epilogue

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[chapter playlist]
The end of chiquitita (10min)

https://www.youtube.com/watch?v=CLlKKO-5dp4

Dekat spotify ada podcast dia, tolong dengar sambil baca feeling macam kau main character doh tak tipu.








Aku mengerling jam di tangan sekilas, train hari ni macam lambat sikit mungkin delayed sebabkan hujan.

"Sebelum balik rumah kita singgah Marry nak? Aku nak makan burger." Ajakkan Farhan dibalas dengan anggukkan kepala, blazer yang ada di tangan dia gantungkan pada bahu.

"Kau bila nak kahwin ni Far? Dah masuk 28 tahun dah birthday kita lagi berapa bulan je." Aku menjeling, dah kenapa tengah-tengah stesyen lrt yang sesak ni dia ajak gaduh pun tak tahu.

"Dah jodoh tak sampai lagi," Aku mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam lrt yang baru tiba lepas beberapa minit memberi laluan untuk penumpang yang ada di dalamnya keluar.

"Dah kau tak cari." Farhan menarik lengan aku untuk berdiri berdekatan dengannya memandangkan keadaan lrt yang sangat sesak pada petang ini. Dekat Florida memang bahaya sikit untuk perempuan yang jalan sorang.

"Buat apa nak cari, nanti dia datanglah." Aku melemparkan pandangan arah luar tingkap train, cuaca petang dekat Florida ni tak macam Malaysia. Bila musim sejuk, sejuk gila. Bila panas, panas gila.

Aku melihat awan yang tidak kelihatan pada hari ini, langit makin nak keluarkan matahari semula selepas hujan turun. Nampak lah golden hour hari ni.

Tiba-tiba train ini berhenti seketika untuk memberikan laluan pada train ke tiga supaya tidak bertembung, mata aku memandang ke arah train yang ada di sebelah ini, sama juga. Penuh dengan orang yang baru balik kerja.

Ada kanak-kanak yang gembira, dan juga beberapa orang warga emas. Kadang macam pelikkan?

Semua orang yang ada depan mata kita ni, semuanya ada cerita mereka sendiri.

Kita tak tahu, dalam ramai-ramai yang ada depan mata kita ni, mungkin ada yang baru hilang orang yang mereka sayang.

Atau ada suicidal thoughts,

Mungkin ada yang baru lepas jalani kehidupan rumah tangga.

Berjuta-juta atau bilion mahupun lebih manusia dekat dunia, kita kenal tak sampai suku darapada mereka. Kita tak tahu apa orang lain lalui,

Sebab tu kita kena hormat semua orang. Tak ada orang yang lahir-lahir sedia jahat.

Lama aku termenung, tiba-tiba aku tersedar sendiri. Lambat juga train delayed hari ni, nasib balik kerja awal sikit kalau tak mesti senja baru sampai rumah.

Mata aku terpaut pada satu figura lelaki yang juga berdiri di hadapan tingkap, mukanya ditundukkan memandang landasan. Entah kenapa aku rasa tertarik dengan lelaki tersebut, samar-samar nampak dari sini dia pakai turtleneck hitam dan blazer labuh warna hitam. Rambut pula jatuh menutupi dahi,

Tiba-tiba kami bertentangan mata.

Anak mata coklat pekat dan bibir yang memekar merah bak buah delima, menjamah pandangan.

Nafas aku seakan terhenti seketika, perut aku terasa sakit akibat terkejut melihat muka lelaki tersebut. Jantung terasa seperti terjatuh, perasaan macam bercampur-pauk.

Lelaki yang ada di tingkap sebelah sana juga nampak terkejut, kaku dia berdiri pandang aku yang sedang berdiri di depan tingkap train ini.

"Nazmi!"

"Hah?" Tiba-tiba train ke tiga mula memasuki laluan, juga menutup train lrt di hadapan aku tadi. Aku tarik nafas dalam, betul-betul terasa macam oksigen tak ada langsung tadi, macam tak boleh bernafas, masa seakan-akan terhenti seketika.

"Aku nampak Nazmi!" Farhan mengerutkan dahinya, train yang berhenti mula bergerak kembali. Aku tekat nak turun dekat next station, aku pasti kalau dia Nazmi, dia pun akan buat benda yang sama.

"Aku nak turun sini, nanti jumpa dekat rumah." Terus aku berlari meninggalkan Farhan untuk turun di station yang sudah tiba, teriakkan Farhan aku abaikan.

Nazmi. Aku sure tadi tu dia.

Aku terus keluar dari train, ada juga suara orang teriakkan sebab marah aku lari tak ikut giliran keluar. Kepala aku ditolehkan ke kiri kanan untuk mencari idea untuk aku pergi mana.

Oh ya! Train tu berhenti dekat station sebelah selatan.

Kaki aku melangkah pergi, laju aku naik tangga untuk keluar dari station lrt ini bagi kejar lrt yang tadi. Laju aku berlari tak ada masa nak fikir apa-apa dah.

Sepuluh tahun Farhah, tak akan kau nak biarkan dia terlepas macam tu je? Cepat.

Aku naik jejantas yang menyambungkan dua buah station lrt ini, sampai sahaja di atas jejantas, ternampak train yang ada Nazmi tadi dah tinggalkan station.

Aku masih meletakkan harapan yang tinggi, kaki aku masih belari untuk turun dari jejantas. Turun sahaja dari jejantas ni nampak seorang lelaki yang sedang duduk melutut seperti dalam kepenatan. Tangannya memegang kepala, sambil menunduk menahan sakit.

Aku mula berbelah bahagi, kalau aku biarkan lelaki ni macam tu je. Aku terlepas peluang nak cari Nazmi.

Kalau aku tak tolong lelaki ni, macam mana kalau dia mati ke apa nanti? Dia macam perlukan bantuan. Tapi tak ada siapa nak tolong dia sebab itu memang perangai orang dekat sini, kau ada mental breakdown tengah jalan pun tak ada siapa kesah.

Jadi aku ambil keputusan untuk tolong lelaki tu, mata aku memerhatikan station lrt belah selatan tersebut buat kali terakhir,

Tak ada kelibat Nazmi,

"Are you okay?" Aku menunduk sedikit, bahu lelaki yang sedang duduk melutut itu aku pegang dari belakang, "hello sir?"

Dia angkat kepala, kemudian dia menoleh arah aku yang ada di belakangnya.

"Farhah?"

"Nazmi?" Dia angguk kepala,

Aku terdiam, baru perasan baju yang dia pakai sama dengan lelaki yang aku nampak dekat train tadi.

"Finally." Nazmi bersuara perlahan sebelum tiba-tiba rebah di tangan aku, laju aku sambut dia yang tiba-tiba pengasan.

"Yallah dik! Aku penat cari kau!"

"Call ambulance Farhan, cepat." Drastik gerak balas Farhan keluarkan telefon bimbit yang ada dalam saku seluar lepas nampak Nazmi yang tidak sedarkan diri.

Yaallah, terima kasih.

Terima kasih sebab dah tolong aku jagakan dia selama ni.











































The end - 17 July 2021 : 2:05 pm
Leal

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro