𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DARAH kau rasa apa ya, Hawa?"

Aku cuba untuk melarikan diri. Tetapi, perbuatan aku hanya sia-sia kerana aku tak berjaya gerakkan sebelah kaki aku. Mahu tak mahu, aku perlu mengesot badan aku menjauh dari si dia.

Lirikan matanya sungguh menakutkan.

"Kau larilah sejauh mana pun. Aku tetap akan kejar kau." Dia berdiri kembali dengan gaya kedua-dua belah tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya. Dia memerhati sahaja perbuatan aku yang berusaha keras mengesot badan aku menjauh darinya.

Aku tak boleh macam ini. Kalau aku berterusan lemah macam ini, aku mungkin mati di tangannya malam ini. Aku berhenti mengesot badan aku. Aku gagahkan jua untuk berdiri tegak walau kaki kanan aku sedikit luka. Sebelah tangan aku berpaut di sisi meja yang terletak di situ.

"Kau nak lari ke mana, Hawa? Tiada sesiapa boleh tolong kau sekarang. Suami kau pun tak boleh tolong kau sekarang... Sebab apa? Sebab dia dah lupakan kau. Kesian kau."

Kening aku sedikit berkerut.

"Suami kau tu memang mudahkan kerja aku, Hawa...Do you trust him?"

Makin lantang dia bersuara seiring dengan langkah yang makin laju mendekati aku yang sudah tersandar lemah di dinding ini.

Aku sudah terperangkap.

Semua kata-katanya sukar untuk aku cerna. Dia seorang lelaki yang licik dan tak mustahil semua kata-katanya hanya la dusta semata-mata.

Aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap.

"S... Siapa kau sebenarnya?"

Sejujurnya aku takut untuk mengetahui identiti sebenar dia. Kerana, separuh hati aku ini mengatakan dia adalah orang yang aku pernah rapat suatu ketika dahulu.

"Kau dah lupakan aku?" Suaranya mengendur, tidak lagi sekeras tadi. Tiada lagi sindir menyindir. "Takkan kau dah lupakan aku, Hawa?"

Nafas aku mulai sesak. "A... Aku tak...tak kenal kau."

Tawa kecilnya pecah.

"Bob, kau bawa masuk budak perempuan tu sekarang!" Dia memberikan arahan lantang kepada Bob, barangkali orang suruhannya. Kemudian, matanya kembali terhala kepada aku. "Maybe this is the only way for you to remember me back, Hawa. And...Maybe after this you'll never forget me. Never."

Dia seperti ada kecelaruan emosi. Apa yang aku dapati, emosinya mudah berubah dalam jangka masa yang pendek. Sekejap renungannya kepada aku sungguh melembutkan dan itu mengingat aku kepada seseorang. Kemudian renungannya akan bertukar kepada renungan membunuh.

Siapa dia sebenarnya?

"Luna!" Spontan nama itu terbit dari mulut aku saat Bob yang berbadan besar itu mengheret kasar anak kecil itu di atas lantai.

Anak mata aku bersilih ganti memandang dia dan Luna yang dilayan kasar oleh Bob. Tak cukup dengan itu, Bob mengikat Luna di sebuah kerusi kayu.

Kasihan anak kecil itu.

Kenapa Luna harus terpalit juga? Apa salah anak kecil itu?

Aku tak dapat menahan lagi rasa marah yang bertandang di hati aku. Aku gagahkan jua melangkah, setapak demi setapak untuk mendapatkan Luna.

"Kau tahu apa yang terjadi dekat mak dia?"

Langkah aku termati dengan sendirinya. Aku terbungkam dengan kata-katanya.

"Luna... Apa yang jadi dekat mak kau eh? Cuba kau beritahu dekat umi kau ni... Apa yang aku buat dekat mak kau. Beritahu la Luna sayang... Mulut kau tu kan becok. Inilah masanya untuk kau bercerita panjang." Tumpuan dia teralih kepada Luna yang sudah diikat kemas pada kerusi kayu yang terletak beberapa jauh meter dari kami.

Nyata, jarak aku dan Luna masih jauh.

Serentak itu, Bob membuang kain kecil yang disumbat ke dalam mulut Luna bagi membenarkan anak kecil itu bersuara.

Lelaki itu dengan gaya santainya berjalan mendekati Luna yang turut mendongak kepalanya memandangnya penuh kebencian.

"Beritahulah dekat umi kau apa yang aku dah buat dekat mak kau tadi."

Bibir Luna tercebik ke depan. Basah wajah anak itu dicemari dengan air mata.

"Tell Luna!" jerkahnya lantang menyebabkan bahu Luna ternaik ke atas.

Esak tangisan Luna mulai berbunyi. Matanya mula terhala kepada aku.

Renungannya cukup meruntunkan hati aku.

"Pak...pak cik ni... Dia..." Tersedu-sedan Luna. "Dia ... Isk... Dia bunuh mama Luna, umi. Mama Luna d ...dah tak ada. Di...Dia tikam mama b...banyak kali. Isk... Isk..."

Allahu Akbar!

"Dan... Isk... Isk. Luna nampak dia tikam at...atuk dan nenek. Isk isk..."

Hampir sahaja tubuh aku ini terjelepok jatuh ke atas lantai saat pengakuan Luna itu menampar halwa telinga aku.

Anak kecil yang bernama Arluna Insyirah sudah tiada sesiapa di dunia ini melainkan aku sahaja. Banyak ahli keluarganya terkorban pada malam ini. Dan, paling menyakitkan sekali... Anak kecil ini menjadi saksi kepada segala pembunuhan yang sungguh kejam ini.

Pecah ketawa keji lelaki itu.

Dasar binatang!

"Do you like all my surprises tonight, Hawa? Banyak nyawa yang mati di tangan aku... And I can see a lot of blood."

Air mata aku mula gugur tanpa henti.

Ini semua terjadi kerana aku.

Iya, kerana aku.

Banyak nyawa mati kerana aku.

Aku digigit perasaan serba-salah yang teramat sangat.

"Baik kau bunuh aku aje. Kenapa nyawa orang lain yang harus melayang hanya disebabkan aku? It's not fair! You better kill me!"

"Dunia ini memang tak adil,Hawa. Tak pernah adil. Kalau aku bunuh kau sekarang, tak syok lah sebab sebelum kau mati di tangan aku... Kau sendiri kena saksikan semua kematian yang bakal berlaku pada malam ini. Ini baru permulaan, Hawa."

"Hawa Arlani..."

Nama penuh aku yang meniti di bibirnya menghantarkan satu getaran halus di sudut hatiku. Aku tidak henti-henti diserang tanda tanya, siapakah lelaki yang bersembunyi di sebalik topeng mukanya ini?

Bagaimanakah rupa parasnya?












.












.












.

















"PILIH Hawa... Sama ada kau pilih budak perempuan tu atau anak dalam perut kau. Pilihan di tangan kau, sayang..."

Aku mengetap gigiku. Kegilaan apakah ini?

Air mata tak henti-henti mengalir. Mata aku saling bertemu dengan mata buntar milik seorang Arluna Insyirah itu. Aku dapat lihat ketakutan yang maha dalam terlukis di wajahnya.

Dia hanya la anak kecil yang tak bersalah. Mengapa harus nyawa dia jadi taruhan?

"Sama ada kau tembak budak perempuan itu ataupun perut kau. Pilih Hawa. Pilih!"

Ini semua gila!

Gila!

"Umi... Luna takut," rayu Luna. Bibirnya turut bergetar hebat. Seolah dia mengerti bahawa nyawanya kini dalam taruhan. "T... tolong Luna."

Aku sudah tersepit. Tersepit di antara anak di dalam kandungan aku ataupun Luna yang sudah aku anggap seperti darah daging aku sendiri.

"Pilih Hawa," desaknya lagi.

PANG!

Aku tersentak. Bunyi pasu bunga yang bertemu dengan lantai menyentakkan semua orang di situ.

Aku mengatup erat kelopak mataku, menahan kesakitan yang mulai menjalar. Kaki aku mulai terasa kebas lantas aku menyentuh perutku yang membukit besar ini.

Aku mulai cemas apabila anak di dalam perut ini langsung tidak memberikan respons terhadap sentuhan aku. Kenapa tiada lagi tendangan? Adakah anakku baik-baik sahaja?

BUK!

BUK!

Beberapa saat kemudian, aku mencelikkan mataku kembali dan mengharapkan satu keajaiban akan berlaku...

Apa yang terbentang di ruang mataku saat ini sungguh memeranjatkan apabila aku nampak si dia sedang bergelutan dengan...

Muhammad di atas lantai.

Ada darah pekat yang sudah mencemari lantai. Dan, darah itu mengalir daripada kepala lelaki gila itu. Ada serpihan kaca yang didapati di dalam genggaman tangan Muhammad. Aku syak Muhammad baru sahaja mencederakan kepala lelaki itu dengan serpihan pasu yang pecah tadi.

Aku terkesima. Sungguh aku tak duga bahawa Muhammad la penyelamat aku.

Terima kasih, Ya Allah!

Pergelutan dia dan Muhammad kelihatan sungguh sengit dengan keadaan sekarang lebih berpihak kepada lelaki gila itu apabila Bob yang berbadan tegap itu turut masuk campur. Bob bertindak dengan menjerut leher Muhammad daripada arah belakang. Manakala, lelaki gila itu pula sedang melepaskan beberapa tumbukan padu di perut Muhammad.

Gila!

Pertarungan dua lawan satu!

Bagaimana Muhammad mampu menewaskan mereka?

"Lari Hawa! Lari... Aku dah call polis... Se... Sel... Selamatkan diri kau," teriak Muhammad.

Badan aku masih terpegun di sini menyaksikan pergelutan mereka yang mampu mengancam nyawa sesiapa sahaja apabila melibatkan senjata.

Aku tak boleh nak tinggalkan Muhammad begitu sahaja dalam keadaan nyawanya yang terancam.

"H... Hawa!"

"T... Tak. Saya takkan tinggalkan awak!"

"Bodoh! Aku kata pergi! Pergi la!" Keras suaranya seiring itu dia bangkit kembali dengan berusaha keras mencekik leher Bob yang sedang menindih di atas badannya.

Mereka bergulingan di atas lantai sebelum aku mendengar ada jeritan yang pecah diikuti carutan kasar.

"L... la... lari Hawa!"

Aku segera mendapatkan Luna yang sudah tersandar kelemahan di kerusi kayu itu. Sebaik sahaja aku melepaskan ikatannya, aku terus memeluknya erat dan serata wajahnya aku kucup penuh kesyukuran.

"Umi..." tanggisan Luna pecah lagi.

Aku menggengam tangannya erat dan terus aku menariknya mengikuti aku ke pintu keluar. Sempat aku berpaling ke belakang dan melihat Muhammad teruk dikerjakan oleh dua binatang itu. Apa yang harus aku lakukan sekarang?

Aku buntu!

"P... per... pergi." Lemah suara Muhammad berkata dalam keadannya yang sudah terbaring lemah di atas lantai yang berlumuran darah itu. Dia sudah tidak melawan bahkan biarkan sahaja tubuhnya diperlakukan begitu.

Air mata aku gugur lagi.

"P... per... pergi, sayang."

Dan, saat itu jantung aku terus berhenti berdegup apabila muncung pistol dihalakan tepat di dahi Muhammad.

"Acah nak jadi hero konon... Puih!" Lelaki gila itu meludah air liurnya yang sudah bercampur dengan darah di tampang wajah Muhammad. Pergerakan lelaki itu kelihatan sumbang sambil memegang kepalanya yang tercedera teruk itu.

"Muhammad!"

Baru sahaja setapak aku menapak ingin mendapatkan Muhammad, ada tangan lain yang menghalang.

Luna.

Dia menggeleng kepala. Aku faham isyarat badannya itu.

"Uncle Muhammad akan mati..."

Nafas aku makin sesak.

"... Kita kena lari."

Maka, aku mengambil keputusan dengan menyelamatkan diriku dan Luna terlebih dahulu. Aku mengheret Luna sekali, melarikan diri dari rumah agam ini tanpa berpaling ke belakang lagi. Tepatkah keputusan aku ni?

Aku akan bakal menyesal dengan keputusanku ini sehinggalah kedengaran...

BAM !

BAM !

BAM !

Aku tak bodoh untuk tidak mengetahui bunyi apakah itu. Beberapa das tembakan dilepaskan datang dari arah rumah agam itu diikuti pula bunyi kilat sambar menyambar. Tidak lama kemudian, titisan hujan mulai membasahi bumi.

"Ergh..." Aku mengerang kesakitan sambil memegang perut dan pinggangku. Pinggang aku rasa nak tertanggal sahaja sekarang. Ya Allah, sakitnya!

Wajah Luna bertukar cuak.

"Lari umi..." desak Luna. Kali ini, dia yang menarik tangan aku laju mengikuti langkah kecilnya. Tergesa-gesa langkahnya, sesekali dia akan menoleh ke belakang melihat sama ada orang mengejar kami atau tidak. Telahan Luna tepat sekali apabila kelihatan Bob yang sedang mengejar kami dari arah belakang.

"Ergh... S...sakit."

Aku tak mampu untuk mengikuti langkah Luna lagi. Rasa sakit yang aku alami sekarang sukar untuk diungkap dengan kata-kata hanya air mata yang mengalir sahaja menjelaskan keperitan yang aku alami.

"Umi..." Luna yang sudah jauh berjalan ke depan terus terhenti langkah. Dia menoleh ke belakang melihat aku yang sudah tidak berdaya itu.

"Pe... per... pergi."

BAM!

Dengan sekelip mata... tubuhku terasa di awang-awangan sebelum tubuhku rebah menyembah bumi dan pandanganku terus kabur selepas itu.

Gelap.

"Umi!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro