KRONOS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Moore-7
14 Februari 2188

"Aku rindukan kamu. Aku dambakan saat kita bersama. Setiap saat dan setiap waktu." bisik hati Fermi sambil menatap foto lusuh yang terselit pada salah satu panel kawalan.

Foto gadis berambut pendek paras bahu bernama Adrianne diselitkan pada panel kawalan.

Fermi yang terapung didalam keadaan nirgraviti keluar kokpit yang sedikit sempit, kokpit sebuah pesawat perentas masa yang dipanggil Kronos. Dia melayang menuju kearah bahagian luar kerangka pesawat dan memeriksa teras ketunggalan yang menjadi penjanakuasa pesawat tersebut. Dia merenung dalam teras itu.

"Aku akan kembali menemuimu Adrianne".

Fermi kembali memasuki kokpit, kemudian mengenakan helmet sambil tangannya pantas menekan skrin sentuh untuk menghidupkan pesawat dan memeriksa semua sistem, sebelum memasukkan tarikh dan masa yang dikehendakinya sebagai destinasi. Pendakap magnetik mengalihkan pesawat tersebut dan meletakkan ia diatas landasan elektromagnetik lalu meluncurkan Kronos dan Fermi ke ruang angkasa.

Sejurus itu dia menghidupkan teras singulariti, dan jisim pada teras itu seolah melipat ruang angkasa dan memacu pesawat sekelip mata ke masa silam.

-----------

Moore-7
14 Februari 2168

Fermi pertama kali bertemu Adrianne sewaktu ditugaskan ke Moore-7 untuk kajian berkenaan FTL yang melahirkan Kronos. Adrianne digilai ramai kerana kecantikannya namun hati gadis itu terpaut pada Fermi.

Kronos yang dipandu Fermi muncul dari lipatan ruang sub-angkasa dan menuju kearah Moore-7. Inilah kali pertama Fermi menemukan tarikh dan masa yang hampir tepat. Puluhan kalo dia mencuba sebelum ini namun kebanyakkan masa dia terlewat samada Adrianne sudah pun bertemu ajal atau Fermi sendiri tidak sempat untuk bercakap dengan kekasihnya. Dia harus lekas. Dia harus ketemu Adrianne.

Fermi melihat jam tangan. Dia masih ada sejam sebelum Adrianne berlepas. Dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.Fermi tidak sanggup melihat gadis yang dicintai menemui ajal.

"Fermi!?" Lamuman jejaka itu terhenti bila namanya dipanggil oleh satu suara yang sangat dikenali.

"Adrianne!"

"Bukankah kamu tadi ada di pusat kajian? Kenapa kamu kemari?" Adrianne melontarkan persoalan.

"Sayang...." Fermi kaku. Dia tidak menyangka yang setelah 20 tahun berlalu akhirnya kini Adrianne berada didepan matanya. Betapa dia amat merindui gadis itu. Puluhan kali dia kembali kemasa lepas, ini kali pertama dia bersemuka kembali dengan Adrianne.

"Fermi kamu dah kenapa?"

"Adrianne, tunggu dulu. Saya ada banyak perkara nak beritahu kamu."

Adrianne kehairanan lalu tersenyum.

"Jangan bergurau Fermi.Kamu cuba nak buat pick-up line macam selalu?"

"Adrianne..." Fermi cuba mencelah.

"Kita ketemu nanti selepas selesai ujian penerbangan. Okey kan?" Adrianne menguncup pipi jejaka itu dan berlalu pergi. Fermi kaku. Dia tahu Adrianne takkan menemuinya lagi selepas ini.

Aku harus hentikan semua ini.

"Adrianne, kau akan mati!" Fermi menjerit. Orang-orang disekeliling kaget. Adrianne berpaling.

"Aku melihat kau mati bilamana sebentar nanti kau berlepas dengan Kronos. Aku telah menyaksikannya - berpuluh kali."

"Fermi aku tak faham apa kau cakapkan."

"Kerana aku dari masa depan." Fermi membalas.

Sebaik kata-kata itu terpacul dari mulut Fermi, seluruh ruang angkasa meleding. Fermi dan Adrianne serta seluruh stesen angkasa itu lenyap akibat letusan teras singulariti yang disebabkan oleh paradoks pertemuan Fermi dan Adrianne. Paradoks tersebut menghapus segala kesan sejarah dan kehidupan yang berkaitan Moore-7, Kronos dan 2 pasangan kekasih yang bernama Fermi dan Adrianne.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro