6 | PERGI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

=========================
Apa perasaan kau bila kehidupan kau berubah sekelip mata?
========================

KRINGG!!

Bunyi deringan loceng itu mengejutkan Halilintar yang sedang ralit meneliti pendrive pemberian tuannya. Sejak dia mendapat misi ini, dia masih belum membuka pendrive ini.

Alasan? Dia nak enjoy dulu. Bab kerja, fikir nanti.

'hurm? Kenapa diorang keluar kelas?' soal Halilintar di dalam hati apabila melihat rakan rakan sekelasnya sudah keluar. Tidak sampai 3 minit, kelasnya sudah kosong. Ajaib bukan?

"Hurm... Keluar jelah," gumam Halilintar perlahan sebelum dia berjalan meninggalkan kelasnya.

|=====KILLER=====|

Halilintar menepuk dahinya perlahan apabila dia sudah menjejakkan kaki ke kantin. Melihat ramai pelajar sedang menikmati makanan, barulah dia menyedari bahawa sekarang waktu rehat.

"Macam mana waktu rehat pun aku boleh lupa? Inilah padahnya bila dah lama tak ke sekolah," kata Halilintar pada diri sendiri sebelum dia meninggalkan kantin. Ye, dia tak lapar. Dan dia tak suka keadaan yang bising. Jadi, bye bye kantin.

Dengan langkah yang santai, dia berjalan jalan mengelilingi kawasan sekolahnya. Satu persatu tempat di sekolahnya diteliti sambil dia mengimbas kenangan silamnya.

Kenangan silam... Yang teramat bahagia...

Kenangan silam... Yang amat disukainya...

Kenangan silam... Yang kini hanya tinggal kenangan...

10 tahun yang lalu, ketika Halilintar berusia 7 tahun.

Masih terbayang dalam ingatannya betapa gembiranya dia ketika menjalani kehidupan...

Tiada tekanan, tiada masalah, dan tiada paksaan...

Semuanya sempurna...

Sehinggalah...

Dia diheret pergi oleh manusia durjana.

Flashback 9 tahun lalu...

1 Jan 20xx (Halilintar - 8 tahun)

"Assalamualaikum, ibu... Ayah... Hali dah balik!!"

Keadaan rumahnya yang senyap sunyi dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Aik? Senyap je?" Kata Halilintar sebelum dia menutup pintu rumah. Dilihat sekelilingnya, cuba untuk mencari kelibat yang lain.

Kosong.

"Ah, lantaklah! Yang penting.... Sekarang nak tengok TV!" Dengan seragam sekolah yang masih tersarung di tubuhnya, Halilintar terus melompat ke atas sofa. Beg sekolahnya sudah dicampak tepi dan alat kawalan jauh dicapai sebelum dia menukar siaran.

"Ala... Takde cerita best ke? Orang penat penat balik dari sekolah..," keluh Halilintar perlahan. Jelas terpampang di wajahnya riak muka kecewa.

PRANG!!

Bunyi kaca pecah menarik perhatian Halilintar. Alat kawalan jauh diletakkan ke tepi dan segera dia melangkah ke arah punca bunyi itu.

Sebaik sahaja dia sampai ke dapur, matanya terbeliak melihat ibunya sudah terduduk di atas lantai dengan darah yang mengalir dari lengannya.

"IBU!!" Halilintar terus meluru ke arah ibunya. Dengan wajah yang cemas, dia membelek belek lengan ibunya itu.

"Ibu, Hali ambil ubat ye? Ibu jangan pergi mana mana," kata Halilintar apabila melihat luka yang agak besar di tangan ibunya itu. Disebabkan rasa risau mula menguasai diri, dia langsung tidak perasan akan kelibat seorang lelaki dewasa sedang merenung tajam ke arahnya.

Halilintar terus bangkit dari duduknya dan berpusing ke belakang. Dia terkaku apabila melihat ayahnya sudah berdiri menghadapinya dengan wajah yang teramat bengis.

"KAU IKUT AKU." Dengan kasar lengan Halilintar dicengkam kuat dan diheret pergi oleh ayahnya. Walau sekuat mana dia meronta ingin melepaskan diri, cengkaman ayahnya tetap kemas.

"Ayah!! Ibu luka tu!!" Jerit Halilintar.

"KAU SENYAP! Kalau kau tak nak dapat luka lagi teruk dari ibu kau tu, baik kau ikut je arahan aku!!" Halilintar terdiam apabila ditengking ayahnya. Rontaannya mula diperlahankan. Dia takut... Tipulah kalau dia tak kecut mendengar ugutan ayahnya itu.

Sebelum dia keluar dari tempat itu, sempat dia melihat ibunya yang sudah menangis apabila melihat dirinya diheret pergi...

Diheret pergi oleh lelaki durjana meninggalkan kehidupan bahagianya...

Flashback end

Halilintar mengeluh apabila kenangannya ketika berusia 8 tahun diputarkan semula di dalam mindanya.

Bangku yang berdekatan dituju dan terus dia melabuhkan duduk di situ. Dia penat... Penat mengingati semula kisah lamanya...

"Tak sangka hari first aku 8 tahun, aku dah berhenti sekolah," Halilintar merenung kosong pemandangan di hadapannya.

"Bro! Buat apa kat sini?!"

"Eh, Halilintar?"

"Mana Halilintar? Tu ke? Fuh... Bakpe dia beku?"

"Beku kepala lutut kau, kau ingat dia apa?"

"Hai! Halilintar kan?"

"Ni Halilintar? Hurm, biasa je dia aku tengok."

Halilintar yang sedang ralit melayan perasaannya menoleh ke arah suara tersebut. Wajahnya mula menayangkan riak pelik apabila melihat jejaka jejaka yang berdiri di sebelahnya.

"Siapa kau?"

__________

TO BE CONTINUE...
__________

Siapa tahu siapa pemilik suara yang cakap dengan Halilintar tu?
Hehehe~

Btw, bilalah 6 elemental yang lain nak muncul dalam cerita ni...
Ika ada tanya gempa, bila diorang nak muncul dalam cerita ni,
Dia kata tahun depan.
Boleh tak?

Korang rasa?
OwO

-IKA-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro