ISTIDRAJ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau pergi mana!"

Nafas dihela mengah. Lutut kakinya langsung tidak menerima akibat berlari terlalu lama. Semuanya dilupakan hatta nyawa juga, semuanya kerana dia.

"Tak guna!"

Tong sampah besar di sisinya ditendang dengan kuat. Dinding hatinya digasak amarah yang kian menebal.

Tidak betah berlama, Muhad teruskan lari. Terus mencari tidak berhenti. Terus mencari penyangak yang sudah mencerobohi 'rumah' adiknya.

"Tak guna aku cakap macam ni tapi... kau bodoh! Orang paling bodoh di dunia ni!" jerit Muhad lantang. Seketika dia berhenti lagi. Lelah. Nafas yang menderu itu sedang menuntut hutang oksigen.

Bebola matanya memandang sekeliling. Mencari susuk tubuh jahanam itu dalam lautan manusia. Malam hari yang berbumbungkan jumantara gelap ini, masih lagi lebuh raya sesak dengan kenderaan. Tiba-tiba Muhad berpaling ke kanan, matanya terbeliak tatkala kornea matamya memerhati satu bangunan gah berdiri di sana. Fikirannya disuntik rasa aneh.

Macam mana boleh ada kelab malam ni bandar ini?

Tidak fikir lama, Muhad terus meredah masuk ke dalam kelab malam itu. Hatinya meronta-ronta yakin figura itu bersembunyi di kelab malam ini. Masuk saja ke dalam, saluran pernafasannya sesak dengan bau yang meloyakan. Tidak perlu berteka teki, Muhad tahu itu adalah bau air kencing setan. Air arak yang 'halal' diteguk oleh penghuni kelab malam.

"Abang." Muhad berpaling. Di sisi kanannya terdapat seorang gadis yang melentokkan kepala bersandar pada bahunya. Menggoda, itulah tugas wajib kaum wanita di sini. Lihat saja gadis ini, seperti remaja yang berumur 16 tahun. Sepatutnya umur seperti gadis ini perlu menjelajah dunia, mengenal kehidupan. Namun, gadis ini diawal usia begini sudah terjebak dengan dunia gelap.

Terus saja Muhad tepis gadis itu. Dengan amarahnya yang kian menebal, tiada apa yang mampu menjadi sumber air kemarahannya surut. Matanya meliar mencari dia. Nampak saja figura yang dicari, Muhad melangkah laju ke arah itu.

Muhad jijik.

Jijik melihat orang tua itu dikepit kiri kanannya oleh dua orang gadis sambil tangannya memegang erat cawan arak. Ah, sudah berkahwin namun nafsu liar orang tua itu makin menjadi-jadi!

Tak cukup lagi ke Malaikat Munkar dan Nakir apit kau setiap detik?

Muhad berdiri di hadapan lelaki itu. Dia sedang mabuk, Muhad menjungkit sinis.

"RM10 000. Berambus." Arah Muhad kepada dua orang gadis itu. Melihat gadis-gadis itu menurut saja, makin menjadi-jadi sinis senyumnya. Dasar mata duitan.

Fokusnya tertumpu pada manusia yang mabuk itu. Dato' Awaz. Bapanya, merangkap perogol keluarganya. Hatinya terluka parah. Bibir diketap geram. Ibunya lumpuh kerana lelaki ini, adiknya jatuh sakit akibat dirogol lelaki ini. Atau patut dia gelar syaitan saja?

Tangannya menggigil, diangkat...

Pap!

Muhad menampar Dato' Awaz kuat sehingga terteleng kepala Dato' Awaz. Ayahnya terbatuk-batuk lalu memegang rahang yang merah sebaik saja ditampar Muhad. Dato' Awaz terkebil-kebil, masih mabuk lalu melihat sekeliling.

"Sayang, sinilah..." Dato' Awaz meraihkan tangan Muhad. Mata Muhad membulat, lantas Muhad menepis pegangan itu kasar. Kolar baju Dato' Awaz ditarik ke atas, memaksa lelaki itu berdiri.

"Hei, orang tua. Siapa sayang kau? Hah? Siapa? Aku huh?" Muhad menampar pipi Dato' Awaz lembut, namun tamparannya semakin kuat sehingga membuatkan Dato' Awaz naik berang. Nampaknya, mabuk Dato' Awaz sudah beransur hilang.

"Muhad, kau buat apa dekat sini? Kau jangan cakap kau jual badan dekat sini semata-mata nak tanggung sakit mak kau! Balik!"

Pap!

Sekali lagi Muhad menampar Dato' Awaz. Kali ni lebih kuat. "Hei! Kau punca mak aku sakit! Kau punca! Aku tak halalkanlah jasad aku ada dalam neraka dunia ni, tapi sebab aku cari kau! Sebab kau aku ada dalam ni!" herdik Muhad. Dato' Awaz terpempan melihat anak bujangnya yang baru saja menaikkan tangan.

"Dengar sini, aku tahu kau kaya. Aku tahu, aku dekat sini bukan nak minta belas ihsan kau. Aku tak hamak duit haram kau! Cuma aku nak, kau jadi muflis sekejap je untuk perbicaraan mahkamah nanti. Jangan 'suap' peguam tu dengan duit kau! Tolonglah, bagi keadilan buat Umaz. Umaz anak perempuan kau tau!" Kali ni pegangan Muhad pada kolar Dato' Awaz semakin renggang. Membebaskan sedikit ayahnya daripada cengkaman yang melemaskan itu.

Dato' Awaz yang mendengar itu ketawa. "Itu permintaan atau arahan? Perlu ke aku patuh?"

Muhad mengetap bibir.

"Kenapa kau pertahankan adik kau? Nak tahu satu fakta? Dia dah hilang dara. Ala, kau bukannya ayah dia pun... tak perlu risau sangat, trauma dia tu akan hilang sendiri. Kanser dia pun, alah budak Umaz tu mengada je lebih. Bukan sakitpun. Muhad, cukuplah kau korbankan diri. Kau nak masuk lokap?" ucap Dato' Awaz diringi dengan ketawa sakan.

"Aku tak akan masuk lokap kalau kau tak sumbat aku ke sanalah! Hei, kau sedar diri tak ni? Umaz hilang dara sebab kau! Umaz anak perempuan kau! Kau ayah dia la, orang gila! Kenapa kau kejam sangat?" Cengkaman kolar Dato' Awaz diketatkan semula sehingga orang tua itu tercungap-cungap mencuri nafas.

"Tu bukan salah aku. Dah memang takdir adik kau jadi macam tu, terima sajalah."

Pap!

Dato' Awaz tersungkur menyembah lantai marmar. Bibir Dato' Awaz pecah gara-gara tumbukan sulung Muhad. Hatinya berombak berang tatkala maruah yang dijunjung tinggi serta-merta tersungkur begitu saja gara-gara Muhad.

"Tak guna aku cakap dengan kau. Tak guna lagi. Aku tak nak carut dah, biar kau saja yang tanggung semua dosa." Muhad melepaskan Dato' Awaz. Bukan sekali dia bertindak begini. Bukan sekali dia mengejar Dato' Awaz yang merosakkan keluarga sendiri. Cuma kali ni, ini kali pertama dia menghadiahkan tumbukan dan tamparan buat seseorang yang bergelar bapa. Hatinya terburai dek kecewa, kecewa kerana Dato' Awaz terlalu kebal dengan dosanya. Dia angkuh. Dia sombong. Dia bangga akan dosanya yang semakin menebal dan bergelimpangan.

"Aku harap kau mati, mati dengan hina. Aku sebagai anak kau tak sanggup tengok kau terus menambah darjat dosa," ucap Muhad.

"Mati dengan hina?" Dato' Awaz mengusap darah di bibir, kemudian dia ketawa kecil.

"Aku ada harta sedangkan kau tiada apa-apa. Aku ada jutaan wanita sedangkan kau cuma ada mak kau yang lumpuh dan adik kau yang dah kena tebuk. Hina ya? Aku tak hina punlah! Aku ada semuanya! Tuhan sayang aku tau, macam-macam dia bagi. Harta, wanita, dunia... itu syurga buat aku." Angkuh sekali Dato' Awaz melepaskan bicara. Tawanya semakin menjadi-jadi tatkala melihat Muhad terdiam sendiri. Kemudian, mata helangnya tajam menikam Muhad.

"Kenapa kau diam? Kau setuju dengan aku? Jadi betullah, Tuhan sayang aku! Tuhan sayang aku!"

Muhad menggeleng. Lucu. Kecewa. Matanya berkaca-kaca. Terlalu hiba melihat betapa jauh bapanya terpesong.

"Ayah, itu istidraj. Sudahlah, aku sayang kau. Berubahlah untuk aku."

"Berubah? Kenapa perlu aku berubah? Tuhan sayang aku! Kau, berambus! Kau jijik, Allah tak sayang kau! Sebab tu kau miskin dan keluarga kau merana!"

Muhad berang pula, dadanya berombak serta-merta tangannya meninggi ingin menghadiahkan tujahan kedua buat Dato' Awaz, namun ayahnya kini lebih tangkas. Tangan yang dikepalnya ditahan Dato' Awaz.

"Betul, keluarga aku merana. Dan keluarga aku tu ialah kau, Dato' Awaz. Ini jalan yang kau pilih? Baik, teruskan. Teruskan! Berambus dari hidup keluarga aku!" Muhad lelah. Lelah dengan Dato' Awaz. Sayang dan benci berbelah bahagi, bersilih ganti mengambil tempat di hati. Namun tatkala melihat sikap Dato' Awaz yang melampau ini, Muhad reda. Biarlah, ini antara Yang Esa dengan ayahnya.

Dia meninggalkan kawasan itu.

"Umaz, maaf... abang tak bertahan untuk Umaz dan umi. Ayah... biarkanlah. Maaf sebab harga diri Umaz terkubur begitu saja dek ayah.

"ABANG...."

Lena Muhad terjaga tatkala suara adiknya sayup-sayup memasuki corong pendengarannya. Mata yang agak kabur digosok-gosok. Mulut yang menguap pula ditutup.

"Abang, umi mana?" soal Umaz. Kondisi Umaz yang semakin lemah itu merisaukan Muhad.

"Umi dekat rumah, abang hantar umi balik pagi tadi... umi juga perlukan rehat macam adik," balas Muhad. Tangannya menggogoi mencari Al Quran yang dia letak di atas meja sudut hospital. Helaian surah Al Waqi'ah dibuka.

"Adik rehat tau, abang bacakan." Hampir saja kotak suara Muhad berdengung, Umaz menahan.

"Abang, umi dekat rumah seorang diri?" suara Umaz bergetar, itu merisaukan Muhad. Namun, soalan Umaz tetap dijawab. Muhad mengganggukkan kepalanya.

"Umi dekat rumah seorang diri. Kenapa?"

"Ya Allah..." Umaz teresak-esak. Lantas, tubuh kecil itu memeluk abangnya.

"Umaz, kenapa ni?" Muhad gelisah tidak sedang duduk.

"Abang tahu? Tadi... tadi adik buka fon adik. Adik... adik...."

Umaz jeda, nafas ditarik sebelum memberitahu satu berita.

"Adik baca berita awal pagi tadi. Ayah, bang... ayah...."

"Ayah eksiden, maut. Kereta ayah jatuh gaung. Abang, ayah maut..." Semakin menjadi-jadi tangisan adiknya. Muhad terpinga-pinga. Serasa seperti tidak jelas apa yang dikatakan Umaz.

"Ayah maut. Ayah dah tak ada...."

Kuasa Allah, kita tak boleh lawan.

Baru semalam dia berjumpa ayah, melemparkan amaran dan amarah.

"Istidraj...." Muhad mengusap belakang adiknya. Menenangkan Umaz.

Istidraj buat ayah.

T A M A T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#random