32 | JURNAL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


===================
Insert suitable quotes here.
Google searching................
===================

Sebuah buku nota berkulit merah diselak satu persatu mukasuratnya. Apabila ia sampai ke mukasurat ditengah sekali, mata beriris merah delima si pembaca melihat sebuah gambar. Sebuah senyuman hiba terukir.

"Mana benda tu?"

Suara seorang lelaki menyentakkan lamunannya. Spontan wajah hiba bertukar dingin apabila wajah lelaki berparut itu dipandang. Buku nota tadi ditutup sebelum diserahkan pada lelaki itu.

Lelaki berparut itu mengangkat kening apabila melihat nama yang tertulis diatas kulit buku tersebut.

Hasya Helena.

Dia tergelak sedikit sebelum memandang lelaki beriris merah itu. Jelas kelihatan wajah ragu si pemilik buku ketika memberinya buku itu.

"Jangan risau. Nanti aku akan buat apa yang kau minta." Lelaki berparut itu tersenyum kecil melihat si pemilik buku itu mengangguk faham. Apabila merasakan tiada apa lagi yang perlu dikatakan, dia terus melambai pergi.

Lelaki bermata merah delima itu termenung lama sebelum mengambil secawan air yang berada di atas meja. Diteguk perlahan air tersebut untuk menghilangkan resahnya.

Bagaimana tidak resah? Dia baru sahaja memberi satu satunya barang peninggalan arwah isterinya kepada orang lain.

Bzzt!!!

Bunyi notifikasi telefon menyentakkan lamunannya. Skrin yang bercahaya kerana terdapatnya mesej baharu dipandang sekilas.

Halilintar

Datang ke lokasi aku sekarang. Aku dah tangkap mereka seperti apa yang kau arahkan.

<<Halilintar send you a location>>

Lokasi itu dibuka dan terus dia keluar dari bilik pejabatnya. Seorang wanita muda merangkap pembantunya dipandang.

"Minta beberapa orang pengawal untuk ikut aku."

Wanita itu mengangguk. Tidak sampai seminit, beberapa orang lelaki tegap dan bersenjata datang seperti diarahkan. Lelaki bermata merah itu mengangguk sekali melihat semua anak buahnya itu. Mukanya kekal serius disepanjang perjalanan.

Dub!

"Tch!" Bahagian dada dipegang pabila dia merasa perit di situ. Wajahnya berkerut menahan sakit sebelum bertukar normal semula selepas beberapa saat. Soalan pekerjanya yang kerisauan dibalas dengan jelingan.

Tap!

Tanah di depan bangunan terbiar itu ditapak. Mata merahnya mencerlung tajam memandang keadaan bangunan tersebut sebelum memasukinya.

Kini, dia akan bertemu dengan sang anak yang menderita teruk kerananya...


|=====KILLER=====|

H

alilintar yang sedang tekun menulis mesej kepada seseorang itu dikerling sekilas. Tangannya yang diikat kuat ke belakang bergerak gerak untuk meleraikan simpulan tali tersebut.

Tidak sampai dua minit, tali tersebut terbuka. Dia tersenyum nipis sebelum membuka tali di kakinya dengan penuh hati hati.

Selepas berjaya membuka ikatannya, dia membuka pula ikatan kawan kawannya yang lain. Disebabkan dia sudah terbiasa membuat perangkap berkaitan tali dan sebagainya, dia dapat membukanya dengan senang dan cekap.

Siapa lagi si dia kalau bukan Tengku Thorn Dariel?

Blaze yang sudah berjaya melepaskan diri itu memandang Halilintar yang kelihatan sedang menunggu seseorang di luar. Tch, penculik apa yang biarkan mangsanya tanpa pemerhatian?

Tanpa kebenaran Gempa dan yang lain, dia mula membuka langkah.Salah satu rod besi yang bertimbun di belakang diambil. Perlahan lahan dia mendekati Halilintar dan rod tersebut diangkat tinggi.

"Bismillah, headshot."

PANG!!

Halilintar menahan rod besi itu menggunakan sebilah pisau miliknya. Matanya tajam menikam wajah Blaze yang cuba mengetuknya tadi.

Apa kes cakap kuat kuat sebelum ketuk?

Blaze berdecit sebelum mengangkat semula rod besi tersebut dan menghayunkan ke badan Halilintar. Berharap kali ini dapatlah dia lepas geram.

Halilintar yang melihatnya pula sudah menarik pisaunya kebelakang sebelum menikam laju tubuh Blaze.

BUK!!

Pisau yang dipegangnya terlepas sebelum sempat ia menikam.Halilintar memegang kepalanya yang sudah berdarah dek dihantuk kuat oleh Gempa.

Gempa menggigil geram dan ketakutan. Dia tidak berniat pun mahu mencederakan kawannya itu namun apa lagi pilihannya?Batu bata yang digunakan untuk memukul Halilintar itu dicampak ke bawah. Blaze yang seperti terkaku kerana hampir ditikam itu ditarik menjauhi Halilintar.

"Kau gila ke nak main serang serang macam tu?" Soal Gempa sedikit marah namun Blaze hanya kekal diam dan kaku. Gempa mengeluh perlahan.

Selepas beberapa saat, Blaze tersedar semula. Wajahnya bertukar marah sebelum dia menumbuk Halilintar kuat.

Kesempatan yang ada diambil sepenuhnya, Thorn yang dari tadi memegang beberapa utas tali kini mengikat Halilintar yang sudah cedera.

"Maaf..." Ujar Thorn perlahan.

Halilintar hanya membisu. Bunyi tapak kaki seseorang yang semakin menghampiri tempat tersebut didengari. Dia tersenyum nipis.

Kcak!

Bunyi pistol ditarik menarik perhatian mereka semua kecuali Halilintar yang masih menunduk.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

Tuan Haz yang sudah berada di pintu masuk bersama 10 orang anak buahnya dipandang mereka dengan riak terkejut. Beberapa dari mereka sudah mengacu pistol ke arah semua remaja itu.

Wajah anaknya yang masih kekal tertunduk dipandang tajam sebelum dia berjalan mendekati Halilintar. Sebuah pisau dikeluarkan...

"Kau nak buat apa?!" Gempa yang baru sahaja ingin menghalang Tuan Haz itu terkaku apabila sepucuk pistol sudah berada di kepalanya.

Tuan Haz hanya tersenyum sinis melihat reaksi remaja itu sebelum meneruskan niatnya semula. Tali yang mengikat tubuh Halilintar itu dipotong menggunakan pisau.

Halilintar memegang tangannya yang sudah berdarah akibat terkena pisau tersebut. Tch, dia tahu ayahnya sengaja buat begitu.

Pisau yang dipegang diletakkan di bawah dagu Halilintar sebelum mengangkatnya ke atas. Sekaligus kepala Halilintar yang hanya menunduk dari tadi turut terdongak secara paksa melihat wajahnya.

Halilintar menelan air liurnya apabila dia dapat merasa hujung pisau yang tajam itu kini menyentuh mengenai kulit lehernya sedikit.

"We need to talk." Pisau yang berada di bawah dagu anaknya itu semakin didekatkan ke lehernya. Melihat darah yang keluar sedikit daripada leher anaknya akibat terhiris pisau tersebut, dia tersenyum sinis. Anak anak buahnya yang masih kekal memerhatikan mangsa dipandang.

"Tangkap mereka semua. Kalau perlu bunuh, bunuh je. Aku cuma perlukan salah seorang dari mereka."

Halilintar terbeliak, begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. Perlahan lahan mereka semua berundur ke belakang untuk menjauhkan diri dari kesemua pembunuh tersebut.

Namun kini, semua anak buah Tuan Haz sudah mengepung kelima mereka.

Eh, lima?

Kcak!

Bunyi pistol ditarik semula. Kepala kelima lima mereka disasarkan. Bila bila masa sahaja peluru dapat menembusi mereka.

Dalam waktu yang genting itu, sempat Gempa mengerling kawan kawannya yang lain.

"Huh?"

Gempa memandang Solar yang berada di sebelahnya apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Mana Taufan?"

_________

TO BE CONTINUE
_________

Insya Allah dua chapter je lagi then epilog. Muahahahah

Btw, katakanlah kalau Ika nak matikan satu watak Elementals,
Korang nak Ika matikan watak siapa?

Dan mengapa? Hohoho~

Okaylah, bye~

-IKA-







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro