Bahaya al-tajassus (mengintip)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Orang yang kita intip, selidiki atau dedahkan aibnya pada hari ini, esok lusa mungkin giliran aib kita pula diteropong orang.

Islam mengharamkan sesiapa jua daripada berusaha untuk menyelidik dan mengintip rahsia, aib, aurat, kesalahan dan perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang lain.

Allah SWT berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 12)

Ayat ini menjadi kerangka asas kepada pengharaman kita menceroboh hak privasi seseorang.

Pengharaman ini mengkhususkan kepada sebarang usaha pencarian maklumat yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipandang negatif.

Penegasan ini disokong oleh banyak hadis Nabi s.a.w.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kalian jauhi sangkaan kerana sesungguhnya sangkaan adalah kata-kata pembohongan yang besar,dan janganlah kamu mengintip dan janganlah kamu menyelidik perkhabaran,dan janganlah kamu bermasam muka dan hendaklah kamu menjadi bersaudara......

(Riwayat al-Bukhari,al-Jami' al-Sahih al-Mukhtasar , jld.5 , hlm.1976,no.4849)

Maksud al-tajassus ialah mengintip aib, kesalahan dan rahsia orang lain. Ia berbeza dengan "al-tahassus" yang turut dinyatakan oleh hadis diatas .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro