24 : Makan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hati meronta kebulur,
Setiap bait aksaramu diteliti jelas,
Merekalah aksara yang sering ku dambakan.

Satu tambah satu disuap dalam diri,
Setiap detik menadah huluran,
Tanpa ku kenal istilah kenyang.

Hanya kelaparan bertandang sejenak,
Sekadar bertanya khabar,
Melamar jiwa tuk makan.

Biarkan jasad mengigil,
Tidak disuap isi,
Kerana aku pasti,
Kalau burung di langit terbang bebas
pun disuap tuhan,
Apalah sangat lapar aku yang berakal.

Janji,
Tangki rohani tidak kering kontang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro