18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

terus tekan button star dekat skrin korang tu tau. i nak vote hehehehhehe


Dhiya membuka mata.

Asfa datang. Di dalam mimpinya seperti biasa. Di waktu pagi dinihari. Kemudian, mereka solat Subuh berjemaah. Sebelum mereka tidur berpelukan di atas katil yang sama. Di dalam studio apartment nya ini lah.

Kebil-kebil matanya memandang cahaya terang mentari yang menerangi segenap ruang. Cantik cuaca hari ini. Bibirnya tersenyum terus. Dan tiba-tiba, matanya terbeliak.

Semalam bukan mimpi!

Terus laju tubuhnya bergerak bangun duduk. Dia pandang ruang di sebelahnya yang kosong. Hanya dia di atas katil ini. Mana Asfa? Dia pandang sekeliling sebelum telinganya mendengar pergerakan di luar. Di ruang balkoni. Segera dia bangun dan melangkah ke situ, menarik langsir hingga ke benar-benar hujung.

Diam dia selari penuh dengan perasaan lega yang mengepam di dalam seluruh pembuluh darahnya.

Asfa ada.

Di sisi Joro.

Sedang sama-sama membelek celah-celah pokoknya yang tertutup dengan daun merimbun.

Ha. Ha. Ha. Nafasnya laju tanpa sedar. "As."

Asfa yang hanya di dalam jeans memandang belakang. Dan terus dia berdiri mendekati Dhiya sebaik muka perempuan yang sememeh baru jaga daripada tidur pulas itu sudah berkerut hendak menangis pula. "Hei hei dah kenapa ni nak nangis pulak? As tak gi mana-mana lah." Dia tunduk selari jemarinya perlahan-lahan menyentuh kedua pipi Dhiya.

Dhiya tolak dan tolak dada Asfa walaupun muka berkerutnya dongak memandang Asfa dengan mata yang sampainya tidak berkelip. Begitu hendak percaya bahawa semua ini adalah nyata. "Isk isk..." Dia tolak dan tolak dada Asfa walau lelaki itu tidak terkebelakang langsung-langsung pun. "Awak jangan la bangun dulu daripada saya. Saya takut awak hilang... pergi, tak bagitahu apa-apa. Isk isk isk." Dia tunduk di dada Asfa. "Bangun lepas saya bangun laaa~~~ isk isk isk." Dia menangis yang benar-benar menangis. Sedu, hingus, air liur, raung, teriak, sakit kepala, kesemuanya datang satu pakej.

Asfa pandang Joro yang sudah lurus pandangan mata kuning itu terhadap dia. Pandangan makhluk berbulu itu serupa menyalahkannya pula sebab membuat si Dhiya menangis. Ye lah, Dhiya kan mummy si debab ni. Terus dia jegilkan matanya konon memberi takut.

Joro hanya lihat dan lihat saja sebelum gedeboh! baring menjilat badan sendiri.

Asfa menghela nafas sebelum dia berbunyi memujuk Dhiya di dalam dakapan. Dia gosok dan usap belakang badan dan kepala kecil si Dhiya pendek. "Ya, As tak gi mana-mana lah. As mana tahu Dhiya letak rules macam tu; kena Dhiya bangun dulu As tak boleh bangun." Dia tunduk memandang Dhiya yang menjeling walau muka itu basah licin sudah. "Benti la nangis. Bangun tidur je dah nangis, kang sederet hari jadi nangis. Orang bangun tidur kena happy, positive diri apa semua. Hish awak ni." Dhiya masih tercebik-cebik bibir. "As cakap sudah, sudah lah."

Dhiya masih tersedu-sedu walaupun esakannya sudah berhenti. Dia tunduk memandang badan atas Asfa yang bogel. Jari telunjuknya mula bodoh tidak bergerak seiring dengan cerdik otaknya menyentuh puting dada Asfa. Dia tekan dan tekan bermain. Lembut je. Dia pandang Asfa yang hanya senyap memerhati perlakuannya sebelum lelaki itu menggelengkan kepala dengan muka yang— Perbuatannya itu macam bodoh sangat tidak bertujuan langsung. Jadi dia pun diam berdiri saja tidak gerak berbuat apa sudah di hadapan Asfa.

Dia teringat panggilan Asfa di suatu masa dulu, maka dia suarakan saja dengan pipi yang masih lembap. "Saya kan baby bodoh awak."

"Ehm, ehm, ehm." Kepala Asfa menggeleng-geleng lagi serupa orang tua yang habis menyampah sudah melayan pe,el si budak kecil. Tidak menunggu, dia mencempung Dhiya dan terus masuk ke dalam. "Dah. Gi mandi. As dah mandi lepas tu As saja jenguk pokok Dhiya. Nak tengok dandelion, Dhiya pandai jaga ke tidak." Dia meletakkan Dhiya di sisi penyidai tuala. "Mandi eh? Kita sarap, As nak makan ubat." Dia berlalu ke tepi memberi ruang tetapi Dhiya menarik tangannya pula. Dia pandang muka si budak itu yang serupa in trance sudah. Haih la.

"Jom la kahwin."

Lenguh aku la. Dia mencapai tuala Dhiya sebelum diletakkan di atas kepala Dhiya sekaligus saja-saja menutup muka perempuan itu. "Ya, nanti kita bincang. Gi mandi. Jangan lengah. As tunggu."

Dhiya tarik tualanya daripada kepala. Tidak sempat dia bersuara, suara Asfa keluar lagi dengan badan lelaki itu sudah bergerak ke balkoni.

"Cepat. Awak tu bersiap lama. Tepek itu tepek ini."

Terus naik muncungnya. Gila. Tahu ah korang laki jenis tak kisah lepas tu kulit tebal lepas tu tahap konfiden tak rendah cam pompuan! Hish. Hentak kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air. Kita cecantik pun untuk korang sedap jugak! Ei bencinya kenapa aku fikir macam tu lagi! Dia hentak pintu bilik air.

Cantik untuk diri sendiri dah lah, Dhiya! Kata nak jadi perempuan sejati!




"Kita kahwin je dulu. Pasal jauh ke tak ke, tak jumpa untuk seminggu ke saya tak kisah. Yang penting kita kahwin dulu. Tadek la kita tambah dosa."

Asfa rasa nak tergelak dengan kata-kata Dhiya. Tetapi tetap dia mengangguk juga menyuruh perempuan itu meneruskan kata.

"Kalau dah jauh gitu, ada masa lah untuk kita sort out semua. Macam family planning. Kita wajib pergi sesi kaunseling kalau kita ni bebetul nak ada anak. Kita kena jinakkan dulu inner child kita sebelum kita sibuk nak jinakkan budak yang baru keluar dari perut." Lama Dhiya diam memerhatikan muka Asfa. Asfa diam turut merenungnya juga. Sebelum lelaki itu senyum agak smirking. Eii benci!

"As fikir pasal tu lama dah. Kalau Dhiya nak kahwin cepat, kita kahwin. As sibuk, Dhiya sibuk. Ada masa, kita settle satu-satu. Majlis belakang kira yang penting akad. Pasal kaunseling, kita pergi lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, akan jadi susah pada Dhiya, susah pada As sebab nanti kita akan fikir benda-benda lain. Haih." Asfa garu belakang kepala dengan matanya turut ke lain. Kemudian, baru lah kembali memandang Dhiya. "As rasa kali ni je kita beria. Dhiya la lebih beria. Lepas-lepas ni tak jumpa, As tak call, Dhiya dah tadek semangat nak kahwin, kan?"

Terus Dhiya tendang kaki Asfa. Hangus dengan amarah rasa hidungnya memandang muka tegang Asfa yang diselangi kerutan sakit menjegil kepadanya. Tidak menunggu untuk sakit Asfa itu reda, dia berbisik geram terus risau didengari pelanggan restoran yang lain. "Dah awak tu! Call seminit tak boleh. Expect saya nak usaha sorang-sorang je ke? Bukan saya je yang nak kahwin, awak pun nak kahwin. Patu expect saya settle sorang-sorang. Babi."

"Mulut tu cakap baik sikit." Asfa angkat tangannya yang sibuk menggosok depan betisnya daripada tadi. Sakit tulang kering dia bahana buatan Dhiya. Hish. "Ya, nanti ada masa kita settle sama-sama. As cuba—"

Dhiya segera menggeleng. "Takpayah cuba. Sebulan. Sebulan je lepas tu kita akad terus. Cari tarikh hari ni juga." Malas mahu endah akan muka tidak setuju Asfa, dia menambah lagi. "Ada masa terus kita balik Kuantan. Hadap mak saya. Lepas tu jumpa ibu awak. Ha dia dekat Sarawak. Ah takpe lah. Kita dah besar pandai-pandai la kita. Yang penting kasitahu dorang. Jangan kasi belakang dorang. Kita tengah OK ni, baik kita kahwin. Saya nak happy dengan awak. Lepas tu nak mengamuk dengan awak."

Asfa menggelengkan kepala sudah mula merasa malas. "Makan dulu. Nanti cakap."

Geram Dhiya memandang Asfa di antara pelayan yang meletakkan dua nasi lemak kerang dan sepinggan sandwich tuna tebal di meja.

❦❦


Impulsive. Dia dan Asfa sangat impulsive.

Dhiya diam memandang borang nikah yang sudah lengkap di atas meja. Terasa pendek sangat hingga dia merasa macam tiba-tiba. Tiba-tiba dia dah nak nikah minggu depan.

26 Disember. Sempena tarikh lahir Asfa.

Memang la tidak cukup sebulan seperti yang dia katakan. Malah lebih daripada sebulan. Sebab, ye lah! Mana nak tempah jurunikah, mana nak hadap Mak, mana nak hadap Ibu, mana nak rancang itu, mana nak rancang ini, mana nak selesaikan itu, mana nak selesaikan ini, mana nak menghadap kerja, mana nak menghadap terapi, mana nak menghadap temu janji doktor. Memang benar kelam-kabut. Dan akhirnya kedapatan juga.

Ha.

"Ini keputusan anak mak, jadi mak tak berhak nak cakap apa-apa. Cuma mak tak terima kamu lagi, Asfa."

Nganga dia memandang Mak.

Pertama, dia bimbang jika ada sebarang kesulitan untuk menguruskan hal akad nikah. Sudah lah dia masih tidak habis lagi fikir dan belajar mengenai selok belok taqlik sijil nikah dan taqlik lafaz yang bukan pada sijil nikah. Yang penting, alhamdulillah dia sudah berjaya menyelesaikan ikut kehendak dia; Lafaz Ta'liq Wilayah Persekutuan. Clause tambahan tu yang dia belum fikir dan belajar cukup lagi.

Kahwin ni serius dia tidak mahu buat main-main. Hendak-hendak pula perkahwinannya bersama Asfa. Bodoh dia pun nak kahwin dengan orang sakit mental yang pernah dibawah kategori bahaya sehingga mendapat layanan umpama seorang penjenayah, dia cerdik sebab belajar tinggi ha. Yang penting, dia mengahwini Asfa bukan kerana dia hendak buktikan kepada diri sendiri yang dia mampu seterusnya dia menang.

Tetapi kerana dia memang benar-benar cintakan lelaki itu. Asfa hendak bahagia. Dia juga hendak. Bersama-sama, mereka hanya mahu secebis bahagia. Mereka berdua berhak untuk memburu bahagia.

Kedua, dia terkejut kerana Mak bersuara tegas begitu. Sebelum ini terhadap anak-anak lelakinya, mana ada Mak bersuara tegas begitu.

"Jadi buktikan yang kamu tu... layak untuk mak terima dengan jadi suami terbaik untuk anak mak ni. Boleh?"

Dia pandang Asfa di sebelahnya. Dia nampak rahang Asfa gerak terketap-ketap. Kemudian, bibir lelaki itu senyum pula. Dia tidak tahu apa yang sedang Asfa fikirkan. Kerana raut wajah lelaki itu tiada yang definite.

"InsyaAllah, mak. Hidup saya milik Dhiya, bukan sebaliknya. As harap mak boleh doakan kami. Itu saja."

Dia pandang pula raut Mak yang tidak memberi sebarang reaksi.

Dia memang sudah memberitahu Mak berkenaan sakit Asfa; BPD. Satu itu saja yang dia sebut. Tiada schizophrenia, tiada SSD, tiada psychopath. Dan dia tidak menceritakan mengenai bagaimana tahap BPD Asfa berfungsi. Parut di lengan dan tangan saja yang dia ceritakan kenapa; self harm. Tiada langsung penceritaan parut di seluruh badan Asfa. Tetapi mendengar setakat itu saja Mak sudah mengucap berkali-kali sebelum mengucapkan kata-kata penguat kepadanya. Mak kelihatan simpati. Tetapi ya, dia faham jika Mak susah hendak menerima.

Dia anak Mak kot. Anak perempuan pula lagi.

Mak tidak menjawab kepada permintaan Asfa. Sebaliknya Mak memandangnya pula.

"Dhiya kuat. Sentiasa ingat pesan Mak. Isteri peneduh untuk suami. Jadi peneduh sebenarnya untuk Asfa. Dan Asfa..."

Mata Mak beralih pula kepada Asfa.

"Mak tak jadi mak yang baik untuk anak-anak. Anak lelaki Mak semua macam tu. Asfa lelaki. Ingat muka mak ni, yang kecewa dengan anak-anak lelaki sebab kegagalan mak sendiri. Jangan kamu pula tambah kekecewaan mak."

Dia dan Asfa sama-sama diam.

"Dhiya peneduh, tetapi Asfa tu petani. Petani kena kerja lebih keras. Jangan setiap kali hujan dengan panas je kerja kamu asyik nak berteduh je. Pastikan tanah tu elok, pastikan gemburan tu elok, pastikan peneduh tu terus hidup. Untuk luas berkembang, sama kuat untuk kamu berteduh juga. Ingat sentiasa. Kerja kamu tu lebih keras. Kamu suami. Jangan sebab kamu, Dhiya jadi macam mak. Dia perempuan paling kuat yang mak pernah jumpa. Jangan pula kamu ambil kekuatan dia lepas tu kasi hilang terus."

"Mak!"

Tidak menunggu terus dia bangun memeluk Mak yang duduk berhadapan mereka. Dia menangis di bahu Mak dengan rasa yang sungguh berterima kasih dan syukur. Ya, Mak gagal. Tetapi bukan keseluruhannya. Kerana Mak tidak gagal dalam membesarkan dia. Mak tidak gagal kerana Mak berjaya membesarkan seorang perempuan yang kuat untuk terus hidup di dunia yang kejam ini. Kerana Mak, bertambah lagi seorang perempuan yang mampu untuk bergantung kepada diri sendiri semata-mata. Walau penuh kesakitan yang datang, dia masih di sini meneruskan nafas tidak mati lagi akibat tekad membunuh diri.

Dia kuat. Sebab Mak.

Tidak mampu menanggung kesemua imbauan ini, Dhiya mencapai iPhone dan terus menghubungi Adira. Nasib baik berangkat.

"Adira, saya nak jumpa awak. Saya pergi klinik awak sekarang. Boleh?"




Rasa bersalah pula Dhiya menyibuk di sini, makan McD di sini, menumpang aircond percuma di sini. Tetapi dia bukannya senang lenang juga. Dia berbuat kerja di iPad sambil itu dia tegak dan sandar menghilangkan lenguh badan. Hmm. Dia pandang kaunter di mana dua orang perempuan sedang menguruskan kemasukan dan keluaran pesakit. Bermacam-macam sudah dia lihat.

DID. BPD. ADHD. MDD. Semuanya yang bukan jenis main-main. Dan kesemuanya orang yang berada.

Keadaan itu membuatkan dia terfikir. Apa lah nasib golongan B40 yang tidak berkesempatan langsung untuk mendapatkan rawatan seperti ini? Hendak-hendak pula lagi, golongan miskin lah yang paling banyak terganggu. Beban kemiskinan, beban miskin haid, beban tanggungjawab, beban perancangan keluarga, beban kesempitan. Khidmat kerajaan tidak sebagus swasta kerana ruang. Dan doktor yang berganti-ganti pula membuatkan diagnosa pesakit pun berganti-ganti juga. Bukan itu sahaja, mindset setiap orang lain-lain. Sukar untuk era millennia apatah lagi Gen Z untuk mendapatkan nasihat pakar jika ibu bapa mereka begitu tak hendak menerima kekurangan anak-anak.

Jadi, jaga lah diri, Dhiya. Sakit mental ni kena pakai banyak duit.

Tunduk dia memandang papan kekunci iPad.

Pada dia, Asfa bukan sakit mental. BPD Asfa bukan ketidakupayaan apatah lagi kekurangan lelaki itu. Asfa just Asfa. Asfa just the way he is. Dia cintakan Asfa yang itu. Walaupun Asfa sering membuatnya menangis, tetapi dia tetap sayangkan Asfa. Sebab Asfa hanya lah manusia. Bukannya hero novel. Bukannya pendekar wantan. Bukannya alpha male sangat. Jadi standard lah Asfa tidak selengkap yang majoriti harapkan. Itu semua bukan kekurangan. Itu semua kelebihan. Itu semua hanya lah seorang Asfa.

Dia mengeluh selari mencapai tumbler meneguk air.

Tetapi kena tetap faham, pegang, letak di dalam kepala selalu... bahawa Asfa tu got a disorder. Susah orang nak faham Asfa. Jadi dia perlu sangat-sangat memahami Asfa. Asfa bukannya tak normal. Asfa normal je. Dia pandang begitu, maka jangan sesekali bangkitkan sudah.

"Hmm. Dhiya panggil As mental illness survivor eh?"

Dia teringat pertanyaan lelaki itu.

Dia angguk saja dengan kepalanya lentok di bahu Asfa yang tanpa baju. Dia pandang wajah Asfa yang senyum tawar kepadanya. Tatkala Asfa tunduk memandang jemari mereka yang bertaut, dia turut sama tunduk. Asfa mengelus dan mengusap satu-persatu jemari tangannya. Seperti dulu-dulu. Keadaan itu membuatkan perasaan lama dahulu kembali datang. Cantik. Jadi bibirnya tersenyum hiba.

Dia takkan lupa nama ini; Asfa Ziqri.

"As tak panggil diri As mental illness survivor. Survivor tu pada As... someone yang akhirnya boleh rehat tenang di pantai. Dia dah selamat. Semuanya dah habis. Pada As, itu survivor. As tak macam tu. Sebab As selalu pikir pasal mati. Bukan mati yang balik kepada Dia, lepas tu dihidupkan balik. As fikir... macam mana As nak mati."

Terus dia dongak pandang Asfa. Asfa tidak memandangnya. Lelaki itu masih kepada jari-jemari mereka sambil meneruskan kata.

"As kadang-kadang rasa macam kena baling ombak, rasa terapung elok, rasa lemas tak sampai-sampar dasar. As munafik. Sebab As taknak minta lebih. As kena redha. Tapi susah... sebab penat. As dah penat berenang. Lepas tu, ombak emosi pula serang. Rasa macam nak mati tapi tak mati-mati." Asfa diam. Sebelum, "As penat sangat dah."

Segera dia sentuh pipi Asfa. Dia tidak tahu hendak memujuk atau patut berkata apa. Dia hanya diam dengan sepasang mata yang mula panas. Tetapi Asfa masih memberi senyum kepada dia. "As."

Asfa ketawa kecil. "Nah, I'm okay la. Cuma tu lah. As dah ada Dhiya untuk As citer semua ni. Tapi Dhiya sanggup tak?"

Diam dia memandang Asfa.

"As akan selalu macam ni. Cakap pasal mati. Dhiya nak dengar ke? Serius ke nak kahwin dengan As?"

Tidak menunggu, terus dia naik ke riba Asfa sebelum terus dia dakap badan lelaki ini. Muka dia sembamkan di bahu Asfa, memenuhi seluruh hanya dengan bau Asfa. Bergamot, iron, rokok. "Saya bukan sanggup je. Tapi saya suka. Saya suka sebab awak be vulnerable dengan saya. Saya suka sebab awak citer semua ni dekat saya. Saya nak macam ni la. Saya selalu ada untuk awak dan awak benarkan saya. Saya sayang awak, Asfa Ziqri."

Dia pejam mata menikmati lekapan bibir Asfa yang berkali-kali di leher dan di tengkuknya. Saat terasa gigi Asfa yang benar-benar menekan di mana bahu dan lehernya bertemu, terus dia mengecil menahan rengek.

"As sayang Dhiya juga. Sayang sangat-sangat. Lepas tuuu..."

Dia buka mata menanti kata-kata Asfa.

"...asal dengan As je mesti basah.'

"Eiii."

Asfa ketawa kecil di lehernya membuatkan dia turut tersenyum sama. Lebar. Bahagia. Seronok. Gebu-gebu.

Asfa, saya harap awak akan sentiasa dibalut damai. Saya harap gembira, tenang, dan OK semua tu akan akhirnya jumpa jalan untuk bertemu awak. Saya harap awak akan jumpa keseronokan di dalam kegilaan ini semua. Saya harap Allah dan saya sendiri akan terus menyayangi awak, di hari yang mana awak rasa tak boleh nak sayangi diri sendiri. Untuk awak, saya ada. Untuk kita, Allah ada. InsyaAllah, Asfa. InsyaAllah, my bakal shuben.

"Dhiya."

Dia tidak perasan masa bila Adira keluar daripada bilik pejabat dan kini sudah pun duduk di hadapannya. Dia pandang Adira yang mengangkat kening dan dagu tanda bertanya sebelum perempuan itu meneguk air Coway yang ada. Dia senyum saja lah sebelum meletakkan papan kekunci ke atas meja kopi. IPad dia capai dan tutup sekaligus menyelamatkan hasil taipan.

Adira senyum memandang Dhiya. "Awak nak bincang apa dengan saya?"

Dhiya menarik nafas besar terkumpul di dalam dada. "Saya tetiba rasa macam betul ke apa yang saya buat ni?"

Adira tersenyum dengan kata-kata Dhiya. "Kita serupa je, Dhiya. Dulu pun saya teragak-agak nak dirikan rumah tangga dengan Toni. Bercinta dah lama, kenal dah lama, makan sekali, tidur pun saya dah tahu pe,el dia sebab dia selalu teman saya dekat luar office masa study keputusan Abang As dulu. Tapi bila kahwin je, teragak-agak. Orang akan cakap godaan syaitan je semua tu. Pada saya, semua was-was kita tu berasas. Sebab kita ada hal kita masing-masing. Saya fikir banyak juga. Keluarga saya tengah terumbang-ambing. Dengan kepala saya penuh pasal Abang As je. Nanti kahwin, ada anak, genetic tu dah macam invest sikit."

Dhiya diam memandang Adira. Adira perempuan yang berkerjaya, belajar tinggi, cantik dan cerdik kena pada tahap perempuan itu belajar dalam hidup. Kiranya... Adira sangat berpelajaran dan berpengetahuan daripada dia. Jika Adira sendiri ada merasa ragu begitu, apatah lagi dia? Di ambang perkahwinan, perasaan debar itu biasa. Tetapi jika dibahaskan mengenai rasa ragu, mula lah kepala akan memikirkan yang bukan-bukan. Memang berasas kerana pasangan hidupnya adalah Asfa Ziqri... tetapi... apa yang dia rasa sangat tak boleh untuk dia melangkah ke depan sebenarnya ni?

Diam dia memandang jemari sendiri.

Adira senyum memandang sebelum menambah lagi. "Toni cakap... saya tak perlu bagi apa-apa. Dia yang perlu bagi. Pada dia, love is giving. And he's the one who's going to do that. He never expects anything from me, no less no more than what a wife should give. Kalau saya tak boleh selalu ada dengan dia sebab keadaan saya masa tu sibuk fasal Abang As, dia okay. Kalau saya tak ready nak jadi ibu, dia okay. Kalau saya kena selalu ke Sabah sebab urusan Abang As, dia okay. Pada dia... kami nak kahwin bukan pasal dia. Tapi pasal saya. Untuk saya. Dia fokus dan pusatkan kesemua keperluan dan cita-cita saya... benda tu yang buat dia rasa saya cintakan dia dah so dia tak perlu buat lebih sampai kongkong saya atau kawal saya. He like... love without asking to be loved. When actually, the feelings tu tak sedar pun padahal dah lama ada."

Giving is a love language. It says:

This isn't about me. This is about you. For you. Centering and focusing your needs and desires and joys is what brings me to life. Providing spance and time and energy is like water for soul. Love for heart. Air for lungs. Share how I can give you what I have all I have when I have because it's yours. It's always been yours. Tell me how I can support and take any undue load you are carrying. You are special to me. I see and sense you. I want to forever see your light burn bright.

"Tak payah kisah, Dhiya kalau ada orang cakap sebelah pihak je yang beria bagi lepas kahwin. Sebab yang dalam perkahwinan tu kita sendiri. Bukan dorang. Setiap perkahwinan ada corak dan norma dia yang pasangan tu dah tentukan. Jadi jangan kisah kalau ada orang cakap— Macam saya ni la. Ramai cakap saya ni queen control. Toni tu baik sangat la even dah kahwin tapi macam tadek bini. Macam-macam. Untuk semua tu, kita buat pekak je."

Dhiya pandang Adira dengan muncung kecil.

Adira ketawa. "Kenapa muncung? Awak was-was sebab tak sabar ke or sebab apa-apa ni?"

Dhiya menarik nafas panjang dengan matanya lebih selesa memandang segala bingkai gambar di dinding ruang hadapan klinik ini. "Entah la. Saya memang tak kisah pun kalau saya dengan As sama-sama busy, like... dia lama tak datang jumpa saya ke, apa ke. Asalkan kami dah halal and bila ada masa terluang, kami on the go. Kami husby wifey la. Tu yang... Entah lah saya rasa macam betul ke sebab tak rasa langsung macam nak kahwin. Meriah-meriah memang tadek, jamuan ke apa ke apatah lagi. Nak nikah je, lepas tu dah. Saya rasa macam... gila je." Dia pandang Adira dengan kebil-kebil mata dan kepalanya tunduk sedikit.

Adira ketawa kecil. "Kalau pasal tu, stop fikir. Sekarang ni pandemik, masing-masing ada stres. Jadi kita settle je ikut cara yang kita rasa senang. Zaman sekarang ni, Dhiya awak kena selalu fikir satu je. Sekarang terdesak, semua orang memang akan cari jalan laju dan senang je. Yang penting keadaan tu akan menyenangkan kita di kemudian hari, so why not just go on? Do it je?"

Dhiya akhirnya baru lah senyum. "InsyaAllah."

Adira baru hendak menambah lagi tetapi tiba-tiba pintu klinik dibuka laju dan timbul terus Azri bersama si Imran dan si... "Eshal!"

Dhiya diam memandang mereka-mereka yang bersuara di sama waktu. Kecuali Imran, yang tidak berkelip memandangnya. Begitu juga dia. Tidak berkelip memandang Imran. Mereka sudah pernah berjumpa. Tetapi memang tidak pernah lagi lah bertepuk bertampar berkelah bersama bagai. Bibirnya mengukir senyum kepada Imran. Dan budak itu tersenyum kembali. Imran sudah 13 tahun bergelar pelajar Tingkatan 1. Budak itu mesti yang paling tinggi di dalam kelas. Dia berganjak sedikit sebelum menepuk-nepuk ruang di sebelahnya. Imran pun bergerak mendekati dia.

Dia dan Imran sama-sama berpandangan. Hendak mengenali tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi sama-sama mereka selesai dengan saling menukar biodata diri melalui pandangan saja lah.

Adira yang melihat, terdiam. Dia kuis-kuis lengan Azri yang tidak habis-habis membina alasan untuk meyakinkan dia supaya tolong tengokkan Eshal selama tiga jam sebelum bapak Eshal datang menjemput. Azri turut sama nganga dengan Eshal yang sudah hilang entah ke mana di antara kedua mereka.

"Can I call you... mama?"

Dhiya terkedu, terkelu, terpaku. Tidak tahu tindak balas apa yang patut, jadi dia mengangguk saja lah. Imran terus tersenyum jadi dia senyum juga.

"Ayah selalu tunjuk gambar mama. Imran dah kenal lama dah. Ayah tunjuk dekat Imran, dekat Jamil."

Dia tidak pernah mendengar Jamil. Kecuali kucing jantan tuanya di Kuantan saja lah si Jamil yang dia kenal sepanjang dia bernafas di muka bumi ni. "Jamil mana?"

Imran terlopong. "Oh ayah tak bawa jumpa Jamil lagi eh? Jamil tu kucing. Ayah cakap dia bela sebab dia teringat ke mama lah, kucing mama nama Jamil. Jamil ayah bela cute, mama mesti suka."

"Ha... ye lah ye lah herher." Dhiya ketawa pura-pura.

"Sekejap je kan nak settle nak nikah, mana sempat kaut semua." Adira bersuara. Dhiya senyum saja lah kepada kata-kata itu. Dia pandang Azri yang sengih dan mengangkat tangan kepadanya. Dia angguk saja.

"Eh, aku pergi dulu. Eshal? Eh mana hilang budak ni. Ah pepandai lah." Terus Azri keluar.

Adira menggeleng kepala geram dengan perangai Azri. Dhiya hanya diam memandang. Imran pula sudah bangun sebelum berlari ke belakang memanggil Eshal. Dhiya pandang saja badan budak itu yang hilang di balik pintu. Adira sudah kembali duduk di hadapannya.

"Lepas sekolah memang sini la bebudak tu datang merempat. Eshal tu kawan baik Imran dekat sekolah." Adira diam menunggu balasan Dhiya tetapi tidak terhasil apa-apa pun. Jadi dia bersuara lagi. "Awak jangan risau pasal Imran tu. Dia okay. Abang As ayah dia, ayah angkat tapi Abang As tak bahasa sangat diri dia 'ayah'. Borak pakai nama je. Imran je panggil ayah. Tak kisah la janji selesa dan okay je semua." Dhiya mengangguk-angguk tanda faham dengan ceritanya.

Dia senyum dan menambah lagi. "Pasal Imran tu jangan fikir sangat. Dia memang dah selesa duduk dengan Azri. Satu sekolah daripada dulu dah tahu, Abang As tu ayah dia tapi kalau apa-apa urusan Azri yang pergi. Kekadang Abang As la kalau ada masa. Kekadang saya. Masa pandemik ni pula semua benda settle online, jadi takdek kerja banyak sangat. Pasal lepas korang kahwin nanti, buat mana yang korang nak dulu. Kalau tak boleh, Imran tu ada banyak tempat nak pergi. Dah biasa merempat sebab Azri pakai hantar dia je ke mana-mana. Sekejap rumah Eshal, sekejap rumah saya, sekejap sini." Dia ketawa dengan ceritanya sendiri. Dhiya turut tersenyum sama.

Diam lagi di antara mereka.

"Everything's okay kan, Dhiya?"

Dhiya diam berfikir dengan mata tunduk sebelum memberitahu benar. "Saya kekadang takut sangat sampai fikir bukan-bukan kalau Asfa tadek. Kalau dia ada saya okay. Saya jadi macam... entah lah. Takut sangat sebab dia ada sekejap tadek sekejap patu ada balik. Saya taktahu nak adjust macam mana. Itu yang saya ragu-ragu. Eh saya pun rasa macam pening la. Tak pandai nak cakap."

"You miss me when you're nostalgic but I miss you all the time."

"Ha?"

Adira muncungkan bibirnya ke pintu masuk sana menandakan suara itu datang daripada manusia itu.

Dhiya memandang. Terbulat habis segala mata, hidung dan mulutnya. "Awak buat apa dekat sini?!!"

Asfa senyum saja dengan iPhone di tangan. "As gi studio Dhiya, tadek. Azri yang call bagitahu."

Asfa masih dengan senyum menang. Dhiya sudah ternganga tidak percaya. Adira yang memandang perlahan-lahan bergerak bangun.

"Okay, awak-awak semua yang baru nak bercinta balik ni, kasi Dira masuk bilik dulu eh nak tengok apa Eshal dengan Imran buat."

Asfa menjeling Adira terus dengan ejekan adiknya itu. "Ah kau. Tadek maknanya. Abang nak ajak Dhiya makan jap ada benda nak settle. Mana Imran? Abang nak jumpa dia." Dia memandang Dhiya yang masih in trance bahana kata-katanya tadi. Haih lah ini budak. "Dhiya kemas lah barang terus keluar."

Malas mahu endah akan cebikan atau geraman si Dhiya, Asfa terus ke dalam pejabat Adira mencari keberadaan Imran. Imran memang sudah sedia hendak berlari ke pintu sebaik saja dia membuka. Dia senyum kepada Imran sebelum dia peluk budak ini yang sudah hampir tinggi sama dengan dadanya. Memang kalah lah si Dhiya pendek tu nanti bila Imran ni dah besar. Hahaha. "As nak keluar dengan mama kejap. Imran tak boleh ikut." Dia mengejek bibir Imran yang mencebir benci sebelum dia menambah. "Tapi esok kita keluar sama. Imran, As, mama. Tengok wayang."

Mata Imran bulat teruja. Dia memang jarang tengok wayang. Jika jadi pun, mesti bersama Azri. Wayang di rumah, wayang di pawagam. Esok dengan ayah dengan mama sekali? Yay! Terus dia gerak memeluk ayah.

"Shal nak ikut, Ran!"

Terus kepalanya pusing memandang Eshal. "Mana boleh. Ajak lah ibu ayah Shal. Ish."

Asfa senyum mendengarkan itu. Adira pula sudah ketawa pecah. Eshal menjelir lidah sebelum tunduk menghadap buku sains warna-warni milik Auntie Dira. Imran mencebik sebelum menyalami tangan Asfa dan terus kembali ke meja Eshal berada. Malas mahu mendengar perbualan di antara Asfa dan Adira.

"Dhiya datang sini buat apa?"

Adira memandang Asfa dan bersuara tanpa langsung nada usikan. "Dia tak pasti nak kahwin ke tak."

Asfa mengeluh besar. "Kan abang dah cakap."

Adira memandang abangnya itu. "Yang abang tu dah betul-betul pasti ke? Jangan ponteng kaunseling pulak. Ubat jangan buat lupa. Any suicidal thought kalau boleh terus record and kasitahu Dhiya, Dr. Sim. Nak mintak tolong Dira, Dira ada je dekat Putrajaya tu ha. Abang As tahu tak?"

Asfa memandang sebelah mata sahaja. "Abang tak perlukan semua tu sekarang ni. Abang ada date."

Berkerut kening Adira memandang abang sendiri. "OK bye."

"Bye." Asfa membalas di dalam nada yang sama sebelum pintu dia tutup rapat. Dia senyum kepada staf Adira yang tersenyum-senyum di kaunter. Sebaik sahaja keluar sudah di kaki lima, kelihatan Dhiya sedang berdiri tegak memandang sesuatu. Dia perlahan-lahan mendekati belakang perempuan itu. Oh. "Nak baju pengantin macam tu ke?"

Tersentak Dhiya memandang belakang. Dia begitu hilang di dalam lamunan hingga tak perasan langsung akan bayang Asfa pada cermin kedai. Terus cemberut mukanya memandang Asfa yang berlitup separuh topeng muka. "Mana ada. Tak minat ah ropol-ropol gitu. Dah jom." Malas berborak berkenaan isu tak penting, terus dia tarik tangan Asfa menuju ke kereta lelaki itu. "Dah jom makan. Saya lapar sangat haaa."

Asfa senyum di dalam topeng muka dan hanya ikut seretan tangan Dhiya. Sebaik tiba di sisi kereta, dia menekan kunci dan tidak menunggu terus perempuan pendek itu meloloskan diri ke dalam.

Dhiya memandang Asfa yang sudah di sebelah. Dia pandang lelaki itu yang menanggalkan topeng muka sebelum lelaki itu menekan itu ini termasuklah radio. Apabila sudah bergerak keluar, tidak tunggu-tunggu lagi dia menyempit menekan dadanya di lengan Asfa. Asfa pandang dia dan dia memberi sengih. Dia tekan pipinya pada lengan panas ini dan berkata terang. "Rindu."

"Dhiya."

"Hm."

"As sorry tau kalau As tak pandai romantik-romantik. Dah 40 lebih jadi janggal dah." Asfa melirik tatkala merasa dagu Dhiya menekan lengannya. Dan terang tang-tang muka bodo itu memandangnya. Dia menjeling sebelah mata sebelum mata kembali kepada pemanduan. "Tapi main As pro lah takpayah risau. Tu semua benda yang auto tahu."

Dhiya ketawa terus. "Auto tahu eh? Macam mana boleh auto tahu?"

Asfa ketawa lucu sama dalam cekap dia membelok sana dan sini. "Lelaki makin tua kan makin kena kejar. Paham-paham sendiri lah."

"Ei jijiknya."

Asfa diam memandu sambil melayan lagu. Dhiya diam berfikir mengenai topik lelaki dan seks.

"As. Lelaki makin tua memang power betul ke?"

"Eh? Duk fikir benda tu dari tadi?"

Dhiya memandang depan dan bersuara saja. "Lelaki kan sekarang ni banyak masa duduk rumah sebab pandemik, work from home... semua sama merentan nak rebut takhta alpha male, nak rebut takhta pandai increase testosterone level. Ingat ada testosterone sampai 200% tu bagus sangat ke? Dapat kanser ha mendapat. Patu, kekadang saya macam kesian tengok lelaki yang hari-hari kena enforce ke-alpha-an dorang sampai dorang hidup macam fake it till you make it. Yang kenanya perempuan juga. Sebab bila laki makin tua patu tadek partner hidup lagi, means no achievement lagi, rumah, kereta apa semua... mula lah dorang dapat penyakit superior complex. Jadahnya dorang enforce dorang punya..."

Dia lepaskan lengan Asfa dan terus menghadap lelaki itu dengan kedua-dua belah jemarinya naik, quoting:

"...ke-alpha-an..."

Asfa tidak memandang hanya angguk-angguk saja.

"...dekat perempuan jadi ego booster dorang. Patu, bila berlebihan jadi insecure pulak. Ha mula lah pulak dapat penyakit inferiority complex. Patu nak overcompensate rasa inferior tu, dorang berlagak 'alpha'. Pusing-pusing tang tu juga. Hish macam celaka lah."

"Okay, baik dah nak sampai dah."

Dhiya tidak endah dan masih bersuara beria menghadap Asfa hingga tubuhnya yang tidak memakai seatbelt sudah bersandar di pintu kereta.

"Macam Doja Cat cakap, 'Doing too much, relax a bit.' Tapi tak. Sebab ada KPI (key performance indicator) netizen sibuk bisingkan sangat, sampai orang muda pun terkejar-kejar sangat dah. Lelaki lah mesti kejar pasal pasangan hidup. Kesian la macam 'Ya Allah, kesiannya kau macam tadek otaknya', bila saya tengok ramai laki muda yang tak habis belajar lagi, yang baru masuk kerja tak dek saving beribu-ribu semua, dah sibuk nak kahwin. Memang la dorang takleh afford due to macroeconomicaly-speaking, that's the government's fault la. Memang Malaysian ramai terdesak pun memang salah kerajaan pun. Tapi kalau dah horny sangat tu ei cuba lah puasa! Geli saya tengok yang bomba sampai kena selamatkan laki lekat celah batang paip lah, dekat lubang pokok lah, dekat sofa hancur la. Macam—ei! Cuba lah puasa sunat kalau horny teruk sangat tapi tadek duit nak kahwin! Geramnya!"

Asfa memandang Dhiya yang geram merusuh dengan muka merah padam. Dia tunduk sikit serupa lelah dan bertanya ajuk. "Who hurts you, sayang? Biar As cepuk dia. Meh, kasitahu As meh."

Terus Dhiya tolak lengan Asfa. "Ei nyampah la awak ni."

Asfa saja dramatik. "Eh kita pula. Kita betul-betul sayang, rasa menyampah. Kita tak endah, kata menyampah. Ei kepala otak perempuan, sakit As fikir." Dhiya hendak membalas, segera dia bersuara. "Keluar. Sampai lama dah, keluar-keluarnya tidak juga lagi. Kang meja penuh mula lah. Awak juga macam mak nenek bising itu ini terus tadek mood nak makan. Pe,el."

Dhiya pandang Asfa yang sudah berdiri di luar memakai topeng muka. Dia mencebik dan turut melakukan yang sama. Tatkala Asfa hendak terus melangkah sebaik sahaja mengunci kereta, dia rentap tangan lelaki tinggi ini. Malas kisah akan pandangan Asfa, terus dia memautkan jari-jemari mereka berdua. Dia goyangkan ke depan dan ke belakang. "Saya nak buat gini selalu sebab saya suka. Dah jom. I lapar." Dia seret Asfa terus walau lelaki itu saja membuat berat malas hendak mengikut langkahnya.

"Dhiya!"

Dhiya pandang belakang.

Zahrin.

❦❦

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro