21 | NEW MEMBER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

======================

"Maafkan Aku, sahabatku..."

======================

Halilintar manggaru kepalanya yang tidak gatal apabila melihat meja di ruang lepak mereka.

Penuh dengan makanan dan minuman!

"Err... Kenapa ni?" Soal Halilintar.

Blaze, Thorn dan Taufan tersenyum lebar sebelum mereka mengambil sebuah bekas yang berdekatan dan menaburkan bunga ke atas kepala Halilintar.

"Woohoo!!! Jadilah kau seperti bunga!!" Jerit Blaze. Kini, bukan sekadar tabur yang dia buat, dia boleh pula selitkan bunga bunga tersebut di telinga Halilintar.

"Awww... Cantiknya anak mama ni! Nak pergi mana dengan bunga semua ni? Dating? Ha, cakap dengan rotan mama sekarang!" Ujar Taufan dengan gaya gayanya sekali.

Halilintar memandang wajah Blaze dan Taufan dengan pandangan menyampah. Salah ke kalau dia humban mereka berdua ke tong sampah sekarang?

Sedang asyik Blaze dan Taufan mengenakan Halilintar, lain pula dengan Thorn. Alah alah, tahulah para readers dah lupa tentang dia.

Takpe takpe, kenakan Hali dah tak best. Kita buat benda lain pula.

Perlahan lahan dia mendekati Solar dan Ice yang sedang memerhatikan Halilintar, Taufan dan Blaze dengan wajah pelik.

Klak! Psst....

Korang tahu bunyi apakah itu?

"Eh, kenapa dia berbuih banyak macam ni?!" Teriak Thorn apabila terdapat banyak buih yang keluar apabila dia membuka botol air bikarbonat itu. Tanpa sengaja, dia mencurahkan air tersebut ke atas kepala Solar dan Ice.

"WARGHH!! HUJAN!!"

"APA NI?!"

Taufan dan Blaze yang sibuk mengenakan Halilintar menoleh serentak ke arah punca suara tersebut sebelum mereka berdua melepaskan tawa.

"HAHAHAH, HANTU AIR BIKARBONAT!!"

Thorn yang pada mulanya terkejut, turut tergelak sama.

"Weh, ice. Best tak mandi air coke?" Soal Blaze sambil tersenyum nakal.

"Best lagi kalau kau mandi dengan air sampah. Nak? Aku boleh tolong curahkan," jawab Ice dengan nada penuh sinis. Tisu yang berada di atas meja diambil sebelum muka yang basah silap sehingga kering.

Muka jelah, baju memang dah lencun.

"Pfft- Solar. Habis rambut yang kau penat penat gayakan selama 2 jam. " Taufan Cuba menahan tawa.

Solar memusingkan biji matanya. "Biarlah." Ujarnya dengan muka tidak peduli. Thorn tersengih sambil tangannya menyuakan sebuah cermin muka di depan wajah Solar.

"Woah!! Rambut aku!!" Jerit Solar apabila melihat biasan wajahnya di dalam cermin itu.

Taufan, Blaze dan Thorn kembali tergelak besar melihat keadaan mereka berdua.

"KENAPA TEMPAT NI JADI MACAM NI?!!"

Sepi. Semua manusia di situ menjadi kaku apabila melihat remaja beriris hazel itu telah berdiri di hadapan pintu dengan wajah yang bengis.

"Gempa...."

"TAUFAN, BLAZE DAN THORN! KEMAS SEKARANG!!"

Mendengar arahan Gempa itu, ketiga tiga remaja yang disebut nama itu terus mencapai alat untuk membersihkan kawasan tersebut.

Solar dan Ice menahan gelak melihat mereka begitu. Baik sungguh ya budak budak ni. Anak siapalah ni?

Halilintar menggelengkan kepala melihat keletah mereka bertiga itu. Tak habis habis!

"Kenapa Hali penuh dengan bunga ni?" Soal Gempa apabila melihat badan Halilintar penuh dengan kelopak bunga.

Taufan tersengih. "Err... Kitorang cuma raikan dia je sebab dia jadi ahli baru kita. Eh silap, ahli lama yang baru."

Thorn mengangguk. "Betul betul! Baik tak kitorang?"

Gempa dan Halilintar memandang mereka bertiga dengan pandangan datar.

"Salah ke kalau aku humban mereka ke dalam tong sampah?" Soal Halilintar pada Gempa. Gempa menggelengkan kepala.

"Salah. Salah kalau kau tak ajak aku join."

Taufan dan Thorn yang sibuk bergelak sakan, terdiam apabila mendengar perbualan mereka berdua. Blaze? Blaze jadi budak baik hari ini.

"Alamak... Matilah kita..." Ujar mereka berdua serentak.

|=====KILLER=====|

Blaze menepuk kedua belah tangannya perlahan selepas siap membersihkan ruang lepak mereka.

"Alhamdulillah, aku dah siap! Korang berdua maca- eh, mana korang?" Blaze memandang sekelilingnya apabila kelibat dua budak mental tidak kelihatan.

Gempa tersenyum apabila melihat Blaze seperti tercari cari Taufan dan Thorn. Maaflah Blaze, mereka dah tiada. Huehuehue.

"Eh, Halilintar. Baru aku ingat aku nak buat apa tadi." Halilintar yang baru sahaja selesai membersihkan rambutnya dari kelopak bunga itu memandang Gempa hairan. Buat apa?

"Buku nota yang aku bagi kau haritu mana?" Soal Gempa.

Halilintar mengangguk sebelum dia menyerahkan buku tersebut kepada Gempa. Gempa tersenyum apabila membelek muka surat pertama. Sehelai kertas dikeluarkan dari blazernya dan dilekatkan pada halaman itu.

Dia menulis sesuatu di atas halaman itu sebelum menyerahkan buku tersebut kepada Halilintar kembali.

"Nah."

Nama panggilan : Halilintar

Kelas : 5-3

Warna iris mata : Ruby

-001-

"Apa ni?" Soal Halilintar apabila melihat muka surat tersebut.

Gempa tersenyum nipis.

"Welcome back, my old friend."






Halilintar terkedu.





'tapi aku hanya tinggal 2 minggu di sini.' getus hatinya perlahan.

________

TO BE CONTINUE...
________

Well, chapter ni kita buat happy happy dulu ye?
*Evil laugh*

Btw, kalau Ada yang Tanya tentang Taufan dan Thorn,
Alhamdulillah diorang masih hidup:v

Bye~

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro