10; forsworn oneself

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nani kenapa Nani?" Aku mula gelabah bila dengar Nani menangis teresak-esak,

"Rumah kena pecah masuk kak! Tolonglah, abang Nami sorang dekat atas. Mek Qai kena tembak tadi." Aku terkaku mendengar penjelasan Nani, tiba-tiba dengar Nani menjerit di sebalik panggilan suara,

"Nani! Nani kenapa tu!"

"Kak tolonglah, Nani takut, Nani risaukan abang, dari tadi ada bunyi tembak-tembak." Otak aku mula sakit memikirkan masalah ini semua, kenapa sekarang? Kenapa aku?

"FARHAH LARI CEPAT! LARI! KENAPA KAU ADA DEKAT SINI LAGI?" Tiba-tiba entah dari mana Astar sampai terus dia tarik tangan aku untuk ikut berlari, nampak kesan luka pada pipi Mits dan tompok darah pada bahu Astar,

"Tar! Tar kita kena tolong Nami!"

"Mits, ikut aku kita pecah dua" Aldari menarik lengan Mits, terus dia halau aku dan Astar untuk pergi.

"Kenapa dengan dia?" Sambil berlari Astar menyoal, Aldari dengan Mits mula ikut jalan lain bila nampak bilangan orang yang mengejar kami semakin ramai.

"Dia kena attack, adik dia call aku ni." Tanpa memberi sebarang isyarat, laju Astar lepaskan dua das tembakkan arah belakang kami,

"Farhah focus, mana gun kau?" Pistol yang ada dalam saku seluar aku keluarkan, terkejut jugak tengok cara Astar buat kerja, tangkas.

"Jap Nani, stay on phone akak nak connect dekat earpieces."

"Sini-sini, naik rooftop ni. Kereta ada dekat sebelah sana." Astar panjat tangga bangunan tinggi di sebelah kami, diikuti aku. Sambil berlari, sambil aku cuba untuk tenangkan Nani yang dalam ketakutan.

"Far kanan!" Otak aku yang mula celaru ini tidak mampu berfikir untuk berlawan, dari tadi Astar je yang buat kerja kejap tembak sana, kejap lagi tembak sini. Manakala aku mula tidak keruan, nampak muka bengis Astar pun dah macam 2 kali ganda bengis,

"Kak Farhah tolonglah cepat! Abang Nami sorang-sorang tu." Tangisan Nani buat aku semakin serabut, Astar hulur tangan untuk tolong aku panjat. Sampai je atas rooftop bangunan ni,

PAP!

"Adoi!"

"Focus." Lepas dia tampar muka aku terus dia jalan tinggalkan aku macam tu je, malas nak bergaduh akupun ikut sahaja Astar dari belakang, Aldari dengan Mits pula pergi arah kanan tadi, harap-harap diorang dua okay sahaja.

Kami berjalan turun dari rooftop, terus Astar masuk ke dalam kereta Tesla milik Farhan dulu, sejak bila dah tukar milik tak tahu.

"Cepat Tar."




.
.
.







Sesampai sahaja di hadapan rumah agam milik Nazmi, terdapat dua buah van putih di hadapan rumah, tanpa fikir panjang terus kami keluar dari kereta.

"Far, phone kau bunyi."

"Ahhhh! Nanti!" Masa-masa sekarang juga dia perlu kesah dengan siapa call, terang-terang depan mata ada musuh.

"Angah call tu, takut dia apa-apa." Aku berhenti melangkah, telefon bimbit yang ada di tangan aku pandang seketika,

"Tar kau masuk cari Nami dengan Nani dulu." Astar hanya mengikut arahan, panggilan suara dari angah aku angkat.

"Hello, angah okay?"

"Farhah tolong angah! Ada orang pecah masuk rumah!" Suara angah kedengaran seperti dalam ketakutan sekali dengan nada berbisik, tadi Nazmi, sekarang Angah pulak? Diorang semua nak apa sebenarnya?

"Okay angah tunggu kejap, Farhah balik." Terus aku matikan telefon bimbit, sempat aku toleh sebentar dalam rumah Nazmi, nampak Astar baru lepas jatuhkan dua orang lelaki.

"TAR! AKU KENA TOLONG ANGAH!" Tanpa fikir panjang aku terus melangkah masuk dalam kereta kembali,

"Don't die!" Sempat Astar memesan sebelum aku beredar, nampak kelibat Nazmi disisi Astar, lega sikit nampak dia macam tak ada apa-apa sangat masih boleh berdiri.

Apa-apa pun, tolong jangan mati.







.
.
.










Aku terus masuk ke dalam halaman rumah, rasanya dekat seminggu tak balik sebab tinggal dekat rumah Nazmi,

Sunyi, gelap tak ada sebarang tanda-tanda sesiapa ada di dalam rumah.

"Angah?" pintu rumah aku buka luas, mata aku meliar melihat segenap ruang rumah mencari angah bersama pistol yang setia di tangan.

"Angah! Farhah ni!" Aku buka lampu suluh melalui telefon bimbit, tiba-tiba dengar seperti bunyi barang jatuh yang datangnya dari kiri,

"Jangan gerak." Keluhan lega aku lepaskan, bila nampak Moyo jatuhkan kotak tisu, masa-masa sekarang jugak kucing ni nak ajak main ke?

Bang!

"Farhah! Angah ni!" Mujur tembakkan yang aku lepaskan tidak terkena pada angah yang sedang berdiri di belakang aku. Aku usap dada perlahan, terkejut betul tadi memang fikir ada orang.

"Angah okay tak? Mana orang tu?" Angah membalas dengan menjungkit bahu,

"Tadi ada dua orang rasanya, dia dah pergi atas. Cuba check." Aku suluhkan lampu suluh arah tangga,

"Yeke? Jo-" Perut aku terasa senak yang teramat, terus tak mampu untuk bergerak, handphone dan pistol yang ada di tangan terus terjatuh akibat hilang keseimbangan.

"Angah?" Aku jatuh terduduk memegang perut yang ditusuk pisau, angah hanya diam tidak menolong.

"Ahhh...finally." Angah ketawa besar, aku masih tidak mampu hadam situasi dengan rasa sakit yang teramat ini.

Jadi, pisau ni...

Datang dari angah sendiri?

"Angah?" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku, aku lari dari semua benda selama ni, tapi masalah dia ada depan mata aku sendiri?

"Kau, adik-beradik kau, sekali dengan mak bapak kau. Semua bodoh, mati jelah kau ni baik lagi, menyusahkan kerja aku." Angah menyepak kuat badan aku yang sudah lemah di atas lantai,

"Tapi angah pun keluaga kita jugak." Angah duduk menyangkung di hadapan aku, pipi aku ditampar berkali-kali.

"Siapa keluarga kau? Siapa? Keluarga kau dah mati dah tahu? Sekarang turn kau pergi jumpa dengan diorang." Sekali lagi angah sepak kepala aku pula,

"Dah jom, settle."

"Baik bos, jom."

"D..drac?" Pandangan aku mula kabur, aku dapat rasakan tangan aku mula penuh disirami darah yang mengalir tanpa henti,

Astar...Nazmi, aku minta maaf,

Aku tak tunaikan janji.










.
.
.










First person pov

"Nazmi, kau okay?" Nazmi hanya menganggukkan kepalanya, bibirnya yang pecah akibat bergelut dengan 8 orang serentak itu diseka.

"Farhah, Farhah pergi mana?" Nazmi memerhati sekeliling untuk mencari kelibat Farhah, kalau Astar ada dekat sini. Mana Farhah? Kenapa dia sorang je ada dekat sini?

"Dia kata nak pergi tolong angah tadi, kau okay tak?"

"Kau biar dia pergi sorang?" Nazmi mula cemas, tambah lagi gelabah bila Astar membalas soalannya dengan anggukkan kepala. Terus dia berlari keluar dari rumah ke garaj kereta, pintu kereta dia buka dan terus hidupkan enjin tanpa berfikir panjang.

Astar pula hanya mengikuti langkahnya tanpa disuruh,

"Kenapa diorang serang kau?"

"Diorang nak Farhah. Tak, sekarang ni kenapa kau biarkan Farhah sorang?" Astar meraup mukanya kasar, mungkin serabut dengan situasi yang sedang melanda secara tiba-tiba ini.

"Dia nak tolong angah, kau faham tak angah tu a part of her family jugak?" Nazmi geleng kepala,

"Kerja aku untuk bawak Farhah jauh dari abang dia, kenapa kau biarkan dia pergi macam tu je?"

"Itu abang dia kan?"

"Ye! Kau tak faham Tar, Angah tu Taiju." Astar kaku sebenatar, kepalanya ditolehkan memandang Nazmi yang sedang memandu.

"Kau cakap apa ni bodoh?" Nazmi geram, stereng kereta dihentak berkali-kali cuba untuk menahan marah.

"Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau tapi angah tu bahaya, tak boleh biarkan Farhah sorang. Dia gila faham tak Astar?! Gila!" Nazmi meninggikan suaranya, Astar masih lagi dengab tertanya-tanya

"Tak, kau cakap dia Taiju tadi, apa?" Astar mula hilang akal, otaknya langsung tak mampu nak hadam apa yang Nazmi cuba untuk sampaikan. Tangannya menampar muka berkali-kali, cuba untuk bawa dirinya kembali ke dunia yang nyata.

"Aku tak tahu macam mana nak terangkan, sekarang ni kita kena protect Farhah dulu." Astar hanya diam tidak membalas, Nazmi pula memandu dengan kelajuan maksima untuk cepat tiba ke destinasi,

Dalam 10 minit kemudian mereka sampai di hadapan rumah agam milik keluarga Farhah yang selalunya mengambil masa 30 minit untuk tiba.

"Ni kereta dia ada sini,"Astar bersuara, nampak Tesla warna putih yang masih belum dimatikan enjin diluar dengan pintu rumah yang masih terbuka luas.

"Allahuakbar!" Jeritan milik Nazmi menyedarkan astar dari leka, kepalanya meliar ke segenap rumah yang gelap ini untuk mencari Nazmi.

"Is she still breathing?" Nazmi mengankat Farhah yang berlumuran darah, kepalanya dianggukkan.

Hanya Allah sahaja tahu betapa luruh jantung mereka bila nampak keadaan Farhah, pening, hampa, terkejut, bergaul sebati.

"Cepar Astar, drive." Tanpa berfikir panjang terus mereka berdua berlari keluar rumah bersama Farhah yang dikendong oleh Nazmi, pintu belakang kereta Astar bukakan untuk bantu Nazmi masuk, terus dia masuk ke bahagian pemandu untuk memandu ke hospital yang berdekatan.

"Farhah, kau dengar aku tak?" Nazmi menggoncangkan perlahan badan Farhah yang berada dipangkuannya, air mata yang lama ditahan mula mengalir. Hampa dengan diri sendiri yang gagal.

"Farhah, dengar tak!" Sekali lagi dia mencuba, "kau dah janji tak nak mati dulu!"

"Hm." Nazmi diam seketika, Astar yang sedang memandu juga melepaskan keluhan lega,

"Sorry...tolong jaga Moyo." Dah nak mati, boleh dia suruh jagakan kucing. Farhah cuba untuk ketawa perlahan. Nazmi geleng kepala, tak tahu nak bahagia ke nak sedih,

"Angah...dia salah...faham." Farhah memaksa dirinya untuk bersuara, batuk berdarah diselang-seli dengan perkataan yang cuba untuk disebutkan,

"Diam, aku tak nak dengar. Diam. Astar cepatlah sikit!" Nazmi bagai nak naik gila, Farhah yang ada dipangkuannya hanya tersengih kecil cuba untuk menarik perhatian rakannya yang mula panik.

"Shut up." Astar membalas perlahan, dia punya kering dah ni ikut jalan kecemasan, dari tadi dia berdoa supaya tak ada polis yang cuba untuk hentikan mereka.

"Tolong...ajak angah...balik." Farhah diam seketika, "aku minta maaf, Astar..Nazmi."

"Jaga diri."

"Astar farhah. Farhah tak bernafas!"




















Traitor.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro