❀ 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[ 10:37 a.m. , 14 Oktober 2019 ]

Mata aku sembab.

Dari semalam aku nangis fikirkan nasib Jimin kat dalam wad. Aku tak boleh masuk and sesiapa tak boleh masuk sebab Jimin dalam ICU (Intensive Care Unit).

Jimin kritikal sebab darah banyak hilang dari badan dia.

Semangat aku terus hilang. Jambangan bunga mawar merah yang aku jumpa di atas jalan raya semalam aku tenung.

Kad yang tertulis nama aku dan nama Jimin dibaca berulang kali. Tak sangka ini yang akan jadi.

Puan Park dan Tuan Park sudah balik ke rumah. Ikutkan eomma Jimin tak nak balik tapi appa Jimin suruh Puan Park balik and rehat dulu. Kini, hanya tinggal parents aku je di sini.

Aku terbaring lesu pada bahu eomma. Aku penat. Aku tak larat. Tenaga aku dah habis.

Doktor yang sedang memeriksa Jimin di dalam akhirnya keluar.

Aku terus berdiri memandang doktor lelaki itu.

"Doc, Jimin macam mana?"

Aku berharap agar doktor itu memberikan komen positif tentang Jimin. Itu saja yang aku mahu dengar sekarang ini.

"Dia okay. Dia dah stabil sebab pihak hospital ada bekalan darah untuk dia. Pelawat tidak dibenarkan masuk kerana Jimin sedang berehat."

Eomma, appa dan aku menghela nafas lega setelah mendengar penjelasan doktor tadi. Syukur aku ucapkan pada Tuhan kerana telah menyelamatkan Jimin. Aku menghadiahkan senyuman manis buat doktor itu.

"Thanks, doc."

Doktor itu mengangguk dan beredar dari situ. Aku nak sangat masuk ke dalam, peluk tubuhnya, berbual dengannya. Tapi aku tak boleh.

Tak apa lah, asalkan Jimin okay. Tu pun dah cukup buat aku.

▶▶▶

Eomma cakap, tengah hari nanti boleh masuk tengok Jimin.

Aku amat terkejut kerana doktor khabarkan tadi bahawa Jimin sudah sedar. Biasanya pesakit seperti Jimin akan mengambil masa yang lama untuk membuka mata. Tapi tulah, takdir Tuhan tak dijangka.

Gembira? Jangan cakap. Memang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Puan Park dan Tuan Park sekarang ni sedang berada di dalam wad Jimin. Lepas ni giliran aku pula.

Sewaktu aku tiba di hadapan wad Jimin, kedua ibu bapa lelaki itu baru keluar. Puan Park tersenyum manis memandangku.

"Aera, Jimin nak jumpa kamu. Syukur sayang, Jimin dah sedar. Terima kasih atas doa kamu."

Puan Park menarik aku dalam pelukannya. Tuan Park pula mengusap kepalaku dengan perlahan.

"Betul tu, Aera. Kalau kamu tak ada kat situ, mungkin Jimin dah tiada sekarang ni." kata Tuan Park pula.

Aku hanya tersenyum malu.

Mereka berdua meminta diri untuk makan tengah hari bersama eomma dan appa memandangkan mereka belum lagi mengisi perut. Jadi, aku ada masa lah dating dengan Jimin.

Pintu bilik wad aku kuak. Aku mula berjalan menghampiri katil. Jimin memandang aku dan bibir pucatnya tersenyum manis.

Aku terus memeluk tubuhnya dengan seerat yang boleh. Tangan Jimin membelai rambut panjangku yang sengaja aku lepaskan.

Aku tak sedar yang aku menangis.

Jimin ketawa melihat wajah buruk aku ketika menangis. Tangan comelnya cepat-cepat mengesat air mataku dari terus mengalir.

"Jangan nangis, chagiya. Jimin tak suka."

"Aera rindu Jimin."

Jimin tertawa halus. Aku lap sisa air mata yang masih berbekas di pipi aku dengan belakang tapak tanganku.

"Kalau rindu tapi kenapa abaikan saya?"

"Saya langsung tak berniat. Tu plan saya sebab saya nak buat surprise untuk birthday awak."

Aku memberitahunya hal yang sebenar. Jimin mengeluh perlahan.

"Jangan buat macam tu lagi. Saya takut. Saya ingat awak bencikan saya."

Aku pantas menggeleng, menidakkan apa yang Jimin katakan.

"Saya tak benci awak. Saya janji, tak buat lagi. Janji." kataku bagaikan seorang kanak-kanak berjanji dengan ayahnya agar tidak melakukan kesalahan lagi.

"Happy birthday, Park Jimin. Min Aera sentiasa sayangkan awak. Maaf sebab hadiah awak tertinggal kat kafe tu." ucapku sambil memandang ke dalam anak matanya.

Jimin mencium belakang telapak tanganku.

"Thanks, chagiya. Park Jimin tak nak hadiah lain. Cukuplah Min Aera ada di sisi Jimin selalu. Tu pun dah jadi hadiah tau."

Aku tergelak. Pipi tembam Jimin aku cium lama.

Selepas itu, kami mula bersembang panjang. Aku melepaskan rasa rindu yang sudah empat hari terpendam.

Kali ni, biarlah aku bercakap dengan Jimin dengan sepuas-puas yang boleh.

------
TBC

602 words for this chapter gaes ❤❤

so far okay ke cerita ni? nampak macam awal sangat kan :(

hmm taknak buat panjang-panjang sebab nanti meleret and lari tajuk.

mekasehhh mana yang support and baca cerita ni sampai sinii ❤❤ thanks sangat :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro