26 | MUSUH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

=======================
Jangan disebabkan kesilapan kau seorang sahaja...

Buat hidup yang lain merana...
=======================

Halilintar memekakkan telinganya apabila dua ekor beruk di sebelahnya masih tidak berhenti mengusik dirinya.

Eh, silap. Bukan beruk...

Hanya seorang ibu berjantina lelaki dan sebuah kipas yang mempunyai muka.

Rasanya kalian dah tahu siapa mereka, kan?

"Uuuuuu, tak sangka my baby dah pandai cari teman..." Usik Taufan sambil membuat muka acah acah terharu.

"Macam baru semalam je ibu pungut kamu kat tepi longkang," sambungnya lagi dengan gaya menyeka air mata yang langsung tidak wujud.

Halilintar menjeling geram wajah tak berapa kacak milik Taufan itu.

"Halilintar, jangan lupa jemput aku waktu majlis kahwin kau nanti."

Halilintar menjeling pula ke arah Gempa yang membuat muka serius.

"Ingat, aku nak anak buah cepat cepat."

Halilintar memejamkan matanya. Ya Allah, dia sebenarnya dah mula nak berhenti dari kerja membunuh ni, tapi kenapalah dua makhluk di sebelahnya ini sungguh menguji kesabarannya.

Berapa kali dia nak kata yang dia tidak menyimpan apa apa perasaan pada Yaya?

"Aku balik dulu!" Halilintar yang sudah tidak dapat menahan lagi, terus berlari pergi dari situ. Sebelum ada yang masuk kubur hari ini, baik dia pergi dulu.

"Eh, Hali! Aku baru nak rancang tema majlis kahwin kau!"

"Nama anak kau kita tak fikir lagi woi!"

Halilintar mengetap giginya.

Gila punya kawan.

|=====KILLER=====|

Halilintar menyepak batu batu kecil di atas tanah. Raut wajahnya kosong menandakan dia sedang berfikir.

Bukanlah berfikir sangat pun, lebih kepada termenung. Hahahaha.

Halilintar menghela nafas berat. Tidak dinafikan, sejak akhir akhir ini dia semakin rapat dengan ahli Elementalz. Mungkin dia sudah dapat menerima mereka sebagai sahabat.

Tapi, itu bukan tujuan dia hadir ke sekolah tersebut.

Pak!

Halilintar tersentak apabila bahunya dicengkam secara tiba tiba dari belakang. Tangannya pantas menepis tangan itu lalu pisau yang disoroknya dikeluarkan.

Tindakan refleks orang kata...

"Woah, pisau ek?" Sinis suara tersebut ketika Halilintar mengacukan pisau itu ke lehernya.

Halilintar yang menyedari tindakannya itu terus berhenti mengacukan pisau tersebut. Dia memandang dingin remaja berkaca mata itu.

"Kenapa?" Soal Halilintar.

Remaja itu tersenyum sinis. "Kau tak kenal aku?"

Melihat Halilintar menggeleng, dia tergelak. "Lah... Seriuslah? Nama aku Fang."

Remaja bernama Fang itu menghulurkan tangannya untuk bersalam. Halilintar yang melihatnya, mengerutkan dahi. Kenapa semacam je wajah remaja ni?

"Kenapa kau tegur aku?" Soal Halilintar straight to the point. Huluran salam Fang itu tidak disambut.

Fang tersenyum sinis. Tangannya yang tidak bersambut ditarik semula. "Kau nampak happy kan kat sekolah baru tu?"

Halilintar mengerutkan dahi. Happy? Apa pula kaitannya dengan mamat rambut macam landak ni?

"Aku tak faham."

"Yelah, kau kan dah ada ramai kawan kat situ..." Fang menjedakan ayatnya sebentar.

Halilintar mengangguk. "Jadi, apa kaita..."

"...walaupun tujuan asal kau dihantar ke situ untuk mencari rekrut baharu geng, bukannya untuk berkawan." Dengan lagak bersahaja Fang memotong ayat Halilintar.

Halilintar terkaku. Macam mana remaja ni tahu tentang perkara tu?

Fang tergelak sinis melihat wajah beku Halilintar tadi mula bertukar cuak.

"Kau betul betul tak kenal siapa aku kan?" Gelak tawanya terus terhenti digantikan dengan wajah bengis. Rambut Halilintar direntap kasar sehingga Halilintar terdorong ke tepi.

Halilintar berdecit. Tangan remaja itu digenggam lalu sebuah tumbukan dilayangkan ke wajahnya.

"Argh! Sakitlah gila!!" Fang menjerkah Halilintar apabila pipinya mula membengkak.

Halilintar tersenyum sinis melihat keadaan Fang itu. "Kau fikir kau kuat sangat?"

Fang mengetap giginya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah Halilintar ini tetapi dia ada tujuan kenapa ingin berjumpa Halilintar.

"Tch, aku datang bukan nak gaduh. Aku cuma nak beritahu sesuatu."

Halilintar mengangkat sebelah kening. Ouh, nak beritahu sesuatu rupanya. Kenapa tadi nampak macam nak mati je?

Fang menjeling tajam wajah Halilintar. "Tuan Haz hantar kau ke sekolah tu bukan sebab dia nak kau cari kawan, tetapi cari calon rekrut baharu geng. Sebulan dah hampir habis dan kalau kau tak berjaya buat, jangan tanya kenapa kau dah tak dapat melihat keindahan dunia lagi."

Halilintar membuat muka menyampah. Indahlah sangat dunia yang penuh dengan fitnah ni.

"Kau kena ingat, jangan sebab kau gagal, orang lain yang merana. Aku takkan biarkan hidup kau tenang kalau kau rosakkan plan kumpulan kita." Fang tersenyum sinis sebelum dia terus memalingkan badannya dan melangkah pergi dari situ.

"Macam mana kau tahu semua ni?" Soal Halilintar sambil merenung tajam Fang. Raut wajahnya yang sentiasa dingin bertambah bengis apabila melihat Fang masih mampu tersenyum sinis.

"Tuan Haz takkan biarkan ahlinya bekerja tanpa pengawasan. Lagi lagi kau yang nampak macam boleh khianati gang bila bila masa je ni. Mungkin kau tak perasan yang semua aktiviti kau sepanjang misi ini telah diawasi oleh kami."

Halilintar menelan air liurnya. Jadi... Dia telah diawasi selama ni?

"Ingat, kau tinggal seminggu lebih je lagi. Kalau kau gagal..."

Halilintar mengeluh. Dia tahu apa sambungan ayat tersebut.

"...maut menanti."

|======KILLER=====|

Halilintar bergegas masuk ke rumahnya. Pendrive yang berada di atas meja dicapai lalu dibuka.

Dia perlu cepat! Tiada masa lagi untuk bermain main!

Sebaik sahaja dia melihat biodata dan maklumat kesemua calon rekrut baharu, dia tergamam.

"Tak mungkin..."

___________

TO BE CONTINUE...
___________

Okay, konflik dah dekat!

Muahahaha.

Btw, congrats sape dapat teka dengan betul yang Tu fang! *Lempar konfetti*

Satu nasihat untuk diri sendiri dan korang juga...

Usahlah bertangguh. Ajal dan mati tak pernah menunggumu.
Eh eh? Hahahaha

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro