Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku menilik mukaku di cermin dan memakai pelembap bibir.  Aku menilik jam di tangan.  Aku perlu melapor diri pada pukul 3 petang di HKL tetapi aku terlambat kerana kesesakan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Johor ke KL.  Aku belum sempat melihat kondominium yang aku sewa bersama Ain.

Aku berjalan menuju ke kaunter pertanyaan.

"Kak, tumpang tanya.  Pejabat pengarah tingkat berapa? saya datang nak lapor diri tapi terlambat sikit."   Tutur aku sambil menggaru kepala.

"Oh, pejabat pengarah dekat tingkat 7.  Adik ni nama apa? pakar bedah am yang dari Johor tu ke?"

"Aaaa ye saya, kak.  Nama saya Gabriella Oceanna.  Saya pergi dulu eh kak.  Nanti kita berbual lagi.Terima kasih."

Aku berlari ke dalam lift.  Nasib aku baik lift itu belum tertutup.  Tingkat tujuh ditekan.  Kot doktor dirapikan.  Risau juga jika nampak tidak kemas.



Aku terkaku di depan pintu pejabat.  Pintu pejabat yang tertulis pengarah itu aku ketuk beberapa kali.  Mana tau pengarah tertidur ke.

"Masuk"

aku menjengulkan kepalaku dan terus masuk.  Aku hanya berdiri statik di situ.  Kepalaku ditundukkan ke bawah.  Bibir diketap mengurangkan rasa gementar.

"Jadi nilah anak emas pengarah Hospital Enche'  Besar Hajjah Kalsom.  Saya tau pasal kamu.  Dato' Ammar selalu cerita pasal kamu.  Tak perlulah risau.  Saya pasti kamu tak gila,Gabriella.  Resume kamu juga menunjukkan kerja kamu cemerlang.  Hiraukan kata-kata yang menyakitkan hati kamu.  Saya tau kamu boleh."  Tuturnya tenang seakan mengetahui apa yang melanda hatiku.

Aku memandang Dato' Harith sambil tersenyum kecil.

"Em Dato', sa..."

"Panggil saya ayah je, Gabriella.  Saya tau semua kisah kamu.  Kamu tak kisah kan nak jadi anak angkat saya?"  Dato'Harith bertanya dengan segunung harapan.

aku menunduk ke bawah.  Bibir diketap menahan tangis.  Aku bagaikan anak yatim piatu yang menumpang kasih mak dan ayah sedangkan mereka sendiri tidak melayan aku seperti dato' Harith melayanku.

aku mendongak memandang Dato' Harith.

"Saya tak layak mendapat layanan sebegini Dato'.  Saya cuma seorang yang gila dan sakit.  Mak dengan ayah saya sendiri pun malu mengaku saya ni anak mereka.  Kenapa Dato' baik sangat?"  Air mata aku jatuh satu persatu.

Aku bukanlah anak kesayangan keluarga seperti kakak sulungku.  Aku bukanlah anak yang dimanjakan seperti adik-adikku.  Aku tak pasti kenapa ibu dengan ayah melayanku seperti ini.  Setiap apa yang aku lakukan pasti salah di mata mak dan ayah.

"Saya ikhlas nak jadikan kamu anak saya, Gabriella.  Kan saya dah cakap,hiraukan kata orang lain yang boleh menyebabkan kamu sedih.  Sudah, saya taknak dengar alasan kamu.  Pergilah kemas rumah kamu.  Dekat sini biar ayah yang uruskan.  Esok cuti lah dulu.  Rehat.  Gabriella mesti penat."

Aku tersenyum sayu memandang Dato' Harith.

"Terima kasih, Da...ayah."  Aku tersenyum malu kerana tersasul.

Dato' Harith tergelak kecil dan menyuruhku balik berehat di rumah.  Aku meminta diri dan terus pulang ke rumah.



Aku menarik bagasiku setelah menaiki lift ke tingkat 5.  Mataku mencari-cari pintu yang bernombor 211.  Setelah menjumpai rumah tersebut, aku segera menekan loceng.  Aku tau Ain ada di rumah kerana dia sudah menghantar mesej kepadaku.

Pintu rumah dibuka.

"Ye makcik, saya taknak beli karpet."  Seloroh Ain sambil ketawa seperti orang gila.

Aku tak pasti di mana lawaknya hanya ketawa hambar.  Kesian Ain lawaknya selalu menjadi hambar.

Ain membuka pintu gril dan terus memelukku.  Aku membalas pelukannya dan tersenyum kecil.

"Kau baru sampai ke? Asal lambat sangat? Kau melencong ke mana?"  Soal Ain.Ain memang suka bercakap.  Aku pun penat nak melayan.

"Kau ni agak-agaklah Ain.  Bagilah aku masuk letak barang dulu.  Hidangkan air dekat aku.  Kesian aku ni.  Penat."Aku membuat muka comel yang sememangnya comel.

Ain menarik muncung.  Dah macam muncung itik dah.  Kalau ikat reben mesti lekat.  Aku tergelak kecil.

Ain menarik aku ke dalam rumah.  Dia menarik tanganku menuju ke bilik kosong.

"Ha, ni bilik kau.  Semua bilik dah siap katil.  Lagipun, bilik ni cantik kan? Kaler biru.  Bilik aku kaler putih je."

Aku terus masuk dan meletakkan bagasiku ke dalam bilik pakaian.  Bilikku boleh tahan besar.Siap ada bilik air dan bilik pakaian.  Cantik.

Aku berjalan menuju ke dapur.  Terlopong aku melihat dapur.  Macam dapur impianku.


"Cantikkan weh! Tulah aku cakap dekat kau,mesti kau suka punya dapur ni.  Kau kan suka masak.Malam nanti bolehla kita beli barang dapur."  Ain hanya ketawa kecil melihat aku melopong.

Aku mengangguk laju.  Tak sabar nak masak.  Aku suka gila dapur tu.

Ain berlalu masuk ke biliknya.

Aku belum lagi tengok ruang tamu.  Rumah ni macam pelik je aku tengok.  Ruang tamu macam tersorok je haha.  Kalau tetamu datang mau sesat.

Aku membuka peti ais dan mengambil air dan meneguknya.  Dahaga gila aku rasa.

Aku berjalan menuju ke ruang tamu.  Ain ni sampai hati tinggal aku dekat dapur sorang-sorang.

Sekali lagi aku terlopong.Asal ruang tamu rumah ni cantik sangat?  Tapi padanlah kan, sewanya mahal.Aku cadang nak beli rumah ni kalau duit simpanan aku dah cukup.

Aku berjalan masuk ke bilik.  Aku mengambil iphoneku dan terus memanjat katil.  Aku membaca Whatsapp yang diterima.  Takde yang penting pun.  Aku menutup iphone dan tertidur.



"Ocean.."

Aku terjaga dari tidur.  Aku mengeluh kecil.  Sekali lagi.  Siapa dia? Aku menilik iphoneku.  Terbuntang mataku melihat jam sudah pukul 7:45.

Aku segera membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.

Aku keluar dan menuju ke ruang tamu untuk mencari Ain.

Eh takde pulak.  Dalam bilik kot.

Segera aku langkahkan kaki menuju ke bilik Ain.  Pintu diketuk beberapa kali.

Ain membuka pintu dan membuat muka.

"Kau asal belum siap ni? Kan tadi dah cakap nak beli barang dapur.  Kau pergi siap cepat.Kita pergi makan sekali."  Ain membebel ntah pape.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.  Bila masa dia ajak aku?

"Aaaa yelah.  Kau tunggu sini kejap.  Aku nak siap."  Aku segera berlalu pergi.



10 minit aku bersiap, aku keluar bilik.  Cepatkan? aku tak suka menconteng muka.  Hanya pelembap bibir sahaja yang aku selalu pakai.

Aku berjalan ke ruang tamu.  Ain tengah membelek phone.  Series naw muka dia.

"Ain, jom.  Aku dah siap."

Ain memandang aku dan tersenyum.  Bibirnya digerakkan mengajak aku keluar.Pintu rumah dikunci.  Aku dan Ain berjalan seiring dan meloloskan diri ke dalam lift.  Tingkat P ditekan.

Pintu lift terbuka.  Aku dan Ain keluar menuju ke kereta Mini Cooper milikku.



"Ain ooo Ain, Kita dah sampai Giant ni.  Bangunlahh, kau pikir cantik ke tidur lama-lama sambil mulut ternganga ni."  Aku menggoyangkan badan Ain.  Haha.

Ain terpisat-pisat.  Awning tudungnya dibetulkan.  Aku hanya memerhati.Ain memandangku pelik.

"Kau tengok ape lagi? Jomlah!" Ain terus keluar dari kereta.

Aku hanya menggeleng-geleng dan tergelak kecil.



Setelah hampir 3 jam membeli barang, aku mengajak Ain menjamu selera di restoran korea, Mr.Dakgalbi.

Selesai memberi pesanan makanan, aku dan Ain mencari tempat duduk di tempat yang agak terlindung.  Aku terkaku.  Mukanya sangat familiar.  Macam pernah dilihat.

Ain memandang aku pelik setelah aku tidak menyahut sahutannya.  Dia memandang tepat ke arah pandangan yang aku halakan.

Ain menarik tanganku dan menuju ke arah meja yang diduduki oleh 'dia'.   Aku bagaikan dirasuk sesuatu dan hanya mengikut.  Ain mengetuk meja yang diduduki oleh 'dia' dan kawannya.

'Dia' dan kawannya mendongak. 'Dia' bagaikan mengeras apabila melihat aku.  Kawannya bangun.

"Principessa."  Sapa kawannya yang aku tidak kenal itu.

"I'm not a princess and do i know you?"  Aku tertanya-tanya.

"Err..Gabriella,aku lupa kau tak ingat"Ain memandang aku dengan muka serba salah.

"Ini Tareeq dan ini driver merangkap kawan baik dia, Spencer."  Ain menyambung lagi.

Aku hanya memandang kosong.  Macam dejavu.  Aku segera memegang kepala dan mencangkung.  Rasa sakit gila.  Macam mencucuk.

Suara Ain dan Spencer yang memanggil aku, terasa bergema.  Pandanganku mula gelap.  Aku sudah tidak nampak apa-apa.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro