❀ 01

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[ 11:34 a.m. , 9 Oktober 2019 ]

"Aera!"

Namaku dipanggil. Aku kenal suara tu. Namun, aku tidak mengendahkan panggilannya.

Tercungap-cungap seorang lelaki mendekati aku. Dia cuba mengambil nafasnya semula. Aku masih sama, tidak memandang lelaki di sebelah aku.

"Aera, kata nak tunggu saya. Tapi, awak dah balik dulu." kata Jimin sambil tersenyum manis.

Aku terus mendiamkan diri.

Maaf, Jimin.

"Aera, gwaenchana?"

"Awak makan apa rehat tadi?"

"Esok kita rehat sama-sama nak?"

"Awak suka mochi kan? Nanti saya belikan untuk awak. Awak nak?"

Jimin terus bertanya tanpa henti. Aku tak tahan dengan semua itu lalu mempercepatkan langkahku agar segera tiba di kawasan rumah yang sudah aku hampiri.

Pintu pagar terus ku buka dan ku tutup semula setelah aku masuk ke kawasan rumah.

Jimin memandang aku pelik.

"Aera?"

Aku mengekalkan poker face di hadapannya. Tangan kanan ku angkat dan melambaikan kepadanya sekejap.

"Bye."

Itu saja perkataan yang keluar dari bibirku sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Jimin yang tercengang di luar.

Pintu terus ku tutup rapat.

Aku menuju ke arah tingkap. Langsir yang berterbangan aku selak sedikit.

Aku nampak wajah Jimin sedikit kecewa. Dia masih berdiri di hadapan pagar rumahku.

Kedua tangan kecil comelnya memegang pintu pagar.

Jimin tak perasan bahawa aku sedang melihat dirinya melalui tingkap kerana ianya tinted. Hanya orang dari dalam saja boleh nampak apa yang ada di luar.

Aku diserang rasa serba salah.

Selang lima minit dia di situ dan aku masih melihat dia tanpa henti, akhirnya Jimin pun beredar dari rumahku.

Aku mengeluh perlahan.

Sumpah hidupku sunyi tanpa berbual dengan Jimin, teman lelaki yang sudah lama aku cintai sejak dari sekolah rendah.

I'm sorry, Jimin.

------
TBC

291 words for this chapter guys! ❤

thanks to all the beloved supporters and readers for read my new short story!

benda ni tiba-tiba je sebab putri rasa sayang pulak nak biarkan idea ni berlalu pergi macam angin. tak salahkan kalau kita curahkan di sini?

muah❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro