17 : Tak Mampu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Semua ini buat aku rebah,
Semua ini tidak pernah mudah.

Aku cuma mahu luahkan,
Aku bersyukur dan
Mahuku katakan
Terima Kasih!

Kacang untuk disebut,
Tersumbat mulut penuh emas,
Setiap kali mahu diluahkan.

Tidak mampu ku ucapnya,
Maka mahuku beritahu,
Aku minta Maaf.

Malangnya,
Terseksa batinku tidak dapat
Meluahkannya jua.

Kau si permata berharga,
Tahu aku betapa tagihnya hatimu,
Mahu aksara seciput itu,
Keluar dari mulutku.

Tapi,
Selepas semua timpalan bencana,
Kita semua tak lepas dari gunung egois.

Tetap,
Mengerah kejang otot,
Untuk impian angan-angan kau,
Direalisasikan.

Aku.

Aku lah yang kau mahu lihat,
Tergantung bersama bintang malam,
Menjadi yang paling bersinar di situ.

Aku lah yang kau mahu lihat,
Menjadi langit cerah karpet biru,
Yang menghidupkan hari mereka.

Aku juga tahu,
Hanya akulah punca,
Kau merintih pada tuhan,
Berbuih mulut menanya,

" kenapa aku? "

Ampunkan anakanda,
Aku bukanlah wish granter.

Aku harap,
Surat ini sampai
pada mailbox mu,
So you know,
I'm here dying,
Seeing you crying.

Kehadapan,
bonda .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro