16; before the ending

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Farhah pov

"Aku penat lah hari ni Nami, esok jelah kau suruh Mek Qai masak je Sup Tulang tu." Aku berjalan ke arah ruang tamu sambil menggosok mata akibat mengantuk, baru curi tidur kejap lepas petang tadi lepastu Nami ketuk pintu bilik macam nak roboh.

"Alah! Tak sama! Jom je lah!" Aku menguap besar, terus jalan ke luar rumah dengan tudung selendang senget benget dan hoodie merch Billie Eilish bewarna coklat lembut yang aku rembat dalam bilik Nazmi kelmarin.

"Hm yelah." Kaki aku melangkah keluar rumah, stokin corak tompok lembu aku sarungkan. Kasut convers high cut warna Maroon aku capai dari rak kasut.

"Jom jom! Sup tulang dekat dataran tu sedap tau? Kedai tu dah la bukak sebulan dua tiga kali je." Girang dia bercerita macam aku yang duduk dekat tempat penumpang ni kesah, tali pinggang bahagian aku dia tarik mungkin lepas dia nampak aku dah terlentok nak tidur tak fikir keselamatan atau saman RM 500.

"Hmmm drive je lah senyap-senyap."

Dalam 15 minit macam tu kami sampai dataran, mata aku mengantuk lagi sebenarnya tapi si Nazmi ni dia paksa jugak. Jadi aku tak ada pilihan lain selain ikut jugak dia.

Kami duduk di atas meja petak yang memang boleh tempatkan dua orang sahaja, dalam beberapa minit kemudian seorang budak lelaki datang untuk mengambil pesanan. 

"Kak, bang. Minum?" Nazmi membuat pesanan tanpa tanya aku nak apa, mungkin sebab dia dah tahu apa benda yang aku akan minta. Mata aku meliar memandang segenap dataran yang riuh rendah dengan orang awam sedang bersuka ria.

"Kau nak aiskrim ke? Tunggu sup macam lambat sikit sebab ramai orang ni." Aku diam cuba untuk proses ayat Nazmi tadi.

"Kau ingat aku budak-budak ke?"


"Nak campur vanilla dengan strawberry topping nak oreo." Pakcik yang jual aiskrin tersebut hanya anggukkan kepala, Nazmi pandang aku dengan muka bosan miliknya.

"Terima kasih pakcik." Aku capai dua kon aiskrin yang pakcik tu hulurkan, satu lagi Nazmi punya. Saja je ambik dulu sebab nanti siapa nak bayar kalau aku biarkan Nazmi pegang aiskrim. Badan aku menari-nari perlahan sebab gembira dapat aiskrim sambil-sambil tunggu Nami buat bayaran.

"Ini ke bukan budak kecik tadi?" Nazmi capai aiskrim miliknya yang ada di tangan aku, satu jelingan aku hadiahkan. Eh suke hati oranglah nak makan ke tidak.

"Bising ah." Aku jalan meninggalkan Nazmi di belakang, sibuk je. Dia lupa lah tu dia yang heret aku penat training makan sup tulang dia ni?

Kami kembali duduk semula di meja makan kami, masing-masing diam buat hal sendiri.

"Farhah tengok ni, cantikkan." Nazmi tunjukkan skrin telefon iPhone 12 miliknya ke arah aku, aku diam hadam gambar yang dia tunjukkan tersebut.

"Aku ke ni?" Gambar aku duduk senyap-senyap makan aiskrim yang Nazmi tangkap itu aku pandang macam nak timbus skrin. Cantik siot side profile aku, aku tak pernah rasa secantik ini dalam kehidupan aku.

"Lah, siapa lagi?"

"Nampak macam bidadari siot." Serius, aku nampak so musty but in good way. Muka sembab tak cukup rehat dengan baju aku yang selekeh memang buat aku ada keyakinan yang aku cantik sebenarnya.

"Yelah dah kau bidadari aku." Otak aku lambat hadam, mata aku masih hadap telefon bimbit Nazmi ini sebab gila babi aku cantik gila babi.

"Eh-"

"Okay ini oder kakak dengan abang." Nazmi nampak happy bila sup tulang yang dia oder dah sampai, tersenyum lebar dia dekat budak lelaki yang hantar pesanan ini.

"Terima kasih dik." Budak lelaki tersebut mula beredar, Nazmi bahagikan makanan tersebut ikut apa yang dia pesan tadi, "makanlah, sedap."

Aku hanya dengar kata Nazmi, nasi disuap masuk mulut. Kok tak de rasa, si Nami ni tipu aku ke? Apa yang sedap sangat ni?

"Kau dah kenapa makan nasi putih je?" Aku terdiam dari kutuk Nazmi dalam hati, terus Nazmi cedokkan Sup dalam mangkuk hadapan aku letakkan dalam pinggan nasi. Patutler tak ada rasa, nasi je.

"Itupun nak orang buatkan ke?"

"Bisinglah, aku try nasi dia tadi." Aku kembali makan dengan normal, memang sedap pun sup tulang dia ni. Patutlah Nazmi suka, mata aku meliar memerhatikan segenap dataran yang masih riuh dengan orang ramai.

"Makan jangan berangan."

"Along?" Nazmi menoleh pandang arah yang aku sedang pandang, aku rasa aku tak salah orang.

"Kau nampak apa tu?" Nazmi bertanya,

"Along!" Terus aku berdiri dari duduk, kaki aku berlari ke arah susuk tubuh lelaki yang sedang duduk di bangku dataran, kalau salah orang kita pura-pura jelah macam orang gila.

Lelaki tersebut nampak aku sedang berlari ke arahnya, dia berdiri. Juga nampak terkejut. Kali ni aku sure aku tak salah orang dah.

"Farhah?" Aku berhenti berlari, memang betul. Lelaki yang dekat depan aku ni confirm along. Mata aku mula kabur sebab duduk tahan air mata mengalir. Along dah jalan mendekati aku yang berdiri kaku sebab terkena kejutan budaya ini.

"Adik along dah besar." Air mata yang bertakung aku seka, kepala aku angkatkan untuk melihat wajah along yang berdiri di hadapan aku.

"ADOI! ADOI! SAKIT! ADOI ADOI!" kuat aku tarik rambut along sampai rasa ada yang terputus-putus rambut dia, along menjerit kesakitan. Orang awam yang lalu lalang hanya menyaksikan adegan tarik rambut ini tanpa tolong hentikan keganasan aku,

Segala geram aku lepaskan, haa aku tarik-tarik rambut dua sampai putus-putus.

"Go kakak baju coklat! Go!" Suara Nazmi beri sorakkan kedengaran, aku geram tak habis lagi ni. Dah berapa tahun dia tinggalkan adik dia begitu je, dia fikir aku nak buat scene Dilwale ke kalau jumpa?

"Adik dah la tu! Sakit!" Aku berhenti merejam along, along angkat kepala balik. Tangannya membetulkan rambut yang dah kusut masai.

"Hilang macho along tahu?" Tak fikir panjang terus aku peluk badan along yang tinggi lampai, terus aku melalak macam orang tak betul along hanya diam tidak bersuara. Tangannya membelai perlahan kepala aku,

"Dik, tempat aw-"

"Pakcik, ini adik saya."

"Oh."

Aku lepaskan pelukan rindu tersebut, air mata aku lap ala kadar guna lengan hoodie. Along tersengih kecil memandang aku, macam tak ada buat dosa apa-apa.

"Oooo keluar dengan boyfriend ye sekarang?" Tangan dilambaikan arah Nazmi yang dah kembali duduk sambung makan sup tulang, laju aku tumbuk perut along kuat.

"Mana Paan?" Aku terdiam, lepastu kembali menangis. Dia boleh tanya pasal Paan pulak, lemah betul aku. Lemah.

"Eh adik, kenapa ni? Jom kita duduk dulu jom?"







.
.
.







"Sekarang Farhah duduk dengan saya, sebab papa dia suruh." Angah angguk kepala, lepas dah dekat sepuluh kali atau lebih aku menangis ceritakan semua benda. Terus tak jadi aku nak makan. Along pulak tolong makankan.

"Maafkan along ye dik, along takut adik kena marah dengan papa kalau along cari adik." Along mengusap kepala aku, ada riak bersalah di wajahnya.

"Farhah jaga diri tau, nanti kalau papa dah okay kita jadi family balik." Aku diam tidak membalas, tahu yang untuk papa okay tu macam tunggu lelaki mengandung. Badan along yang sasa ni macam mustahil dia ambil dadah.

"Along tahu adik boleh, janji jangan give up okay? Along nak jumpa Farhah lepas Farhah balik dari misi kali ni. Bolehkan?" Aku termenung seketika, sebab aku tak yakin aku boleh janji untuk balik dengan masih bernyawa.

"Farhah." Along capai tangan aku, "jangan mengada-ngada nak mati, ni bukan masa untuk ambil peluang nak attempt suicide."

Along ketuk kepala aku kuat, "use your strength to protect, kalau Farhah menang. Farhah dapat tolong Cali, boleh tolong ramai orang lagi. Jangan give up."

"Along tahu adik-adik along semua boleh, mama tak lahirkan orang useless."

"Tapi angah..." along geleng kepala,

"Angah salah faham je tu, dia still adik along, abang Farhah kan?" Air sirap ais dia sedut sedikit, "kita kena tolong angah, sebab itu bukan dia. Along sure, dia mesti tahu apa yang dia buat tu salah."

Aku diam tidak membalas, apa yang along fikirkan sama dengan apa yang aku fikir. Jahat macam manapun angah, dia abang aku juga. Kami satu keluarga.

"Kalau Farhah rasa macam Farhah dah tak ada sesiapa," Along diam sebenatar, sebuah senyuman manis dia hadiahkan pada aku "Farhah ada along lagi."

































You don't have to bow your head. Just have a heart that cares of other.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro