup dia nak buat macam tu. Kau cuba fikir secara logik...Takkan la dia nak tinggalkan Hawa. Lebih baik dia tinggalkan Hawa daripada dulu.Dia terlalu cintakan dan sayangkan Hawa."

"Aku ni berpengalaman dalam bab cinta-cinta ni. Hati lelaki ini mudah berubah. Lama-lama dia akan bosan juga dengan perempuan itu, dan... Menyebabkan dia berlaku curang di belakang isterinya. Sebagai contoh, arwah Encik Farid tu la... Dia ada perempuang lain di belakang Puan Rafidah dan... Sebab itu la wujudnya Hawa. Lelaki memang tak cukup dengan satu!"

Sudah! Aku menjerit kuat.

Tapi jeritan itu hanya tenggelam di dalam hati aku. Aku tak mahu mendengar lagi Cik Bie bercakap buruk tentang suami dan ayah aku sendiri.

Cik Bie memang dah melampau!

Aku cukup pantang bila ia membabitkan ayah aku sendiri. Itu kisah silam arwah ayah dan semua manusia melakukan kesalahan.

Bengkak hati ini bila suami aku juga terlibat. Kerana, hanya aku seorang sahaja mengenali seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad. Aku kenal dia luar dan dalam.

Aku kenal suami aku. Dan... Aku berpegang teguh kepada janjinya. Dia takkan memungkiri janjinya. Takkan.

Lagipun, Adam dan Ian hanya pergi ke Peth dua hari sahaja. Dan, mereka akan kembali. Tiada perkara yang aku perlu rungsingkan lagi.

"Macam mana kalau dia dan Ian pergi buat selamanya? Dan..."

"...Takkan kembali."

Urgh... I hate this feeling!

"Mulut kau ni memang cabul la, Bie!" Naik seoktaf nada suara Cik Bedah.

"Orang tu kan dah tak ada dekat dunia ni... Yang kau duk mengungkit kisah lalu dah kenapa? Kau ni memang tak sayang mulut betullah!" Cik Bambam turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Untuk kali ini dia tak berada di pihak rakannya, Cik Bie. Kerana baginya, Cik Bie sudah cukup melampau!












.












.














.















"HAWA nak pergi mana ni? Kenapa nak kemas pakaian Hawa ni? Kan... Adam suruh stay dekat rumah ibu, sepanjang dia dan Ian tiada."

Berkerut kening ibu saat melihat aku kelihatan tergesa-gesa mengemas pakaian milikku yang tersusun kemas di dalam almari itu. Kemudian,terus diletakkan di dalam bagasi yang sudah terbuka luas itu.

Demi menjaga keselamatan aku yang sedang sarat mengandung itu, Adam menyuruh agar aku duduk sementara di rumah ibu. Adam takut ada perkara buruk yang menimpa aku. Justeru itu, hantar aku ke rumah ibu salah satu solusi yang terbaik.

Sungguh, aku tak betah duduk di rumah ini lagi.

Sudah aku katakan yang emosi aku sejak kebelakangan ini cukup sensitif. Aku cukup berang bila mengingatkan kata-kata yang dilemparkan oleh Cik Bie. Mungkin bagi orang lain, ianya perkara kecil... Bagi aku tidak. Dia dah melampau.

Disebabkan itu, aku tekad mahu pulang ke rumah aku dan Adam daripada aku terusan mendengar orang lain mempertikaikan tentang tindakan suami aku. Aku sudah menelefon Pak Ahmad agar mengambil aku di sini.

Untuk apa yang dikhuatirkan lagi... Kerana, aku mampu menjaga diri aku sendiri dan... Anak dalam kandungan ini.

"Hawa nak balik rumah Hawa."

"Tetapi kenapa? Bahaya la dengan keadaan Hawa sekarang. Siapa nak jaga Hawa dekat sana?"

"Hawa boleh jaga diri sendiri la,ibu. Hawa bukan anak kecil lagi." Aku cuba meyakinkan ibu dengan keputusan aku ini. Aku mengukir senyuman nipis.

"Lagipun... Mak Nah ada dekat sana. Dia boleh temankan Hawa. Hawa dah call Pak Ahmad supaya ambil Hawa dekat sini... Sebentar lagi dia akan sampai. Ibu jangan la risau."

Ibu sedikit teragak-agak untuk melepaskan aku. Barangkali dia hairan melihat perubahanku ini. Tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk kembali ke rumah aku dan Adam.

"Kalau Hawa dah cakap macam tu... Ibu tak boleh nak halang. Yalah... Ibu cuma risaukan keadaan kamu sekarang. Dah la... Suami dan anak kamu berjauhan. Kamu sendiri dekat sini. Kerana, bila-bila masa sahaja kamu akan melahirkan anak."














.












.














.














DUA HARI.

Tempoh yang ditetapkan oleh Adam sudah berakhir. Dan, hari ini dia dan Ian akan kembali ke Malaysia.

Aku cukup gembira. Terlalu menebal rasa rindu aku buat mereka.

Sepanjang tempoh ketiadaan mereka, Adam setiap masa akan update perkembangan terbaharu tentang dia dan Ian di sana kepada aku. Dia cukup merisaukan tentang keadaan aku di sini. Katanya. Apabila mendapat tahu aku pulang ke rumah ini semula, makin bertambah risaunya.

"Umi! Umi!"

Suara itu...

Menyentakkan aku yang sedang mengelamun jauh.

Semerta, melengkung bibirku membentuk senyuman. Buat si dia.

Ceria betul aku lihat Luna sekarang... Apabila dia mendapat tahu yang Ian akan pulang ke Malaysia hari ini. Selama ketiadaan Ian dan Adam, Luna la orang yang menemani aku di sini. Ada sahaja telatah luar alamnya menghiburkan aku setiap masa.

"Umi... Umi..."

Anak ini. Arluna Insyirah. Aku sudah menganggap dia seperti anak aku sendiri. Aku teringin nak ada anak perempuan sepintar dia.

Aku jatuh sayang dengan Luna. Justeru itu, aku meminta dia memanggil aku dengan panggilan 'umi' bukan lagi 'aunty' seperti dulu...

"Ya, sayang..." Rambut keritingnya aku main dengan jari telunjuk aku. Aku suka memintal rambutnya. Tersangat la comel!

"Luna cantik tak hari ini?"

Hai la dia ni... Beria-ia dia suruh aku dandan rambut dia daripada tadi. Aku layankan aje la. Asalkan dia happy, aku pun happy.

"Mestilah cantik... Luna kan selalu cantik."

Luna tersengih suka.

"Mesti baby dalam perut umi ni pun cantik nanti. Luna tak sabar la nak tunggu baby ni keluar nanti! Boleh Luna jadi kakak dia dan Ian akan jadi abang kepada baby ni nanti... Aaaaa."

"Luna dah buat persiapan tau umi. Nanti Luna boleh ajar baby ni macam-macam tau."

Luna sudah terlompat suka, membayangkan dia akan jadi kakak kepada anak dalam kandungan aku ini. Banyak 'ilmu' yang nak dia turunkan kepada anak aku nanti. Macam la aku tak tahu feel budak ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro