12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

VOTE k asyeh


Dhiya melihat Adira yang baru tersedar keberadaannya di sini dahulu. Perempuan itu memandangnya sebelum berhenti di kaunter pembayaran. Entah apa yang disampaikan sebelum perempuan itu menuju ke meja dia menunggu.

Dia diam menunggu Adira menyelesaikan semua; tarik kerusi, meletakkan beg besar di kerusi kosong, menuang hand sanitizer, bla bla. Dan baru lah perempuan itu memandangnya dengan topeng muka masih tidak dicabut. Dia tunduk menghirup ice lemon tea sekaligus memberi peluang kepada pelayan meletakkan segelas jus buah di hadapan Adira.

Diam dia memandang Adira yang tunduk menghirup jus. Adira tidak langsung berbunyi lagi. Entah kenapa. Mungkin kerana perempuan itu dahaga. Jadi dia memberi ruang dan menunggu. Saat mata mereka dua bertemu, masing-masing diam menelaah apa yang ada di dalam kepala dan hati masing-masing.

Hmm. Dhiya menarik nafas dan bertindak dahulu.

"Asfa tahu tak awak jumpa saya?"

Adira senyum tawar begitu tanpa rasa dan menggeleng saja dengan mata tunduk memandang gelas. "Dia sibuk kerja."

Dhiya diam mendengar itu. Dia melihat jam. Sudah 6 petang. Berlama-lama nanti makin menyusahkan pula. Dia tahu Adira sudah berkahwin dan seorang yang sangat sibuk. Jadi dia terus ke perihal utama yakni kehendaknya. Kerana kehendaknya itu lah mereka akhirnya berjumpa. "Ceritakan pada saya, Adira. Saya nak tahu."

Adira diam memandang Dhiya yang langsung tidak kelihatan tidak pasti. Kepastian dan keteguhan perempuan itu membuatkan pertanyaanya keluar terus tidak sempat ditahan. "Awak dah sedia ke?"

Kening Dhiya berkerut. "Sedia untuk apa?"

Adira mencari kata. "Ini... diri Asfa yang sebenar."

Kening Dhiya kian berkerut selari tubuhnya kian ke hadapan juga. "Kenapa awak cakap macam tu? Awak risau saya akan terus berambus tak kisah kan dia so nanti awak risau dia gila balik?"

Adira terdiam.

Dhiya merengus sebelum pandangannya lari ke tepi, cuba bertenang. Hampir seminit, baru lah dia memandang Adira kembali. "Sorry, saya sekarang memang selalu kurang ajar. Just... can we get straight to the point? Saya nak tahu. Boleh tak awak just bagitahu? The other things could we sort out after?"

Adira diam memandang meja dan mengangguk sahaja. Dhiya menghela nafas dan sabar menunggu.

"Saya... taktahu nak cerita bermula dari mana."

Dhiya memotong. "Dia putuskan segalanya dengan saya sebab cakap ayah tak restu. Ibu ayah korang tak restu. Dia ada mention itu tak pada awak? Parents ada masuk campur ke?"

Kening Adira berkerut cuba mengingat. "I think?" Dia memandang tepi gigih menggali memori. Dia menggelengkan kepala mematikan sahaja daripada terus cuba mengingat sebelum memandang Dhiya. "Apa yang dia cakap pulak dia nak selamatkan awak."

Dhiya diam sebelum tersenyum sinis jelas sangat mengejek.

Adira segera mencelah. "Please stop doing that, Dhiya." Dia pandang rayu akan wajah Dhiya yang memandangnya. "Saya tahu saya sekeluarga salah. Salah pada awak. Salah pada keluarga awak. Tapi pasal Abang As ni— Ya Allah." Dia mula memicit-micit dahi. "Awak tak hidup dengan Asfa sebagai ahli keluarga dia, Dhiya. Itu perbezaan kita."

"...cik jangan selalu ingat cik betul, ya?"

Suara perempuan tinggi itu di taman apartment nya di tahun lepas serta-merta kedengaran di dalam kepala.

Tanpa suara, Dhiya diam memandang gelas minuman sendiri. Adira yang merasa bersalah, malas hendak bersuara berlengah lagi. Jadi dia terus menceritakan. Segala-galanya.

Tatkala Dhiya mendengar BPD dengan Asfa adalah sesuatu yang berbeza, di mana kepala otak Asfa membuang Airis Dhiya sebagai favourite person, sedangkan hati Asfa begitu meronta mahu mendakap seorang Dhiya si baby pendek, Dhiya menahan kerutan wajahnya daripada nampak sangat berubah.

Mata Dhiya terus naik ke wajah Adira di saat dia mendengar bagaimana dan kenapa Asfa terpaksa dipindahkan jauh sehingga ke Sabah di atas sebab semua para pakar menolak kes Asfa. Hanya di Sabah sahaja ada seorang doktor yang sanggup mengambil dengan Dr. Sim turut sanggup ikut serta sebagai clinician. BPD Asfa di kemuncak, schizophrenia di pinggiran tabir, SSD (sexual sadism disorder) dan psychopath menunggu masa sahaja untuk menghadirkan simptom penuh. Asfa kian sakit.

Segala yang terjadi, walau sekecil mana pun turutan kejadian, lama-kelamaan Dhiya dengar dengan mata yang kian berkaca dan kepala yang kebengongan. Segalanya bagaikan sebuah filem. Segalanya bagaikan lakonan semata-mata. Kepalanya mula menggeleng-geleng tidak percaya.

Takkan Asfa menempuhi kesakitan dan penderitaan yang hingga ke tara itu? Tak mungkin. Asfa sihat. Asfa tak sakit sampai macam tu. Asfa cuma pelik. Asfa pelik sebab BPD. Bukan sebab psiko macam tu. Asfa Ziqri tak kena macam tu. Asfa Ziqri bukan seorang yang bahaya. Asfa Ziqri takkan sesekali ada rasa nak bunuh kucing, nak rogol lelaki, nak saja-saja kasi sakit pada sesiapa.

Asfa Ziqri jantan Dhiya! Asfa Ziqri tu kuat!

Semakin Adira memberitahu segala-galanya, semakin Dhiya tidak mahu mendengar kesemuanya. Kerana pada dia, itu mustahil. Itu bukan Asfa Ziqri. Asfa Ziqri tak sakit sampai macam tu. Asfa Ziqri tak berhak untuk menempuh semua itu. Asfa Ziqri bukan serupa manusia bahaya seperti di dalam filem-filem psiko yang dia tonton. Tak mungkin!

"Dia mula sedar bila dia nampak gambar awak dekat Langkawi. Masa tu dia sedar. Dia sedar dia Asfa. Dia sedar dia sedang lawan dengan BPD. Masa tu dia menangis teruk. Dia menjerit-jerit panggil nama awak."

Adira diam memandang wajah Dhiya yang mula pucat. Dia pegang tangan Dhiya perlahan-lahan. Entah perempuan itu sedar atau tidak. Jadi dia memutuskan untuk teruskan saja.

"Dia tak pernah menangis, Dhiya. Dia nak nangis, dia nak sangat keluarkan air mata, dia nak sangat rasa sakit dengan semua parut yang dia bagi pada badan dia, dengan sakit dalam emosi dia. Tapi tak lepas. Dia sakitkan diri dia sebab dia nak keluar, sebab dia nak sedar yang dia tengah rasa sakit. Dia nak sedar yang dia pun ada perasaan. Dia nak sedar yang dia tu hidup lagi, tak mati lagi. Dia nak sedar dia nak betul-betul sedar yang dia tu manusia. Masih ada sifat seorang manusia. Perasaan, hati, badan. Dia nak rasa semua tu. Dia nak sedar yang dia betul-betul cintakan awak. Dia nak sedar yang awak ni bukan fantasi dia, bukan halusinasi dia, yang awak ni betul-betul ada, betul-betul akan ada depan mata dia. Yang satu hari nanti dia boleh jumpa awak. Dia sayangkan awak. Dia nak keluar untuk dia rasa semua tu di bawah sedar dia. Dan hari tu lah, untuk pertama kali dia menangis. Saya... saya... isk isk isk." Adira tunduk mencari nafas. Kemudian, dia kembali memandang Dhiya dengan kerut wajah menahan tangisan.

"Dia sayangkan awak. Bukan BPD dia. Tapi dia sendiri sayangkan awak. Awak mungkin favourite person dia in his psychotic episode, but—"

Adira segera mengesat air mata di kedua-dua pipi dan bersungguh-sungguh dia menerangkan kerana padanya, ini mungkin a new shade untuk Dhiya.

"The thing is first time dia nampak awak dia memang nak kenal, dia memang ikhlas nak berkawan. Bukan dengan niat lain. Bukan sebab dia psiko, bukan sebab dia pelik. Tapi dia sendiri memang nak kenal. Makin rapat, dia betul-betul sayang pada awak. Dia cintakan awak. Those are his. His feelings, his security, his purity, his sake, his love. He, can, love, Dhiya."

Dhiya masih tidak hilang rasa tidak percaya dengan segala-galanya. Adira mengangguk berkali-kali betul-betul hendak meyakinkan dengan air mata yang ditahan dan menyambung lagi, seincinya, selengkapnya, sebenarnya.

"But the brain of his start to anxious. And the brain won't tell him what those anxieties were for. Dia kongkong awak, dia itu ini pada awak bukan itu layanan betul yang dia nak bagi pada awak, but his brain. His brain done all of that. Bukan sebab As rapat dengan awak, the brain got trigger. No, no. Awak tak salah apa-apa. Sumpah, awak tak salah apa-apa. Malah awak kasi dia warna, awak kasi dia feelings, awak kasi dia... isk isk isk. Sedar lah, Dhiya."

Adira pegang tangan Dhiya kembali.

"Awak bagi dia lebih daripada apa yang dia impikan. Dia tak pernah sangka dia boleh rasa semua tu. Malah, dia tak pernah impi pun, mintak pun untuk dia rasa cinta indah tu dengan perempuan. Awak bagi lebih, banyak, sungguh serupa syurga untuk dia. Awak bukan racun Asfa, Dhiya. Awak racun untuk BPD Asfa. The BPD looked at you like a threat. That's why the conclusion of Asfa Ziqri punya anecdotal research, favourite person indeed can make a change toward a BPD. Be it for worse or for better, no one knows. But bertahun-tahun dah saya tengok Abang As, he chose you. For he loves you. His BPD is not. His BPD is not on his team. You are on his team. Sampai bila-bila BPDs memang tak boleh buat kawan dengan brain dorang. Awak."

Adira goncangkan sikit tangan Dhiya cuba menyedarkan sekaligus cuba untuk Dhiya nampak inti penceritaannya.

"Awak kawan dia, awak kekasih dia, awak pasangan dia, awak perempuan dia, awak segala-galanya untuk dia. Awak semua— Kesemua awak itu lah yang Abang As cinta. Lebih dari apa yang awak sangka. Kurang, lebih... semuanya Abang As sayangkan awak. He himself, feels that. Toward you. For you. To you. Because of you, he lives. Your self. Dhiya, self."

Dhiya menggelengkan kepala berkali-kali dengan muka berkerut sungguh hendak melepas tangis. Tidak menunggu, dia tarik tangannya daripada Adira sebelum dia berlari keluar tanpa menyarung topeng muka. Dia berlari dan berlari hingga dia tercungap-cungap di dalam tangis sampai dia terjatuh di kaki bangku entah sudah berapa jauh daripada restoran tadi.

Dia rasa serupa ditipu. Dia rasa serupa pesalah. Dia rasa serupa pemenang. Dia rasa serupa orang asing.

Dia merasa bagaikan dia tidak pernah kenal siapakah Asfa Ziqri sebenarnya. Dia bagaikan tidak pernah merasa cinta Asfa itu... yang selama ini dia damba dan yang diceritakan sendiri oleh Adira. Dia sungguh merasakan semuanya itu di mana daripada mula Asfa menegur di kenduri sehingga lah Asfa tidak endah senang sahaja memutuskan pengakhir untuk sebuah mereka... semuanya itu bagaikan hanya permainan opera sahaja. Permainan yang diputuskan semata untuk hiburan. Lakonan dunia yang begitu tidak mampu untuk dia membayangkan. Semuanya tipu. Semuanya macam tidak wujud. Dia bagai dikejar dan ditipu dan dimainkan oleh bayang-bayang sendiri.

Apa yang kau dapat, Dhiya lepas semua yang dah jadi?

Soalan mengejek itu yang kian membuat dia melepaskan raung di atas rumput. Tidak kisah busuk atau basah, dia cengkam dan cengkam dan dia tampar dan tampar lantai rumput yang luas di sekitar. Dia menangis dan meraung dengan kedua tangan juga tidak berhenti daripada melepaskan sakit pada rumput yang kian banyak berterabur.

Segala berkenaan Asfa kian lemas memenuhi ruang ingatan.

Bagaimana Asfa menegurnya. Bagaimana Asfa begitu mengemis mahu berkenalan dengannya. Bagaimana Asfa tidak berputus asa. Bagaimana Asfa sentiasa ada. Bagaimana Asfa yang betul-betul hendak faham seorang dia. Bagaimana Asfa memberi perlindungan yang dia tadahkan sempurna umpama kasih. Bagaimana Asfa jaga dan didik dia. Bagaimana Asfa sama-sama naik beradu tenaga bersama dia. Bagaimana Asfa tidak senang mengaku kalah untuk terus memperjuangkan kisah mereka agar terus wujud. Bagaimana Asfa beria meyakinkan dengan cinta. Bagaimana Asfa begitu hadir di saat dia begitu hancur. Bagaimana Asfa berubah tiba-tiba. Bagaimana... sekelip mata, Asfa yang dia cinta itu hilang begitu saja. Bagaimana Asfa... seorang diri berlawan—

"BPD BABI!"

Dia meraung tangis dan terus meraung tangis dengan telapak tangan yang kian pedih menampar panjangan rumput.

Kau di mana masa tu, Dhiya??!!

Adira ternganga di sebalik topeng muka melihat keadaan Dhiya. Segera dia tolak beberapa orang yang mula mampir mengerumuni Dhiya sebelum dia peluk badan perempuan ini. "Dhiya... Shh shh."

Dhiya tunduk menangis di lengan Adira yang memeluk belakang badannya. Mata yang masih pejam tidak langsung menghalang daripada air jernih itu terus merembes keluar. Membasahkan muka, membasahkan tudung, membasahkan rumput.

"Kenapa!, Dira? Kenapa saya datang cintakan dia? Kenapa dia cintakan saya~~~? Isk isk isk. Kenapa dia ada BPD??!!"

"Shh. Dhiya, mengucap." Adira gigit bibir bawahnya di sebalik topeng muka. Walhal dia sudah pun teresak sama. Dia sedih dengan soalan Dhiya. Dia tidak terkejut. Dia cuma sedih. Kerana itu lah soalan setiap pasangan BPD. Soalan yang terus dilontar dan dilontar tanpa penat akibat kebejatan mereka menghadap segala turun naik BPDs.

BPD still a human being. Dan kerana itu pasangan itu semua masih bertahan. Tetapi tidak dinafikan, rasa benci, rasa marah, rasa sedih, rasa putus asa semuanya memang sentiasa ada menyelinap.

Begitu lah tinggi kuasa sayang. Sanggup menyelusuri rasa sakit asalkan BPD mereka sentiasa ada disayangi oleh mereka.

BPD teramat bukan perkara mudah.





Hampir setengah jam Adira memujuk Dhiya di tengah kesibukan orang ramai. Dan baru lah Dhiya berjaya dibawa keluar itu pun dengan penglibatan pihak sekuriti pusat membeli belah berkenaan.

Dan kemudian, mereka berdua hanya diam langsung di dalam kereta. Setibanya di kafe apartment Dhiya, Adira juga yang bergerak membeli kopi panas dan sebulat donut. Pun diam juga yang menyelubungi mereka berdua dengan Adira saja yang bergerak mengunyah perlahan-lahan. Dhiya masih termangu-mangu berdiam tanpa gerakan selain kebilan mata dan tarikan nafas deras sahaja.

"Adira."

Adira memandang Dhiya yang bersuara tiba-tiba. Dia segera menjawab walau dengan mulut penuh. "Ya, Dhiya."

Dhiya bersuara tanpa tona perasaan dan tanpa pandangan terhadap Adira. "Kenapa dia sekarang dah lain?"

Adira diam mendengarkan itu. Dia tidak faham maksud pertanyaan itu. Malah dia sendiri tidak tahu, selain daripada di atas Gunung Kinabalu dulu, Abang As dengan Dhiya ada berjumpa lagi ke di tempat lain? Abang As datang berjumpa? Atau Dhiya yang datang berjumpa? Dia tidak tahu maka dia tidak faham maksud pertanyaan Dhiya. Baru dia hendak bertanya, suara perempuan itu keluar lagi serupa di bawah sadar.

"Dia tolak saya. Dia ingat saya. Tapi dia halau saya. Dia ingat tapi dia macam dah lupa."

Adira diam memandang Dhiya. Abang As memang masih ingat akan Dhiya. Ada kala Abang As bercerita selamba saja mengenai Dhiya. Ada gelak tawa, ada ingatan yang lepas, ada perasaan bekas pencinta. Memang biasa sangat. Macam teringat ke cinta monyet je. Tidak pernah langsung Abang As meluahkan serupa mendamba Dhiya.

Dia menarik nafas panjang sebelum meletakkan pisau dan garfu ke atas meja, di sisi donut yang masih besar separuh. Dia pandang Dhiya yang masih memandang sana serupa. Zone out.

"Abang As kemalangan kereta. Dua tahun lepas. Lepas tu, dia—" Dia terbisu di tengah ayat. Dia menghela nafas memandang piring yang masih berisi donut besar. Kemudian, dia kembali memandang Dhiya. "Let say... his brain not undergo amnesia. But his heart, is."

Otak manusia sentiasa memproses dan menapis segala-galanya untuk memastikan kita terus hidup. Segala yang negatif, otak akan sentiasa tanpa henti cuba untuk membuang. Be it a disease, or a disorder, otak sentiasa cuba untuk membuang. Begitu juga pekerjaan otak terhadap trauma.

Dan itu yang terjadi kepada Asfa.

Akhirnya, trauma Asfa berkaitan Dhiya berjaya dibuang. Tetapi bukan untuk selama-lamanya. Kerana otak pesakit PTSD, sudah pun berada di dalam keadaan terjejas (impaired). Apatah lagi melibatkan perasaan dan attachment begini yang berlaku kepada Asfa terhadap Dhiya.

Kejayaan ini mungkin dilihat sebagai kejayaan. Mungkin juga akan dilihat sebagai ketidakupayaan.

Kena sentiasa ingat, mental illness is not a disease, but a disorder. Maksudnya, orang yang mempunyai sakit mental, sentiasa tidak mampu, tidak boleh atau tidak berupaya untuk mengawal kehendak, perasaan, emosi dan segala-galanya berkenaan mereka. Mereka sering kalah dengan sakit mental mereka di dalam apa jua keadaan di dalam kala waktu. Kerana sakit mental tidak pernah hendak menjadi satu kumpulan atau senang cakap, tidak pernah hendak menyokong diri itu sendiri. Sakit mental kadang-kadang dilihat sebagai coping mechanism, self defense mechanism... sakit mental wujud hanya kerana hendak melindungi diri berkenaan, tetapi itu yang susah. Bagaikan wujud dua identiti di dalam satu diri. Penindasan hak secara senyap yang tidak kenampakan; seksa sangat.

Sakit mental tidak mudah, wahai anak-anak.

Dhiya memandang Adira yang menyampaikan itu sehabis ringkas yang boleh. Dia faham. Masih macam dalam movie juga. Dan seperti dalam movie, akan ada miracle tak nanti?

Adira memandang Dhiya yang diam kembali memandang sana. Dia memandang jam. Sudah jam 10. Eh dia kena balik sekarang! Dia hendak bersuara kepada Dhiya, tetapi lagi sekali suara perempuan itu tiba-tiba keluar.

"Tolong saya nak jumpa Asfa."

❦❦


Seminggu berlalu.

Dan selama itu, Dhiya benar-benar berseorangan. Dia tidak kisahkan Joro. Dia memang membersihkan tempat najis dan tempat makanan Joro. Kerana itu lah rutin hari nya. Dia sentiasa penuhkan makanan si bulu debab itu. Tetapi dia berseorangan. Dia benar-benar berseorangan.

Dia memang tidak kisahkan Joro. Dia biar saja kucing itu tanpa balasan di tatkala bunyi chirping si bulu debab itu memanggil dia. Joro datang di sebelah pun dia tidak kisah untuk membelai dan melayan. Joro dibiarkan berbunyi keseorangan kerana dia sendiri tanpa sedar benar-benar sedang keseorangan hilang di dalam lamunan sendiri.

Dia tidak kisahkan iPhone sama ada hidup lagi atau sudah kematian bateri. Dia tidak kisahkan perihal kerja dan pembaca. Dia tidak kisahkan pokok-pokok. Dia tidak kisahkan makan atau minum. Hanya sekeping biskut dan air itu pun jika dia teringat untuk menelan ubat-ubatan.

Dia hilang di dalam fikiran sendiri. Otak membunyikan itu. Hati membicarakan itu. Suara di dasar perut (gut) menegaskan itu. Segalanya bercelaru. Tetapi di dalam kecelaruan itu lah, dia benar-benar bebas daripada Asfa, daripada Adira, daripada Mak, daripada sesiapa jua. Membuatkan dia nampak dengan lebih jelas, apa yang sakit, apa yang bahaya, apa yang selamat, apa yang patut, apa yang terbaik buat masa ini untuk seorang dia.

Air mata keluar. Hingus keluar. Air liur keluar. Dia sudah serupa tidak betul.

Selama sedekad, beberapa kali sudah dia melakukan proses pengeluaran Asfa daripada sistem dirinya. Proses itu tidak kenampakan akhir di mana dan bila masa. Penat di atas perulangan-perungalan itu yang serupanya tidak akan habis. Tetapi dia melalui juga, begitu merasa tiada cara untuk hidup bagaimana lagi dah, maka dia buat dan buat dan buat.

Walhal? Dia tidak mahu lupa akan Asfa. Dia sayang Asfa kot. Dhiya kan bodoh. Kenapa dia bodoh?

Bukan sahaja pergi ke Langkawi di atas alasan writing retreat itu saja yang dia buat. Berbanyak-banyak lagi perbuatan yang dia beria lakukan kononnya merupakan usaha-usaha dia untuk mengeluarkan Asfa daripada sistem diri. Beli pokok-pokok yang setiap satunya berharga RM100 ke atas. Beli buku-buku hampir mencecah RM2,000 jumlah keseluruhan. Menyertai pendakian gunung itu dan gunung ini. Berlari dan berjalan serupa orang gila tidak pernah hendak berhenti di sekitar apartment. Mengangkat dumbbell tanpa kisah limit diri.

Macam-macam lagi yang dia buat, begitu beria dia melawan kehendak sendiri. Dia akan OK kemudiannya. Sering tetapinya, OK di waktu itu hanya untuk dia melalui rasa sakit yang begini di selepasnya. Natijahnya, dia tetap tidak akan pernah boleh membuang Asfa sebagai penyudah.

Kenapa? Kenapa susah sangat nak buang Asfa? Asfa bukan darah dalam badannya. Jadi apa yang susah sangat?

Sedang dia melayani rasa terawang-awang serupa tidak lepas keluar daripada lohong dalam itu, pintu rumah diketuk bertalu-talu selari jeritan perempuan yang maha kuat daripada luar. Dengan muka bengong, dia bergerak mencapai kunci dan menguakkan saja pintu.

"Dhiya. Awak okay tak? Saya call, saya WhatsApp tak berbalas. Cepat lah. Kata nak jumpa Asfa. Hari ni je dia lapang. Saya dah cakap member lama nak jumpa dia, saya tukang bawak. Dia setuju je tak banyak soal. Jadi..." Dia pandang Dhiya yang memandang situ dan sini tidak langsung memberi perhatian kepada kata-katanya. "...siap-siap lah."

Dhiya memandang Adira dengan kepala senget dan tanpa fokus di mata. "Pergi mana?"

Adira berkerut kening dengan keadaan Dhiya. Dia menolak pintu grill. Terbulat matanya. Tak kunci? Dhiya tak kunci pintu ke? Malas hendak menunggu, dia tolak pintu grill ini ke belakang dan melangkah masuk. Dia tarik tangan Dhiya ke ruang dalam. Dia dudukkan perempuan ini di armchair yang ada. Dia sudah lama bergelar specialist. Jadi sesudah menguruskan Dhiya, terus dia ke serata ceruk rumah mencari bekas ubat-ubatan Dhiya. Dia mencapai dan secara langsung membelek setiap berpapan tablet sepintas lalu.

Seperti yang dijangka.

Dia menarik nafas panjang dengan matanya memandang Dhiya yang diam termangu di kerusi.

Begitu banyak antidepressant. Tranquilizers. Sleeping pills. Muscle relaxant. Untuk otak pakar psikiatri sepertinya, dia boleh membuat keputusan kasar. MDD (major depression disorder). Atau ADHD (attention deficit hyperactivity disorder).

Epilim, Xanax, Dexedrine, Provigil, Rameron, Adderall, Keppra.

What happened, Dhiya?

Adira duduk di hadapan Dhiya yang diam memandang riba tanpa fokus.

Entah ubat-ubatan itu semua di bawah preksripsi doktor atau Dhiya mendapatkan begitu saja daripada farmasi. Dan mungkin Dhiya tidak makan mengikut preskripsi yang diberikan pun. Dan yang paling mesti, Dhiya terlupa untuk mengambil dari hari demi hari. Ubat-ubatan begitu sangat bahaya jika terlupa mengambil walau sekali saja pun.

Dia menarik nafas dalam sebelum bangun dan mencapai lengan Dhiya. Kemudian, dia cuit-cuit sebelum dia mencubit-cubit. Dia jentik dan kuat dua jarinya menepuk dan tepuk pergelangan tangan Dhiya. Sebelum dia berbuat yang sama kepada kedua kaki Dhiya. Dan akhir sekali, baru lah dia lempang muka Dhiya.

"Ha!"

Dhiya pandang sekitar dengan kening berkerut. Ternampak sahaja Adira di hadapan mata, terus wajahnya berkerut geram. "Kau buat bende?"

Adira menggeleng kepala dengan nafas lemah. Dia tarik perempuan ini supaya berdiri di hadapannya. Memang Dhiya rendah sedikit daripada dia, tetapi perempuan itu kelihatan teramat bahaya dengan muka garang begitu. Dia tidak kisah dan bertanya saja sambil kedua jemari masih bergerak menggerakkan setiap sendi motor Dhiya. "Sakit tak?"

Dhiya sentuh pipi kirinya. "Sakit." Dan baru lah mulutnya nganga memandang Adira. "Kau tampar aku?"

Adira senyum lucu dan mengangguk saja. Dia mencapai tuala Dhiya dan terus menghulur kepada perempuan itu. "Ingatkan tak bangun langsung. Baru saya nak buat CPR dah tadi. Awak pergi mandi lepas tu terus ikut saya. Abang As dah tunggu nak jumpa."

Dhiya diam memandang Adira sebelum matanya terpandang akan bekas ubat-ubatannya. Dia tahu sangat keadaan rupa bekas itu. Dulu pun dia pernah membelek bekas ubat-ubatan Asfa. Dia pandang Adira. "Kau check ubat-ubat aku pulak? Buat apa? Nak tambah penyakit?" Tidak menunggu balasan, terus dia menutup bekas ubat-ubatannya itu sebelum dia tolak ke dalam laci.

Adira pandang belakang badan Dhiya. "Awak MDD, kan? Tengah tunggu consult ADHD? Siapa doktor awak?"

Dhiya menjeling Adira dengan sipi matanya. Malas hendak endah, menonong dia melangkah menuju ke bilik air. Tetapi Adira melangkah laju sebelum menyabit lengannya. Dia pandang perempuan itu dengan kening berkerut. Tidak menunggu, dia meletup. "Kau nak kisah sangat buat apa? Memang semua doktor dekat Malaysia tak nak dengar pendapat kedua pun, kan? Aku dah banyak kena la." Segera dia tarik tangannya daripada terus dipegang Adira.

"Aku sah MDD tiga tahun lepas. Sampai lah aku mula tak boleh tidur langsung. Lepas tu, narcolepsy. Berapa lama kerja aku tak jalan. Lepas tu, kembali tak boleh tidur. Bila aku terang ke doktor "I want to sleep I really want but can't sleep", terus dia tukar keadaan aku jadi "I don't feel like sleep was necessary". Kalau doktor sendiri tak cukup tidur, takpayah la masuk kerja. Setahun lebih dah aku tunggu consult ADHD. Tahu lah setakat khidmat Klinik Mentari je pun tapi kalau tak competent, takpayah buat. Aku nak ubat ADHD, tapi dikasinya aku Epilim. Getting meds made me worse, so lantak la aku malas kisah lah."

Adira diam memandang raut Dhiya yang berkerut singa dengan dada perempuan itu mula turun naik menarik nafas laju. Sebelum Dhiya bergerak hendak masuk ke dalam bilik air, dia bertanya lagi.

"Awak jadi lah ni nak jumpa Abang As?"

Dhiya terhenti sebelum kepala kecil itu mengangguk sekali dan terus hilang di sebalik daun pintu. Keadaan itu membuatkan bibirnya tersenyum.





Asfa membuka laman penulisan Dhiya. Masih aktif. Dia menatal dan menatal saja tanpa membaca. Kemudian, dia buka pula Album. Dia menatal dan menatal juga sehingga lah ke tarikh itu.

Satu-satunya gambar yang berada di bawah tarikh itu. 10 Oktober 20**. Ulang tahun kelahiran perempuan itu. Gambar Dhiya bersama lampu kitar semula yang dibuat dia. Lama dulu. Dia pandang senyuman Dhiya yang jelas terukir di skrin. Dia memperbesarkan dan melihat setiap lukisan seorang Dhiya. Mata, hidung, bibir beroles lip matte, pipi licin, gigi taring.

Bibirnya turut sama tersenyum.

Dia ingat Dhiya. Dia ingat segala-galanya berkenaan Dhiya. Malah dia ingat bagaimana dia mendamba Dhiya. Tetapi sekarang, segalanya berubah. Kerana dia sudah mampu untuk mengubah. Jadi dia beraksi sahaja serupa tidak kenal akan perempuan itu dan tidak ingat akan kisah lama mereka yang sebenar.

Walhal? Dhiya tidak pernah langsung pergi daripada ingatan dan mimpi dia. Dia sentiasa ingat cinta gilanya kepada seorang Airis Dhiya.

Tetapi, BPD.

Dia, Asfa memang hendak menjaga Dhiya daripada dulu. Dan sekarang, jarak di antara mereka ini lah yang serupa benar-benar suatu penjagaan untuk perempuan itu.

Tanpa dia, itu lah penjagaan daripada dia untuk Dhiya. Tiada dia, Dhiya akan selamat. Malah dia ingat lagi gambar di iPhone yang ditunjuk seorang lelaki di atas Gunung Kinabalu dahulu. Tiada dia, hadirnya lelaki itu— Walaupun pahit, Dhiya akan terjaga dan sudah tentunya selamat.

Dhiya mengatakan tidak mampu untuk mereka. Tidak boleh untuk memberi apa yang dia hendak waktu bersama; sentiasa ada. Dan kini, dia faham maksud Dhiya. Dia juga tidak mampu untuk mengekalkan kisah mereka.

Mereka jauh tetapi sangat dekat. Mereka tidak bersama walhal hati memang terus terikat maktub.

Cukuplah. Cukuplah begini saja, Dhiya.

Dia angkat kepala serentak ternampak Adira. Dia simpan iPhone ke dalam poket jaket sebelum tangannya angkat memberi tanda keberadaan diri. Dia senyum memandang adik perempuannya itu. Dan terus senyumnya hilang sebaik ternampak muka Dhiya.

Matanya tidak beralih daripada sepasang mata dan sepasang kening itu yang kelihatan begitu kerut umpama hendak pergi berperang. Dia menarik nafas panjang dan menunggu saja di dalam duduk.

❦❦

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro