Bahagian empat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kedai Wak Jemaron itu dibina sepenuhnya dengan kayu. Bersebelahan dengan kedai, terletak kawasan lapang tempat menjemur kopi. Bau kopi kering menusuk hidung.

Puan Aishah membawa tiga buah guni ke dalam kedai. Tanpa banyak soal, Wak Jemaron yang sudah berusia itu menuang kopi di dalam guni masuk ke dalam sebuah tin minyak tanah. Tin itu telah pun dibersihkan dan digunakan sebagai penyukat kopi.

“Baiklah, semua sekali enam tin setengah. Satu tin empat belas ringgit menjadikan jumlah duit adalah RM91. Aishah hendak beli apa-apa?” Soal Wak Jemaron sambil mencatatkan sesuatu di buku yang dipegang.

Puan Aishah melihat keadaan sekeliling dan berkata, “Saya mahu telur sepuluh biji, lima kilo tepung gandum, sabun May dan sabun Busa sebuku setiap satu serta ubat gigi Darkie.” Puan Aishah terdiam sebentar. “Saya terlupa pula ubat gigi ini sudah bertukar nama menjadi Darlie.”

Buku catatan tadi diletakkan ke meja. Bekas telur yang tersusun berhampiran meja, dihampiri. Sepuluh biji telur dipilih dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Plastik berisi telur itu kemudiannya diletakkan di atas meja.

Setelah itu, sehelai plastik diambil dan diisi dengan tepung gandum. Sebuah dacing berwarna hijau digunakan untuk mengetahui berat bungkusan tepung tersebut. Dacing itu bergerak tidak berhenti, sehinggalah takal pemberat yang digunakan sepadan dengan berat bungkusan yang diletakkan.

Sabun serta ubat gigi yang disebutkan Puan Aishah turut diletakkan sama. Wak Jemaron mengira dengan pantas dan memberikan duit jualan kopi yang siap ditolak harga barang kepada Puan Aishah.

Hujung baju Puan Aishah ditarik perlahan oleh Sarah. Apabila Puan Aishah menoleh kehairanan, Sarah berkata, “Bagaimana dengan belon saya?”

“Oh, emak terlupa pula. Wak, saya mahu tiga tiub belon.”

Tiga batang jari ditunjukkan dan Wak Jemaron segera faham. “Baiklah.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro