3 | 9 YEARS LATER...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

=========================
Membesar dengan darah dan luka...
Apa yang kau rasa?
=========================

9 tahun kemudian...

"Aku kat mana ni?"

Seorang lelaki dewasa memperlahankan lariannya apabila menyedari bahawa dia sudah tersesat. Peluh yang mengalir di dahi dikesat menggunakan lengan bajunya.

"Tak guna! Jalan sesat!" Kata lelaki itu apabila laluannya dihalang oleh sebuah dinding.

Krak!

Bunyi ranting kayu dipijak itu menyentakkan lelaki itu. Apabila dia menoleh, kelihatan seorang remaja berhud sedang melangkah ke arahnya.

Perlahan lahan, dia berundur ke belakang. Sambil dia berundur, matanya melilau melihat sekelilingnya dengan tujuan untuk mencari jalan melepaskan diri.

Langkahnya terhenti apabila badannya sudah bersandar pada dinding di belakang itu. Dia mengeluh apabila menyedari bahawa dia benar benar terperangkap di situ.

Kini, matanya mula fokus pada remaja di hadapan. Kedua dua tangan remaja tersebut diletakkan di dalam poket. Entah kenapa dia yakin bahawa salah satu tangan remaja itu sedang menggenggam senjata. Hanya menunggu masa sahaja sebelum menikam dirinya.

"Kenapa kau ikut aku?!" Soal lelaki itu. Dia cuba mengecam wajah remaja itu tetapi usahanya hanya sia sia apabila remaja itu memakai topeng muka. Apa yang terlihat hanyalah mata beriris rubynya.

"Aku rasa kau dah tahu sebabnya," lelaki itu mengetap giginya apabila mendengar jawapan remaja itu.

"Untuk hapuskan aku, huh? Dalam mimpilah," ujar lelaki itu lalu membuka bunga silatnya. Matanya menjeling tajam remaja dihadapannya.

Remaja itu tidak menjawab lalu terus mengeluarkan sebilah pisau dan menyerang lelaki tersebut.

Disebabkan serangan mengejut itu, tangan lelaki itu tercedera akibat ditoreh pisau itu. Belum sempat dia membalas serangan, remaja tersebut terus menarik kolar bajunya dan menghempasnya ke dinding.

"Aargh!" Jerit lelaki itu apabila kepalanya terhantuk kuat dengan dinding yang keras itu. Dia mengerang kesakitan akibat kecederaan di kepalanya.

Tanpa membuang masa, remaja itu mengacukan pisaunya di leher lelaki itu. Lelaki itu meneguk air liurnya apabila pisau itu semakin dekat dengan kulitnya.

"Any last word?" Soal remaja itu dengan nada yang dingin.

"Tiada? Okay." Sambung remaja itu lagi apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri. Pisau di tangannya itu ditarik kebelakang lalu dihalakan ke arah dada lelaki tersebut dengan selaju mungkin...

SHRAKK!!

"AARGHH!!"
.
.
.
"Maafkan saya...."

|=====KILLER=====|

Remaja tersebut menanggalkan sarung tangannya lalu dicampakkan ke tepi. Pisaunya yang sudah dibersihkan itu disimpan ke dalam sebuah beg khas sebelum dia melangkah keluar dari lorong tersebut.

Handphone nya diambil lalu dibuka. Mesej yang baru diterimanya dibaca.

Joe🎭

Hali, datang ke tempat biasa! Tuan nak bincang sesuatu dengan kau! Datang CEPAT.

Selepas dia selesai membaca mesej itu, dia mengeluh. Tension! Dahlah tadi dia baru membunuh seorang lelaki, sekarang tuannya ingin berjumpa dengan dirinya pula.

Tanpa membuang masa, dia melangkah ke arah tempat yang ingin ditujunya itu. Berlari? Memang taklah. Buang tenaga dia je.

Sambil kakinya mengatur langkah, mindanya mula membayangkan semula satu peristiwa...

... peristiwa di mana dia membunuh buat kali pertamanya...

Flashback- 9 tahun yang lalu

SHRAKK!!

Seorang budak lelaki berusia 8 tahun menekup mulutnya apabila melihat orang tua di hadapannya sudah tidak bernyawa.

Dia... Dia sudah menjadi seorang pembunuh!

Dia terpaku apabila melihat keadaan mayat orang tua tersebut.

Mengerikan! Darahnya keluar membuak buak dari luka tikamannya itu.

"Bagus Hali... Macam nilah anak ayah," dia tersentak mendengar kata kata ayahnya itu. Tangannya ditarik perlahan oleh ayahnya menuju ke salah satu pemuda yang berdiri di situ.

"Kaizo. Aku nak kau ajar anak aku ni gunakan senjata. Biar dia terlatih mengawal senjata. Faham?!" Pemuda bernama Kaizo itu mengangguk.

"Faham tuan!"

Ayahnya mengangguk melihat respon lelaki itu sebelum dia menyerahkan anaknya kepada Kaizo.

"Ayah?" budak lelaki yang dipanggil Hali itu memandang pelik ayahnya apabila ayahnya ingin berlalu pergi tanpa dirinya. Dia tak nak ditinggalkan di sini!

"Kau duduk sini dulu... Nanti ayah datang ambil kau semula, faham?" Kata ayahnya sebelum dia membuka pintu untuk keluar.

Hali menggelengkan kepalanya. Dia tak nak! Dia nak balik!! Belum sempat dia mengeluarkan suara, Kaizo menjerit.

"Tuan! Tuan nak dia berlatih guna senjata apa?!" Ayahnya yang sudah melepasi pintu itu tersenyum sinis.

"Pisau.... Aku nak kau ajar dia gunakan pisau untuk membunuh."

Flashback end

Remaja itu menarik nafas panjang sebelum memasuki bangunan di hadapannya itu. Dia tidak mahu emosinya terganggu apabila berjumpa dengan tuannya.

Kreakkk....

Dia menolak daun pintu perlahan sebelum melangkah masuk ke dalamnya. Iris rubynya kini tertumpu pada figura seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah kerusi.

"Kenapa tuan panggil saya?"

__________

TO BE CONTINUE...
__________

Hi korang! Hahahaha, part ni serius hambar. Aduh...

Btw, korang sedar tak nama chapter ni mengarut tahap gaban? Ika takde idea nak namakan chapter ni apa... Kalau korang ada idea, korang tolonglah suggestkan ye. Huhuhu...

Jadi... Apa pendapat korang tentang chap ni?

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro