13; It is what it is

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Farhah pov

"Kau tahu tak kau baru lepas kena tikam? Bukan ken gigit dengan semut." Aku menjungkitkan kening memandang Aldari yang bersama suit hitam miliknya, kacang pistachios aku masukkan ke dalam mulut nampak macam acuh tak acuh berborak dengan dia.

"hah? Lepastu?" Aldari geleng kepala, kemudian dia memeluk tubuh.

"And why the fuck kau ada dekat sini? Doktor suruh rehat at least 2 weeks! Kau baru discharged semalam kan?" Aku duduk atas sofa di dalam pejabat baru milik kami ini, tangan masih leka buka kacang tanpa endahkan Aldari yang sedang bercekak pinggang.

"Saja nak tengok korang." Blazer yang sedikit senget aku betulkan, memang kalau dah masuk je department 100 ni kena pakai serba lengkap baju formal sebab ini arahan dari Puan Hanis, semua anak buah dia kena ikut.

"Assalammualaikum." Pintu pejabat dibuka, aku tolehkan kepala memandang ke arah pintu tersebut. Nampak Puan Hanis masuk, laju kami yang sedang bergaduh berdiri tegak tanda hormat,

"Eh Farhah, duduk. Kenapa kamu ada dekat sini?" Puan Hanis tersenyum ke arah aku, dulu masa mama ada, Puan Hanis ni yang banyak jaga aku. Kalau turun training pun dia yang jadi mentor, jadi kami sendiri dah macam mak dengan anak.

"Saja puan, nak tengok pejabat baru." Puan Hanis hanya menganggukkan kepalanya sahaja, aku kembali duduk selepas disuruh tadi. Badan aku sebenarnya belum sihat mana pun. Luka pun tak sembuh betul lagi, tapi dari aku duduk baring dekat rumah je, baik aku datang buat kerja.

Walhal aku datang sini duduk menyakat Aldari je dari tadi.

"Dah comfirm betul-betul next markas diorang dekat mana?" Aku berjalan ke arah Aldari dan Puan Hanis yang sedang berbincang sesuatu di hadapan skrin 3d projector, laju sahaja tangan Aldari menekan-nekan papan kekunci untuk menunjukkan lokasi.

"Yeap. Lepastu saya dapat berita sebulan dari sekarang diorang akan buat perjumpaan lagi, mungkin 20 Ogos ni, dekat Billion Complex yang terbiar tu." Puan Hanis melihat peta yang terpapar itu dengan teliti,

"Bagus Aldari, apa-apa update nanti serahkan pada saya. Prestasi kerja kamu sangat bagus, saya bangga kamu sertai bahagian saya." Kepalanya dipusingkan ke arah aku pula,

"Farhah, banyakkan rehat. Banyak lagi benda kamu kena bantu, tak akan saya nak sia-sia kan top 10 dalam department saya ni kan?" Puan Hanis menggosok kepala aku perlahan sambil memberikan nasihat, "saya minta diri dulu ya."

"Terima kasih puan," Serentak aku dan Aldari menundukkan kepala, Puan Hanis mula mengorak langkah untuk keluar. Sempat dia berbual sebentar dengan Astar yang baru masuk ke pejabat di hadapan pintu.

"Farhah, papa kau nak jumpa dalam bilik meeting."







.
.
.








"Nani tak boleh pisah betul dengan Mek Qai, nasiblah malam tu semua orang okay je." Aku sandarkan kepala pada kerusi kayu yang ada di balkoni rumah Nazmi ni, ya. Dah keluar hospital pun aku duduk dengan dia sebab rumah aku kosong, papa bising tak bagi aku tinggal sorang. Jadi dia suruh duduk je dengan Nazmi alang-alang si Nazmi ni dah volunteer rumah dia sendiri masa bergaduh tu.

"Itulah, risau jugak aku malam tu. Risau lagi aku dekat kau tahu?" Aku diam seketika, air coklat panas yang maid Naf buatkan untuk kami berdua itu aku hirup sedikit lepas rasa macam dah sedikit suam. Kepala ditolehkan memandang Nazmi yang leka menikmati padangan langit yang dihiasi dengan bintang halus.

"Ha, aku nak tanya sikit." Nazmi alihkan kepalanya memandang aku pula, tangannya memeluk lutut yang dirapatkan ke dada,

"Macam mana kau boleh okay je lawan 8-" Telefon bimbit aku tiba-tiba berdering, kepala aku ditundukkan memandang meja. Nombor yang tidak dikenali terpapar, "jap ek."

"Hello?" Telefon aku letakkan pada telinga kanan,

"Ni Farhah ke?" Suara yang kedengaran agak familiar menyerpa gegendang telinga, dagu yang sedikit gatal aku garu,

"Haah, siapa ni?" Satu keluhan lega dilepaskan oleh si pemanggil,

"Aku ni, Mits."

"Ha Mits, kau okay? Kau terus hilang sejak hari tu. Aku risau,"

"Okay, tapi aku nak jumpa kau kejap boleh? Ada benda aku nak bagi tahu, tapi tak boleh cakap macam ni." Terus aku berdiri untuk jauh sedikit dari Nazmi, sempat aku bagi isyarat meninta diri.

"Kenapa Mits?"

"Jumpa dalam 15 minit dekat cafe uncle kau tu boleh?" Aku mengerling jam di tangan sekilas, dah pukul 10.30

"Penting sangat ke ni Mits? Dah malam ah." Mits mengeluh perlahan,

"Ye penting, tolong datang sorang. Aku nak tolong kau ni." Aku masih berbelah bahagi, sudah mamat ni. Dia nak tikam aku pulak dah ke? Tapi dia ajak jumpa dejat cafe Uncle Nazi je, mana mungkin.

"Ha, okaylah."

"Tolong tau, sorang." Laju dia mematikan panggilan suara, aku toleh belakang pandang koridor yang Nazmi sedang duduk,

Ini kalau aku bagitahu dia ni, mahu dia tak bagi aku keluar.

Apa kata kita keluar je senyap-senyap?







.
.
.








Aku melangkah masuk ke dalam cafe milik Uncle Nazi, dari jauh Uncle Nazi dah lambai aku macam biasa.

Tadi penatlah jugak senyap-senyap keluar rumah macam pencuri, aku bagi alasan nak tidur dekat Nazmi. Dia nampak macam percaya je.

Mata aku memerhatikan segenap cafe, Mits nampak macam belum sampai lagi. Kaki aku melangkah ke arah kaunter untuk membuat pesanan, lepas dah siap membuat pesanan aku duduk di meja bulat yang sedikit tersorok.

Memang kalau perjumpaan mana-mana ejen semua akan pilih tempat ni, dah macam markas kami sebenarnya. Uncle Nazi pun sebahagian daripada kami,

"Kau pun dapat call Mits?" Aku angkat kepala, Astar berdiri di hadapan aku dengan T-shirt Betleejuice warna putih, kemudian dia mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Haah, tapi dia suruh datang sorang. Kenapa kau dekat sini?" Astar jungkit bahu, topi Nike hitam dia buka dan letakkan atas meja,

"Same, tiba-tiba ada kau." Aku diam tidak membalas, entah apalah yang penting sangat si Mits ni nak bincang sampai tak boleh nak tunggu hari esok.

Dalam beberapa minit kemudian, Uncle Nazi datang dengan pesanan kami, "hati-hati minum, panas ni."

Aku capai cawan yang berisi Caramel Latte,  nampak ada kepulan asap kecil tanda air tersebut masih panas menambah lagi selera orang yang melihatnya.

BAM!

"Woi!" Terhenti aku yang sedang cuba untuk meminum air yang aku pesan tadi, Astar memanjangkan leher untuk melihat bunyi berlanggar yang kuat di hadapan cafe,

Bunyi riuh tersebut disertai dengan jeritan gaya histeria oleh beberapa orang awam. Mungkin terkejut.

"Uish, langgar lari." Uncle Nazi yang ada di kaunter bersuara, kami terus bangun dari duduk untuk melihat incident tersebut. Namun malang, orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian.

"Apa tu?" Astar menarik lengan aku untuk melihat siapa mangsa langgar tersebut, puas kami bertolak-tolak dengan orang awam yang saja berkumpul untuk merakamkan kejadian.

"Weh, Mits." Astar mengumam perlahan, terus dia duduk bersebelahan Mits yang terkulai di atas jalan raya. Teruk, ngeri. Nampak tangannya macam patah dan tulang kaki ada yang tersembul terkeluar,

"Astagfirullah, Mits!" Aku terus jatuh terduduk, terkejut bukan main. Tak sangka walau sikitpun benda ni boleh terjadi.

Badan Mits yang berlumuran darah itu nampak menggigil perlahan mungkin sedang menahan sakit, lagi ngeri bila matanya masih terbuka dan boleh respons semua pertanyaan Astar yang sedang cuba memastikan dia kekal dalam keadaan sedar.

"Ada orang dah tolong call ambulance?" Astar bertanya, seorang pemuda lelaki mengangkat tangannya sambil telefon berada di telinganya, mungkin masih sedang berurusan dengan pihak hospital.

"Dia sedar tak Tar?" Aku menyangkung bersebelahan Astar. Dia balas dengan anggukkan kepala,

"Tapi dia dah tak kuat dah ni." Kepala otak aku mula sakit, aku sure kemalangan ni disengajakan. Apa yang diorang sebenarnya nak? Aku dah penat memikirkan semua benda ni.

Baik mati je dari orang lain terseksa sebab nak pertahankan aku kalau macam ni.

Penat.















Begin to shake for no reason at all.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro