2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


tanak baca takpe tapi vote je 🥰




Asfa kaku di dalam berdiri. Matanya lama tidak berkelip memerhati keadaan tubuh itu. Yang bersandar. Yang sedang menaip. Yang sedang berkerut kening. Begitu fokus. Begitu hilang di dalam dunia sendiri. Begitu tidak mahu membuat silap.

Dia kenal. Dia masih ingat.

Itu lah Dhiya.

Dia terlebih daripada faham akan minat Dhiya terhadap penulisan. Lebih tepat lagi, bukan terhadap penulisan. Tetapi minat Dhiya terhadap isu-isu sensitif yang perempuan itu begitu suka mendedahkan dan mengongsikan di dalam satu cara saja yang perempuan itu jumpa, yakni penulisan. Dhiya memang suka mengambil tahu. Kerana perempuan itu sentiasa ingin tahu. Ingin tahu lebih dan lebih lagi mengenai kehidupan. Dhiya suka berkongsi dengannya. Malah Dhiya lebih suka berkongsi bersama pembacanya yang lain yang memang majoritinya adalah perempuan. Bertahun-tahun, dia membaca isi penulisan Dhiya. Bertahun-tahun juga, Dhiya bertanya itu dan ini malah menjawab itu dan ini ketika bersamanya dahulu. Bertahun-tahun, dia melihat kecerdikan dan ketangkasan Dhiya. Dhiya tersangat suka belajar.

Niat Dhiya hanya satu.

Supaya tiada lagi perempuan yang berada di tempat dia.

Asfa menarik nafas panjang sebelum perlahan dia melabuhkan duduk di bangku yang berhampiran. Dia tunduk memandang jemari sendiri yang saling bertaut bertongkatkan siku di atas kedua kepala lutut. Matanya pejam menyusun nafas cuba membina tenang dan mencari tujuan di dalam diri.

Dia sudah nampak Dhiya. Dan sekarang, apa?

Matanya kembali mengintai keberadaan Dhiya.

Perempuan itu masih menaip. Kemudian, pergerakan itu terhenti. Raut yang bebas tanpa topeng muka itu kelihatan semakin berkerut dengan sepasang mata yang tidak lari daripada skrin komputer riba. Sebelum wajah itu meninggalkan skrin dan termenung keras memandang hadapan, ke arah redup dan teduhan pepokok. Jemari kecil itu bergerak-gerak mengetuk cursor. Tubuh itu kelihatan kabut. Kepala yang bertudung itu mula menggeleng-geleng sebelum laju kembali menatap skrin komputer riba.

Asfa tunduk. Selari air matanya mengalir. Dia pejamkan mata dan melepaskan nafas perlahan. Dikesat bawah mata dengan diri yang masih terbongkok begini.

Sekarang apa, Ya Tuhan?

Dia memandang Dhiya yang mencapai iPhone. Dia nampak Dhiya tergelak kecil. Menjadikan keningnya berkerut keras kembali.

Aslah.

Dhiya masih berhubung dengan lelaki tu ke? Dorang masih bersama ke? Dengar cerita dari mak Dhiya, dorang dah tadek apa-apa. Aslah kan dah jumpa jodoh dia keluarga dia kasi atur?

Sekejap sahaja gembira Dhiya yang dia dapat lihat. Sebelum wajah dan tubuh itu kembali keras dan garang di dalam kerja.

Asfa tunduk kembali. Matanya pejam menahan air mata sekaligus menahan tangis.

Dhiya si baby pendeknya seperti sudah hilang.

Dhiya sudah menjadi seorang perempuan yang sebenar-benarnya perempuan kini. Airis Dhiya kelihatan kuat dan tangkas. Airis Dhiya kelihatan begitu fokus dan berpegang. Airis Dhiya kelihatan tetap dan tidak berubah-ubah.

Setelah bertahun-tahun, Dhiya akhirnya kelihatan di dalam jaya.

Kau fikir apa, As? Kau ingat Dhiya akan jadi bengong macam kau ke pikir pasal korang dua tak habis-habis? Dhiya tu perempuan kau. Satu-satunya perempuan yang kau maktubkan. Mesti lah dia kuat. Malah dia lebih kuat daripada kau sekarang ni. Semuanya sebab kau. Kau!

Tangisan kecil Asfa mula kedengaran di dalam tahan. Matanya pejam ketat. Giginya terkacip rapat. Jemarinya cengkam dada. Begitu menahan lonjakan emosi negatif di dalam diri.

Dhiya berubah. Dhiya kuat. Dhiya bukan baby pendeknya lagi.

Adakah itu semua perkhabaran baik? Terang lagi bersuluh, itu lah perkhabaran paling terbaik berkenaan Dhiya dan untuk Dhiya. Tetapi mengapa dia merasakan bagai ditikam berkali-kali sebelum dibunuh? Sebab... dia tak hendak hilang Dhiya.

Dhiya baby pendeknya, Ya Tuhan.

Asfa kembali berada di dalam serabut dilema. Pergerakan tubuhnya semakin melorot. Dalam dia teresak kecil begitu, dia mengintai keberadaan Dhiya. Terhenti segalanya sehingga dia bagaikan hilang deria. Yang ada hanya Dhiya. Yang memandangnya kembali. Yang terus bergerak bangun meninggalkan dia di sini. Bibirnya terbuka. Sebelum kembali tutup di sebalik topeng muka. Badannya turut bergerak bangun. Sebelum kembali terduduk di atas bangku.

Kedua tangan yang terketar terus mencabut topeng muka. Membawa sekujur tubuh tingginya bongkok sehingga rapat ke kedua kepala lutut. Dan tanpa silu, dilepaskan tangisannya di dalam lemas badan sendiri.

"Asfa. Here's the intake for the day."

Dia memandang Dr. Junaida.

"Don't define yourself by one thing only."

Keningnya berkerut tidak mengerti.

Dr. Junaida meneruskan. "Daripada dulu, kita selalu perkenalkan diri kita dekat orang lain. Macam ni: 'Saya Junaida. Saya psychotherapist.' Dan awak pun mesti buat benda sama. Cakap 'Saya Asfa. Saya juruelektrik.'"

Dia mengangguk teragak-agak.

Dr. Junaida melebarkan lagi. "Kerjaya kita... kita biasakan pegang as a definition of ourselves. Membuatkan lama-lama kita wujud sebagai benda tu saja. Dan bila kerja tu hilang, let say... sebabkan pandemik sekarang, kena terminate, terpaksa resign, kena buang kerja, itu yang membuatkan kita terus lemas di dalam depression. Sebab kita hilang satu benda tu yang kita hold as ourselves. Not. We are not. We are so many things."

Dia diam.

"Like you. You will say... untuk kalangan kenalan or group borderline, or any support group yang you join, you akan cakap, 'I'm Asfa. A borderline.' Saya tak cakap itu salah. Untuk pengenalan projek, okay. Just jangan sampai that condition... defining you. You are not borderline. You are you. You are Asfa Ziqri."

Keningnya berkerut. "New. But how?"

Dr. Junaida senyum. "Just don't hold on. Don't hold on to anything. Semua benda akan hilang. Impermanence, that's the only one yang permanent. Kita sementara saja kan, Asfa?"

Mukanya mula memandang lain. "BPD ni masih sampai mati saya bawak."

"That's the purpose."

Matanya kembali mencari wajah Dr. Junaida.

"When you dead, you're not. You just something more better. Something that is omnipresent. That's not the end. All of this will not stay until forever that is infinite. Allah sayangkan kita, Asfa. Allah sayangkan awak."

"Jadi... saya kena mati dulu la baru semua ni habis?"

"Awak fikir macam tu ke?"

Terdiam dia. Kepalanya menggeleng lemah memandang riba.

Dr. Junaida ke hadapan sikit. "Asfa, you can be anything. You can be an electrichian. You can be a borderline. You can be Imran's father. You also can be Dhiya's worshipper."

Terus kepalanya angkat memandang Dr. Junaida.

"You are so many things. You can be anything. Just don't let any of them define you. Above all else, you are Asfa Ziqri. Hold on to that. Sebab benda tu yang awak akan bawa sampai ke mati, sampai ketemu Dia nanti, sampai dapat kebenaran indah tu nanti. Itu penghujung kita semua nanti. Awak Asfa Ziqri. Sentiasa pegang pada tu. Jangan pegang pada benda lain. When it's time to stop, only Asfa Ziqri can say stop. Which is yourself."

Diam dia memandang Dr. Junaida.

"You are strong, Asfa. Kuat daripada apa yang awak sangka."

Dia tunduk menahan sebak di dalam dada. "Macam mana..."

"Saya cuma bagi awak intro to the good life. Untuk awak laksanakan sendiri. Awak boleh, Asfa. Awak boleh. Awak Asfa. Ingat tu."

Dengan nafas yang tersusun, Asfa kesat kedua pelupuk mata membawa ke pipi membawa ke dagunya. Dia bergerak tegak di dalam sandar dengan mata yang pejam masih menarik nafas.

Lepaskan Dhiya, As. Kau bukan pencinta Dhiya. Kau bukan hidup untuk Dhiya. Kau bukan hidup sebab Dhiya. Kau hidup sebab diri kau. Asfa. Kau Asfa Ziqri. Ingat. Ingat. Ingat. Jangan tenggelam lagi dalam cinta Dhiya. Kau terima. Kau kena terima. Kau Asfa Ziqri.

Diulangkan itu berkali-kali di bawah nafas. Kemudian, matanya celik memandang sekitar taman di hadapan mata yang masih nyaman dengan beberapa orang saja. Tiada siapa pun yang perasan kejatuhannya tadi. Tidak kisah la. Dengan tangan yang masih terketar dan sisa basah yang masih bergayut di tubir mata, dia bergerak bangun meninggalkan.

Cuba, As. Cuba. Kau dah jumpa Dhiya. Dan macam ni yang jadi. Dan sekarang kau ambil lah apa saja yang tinggal. Itu yang kau kena buat. Dan yang tinggal hanya kau, Asfa. Jadi kau ambil diri kau saja, Asfa. Untuk selamanya, kau Asfa Ziqri. Kau bukan hamba pada sesiapa. Kau, diri kau. Pegang pada itu, Asfa. Kau je boleh ubah. Bukan orang lain. Kau, Asfa Ziqri. Kau, Asfa Ziqri. Ingat! Ingat! Ingat!

Kereta berhampiran saja jadi sekejap saja Asfa menapak dan masuk ke dalam. Sedang dia masih termenung, matanya terpandang lagi akan jasad itu. Tetapi kali ini dengan perasaan yang berbeza. Hairan. Dia tidak bergerak dia hanya memandang Dhiya yang kelihatan melilau ke sana dan ke sini. Dhiya malahan pakai langgar saja orang yang sedang berlari jogging. Raut Dhiya di sebalik topeng muka jadi sukar untuk dia membaca. Lagi pula, jauh. Dan tiba-tiba dalam serupa manusia sesat begitu, Dhiya jatuh terduduk di bawah pokok. Ternganga dia.

Dhiya menangis? Dhiya masih menangis?

Untuk seketika, fikirannya kosong. Dia tidak tahu untuk memberi tindak balas yang bagaimana. Malah dia terlupa dia sudah pun di dalam kereta. Akibatnya kepalanya terhantuk cermin kereta.

"Kimak!"

Dhiya atau Asfa? Dhiya atau Asfa? Dhiya atau Asfa?

Soalan itu terngiang berkali-kali membuatkan kedua tangannya menekup kedua telinga. "Diam! Diam!" Raut garang cuba membuang, sambil itu tangannya mencapai iPhone dari poket seluar. Dia tekan nombor 1 speed dial dan terus menekan butang pembesar suara menunggu panggilannya dijawab Dr. Sim. Kedua tangan yang menggeletar seboleh-bolehnya dia cengkam dan cengkam melekat di stereng kereta. Nafas kembali diatur menghilangkan sesak.

"Asfa?"

Tidak menunggu, dia menceritakan semua. Bagaimana dia mengecam Dhiya. Bagaimana dia terpasak tidak bergerak di bangku. Bagaimana dia teringat akan kepentingan identiti yang Dr. Junaida terangkan. Dan sekarang, bagaimana dia sedang menggeletar dan Dhiya sedang menangis.

"You both not in rational. Get out of there."

Rengusannya keluar. "Bilanya yang akan rasional?!"

"Asfa. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Tarik, lepas betul-betul lepas lebih lama."

Dia buat. Dia buat for fuck sake! Bodoh!

"Betul nak jumpa Dhiya?"

"Nak!!" Tangisan kecilnya keluar tiba-tiba.

"Tenang. Jumpa Dhiya. Dan jika dia cakap taknak, pergi. Jangan kejar dia."

Tarikan nafasnya terhenti. Tidak menunggu, terus dia matikan talian dan keluar daripada kereta. Dan kembali masuk tatkala topeng muka dia tertinggalkan. Dan dengan nafas dalam juga dengan rasa takut, dia melangkah perlahan-lahan ke arah Dhiya yang masih menangis kuat. Orang tiada di kawasan ini membuatkan Dhiya begitu kelihatan seperti si manusia yang dalam kesakitan teramat.

"Dhiya."

Dhiya menggeleng-geleng tidak hendak. Asfa bongkok sedikit dan menyentuh bahu Dhiya pun sedikit.

"Dhiya. As sini."

Dhiya diam dengan sisa sedu dan dengan pandangan kabur. Asfa diam dengan senyum di sebalik topeng muka membuatkan matanya kian berkerut menampakkan crease di tepian mata. Tangan Dhiya naik. Asfa tidak bergerak dan hanya menunggu di dalam bongkok begitu. Dhiya menyentuh topeng muka dan pelipis Asfa dengan pergerakan yang... bagaikan dia akan terkena percik api jika benar ini semua realiti. Asfa tidak pernah berkalih daripada mata bulat Dhiya yang semakin bulat akibat terkejut.

Pang!

Dhiya terus berlari. Asfa tidak menunggu terus mengejar. Sudah serupa dua manusia menyertai riadah jogging. Cumanya Dhiya lebih kepada si budak kecik yang baru pertama kali boleh berlari. Manakala Asfa pula lebih kepada atlet marathon yang memang mahu mengalahkan masa. Maka semestinya Asfa menang dahulu. Tidak menunggu dia merentap lengan Dhiya. Dhiya juga tidak menunggu, lagi pula sekarang ini dia memang seorang perempuan yang cerdik tidak lagi bodoh seperti dahulu, segera lah dia menjerit meminta tolong. Menyebabkan dua orang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berlari jogging dan bersenam di berhampiran, segera mampir kepada Dhiya yang masih bergelut di dalam cengkaman Asfa.

"Hei bro. Tenang ah."

Seorang lelaki terus menolak Asfa ke belakang. Seorang perempuan pula terus menarik Dhiya ke belakang badannya. Dua lelaki sudah di sisi Asfa. Asfa tidak goyah langsung. Dia hanya terus menolak kedua lelaki itu daripada terus menyentuh bahunya dengan mata tidak berkalih daripada Dhiya. Dhiya diam dengan mata garang dan dada yang turun naik menyinga. Dua lelaki itu memandang Asfa dan Dhiya silih berganti. Perempuan itu sudah berpusing badannya untuk melihat Dhiya sebelum pandangannya turut berkalih kepada Asfa. Bersilih ganti. Ketiga-tiga mereka diam kerana Asfa dan Dhiya turut diam hanya bertentang pandang.

Lama begitu.

"Okay ke? Berambus lah dah awak dah selamat. Tunggu laki tu lagi buat apa?" Perempuan itu berbunyi dahulu kepada Dhiya.

Dhiya tersedar. Dia pandang perempuan itu yang tinggi daripada dia. Akan tetapi masih lagi, pandangannya tetap kembali kepada Asfa. Adakah dia rindu akan Asfa? Adakah dia mahu akan Asfa? Adakah dia berharap akan Asfa? Babi. "Okay. Thank you."

Perempuan itu memandang belakang Dhiya yang berlalu. Dia pandang kedua jemari kecil perempuan itu saling mencengkam lengan sendiri. Kemudian matanya memandang Asfa pula. Diam dia memandang Asfa yang mengesat kedua tubir mata. Kedua lelaki yang mampir tadi memegang kedua bahu Asfa pula sudah sama-sama beralih pergi. Dia pandang Dhiya yang sudah ke hujung sana. Dan Asfa yang sudah ke hujung sana. Dia mengambil keputusan untuk berlari ke arah Dhiya. "Cik!"

Dhiya terhenti. Dia memandang perempuan itu yang agak tunduk mencari wajahnya. Tidak mahu kenampakan kecil sangat, jadi dia angkat dagu bertanya tanpa kisah akan air mata yang masih membasahkan topeng muka.

Perempuan itu meletakkan tapak tangan di dada dan tunduk sedikit. "Saya Indra." Matanya kecil tersenyum di sebalik topeng muka.

Dhiya tahu itu norma baharu di waktu pandemik ini untuk sesi greeting. Jadi dia turut membalas sebelum memandang lain.

"Saya taktahu apa yang jadi dan saya tak hendak masuk campur. Tapi... cik jangan selalu ingat cik betul, ya?"

Lipat maut kepala Dhiya terus pusing memandang perempuan tinggi itu. Sebelum sempat dia bersuara membalas cakap perempuan yang tidak bertudung itu dan di dalam persalinan sweatshirt itu dan daripada slang yang perempuan itu gunakan, sepertinya perempuan itu bukan Melayu, perempuan itu sudah pergi dahulu memberi lambaian tangan kepadanya.

"Gila."

Tetapi Dhiya diam di situ dengan mata memandang tanah dan dengan kedua jemari masih mencengkam lengan.

"...cik jangan selalu ingat cik betul, ya?"

Ayat itu terus berada di dalam kepalanya sehingga lah ke malam.

❦❦


"Lepas tu, kau buat apa?"

Dhiya meneguk air dan menjawab selamba. "Aku jerit la. Nasib baik ada dua laki dengan sorang perempuan tu tolong. Patu boleh pulak perempuan tu kasi nasihat. 'Cik jangan selalu ingat cik betul, ya?' Eh ada nak kena lempang tapi dia blah dulu." Geram dia mengunyah cheezy wedges dengan jemari kiri mengetuk-ngetuk buku melepaskan geram.

Zahrin ketawa kuat sehingga terdongak kepala. Jelingan Dhiya langsung dia tidak kisah. Lama begitu, baru lah dia meneguk air menghilangkan perit dan kering tekak sebelum berbunyi lagi. Wise and sage mode. "Tapi serius. Lepas bertahun-tahun jumpa balik. First time kita lepak sama umur 33. Sekarang dah 37 dah memasing. Dari 'I-you' proper itu ini, sekarang dah 'kau-aku' dah. Dan sepanjang tu, siyes Dhiya aku taktipu. Kau banyak citer pasal exes kau dekat aku. Tak first, second. Tak second, first."

Dhiya ternganga. "Eh aku sodok sudu plastik ni kang ha!"

Zahrin ketawa kecil saja. "Tak. Kau dah move on betul ke tak sebenarnya? As in kau dah terima betul-betul ke belum?"

Dhiya menghela nafas dan dengan malas dia menyedut Heaven and Earth sambil menongkat pipi. Matanya memandang segala jenis manusia yang lalu lalang di luar premis KFC. "Aku tak move on. Jujur aku cakap. Aku tak move on."

Zahrin berbunyi lelah sama.

Dhiya menambah laju tatkala terdengar bunyi lelah mengejek begitu daripada Zahrin. Dengan mata tajam dia menjeling Zahrin. "Tapi aku dah terima. Cuma aku tak move on."

"Apa beza tu? Cuba kau cakap."

Dia herotkan bibir dengan nada perlian Zahrin dan mengkhabarkan saja. "Aku tak move on tu sebab aku trauma."

"Sayang."

Terus kembang hidungnya diselangi perbuatan belahak dengan nada yang digunakan Zahrin.

Zahrin tak endah dan berbunyi sahaja. "Move on dengan trauma tak sama. Move on tu kau redha. Move on tu kau stop bunyikan 'kenapa, kenapa, kenapa semua ni jadi dekat aku'. Kau tak move on sebab tu kau trauma. Tak move on membawa kepada trauma. Dan part kau terima tu pulak, kau tak terima lelangsung. Sebab tu jugak kau trauma. Kau tak lari. Ye, ye." Segera dia membetulkan tatkala sepasang mata Dhiya kembali naik jeling. "Kau tak boleh lari sebab kau dah trauma. Kau dah dalam loop. Aku faham aku faham."

Fries di dalam mulut terus merasa tawar jadi Dhiya ludahkan saja ke dalam tisu. Sebelum dia meneguk air. Kemudian, dia pandang Zahrin. "Kau rasa sampai bila aku macam ni?"

Zahrin senyum tawar. "Aku taktahu, Dhiya. Cumanya kau happy. Jangan simpan la. Nak cerita dekat aku, aku ada. Nak cerita dekat therapist kau pun ada. Maybe kau tak suka apa aku cakap. Tapi kau still in control even dalam trauma, kau syukur lah. Bersyukur. InsyaAllah, nanti kau okay sentiasa. Dhiya kan kuat. Kaaaan."

Dhiya mencebir bibir dan berbisik saja. "Bodoh."

Zahrin menggigit ayam goreng sambil bertanya. "Ex kedua kau apa citer?"

Dhiya ketawa tiba-tiba sebelum menceritakan perihal mesej yang diterima daripada Aslah siang tadi. Zahrin terus ketawa sama dengan kepala yang tergeleng-geleng.

"Dia pun tak kahwin ke?"

Dhiya menggelengkan kepala dengan fokusnya kepada ayam goreng di pinggan. Dengan mulut penuh juga dia bercerita kepada Zahrin. "Kitorang friends kan dekat Facebook. Aku jarang main socmed dah tapi kekadang aku tanya-tanya so aku gi je profile dia. Dia masih macam dulu juga. Samaaaaa je."

Kening Zahrin berkerut. "Maksud?"

Dhiya meneguk air dan bercerita beria. "Masa aku kenal dia, aku selalu jugak usha profile dia. FB dengan IG. Sama je lah post dia before dia kenal aku dan after dia kenal aku, malah lepas kitorang tadek apa-apa ni, content dia share semua sama je. Cuma masa dia depresi teruk dulu la ada satu post yg tunjuk dia trigger suicide. Dia tak delete pun post tu. And lepas kitorang dah tadek apa-apa, aku jenguk profile dia... seems OK. Sampai sekarang. Years. Dia still Aslah before aku kenal dan sama je prestasi tu after aku dah tak rapat borak segala dengan dia."

Zahrin muka blur. "Tak faham."

Dhiya memecap mulut menyampah dengan kebodohan Zahrin. "Maknanya, aku hilang, effect dia tadek la besar sangat. Dia function je macam biasa. Alah macam watak dia tu lah. Share video kucing sebab nak happy. Pasal politik. Pasal camping. Pasal event apa tah. Ada juga life quotes, sama macam dulu lah before kenal, masa kenal. So dia okay je lah. Tadek benda risau pun la. Dia mesej aku kekadang, aku layan jap patu bye. Pastu, ada dia ajak jumpa sebab dia turun Cyberjaya tapi aku selalu tolak. Malas. Sebab dia jenis sensitif sikit. Kalau dia boleh aku kawan dengan dia macam aku kawan dengan kau, huha huha semua tak caring sangat, aku onz. Tapi dia bukan jenis gitu. Kang aku setuju kawan dengan dia, dia treat aku balik macam dulu. Susah untuk aku dan semestinya susah untuk dia, so... better aku tolak la semua. Biar lah selfish pun. Dia hidup baik je, okay lah. Kan?" Segera dia kesat lelehan air liur di bibir kerana sepanjang bercerita, mulutnya mengunyah ayam goreng.

Zahrin mengangguk-angguk faham. Matanya diam memandang dinding dengan mulut bergerak mengunyah. "Tapi kan, Dhiya."

"Hm?"

Dia pandang Dhiya yang memandang luar. "Kisah korang tiga orang... macam sedih lah."

Terus Dhiya pandang Zahrin. "Apa yang sedih?"

Zahrin mengeluh dan meletakkan ayam goreng kembali ke pinggan. Dia memandang Dhiya yang begitu fokus akan hidangan di hadapan mata. "Aku ada jugak member yang putus cinta. Member sama member, bercinta. Circle aku. Lepas frust, lama lah. Setahun frust. Tapi lepas tu elok dah bercinta dengan yang lain. Even still takboleh lepak sama, tapi masing-masing dah jumpa la partner. Korang pulak tiga orang, dah empat tahun, limat tahun... sama je. Macam... sedih la."

Dhiya senyum kecil saja dengan mulut senget. "Tak kisah mana-mana janji kitorang happy."

"Kau happy ke?"

Bibirnya senyum tawar pula. Matanya memandang Zahrin. "In this moment, at this minute, aku lepak dengan aku, aku happy. Kau kawan yang baik. Lepas tu balik rumah aku nangis, masa tidur... sedih la dah menangis, kan? Tapi later on aku happy balik sebab ada Joro. So..." Bibirnya herot cuba mencari ayat tetapi tidak kejumpaan jadi dia angkat kedua bahunya saja. "Macam tu lah. Life goes on."

Zahrin senyum kepada Dhiya. Dhiya senyum kepada Zahrin.

"Kau la member perempuan aku yang paling kuat."

Dhiya mencebik jijik. "Citpodah."

Kedua-duanya diam mengunyah ayam goreng.

"Tapi pasal Aslah tu. Aku macam... taktahu la. Sebab aku expect dia akan kahwin dengan perempuan tu. Memang la aku tak jumpa perempuan tu lagi. Tapi... taktahu kenapa tak jadi kahwin. Dia cakap perempuan tu tipu dia." Dhiya mengeluh dengan kepala tunduk.

Zahrin menggelengkan kepala. "Dah. Weekend ni aku balik Kuantan. Ada projek sana tiga hari jugak. Kau nak tumpang tak balik jumpa family?"

Hampir Dhiya menangis.

Zahrin memang kadangkala menjadi pemandu tidak bergajinya sekarang ini. Sepanjang dia di Cyberjaya, dia bergantung kepada perkhidmatan teksi moden dan kenderaan awam. Hanya apabila hari cuti di mana dia memberi dirinya sendiri ganjaran (self-reward), baru lah dia menyewa kereta untuk pergi ke situ dan ke sini mencari makanan viral. Dan bila mana Zahrin ada masa lapang, lelaki itu memang terus membantunya membawa dia ke mana sahaja. Dia memang memberi duit minyak lah. Kadang-kadang dia membelanja Zahrin makan. Tetapi sungguh, kebaikan Zahrin pada dia tidak terbalas.

Sungguh dia bersyukur.

Ya, kena sentiasa belajar bersyukur. Lebihkan bersyukur, maka lebihkan positivity di dalam diri. Maka kuranglah negativity, seterusnya maka kuranglah trauma. Hanya dia yang boleh membangkitkan diri. Bukan sesiapa. Segala turun naik diri dia, bukan tanggungjawab orang lain. Tanggungjawab dia seorang. Tuhan sudah memberinya hidup. Jadi segala benda yang baik malah yang tidak baik, dia perlu menuding jari ke dirinya sendiri.

Sedar diri. Sayangi diri. Jaga diri.

Itu lah independent.

Dengan raut sememeh sungguh mahu menangis, dia menjawab kuat. "Weh serius nak peluk kau serius nak tumpang! Kau baik gila!"

Zahrin ketawa lucu. "Dalam kereta onz. Peluk aku. Aku dodoi buntut kau. Buntut ayam, kan?"

Dhiya ketawa terus. "Babi."

❦❦



watak Indra tu adalah heroin untuk next story saya hehehehhe. jangan risau. AsfaDhiya takkan buat kemunculan dalam tu. memang stand alone story about Indra dan ehem ehem.

kecewa kan sbb kurang AsfaDhiya. well, kids, that is life. ahahhahahhahahahha

Keringnya Sekeping Hati 2 ni, saya nak tunjuk how AsfaDhiya punya definisi on normal and sebab tu dorang kahwin. tunggu haaa

VOTE! 😠 k asyeh 🥰


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro