32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Aku dah nak mati. "

Perlahan Jinyoung menampar mulutnya. " Auch ? " Dia menjadi keliru atas tindakan lelaki itu sehingga tak tahu untuk memberi reaksi apa. " Don't you ever say anything like that again. " Mendatar suaranya.

" Benda betul, aku dah nak mati. Ada 2 faktor yang boleh buat aku mati. Aku akan mati sebab kesan kemalangan ni atau sebab– " Hana mengeluh kecil.

" –sebab kanser. Jangan berharaplah dekat aku lagi. "

" Apa yang cuba kau sampaikan ni ? Aku tak fahamlah ! " Suara Jinyoung tiba-tiba meninggi membuatkan Hana berkerut.

" Aku dah nak mati, takkan benda simple pun tak faham ?! Bodoh ke ? " Suaranya juga turut meninggi apabila lelaki itu seperti marah pada dirinya. Dia hanya mengatakan kebenaran hidupnya sekarang, tu pun salah ke ?

" Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada kanser ? " Hana tertawa sinis. Haduhai crushnya itu. Kelakar sangatlah, dah boleh menang maharaja lawak mega dah ni.

" Buat apa aku nak bagitahu penyakit aku pada orang yang langsung tak perduli pasal aku ? Hah ? You don't even know me. " Dia tersenyum sinis. Penatlah hidup dengan manusia yang fake ni.

" Tapi aku dah mula sayang kaulah. " Muka lelaki itu dia tatap lama. Tak sanggup betul dia menerima kenyataan yang dia akan meninggalkan lelaki itu untuk selama-lamanya pada bila-bila masa sahaja.

" Takda guna sayang orang yang nak mati. Aku dah tawar hati dah. Tolong keluar, aku tak nak tengok muka kau. "

Rasa menyesal pula suruh lelaki itu balik, kan sekarang dah rindu pula. Takda pun JYP datang melawatnya lagi. Ke lelaki itu marah kerana dia menghalau lelaki itu ? Tak mungkinlah.

Hari-hari dia tengok muka Mark oppa je. Tak Mark, Jb, tak Jb, mesti Jackson and Bambam. Hampir setiap hari dia tunggu kehadiran Jinyoung tapi takda pun.

" Hana, nak jumpa JYP tak ? Dia buat konsert dekat sekolah kita sempena Halloween. Aku ada tiket untuk dua orang. JYP bagi untuk kita and he said, we must come ! "

Bambam menunjuk tiket itu didepan Hana. Konsert King band dan Jinyoung ialah penyanyi utama. Band tu memang popular dekat sekolah mereka. Sebab member dia handsome and suara Jinyoung merdu. Sebab band tu jugalah dia kenal Jinyoung.

" Aku tak nak pergilah " Dia mengiringkan badannya membelakangi Bambam. Ni namanya EGO. Biasalah tu, nak jual mahal sikit.

" Jomlah datang tengok aku. " Terpusing kepalanya mendengar satu suara yang sudah lama dia rindukan. Jinyoung yang sedang bersandar pada pintu biliknya itu tersenyum kecil. Beberapa saat mata mereka bertembung sebelum Hana kembali membelakangi mereka.

" Aku tak nak. Faham ke tidak ? Yura ada nak tengok kau. " Merajuk ? Ya, dia merajuk dengan lelaki itu ! Sebab dah lama tak lawat dia di hospital. Rindu tahu tak ?

" Aku dengan dia dah putus. Tolong bagi aku bahagiakan kau untuk kali terakhir. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro