28 | IDEA?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

====================
Hilang kawan?
Hurm, itu bukan masalah besar bagiku.
====================

Rambut yang masih basah dikuak ke belakang. Pili air yang terbuka itu ditutup sebelum cermin di hadapannya itu dipandang dingin.

Jelas kelihatan bahagian bawah matanya hitam akibat kekurangan tidur. Dia memejamkan mata seketika, cuba untuk membuang perkara yang menyerabutkan mindanya sejak beberapa hari yang lepas.

"Macam mana aku nak buat mereka setuju?" Soalnya pada diri sendiri. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan.

Disebabkan peristiwa dua hari lepas, sudah berapa malam dia berjaga disebabkan asyik memikirkan cara penyelesaian masalahnya ini.

"Kenapa susah sangat mereka nak setuju? Tch." Matanya dibuka semula. Wajahnya yang terbias di permukaan cermin itu dipandang dingin.

"Kenapa susah sangat aku nak paksa mereka? Mana Halilintar yang dulu?"

Apabila dia merasakan kepalanya semakin berputar, dia terus keluar dari bilik air tersebut dan membaringkan diri ke atas katil.

"Mungkin... Aku tahu nak buat apa." Gumamnya perlahan sebelum dia terus melelapkan mata.

|======KILLER=====|

BUK!!

"Aduh! Kepala berhargaku!" Kepalanya yang diketuk itu diusap perlahan manakala matanya pula sudah menjeling tajam jejaka di sebelahnya itu.

Kelihatan jejaka itu dengan selambanya menayangkan muka tidak bersalah.

"Sakit?" Soal jejaka bernama Gempa itu sambil mengusap tangannya yang digunakan untuk mengetuk kepala rakannya itu.

"Tahu tak yang main ketuk kepala anak orang ni tak elok?" Ujar si mangsa yang bernama Taufan. Mulutnya sudah memuncung ke hadapan menayangkan riak tidak puas hati.

"Lah... Kau anak orang ke?"

Zupp!

Taufan mengelap air matanya yang langsung tidak kelihatan. "Sanggup kau... Hiks!"

Gempa dan Ice yang melihatnya membuat muka menyampah.

"Memang aku sanggup. SIAPA SURUH KAU MAIN MAINKAN KITA ORANG?" Mata beriris hazelnya dijegilkan sedikit apabila berkata begitu.

"Entah, sia sia je aku datang sini tahu tak?" Kini giliran Ice pula yang merungut geram.

Taufan tersenyum senget mendengar kata kata dua orang rakannya itu. Ya, dia tahu dia salah.

"Ala... Sorry sorry..."

"SORRY KEPALA KUCING KAU! KALAU TAKDE IDEA TAK PAYAHLAH SIBUK NAK BERLAKON MACAM KAU ADA!!"

Taufan menutup telinganya apabila Solar menjerkah dirinya. Ouch, bingit beb! Rasanya telinga dia masih berfungsi tak?

Apabila dia menoleh ke arah Solar yang sudah merenungnya macam harimau hilang bini, dia tersengih.

"Sorry bro, aku ingatkan kauorang takkan percaya kata kata aku." Kata Taufan dengan gaya peace di akhir ayat.

Gempa mengeluh. Serius, buang masa je dia aturkan perjumpaan kali ni. Haritu bukan main teruja Taufan nak katakan cadangannya sampai meminta dirinya membuat perjumpaan khas.

Tapi sekarang...

Ya Allah, kalau bunuh orang tu halal, dah lama dia bunuh kawan dia yang seorang ni.

"Mana Blaze?" Soalan Thorn itu menarik perhatian semua orang.

Gempa melihat sekeliling tempat itu, baru dia perasan. Tiada pun kelibat budak terlebih hyper itu dari tadi.

"Kau rasa dia nak datang ke perjumpaan macam ni?" Ice mengeluh.

"Ouh... Ya tak ya juga... Takkan dia nak datang ke perjumpaan untuk rancang tentang Hali kan?" Thorn mengangguk mengiyakan kenyataan itu.

"Btw, kalau tiada apa apa dah nak dibincangkan di perjumpaan ni, aku balik dululah."  Ice terus bangun dari kerusinya. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut pada Taufan yang masih membuat muka tidak bersalah.

Taufan tersenyum janggal. Alahai, kenapalah dia buat prank macam tu? Rasa macam semua tengah marah dialah...

Tapi dia tahu, mesti para readers yang baik lagikan bijaksana tak marah pada dia kan? Ceh.

"Kirim salam aku pada Blaze."

Ice mengangguk kecil mendengar permintaan Gempa itu. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari tempat itu.

Solar mengeluh perlahan. Thorn yang berada di sebelahnya dipandang.

"Aku nampak kau tenang je, kau tak terkesan ke dengan pemergian Hali?" Solar mengangkat sebelah keningnya. Memang dia perasan yang Thorn hanya kelihatan terkesan ketika mula mula sahaja. Selepas beberapa jam, dia sudah nampak seperti biasa.

Tak seperti yang lain... Yang masih nampak terasa dan kehilangan...

Sedangkan Taufan yang masih boleh mengenakan mereka semua pun dapat dilihat yang dirinya sedang risau.

"Semua orang akan pergi dari hidup kita suatu hari nanti. Sedangkan hubungan keluarga aku pun boleh berpecah belah, inikan pula hubungan persahabatan yang tak sampai sebulan."

Jawapan selamba daripada Thorn itu menyentakkan diri Solar.

"Tapi tipulah kalau aku tak takut dengan ugutan mati dia haritu..." Thorn menghela nafas berat.

Solar mengangguk. Serius, dia dah tak tahu nak kata apa lagi. Jawapan daripada Thorn sebentar tadi agak menganggu dirinya.

Jelas jejaka beriris emerald itu masih tidak dapat melupakan kesalahan keluarganya dahulu.

"GEMPA!"

Ice yang meluru masuk ke bilik itu secara tiba tiba mengejutkan semua orang di situ. Mukanya yang sentiasa tenang sudah berpeluh. Ditangannya pula terdapat sehelai kertas yang agak ronyok.

"Woah, Ice. Kenapa ni?" Gempa terus bangun dari tempat duduknya dan kertas yang dihulur Ice itu diambil.

Satu persatu ayat di atas kertas itu dibaca sebelum dia memandang Ice dengan wajah risau.

"Mana kau dapat kertas ni?"

"Ada... Ada seseorang yang selitkannya di poker aku waktu aku di pagar sekolah tadi."

LARI

Pergi jauh jauh dari negeri ini dan jangan munculkan diri lagi.

PILIH,
mati, hidup dalam dosa, atau tinggalkan tempat ini.

_________

TO BE CONTINUE...
_________


What? Korang rasa Ika cukup bijak nak fikir idea ni? Wkwkwkwk.

Marah Taufan ek, jangan marah ika.
*Tolak Taufan pada readers*

Btw, sorry dah lama tak update, ika memang frust ah nak fikir idea kipas Tu.
LOL, last ii jadi macam ni jugak. Hshshs

Takpe, macamlah Ada yang tunggu buku sendu ni kan? *Menangis sendu tapi katil*

Ouh, lagi satu. Ika dah tambah satu lagi pilihan buat group Elementalz. Baik tak ika? Cehhhh...
HAHAHAHA

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro