19 : Kecewa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Crack

Aku jatuh terduduk,
Tersandar ke dinding,
Tertekup mulut,
Menahan tangisan.

Ya tuhan,
Bunyi itu,
Deruman kekecewaan.

Hati siapa pula
Mangsaku kali ini ?

Sialan apa pula
Yang telah aku lakukan ?

Hari-hari ku penuh,
Dek deruman kaca hati pecah,
Di atas lantai membara api,
Dikutip sakit dibiar perit.

Segalanya kerana aku,
Si celaka membawa kecewa,
Sakiti hati insan sejagat,
Itulah aku.

Maafkan aku,
Biarlah aku duduk seketika,
Mahupun sekarang aku bangkit,
Nanti lagi ramai yang sakit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro