Tipu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PLEASE FOLLOW ME ON WATTPAD& INSTAGRAM(KHAS UNTUK WATTPAD)
@SWEETIECUPCAKEE

VOTE PLZZZZZZZZZ 🙇🏻‍♀️❤️
SORRY LEWAT..LEPAS NI,AUTHOR DAH TAK BOLEH UPDATE TIAP2 HARI💔
SORRY KALAU HAMBAR💕
VOTE PLZ🌸TQ💐

"Dah jom tidur"katanya setelah ketawa melihat mukaku yang cemas.
Why do i feel like i want him to do something to me?Apa yang aku fikirkan ni?Ugh..

"Daniel..aku taknak bantal tengah"
kataku dengan tiba2.Srs aku tak percaya ayat tu keluar dari mulut aku sendiri.Dia giat tersenyum.
"Aku tahu"balasnya lalu menutup lampu.Lampu tidur dipasang dengan malap.

"Kau tengah cari apa,Daniel?" soalku setelah terpandang dia yang tak tidur lagi.Tangannya merayap di setiap sudut katil.Kalau naik dekat aku,memang makan penampar dah.Tak reti duduk diam2.

"Aiyraa..bantal peluk aku hilang"
dia merungut.Aku melihatnya dengan pelik walaupun dalam keadaan samar2 namun senyumannya begitu jelas.

"Manalah kau tahu,kalau kau nak sangat pergi ambil bantal lain dekat bilik aku"jawabku lalu memejam mata,ingin tidur.

"Kau kan ada?"
"Taknak"
"Aku nak"
"Taknak"
"Peluk je..macam tak biasa"
"Gatal lah kau ni"
"Husband kau jugak kan?"
"Jauh2"

Dia menarik aku masuk ke dalam pelukannya.Aduh Daniel..jangan buat jantung aku tak cukup darah nak pam.

"Baru peluk,dah blushing"tegurnya.
"Mana ada!"marahku tersenyum malu.
"Even aku tak nampak dalam gelap tapi reaksi kau,aku tahu"katanya lalu mengeratkan lagi pelukan.

-SKIP-

BEBERAPA MINGGU BERLALU

"Bad mood je kawan aku ni"tegur Mira lalu duduk di sebelah aku.Aku mengeluh panjang.Aku tak tahu..
"Sejak dua menjak ni diorang rapat kan?"tegur Hani yang duduk di sebelah Mira.Mata aku pejam rapat.
Perasaan apakah ini?

"Mesra betul.Aku tak pastu siapa yang kenalkan Fariz dekat Mia"kata Ayna lalu memandang anak mata aku.
Dia tahu apa yang aku rasa...
Aku rasa risau..

"Isya pun tak habis2 kejar Fariz"
sambung Hani.Banyaknya masalah.
"Daniel tak layan Isya tu tapi dia layan Mia"ujarku perlahan.

"Geng ranting tu memang nak kenalah.Merampas buah hati kita"
kata Mira tak berpuas hati.
"Korang takpelah,Haikal dengan Syamil tak melayan"kataku lagi.
"Ryan dengan Fariz tu"sambung Ayna.

Daniel pun layan aku gitu2 je sekarang ni macam mana aku tak risau.Tapi apa yang aku risaukan?
Dia banyak menghabiskan masa dengan Mia,balik je sekolah keluar pergi mall.Aku nak tegur pun aku takde hak.

"Satu sekolah gossip pasal Mia dengan Fariz couple"ujar Ariana yang baru saja duduk di hadapanku.
Guru matapelajaran sejarah tak hadir itu yang kitorang bebas semacam je ni.

Aku hanya meneruskan dengan lukisan aku.Malas nak layan diorang yang sedang bergossip tu.
Hanya menyakitkan hati.Tanganku lincah bergerak melakar wajah seseorang.Aku tak tahu siapa tetapi hanya mengikut hati.Bosan
Aku benci Fariz Daniel...

Bukankah aku dah bagitahu dia yang aku tak suka tengok dia rapat dengan perempuan lain..Kenapa dia tak faham?mmm kita tak boleh paksa perasaan orang....

Aku menoleh sekilas ke belakang.
Adrian pun sibuk melukis.Hobi kami berdua sama..dan disebabkan itu jugaklah aku kenal dia....

Perlahan2 aku melakar mata,hidung dan mulutnya.Otak aku kosong tetapi tangan aku laju bergerak..
Aku keliru...

"Cantiknya weih!"puji Ariana lalu menarik buku lukisan aku.Nasib takde sakit jantung.Aduh..aku mengurut dada perlahan2.

"Muka siapa ni?"soal Hani sambil mengerut dahi.Maka berkumpul lah murid2 yang lain untuk melihatnya.
Dah macam ada jualan barang pula.
Daniel melihat ke arahku dengan tiba2.Kenapa?Aku lukis apa?Baru aku tersedar....

"Okay..tu bukan Fariz Daniel .." kataku perlahan2.Ak mengetap bibir.Apa yang ada di dalam otak aku ni?Hampir saja aku menangis...

"Ni Adrian!"laung seorang pelajar perempuan yang bernama Engku Arfina.Aku menampar pipi perlahan.
Adrian?Macam mana boleh jadi muka Adrian?

Aku menoleh ke arah Adrian.Dia tersenyum sambil menayangkan lukisannya kepada satu kelas.
Makin kuat bersorak semua murid.

Aku tersenyum kelat.Itu lukisan
eiffel tower.Di bawah eiffel tower,terdapat sepasang pasangan kekasih sedang berdiri.Jika aku perhati,gadis itu berambut panjang dan memakai dress dan bertopi dengan cantik.Aku mengeluh sepi.Itu aku.Itu kenangan kami berdua sewaktu pergi eiffel tower bersama.

"Cantik"puji rakan2 sekelas.Buku lukisan aku diletakkan di sebelah buku lukisan Adrian.Aku resah...
Bila Cikgu Syahirah nak masuk kelas ni?

"Lukisan korang memang cantik. Kemas pula tu.Boleh jadi pelukis terkenal!"rakan2 sekelas aku memuji.Aku hanya tersenyum kelat.Walaupun aku ada bakat dalam melukis tetapi aku menyesal.
"Adrian..you ada lukisan lain tak?"Aliah menyoal.Adrian mengangguk.

"Boleh je kalau nak tengok2 lukisan sebelum ni"kata Adrian tersenyum.Aku melihat wajah mereka semua tersenyum dan kagum dengan lukisan lelaki itu.Ya,aku pun kagum dengan lukisannya.Dia memang berbakat dalam pelbagai jenis lukisan.

Aku melihat Daniel yang memandang aku.Semua orang berkumpul melihat lukisan Adrian dan aku,namun dia langsung tak bergerak dari tempat duduknya.Wajahnya...marah..

Muka surat seterusnya diselak oleh Ariana.Mereka tergamam sejenak melihat lukisan seterusnya.
Pada mulanya memang aku taknak layan,tapi mereka memandang aku selepas itu.Lukisan aku dan Adrian diangkat ke atas.Mereka merenung.

Aku menekup muka di meja dan pekak kan telinga.
"Sama?"
"Sama kan?"
"Betul lah!"
"Sama dengan Aiyra punya"

Mereka berkata dengan nada terkejut.Arh..kenapa Adrian masih simpan lukisan tu..Lukisan yang aku lukis untuknya.

"Wow"mereka memandang aku dengan senyuman.Senyuman apakah ini?
Hani menunjuk lukisan di buku Adrian.Terdapat tanda tangan,nama dan lukisan bentuk love berserta tarikh yang ditulis oleh aku.

Itu lukisan terakhir sebelum kitorang berpisah.Hati aku menjadi sakit dengan tiba2.Bukan sebab aku marah atau apa tapi rasa terluka. Aku tak marah tapi sakit..

"Semua..tolong duduk dekat tempat masing2"Daniel tiba2 bersuara.
Semua murid pulang ke tempat masing2.Hani memandang aku.
"Aiyra...aku rasa.."kata2 nya dipotong olehku.

"Hani..teman aku pergi toilet kejap"ajakku sambil menunduk.
Air mata..tolong..sabar kejap..

-SKIP-

"Jadi dia ex boyfriend kau?"Hani menyoal setelah memberikan aku tisu.Aku membasuh muka di sinki dengan sepuas2nya.Stress

Kami berdua keluar dari tandas.
Terasa berat untuk melangkah balik kelas semula.Apa yang aku perlu jawab pasal lukisan tu?

Aku mengangguk.
"Ouch!"terkejut aku apabila Hani mencubit pipi aku.
"Sakit.."rintihku perlahan.

"Tahu pun sakit.Aiyra,kenapa tak bagitahu akuuuu"katanya dengan nada geram.Aku tersenyum kelat.
"Sorry"balasku.

"Ish..kesian kau"dia memeluk aku.
"Kenapa tak bagitahu aku?Kenapa pendam sendiri?"Hani menyoal setelah pelukan dileraikan.
"Aku taknak kau benci Adrian. Cukuplah aku yang benci dia sebab dia buat salah dekat aku je"aku menjawab.

"Haish kau ni..patutlah aku tengok Adrian tu nak rapat dengan kau semacam.Aku ingatkan dia suka dekat kau.Aku ingatkan dia simpan perasaan dekat kau.Rupanya dia ex boyfriend kau"kata Hani lalu meneruskan jalan bersama aku.

"Jangan beritahu diorang eh?"pinta ku dengan reaksi sedih.
"Sekali lagi?"soal Hani.
Aku mengangguk.

"Aiyra,aku nak tanya sesuatu ni"
Aku mengangguk.Pelik.Kalau tak dia pakai tanya je.

"Kau sayang Adrian lagi ke?"
"Kau rasa kau boleh sayang lagi tak orang yang buat kau macam tu?"soalku meminta pendapatnya.
Hani mengeleng.

"Aku nak explain apa dekat Daniel ni?"soal aku.Hani tersenyum lembut.

"Kau bagitahu dia yang dulu Adrian tu kawan baik kau"cadang Hani.
Ternganga aku dibuatnya.Takkan..
Alice?Aku kena bagitahu Alice dulu sebelum tipu Daniel.

"Thanks Hani sebab bagi aku cadangan"kataku sambil tersenyum kelat.Sekarang memanglah selamat tapi nanti?

-SKIP-

"ne t'inquiète pas"dia berkata.
(don't worry)Aku melihat mukanya.
Dia tersenyum ikhlas.

"saya beritahu mereka yang dulu kita kelab lukisan sekali.Itu yang lukisan awak ada dekat saya.Kita tukar2 lukisan"kata Adrian.Aku mengukirkan senyuman manis.Entah mengapa,kerisauan di hati aku terus hilang.

"Jadi diorang tak salah faham pasal kita?"Aku menyoal,dia membalas dengan mengangguk.

"Thanks,Adrian"
"Aiyra..awak ada nak jaga hati sesiapa ke?"dia menyoal.Jaga hati seseorang?Aku mengeleng laju.
"Baguslah.Jom..saya hantar awak balik"ajak Adrian.Aku mengangguk.

Nak tahu tak kenapa?Sebab sejak dua menjak ni Daniel selalu balik dengan ketua ranting tu..jadi aku balik naik teksi.Pergi sekolah?Dengan Hani.Menyedihkan apabila dipinggirkan oleh cik suami.Entah apa salah aku pun aku tak tahu..

END AIYRA POV❤️

FARIZ DANIEL POV💕

Aku melihat Aiyra keluar dari kereta seseorang.Tu bukannya kereta Hani.Aku merenungnya dari atas di beranda tingkat tiga.
Lambat dia balik hari ni.Mesti lepak dekat mana2 dulu.Aku mengeluh.Aiyra tipu aku ke?

Lukisan yang ada dekat bilik dia tu bukan dia yang lukis..kenapa dia perlu tipu aku?Apa hubungan dia dengan Adrian?Kawan?Aku percaya dia tapi aku risau...
Kawan?Mungkin kawan rapat?

~FLASHBACK~

"Alice..you nak bawa ke mana lukisan tu?"Aku menyoal kawan baik Aiyra setelah melihat dia berjalan keluar dari bilik Aiyra dengan membawa lukisan wajah Aiyra itu.
"I taknak benda ni ada dalam bilik Aiyra lagi.I nak buang"kata Alice.

"Kenapa?Aiyra tak marah ke?"soalku dengan pelbagai tanda tanya.Kenapa nak buang?

"Lukisan ni Adrian yang lukis jadi i rasa Aiyra memang takkan marah"kata2 Alice membuatkan aku terkejut.Adrian yang lukis?
"Tak payah buang"kataku kepadanya.
Dia mengerut dahi.

"Alice,you tolong bakar lukisan tu"pintaku.Alice mengangguk laju seolah2 setuju dengan permintaan aku.

-END FLASHBACK-

Aku tak tahu dah berapa minggu aku tak tegur dia.Aku tak makan masakan dia dan aku berdiam diri.
Kenapa dengan aku ni?

END FARIZ DANIEL POV

AIYRA POV

Bersusah payah aku merayu pada Adrian supaya tidak membuka pintu untuk aku.Kalau Daniel nampak,aku tak pasti jadi apa..Aku takut.. seolah2 aku ada buat salah dekat dia.

"Alice..."panggilku perlahan.
Alice menoleh ke arah aku.
"Asal kau ni?Sedih je aku tengok"
katanya lalu duduk di tengah2 katil aku.Dia duduk berhadapan dengan aku.

"Pasal Fariz ke?Dia tak cakap dengan kau lagi ke?"dia menyoal maka aku mengangguk.
"Aku ada buat salah apa2 ke?" soalku perlahan.Cuba mengingati semula..memang takde.

"Entah2 pasal date dengan Adrian tu?"soal Alice sambil menatap aku tanpa berkelip.Ish2..Aku mengeleng

"Agak2 kau sebab apa eh?"soalku lagi.Alice mengangkat kedua2 belah bahunya tanda tidak tahu.
"Btw kau ada nampak lukisan Adrian tu tak?Aku cari tak jumpalah"mata ku meliar mencari setiap sudut di bilik tidurku,takde.
"Aku dah bakar"jawab Alice dengan selamber.Ternganga aku dibuatnya.
Dah bakar?

"Woi!Jangan main2 lah"kataku sambil mengoncang tubuhnya pula.
Kau bakar,Alice?!
"Aku tak main2.Aku bakar betul"
Aku tergamam dengan kata2nya.

Aku menunduk memandang bantal.
Dah takde?Lukisan..tu..
Perasaan apakah ini...
Bukan aku benci Adrian ke?

"Aiyra..kau tak marahkan?"
Aku mengeleng....
"Aiyra...sorry"
"Takpe.."
"Aku nak kau lupakan Adrian"
"Tapi aku sayang lukisan tu.."kata ku tanpa sedar.Sayang?

"Hmm..nanti aku minta Adrian lukiskan balik eh?Mula2 aku nak buang je tapi Fariz suruh aku bakar"ujar Alice.Fariz?Suruh bakar?

"Kau ada cakap benda bukan2 ke?"
soalku sambil melihat wajah Alice.Dia cantik,memang cantik.
"Aku cakap aku nak buang jelah"
"Lagi?"

"Dia ada tanya sama ada kau marah ke tak kalau aku buang"
"And kau jawab?"

"Kau takkan marah sebab ni Adrian yang lukis.Kan kau benci Adrian,so aku ingatkan kau tak kisah"
Aku menampar pipiku perlahan.

Patutlah....

-SKIP-

Beberapa hari berlalu.

Aku berdiri di hadapan pintu utama rumah agam itu.Aku tekad menunggu kepulangannya.Semakin lama semakin rapat seolah2 mereka sedang bercinta.Ughh..

Dia masuk ke dalam rumah tanpa suara.Sunyi.Aku berdiri tegak dihadapannya.Dia mengerut dahi namun tak berkata apa2.Dia ingin berjalan melintasi aku,aku segera menghalang.Perhitungan mesti dilaksanakan.

Dia ke kiri,aku ke kiri
Dia ke kanan,aku ke kanan
Dia merenung,aku membalas
Aku memeluk tubuh sambil menayang muka tak puas hati.Dah nak masuk sebulan dia tak cakap dengan aku.
Perkara ni tak boleh dibiarkan lagi.Aku tak suka!

"Kau nak apa ni,Aiyra?"dia menyoal setelah mengalah dengan aku.
"Ingatkan husband aku ni dah jadi bisu"perliku dengan jelingan.
"Kau nak apa?"soalnya dengan malas

"Aku nak kau jauh dari Mia."ujarku dengan serious.Tak main2 ni.
"I see..you're jealous then?"soal si dia sambil tersenyum.Senyuman tu..dah lama aku tak nampak...

"Aku tak jealous"balasku.Posisiku masih sama seperti tadi,memeluk tubuh.Dia merenungku dengan senyuman.Kenapa tiba2 senyum ni?
Aku tak main2 lah!

"Nak mengaku ke tak yang kau sebenarnya jealous?"soalnya lalu menarik tangan aku yang kemas sedang memeluk tubuh itu.Tubuhku ditolak rapat ke dinding.

"Sakit.."rintihku.
"Sorry..ni nak mengaku ke tak?"dia menyoalku dengan soalan yang sama.
Aku mengangguk perlahan.Erkk betul ke aku jealous...

Dia tersenyum sinis.Sebelah tanganku dilepasnya,masih dagu aku ditolak mendongak supaya memandang mukanya.Panahan anak matanya seakan2 menikam jantungku..

"If i want you,never worry about who wants me,okay?"katanya lalu mendekatkan wajahnya dengan aku.
Aku tergamam sejenak.Kali ni pipi ke dahi?Aku tertanya2.Aku memejam mata rapat...

Aku merasa benda lembut mendarat dibibirku.Aku membuka mata... kerana pelik..Lain macam je..
Terpapar wajahnya yang sedang..
Dia kiss bibir aku?!Aku tergamam..
Aku tidak menolak mahupun membalas

My first kiss..

Sorry kalau hambar💔🤦🏻‍♀️
Author dalam keadaan badmood🙇🏻‍♀️
Idea pun kering🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️
Vote plssssss❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro