10 : Berubah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Sudah lah tu,

Tolong lah!

Kau tak percaya pada magis tuhankah?

Warkah untukku sudah tiba,
Menangis bersujud sumpah hiba,
Aku sudah bangkit buat cara hamba.

Dulu,

Memang aku pisau cukur,
Yang berkuasa mengubah
kocek kau jadi bawang,

Sekali pandang bagai
padang jarak padang terkukur.

Memang aku ratu hipokrit,
Yang menganak-tirikan kau semua,
Sebagai mangsa memikul fitnah yang dibuat aku.

Depan orang,
Aku lah cinderella.

Depan kalian,
Aku lah sundalella.

Tolong lah!

Yang lepas jangan dikenang.

Manakan datangnya hijrah,
Jika tidak merasai jahiliah,
Aku datang semula bersama bungkusan hajat,
Tiadakah kau rasa mahu pecut atas titian sirat?
Agar tidak terjerat dibawahnya pelbagai lahanat.

Tolong lah!

Aku penatlah dengan semua makian ni,
Aku dah berubah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro