35 | THE END [EPILOG]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


===================

TERIMA KASIH, SEMUA...

===================

Sejak kecil aku menderita...

Hanya kerana dendam seorang manusia....

Aku diajar untuk melakukan dosa...

Aku diajar untuk terbiasa dengannya...





Berkali kali aku merayu untuk lari dari situ...

Namun sebaliknya semakin teruk aku diseksa...

Diseksa oleh seorang manusia yang sepatutnya menjadi pelindung...

Diseksa oleh seorang manusia yang aku gelar 'ayah'...





Berpuluh puluh nyawa manusia tamat di tanganku...

Berpuluh puluh tubuh sudah ditikam olehku...

Aku cuba berhenti. Aku cuba melawan.

Sehinggalah nyawa ibuku sendiri menjadi korban...


Aku mula belajar untuk berputus asa...






Mungkin benar kata ayah...

Aku perlu belajar terima nasib aku...

Aku perlu berhenti bermimpi untuk lari...

Aku perlu sedar yang diriku sememangnya seorang pendosa...

Tiada guna lagi merintih hiba atas nasib sendiri...

Tiada guna...






Itu perkara yang aku sentiasa fikirkan...

Sebelum aku berjumpa mereka...

Dari sebuah tugas, aku mula merasai banyak perkara...

Sebulan, tempoh yang diberikan untuk aku 'bebas'.

Biarlah bukan selamanya asalkan aku boleh berehat...

Ya, tugas aku diketepikan ketika itu, aku lebih tertarik untuk menjalani kehidupan normal remaja.

Aku mula menemui pelbagai jenis manusia...

Manusia yang menjengkelkan dan menyusahkan...

Tapi dalam masa yang sama, turut membahagiakan hati...

Pelik...






Aku mula rapat dengan mereka...

Aku mula membuka hati untuk menyayangi mereka...

Mereka yang dipenuhi dengan misteri...

Mereka yang sentiasa memahami...

Mereka yang sudah ku mula anggap sebagai famili...






Namun sayangnya...

Sekali lagi sejarah hidupku berulang...

Orang yang aku sayangi,

Menjadi mangsa aku yang seterusnya...





Aku mengkhianati mereka...

Aku membahayakan nyawa mereka...

Aku menghancurkan kehidupan mereka...

Aku... Aku lakukan semuanya walau tanpa kerelaan diriku sendiri....



Kadang kadang aku terfikir juga...

Jika aku bukanlah Halilintar Ukasyah...

Jika aku bukanlah anak kepala Hazril Ukasyah...

Jika aku tiada mata beriris merah ini...

Adakah aku dapat hidup dengan lebih bahagia?

Adakah aku mampu untuk merasai rasa sayang semula?

Adakah aku tidak akan lagi terperangkap di dalam permainan ayahku sendiri?






Dan kini... Lelaki yang telah merosakkan kehidupan aku, telah berada di hadapanku.

Wajah angkuh dirinya teramatlah menyakitkan hatiku...

Segala memori buruk, mula terkenang di dalam fikiranku...

Segala aib dan kesalahanku... Mula diingati satu persatu...





Kalaulah aku mati...

Adakah segala penderitaan ini akan berakhir?


"KAU PATUT MATI!!"

Halilintar menunduk untuk mengelak saat ayahnya meluru ke arah dirinya dengan pisau di tangan. Hampir hampir sahaja pisau tersebut ditikam ke dadanya.

Tanpa sempat dia berfikir, pisau miliknya terus dilibas ke perut lelaki itu.

SHRAKK!!

"Arghhh!!"

Halilintar terbeliak. Tangannya yang menggengam kuat pisau yang sudah tertusuk masuk ke tubuh lelaki itu mula menggigil. Wajah sakit si ayah dipandang dengan pandangan kosong.

Kosong...

Mindanya kosong ketika itu...

Segala gerak gerinya bertukar kaku...

Sehinggalah ketika ayahnya jatuh terbaring ke atas lantai, apa yang mampu dia lakukan hanyalah melihat.

Melihat...

Melihat...

Dan melihat...

Perlahan lahan mindanya memproses perkara yang terjadi. Lututnya dilabuhkan ke atas lantai, pisau yang masih dipegang dilepaskan. Tubuh kesakitan sang ayah dicapai sebelum dipeluk erat.

"Ayah... Jangan mati... Hali takde sesiapa lagi selain ayah...." Lirih Halilintar penuh sayu. Rasa benci dan marah pada lelaki itu sudah dibuang jauh.

"Maafkan aku.... Aku memang ayah yang tak guna..." Tersekat sekat suara Tuan Haz ketika bersuara. Rasa sakit di dada yang ditembusi besi tajam tadi teramatlah menderitakan.

Matanya dipejam. Wajah si isteri yang dicintai terpapar di mindanya. Segala perbuatan dosa pada keluarganya dan sesiapa sahaja mula melintas di kepala.

Sedihnya, apabila dia mula ingin menginsafi diri sendiri apabila dalam keadaan begini...

Sudah terlambat baginya, bukan?

"Ayah? Ayah! Bangun ayah!"

Suara risau milik Halilintar didengarinya. Kalau boleh, dia ingin buka mata... Dia teringin melutut meminta maaf... Dia teringin bersujud untuk bertaubat...

Dia ingin berubah...

Namun alangkah ruginya kerana segala perbuatan tersebut tidak dilakukan ketika dia masih mempunyai peluang dahulu...

'Maafkan ayah...'

Halilintar tergamam apabila degupan jantung ayahnya tidak lagi dijumpai. Tubuh ayahnya bertukar sejuk dan kaku...

Sama seperti mayat...

Perlahan air mata remaja itu mengalir di pipi.
Ingin sahaja dia menjerit, menangis dan meraung sayu ketika itu...Namun tubuhnya kaku, lidahnya kelu... Tubuh tidak bernyawa si ayah dilepaskan dari dakapan.

Tidak bernyawa...

Dia baru membunuh ayahnya sendiri...

"HALI!!"

Automatik dia menoleh saat namanya dipanggil. Apabila matanya bertembung dengan mata beriris sapphire itu, terus dia bangun dari duduk dan mendakap erat tubuh remaja itu.

Taufan tergamam sebelum pelukan Halilintar dibalas dengan penuh janggal. Wajahnya bertukar hairan apabila memikirkan asbab mengapa dirinya dipeluk secara tiba tiba oleh jejaka dingin itu.

Namun apabila sekujur tubuh tidak bernyawa seorang lelaki dilihatnya, dia terkelu.

"Aku bunuh ayah aku sendiri, Fan..."

Taufan mendiamkan diri. Telinganya masih setia mendengar segala luahan kawannya itu.

"Aku memang teruk, Taufan..."

Taufan kekal membisu.

"Aku tak layak dimaafkan..."

Pelukannya terhadap Halilintar semakin dieratkan tika mendengar nada sayu pada setiap kata kata remaja itu.

"Aku patut mati..."

Taufan menarik nafas panjang. Pelukan dileraikan. Wajah Halilintar yang kelihatan lesu dan ingin berputus asa itu dipandang.

"Biarkan pihak berkuasa yang tentukan nasib kau di penjara. Tiada sesiapa di antara kita yang layak untuk menentukan nasib kau selepas ni..." Ujar Taufan dengan gaya bersahaja sambil menepuk perlahan bahu Halilintar.

Cuba diukir senyuman tenang untuk menenangkan jiwa sahabatnya itu tetapi apa yang terhasil hanyalah senyuman tawar tanpa gula...

Tipulah jika dia tidak terkesan apabila segala kebenaran terbongkar hari ini...

Halilintar mengangguk faham. Langsung tidak melawan. Yalah, buat apa nak melawan? Segala perbuatan jahatnya harus dihukum mengikut cara yang sepatutnya.

Dengan relanya, dia membiarkan tangannya digari oleh seorang anggota polis. Matanya melirik ke arah mayat ayahnya yang sedang diuruskan oleh beberapa paramedik yang tiba.

Kcak!

Kedua tangannya berjaya digarikan. Apabila dia berjalan sambil diiringi polis tersebut, sempat dia menoleh ke arah Taufan.

"Tolong sampaikan pada semua... Terima kasih banyak banyak..." Ujarnya separa berbisik. Taufan yang dapat menangkap segala butir bicaranya hanya mengangguk sekali.

"Jika ditakdirkan Tuhan untuk kau kekal selamat, insya Allah kita akan bertemu semula..."

|=====KILLER=====|

3 tahun berlalu...

Dengan langkah yang tegap dan segak dia keluar dari bangunan pejabatnya. Saat dia memandu ke rumah, sebuah bangunan yang dilewatinya dipandang sekilas.

Wajahnya yang dihiasi dengan senyuman bertukar dingin. Masih jelas di kotak memorinya, segala peristiwa hitam yang berlaku di situ.

Peristiwa di mana mereka semua berlawan sehabis baik untuk meneruskan hidup.

Peristiwa di mana persahabatan mereka bersama Halilintar dihancurkan...

Peristiwa di mana segala kebenaran mengenai remaja itu terbongkar...

Tak dinafikan, disebabkan peristiwa itu juga, hubungan mereka berenam semakin renggang.

Syukurlah mereka semua selamat keluar dari situ walaupun sebahagian dari mereka tercedera.

Sebaik sahaja peristiwa tersebut berakhir, kesemua mereka dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

Masih dia ingat bagaimana dia dan yang lain menangis apabila Ice berada dalam keadaan kritikal. Akibat peluru yang berada di tubuh remaja itu, satu pembedahan harus dilakukan. Mengikut apa yang doktor katakan ketika itu, mereka semua hampir sahaja kehilangan jejaka beku itu, namun Alhamdulillah... Hayatnya masih panjang.

Blaze yang turut di situ teruk menyalahkan Halilintar ke atas kecederaan rakannya sebelum dia turut pengsan akibat cedera teruk dikepala... Beberapa jahitan didapatinya dibahagian luka yang agak besar, begitu juga dengan Thorn...

Tetapi selepas mereka semua pulih, mereka terus kembali semula ke sekolah. Peperiksaan besar menanti mereka ketika itu. Syukur kesemua mereka berjaya menamatkannya walaupun Ice terpaksa menjawab dalam keadaan berkerusi roda.

Selesai kehidupan sekolah mereka, kini keenam mereka sudah menjejaki alam kerjaya. Walau jarak di antara mereka semua jauh terpisah, mereka masih lagi kekal berhubung.

Kecuali seorang...

Halilintar...

Dia mengeluh kasar saat mengingati remaja seorang itu. Mengikut apa yang didengarinya, Halilintar dijatuhkan hukuman gantung.

"Kau masih hidup ke dah tiada ek Hali?" Gumam dia perlahan. Keretanya dihentikan di sebuah kedai kafe. Laman sesawang dibuka di telefonnya, cuba untuk mencari berita tentang sahabat lamanya itu.

Masih hidupkah dia?

"Haih... Aku rasa kita memang dah tak ada peluang ingin berjumpa..." Keluhnya apabila hasil cariannya ternyata sia sia.

Ting! Ting!

Bunyi notifikasi mesej menarik perhatiannya. Mesej tersebut dibaca.

Tuan Amato

Kau masih ingat Halilintar Ukasyah?

Bawa dia berjumpa dengan aku.

Jangan risau tentang hukumannya, aku ada 'orang dalam' yang akan uruskan semua itu.

Tugas kau hanya bawa dia ke sini.

Dia senjata penting kita buat misi kali ini...

"Nampaknya kau masih hidup, Hali..." Gumam dia perlahan. Pad kekuncinya ditekan untuk menaip balasan.

You
Arahan diterima, Tuan.
✓✓

Sebuah senyuman kecil terukir. Pintu kafe itu dibuka dengan wajah ceria.

'Nampaknya kita akan bertemu lagi, Hali..."

- THE END -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro