Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LIDA 10

LEPAS pulang ke dorm, aku termenung panjang. Sikit-sikit aku mengeluh. Terasa tak nak menghadap muka Qais lagi.

"Kau kenapa, kak?" Aku cuba sembunyi raut wajahku yang mendung. Terasa nak menangis tapi aku tak nak menangis kerana Qais. Aku rasa perkara itu membuang masa.

"Takde apa," jawabku tidak mahu beritahu perkara sebenar. Seboleh mungkin, tentang hari ini aku takkan ceritakan kepada sesiapa, termasuk ahli keluargaku. Biarlah terkubur dalam lubuk hatiku saja, meskipun ianya sangat mendera jiwaku.

"Kakak balik dengan abang Qais, kan?"

Aku terdiam. Macam mana dia tahu?

"Abang Qais beritahu Mia kat mesej tadi. Dia kata kakak kat rumah mama dia."

Aku tak terkata. Rupanya dua ekor ni dah berbalas mesej. Bertukar pesanan lagi. Tanpa beritahu pun, memang dah terkantoi dengan Mia.

"Kenapa Mia perlu layan dia? Mesej dia? Dia bukan sesiapa pada kita, Mia." Aku minta penjelasan. Sudahlah Qais bikin hati aku sakit, sekarang Mia pula.

"Mia... Hm, Mia minta maaf, kak..." Bukan permohonan maaf yang aku nak, tapi penjelasan.

"Mia suka Qais, ke? Kalau suka Mia ambik dia. Tapi jangan babitkan akak dengan dia." Saja aku tebak. Dah awal pertemuan Mia dah tergedik-gedik, kemungkinan Mia ada hati dengan Qais. Kalau ada hati pun lagi bagus, kahwinkan ajelah kalau itu dapat puaskan hati masing-masing.

"Apa akak ni? Mia mana ada suka Abang Qais. Cuma Mia tak sampai hati pula, dah Abang Qais tu merayu kat Mia nak minta nombor Mia, supaya senang apa-apa jadi pada akak nanti dia tahu..."

Aku berdecit sambil geleng kepala. Kenapa dengan Qais ni? Dah aku kata jangan ungkit masa silam dan anggap aku hanya orang luar. Kenapa masih berdegil nak tahu tentang diri aku? Bukan ke dia pernah cakap aku ni macam-macam dulu. Hina aku itu ini. Semua yang aku buat, tak kena di mata dia. Aku isteri tak sempurna di mata dia. Sebab itu dia buang aku. Dan sekarang? Apa mahu dia? Apa lagi!

"Akak nak Mia stop sampaikan aktiviti akak pada dia. Kalau nak cakap pasal lain terpulanglah. Jangan ada satu pun tentang akak. Faham tak Mia?" Aku mula bertegas. Kalau dah aku tak suka, jangan cuba buat lagi. Jangan cabar kesabaran aku. Cukuplah hati ni terluka. Tak ada lagi peluang untuk baiki hubungan yang retak ini. Rasanya memang takkan berlaku. Sudah cukup aku sengsara.

"Kalau dia paksa macam mana?"

"Mia pun dah besarkan, nak takut apa dengan dia tu? Manusia jugak, bukan harimau."

Kelihatan Mia tak senang duduk. Mukanya mendung, risaukan apa lagi pun aku tak tahu.

"Jangan disebabkan dia, kita pulak bermasalah. Mia kena sebelahi akak, Mia tu adik akak... Bukan adik dia."

Mia angguk je.

"Pening Mia. Kenapa Mia belajar dengan akak. Tengok dah sakit kepala fikir."

"Ada akak ajak Mia ke belajar dengan akak? Mia yang nak sangat ambil kos sama dengan akak." Aku pula mengulang kisah lama. Berapa kali aku tanya betul ke keputusan dia ambil kos sama dengan aku. Dia tetap juga nak. Sekarang dia nak mengeluh pulak?

"Iyalah, tapi... Tak sangka Abang Qais tu lecturer kita."

"Nak buat macam mana. Teruskan jelah hidup. Akak nak anggap dia lecturer je lepas ni. Malas nak serabutkan otak. Akak harap Mia pun macam tu, melainkan Mia ada hati kat dia."

"Ish, janganlah cakap macam tu. Mia pun dah tak nak sesiapa. Tawar hati sejak Ziyad tu."

Kami masing-masing terdiam. Aku baring dek kerana keletihan, Mia pun turun baring di sebelah aku. Pandang siling kipas. Macam-macam aku teringat tentang peristiwa petang tadi, dah halau masih juga melekat. Nak luahkan pada Mia, tapi malas. Mia pun dah macam tu. Aku sukar nak percaya dia. Nak cerita isi hati aku pun dah susah.

"Kak... Ada orang call."

Bahuku ditepuk, tersentak juga aku. Baru nak layan mata, boleh pulak Mia tegur.

"Siapa?"

Jangan Qais sudah.

"Neil..."

Apa pulak mamat ni nak malam-malam?

Aku ambil juga handphone yang terhulur tadi.

"Waalaikumussalam, ya Niel?" Lembut aku soal dia. Suara dia dicorong telefon kedengaran serak-serak basah. Meremang pula bulu roma aku bila terbayang senyuman manis Niel. Lesung pipit dia tu! Sweet sangat. Untung bini hang, Neil!

"Saya nak tahu je keadaan awak. Awak okey? Ada sakit kat mana-mana, tak?" Alahai, prihatinnya dia. Janganlah macam-macam Neil. Malam-malam call semata-mata nak tahu keadaan aku. Terharulah. Belum pernah jumpa lelaki sebaik ini. Kenapalah tak jumpa Niel dulu sebelum Qais? Kalau tidak, dah lama aku terkejarkan Neil aje.

"Saya okey, Neil. Awak tak perlulah call, tak penting pun keadaan saya ni. Biasalah cuai, macam nilah jadinya." Aku akui kadang-kadang aku berada dalam dunia aku sendiri, sampai lupa keadaan sekeliling. Lagipula aku banyak fikir kebelakangan ini, fikirkan kenapa Qais ditakdirkan jadi lecturer aku. Dan kenapa dia suka stalk aku.

"Awak orang penting bagi saya, Laila... Awak kan kawan saya, maybe bakal..."

Jeda. Tidak pula Neil sambung bicara sedangkan dada aku dah gedebak gedebuk. Mahu tak berdebar kalau dah dia tiba-tiba bercakap macam tu.

Aku hanya menanti. Telinga aku disaat ini hanya dengar desahan nafasnya yang resah. Risau pula... Aku nak tahu dia tersasul atau tak berniat pun nak cakap macam tu?

"Er, Laila... Esok awak datang tak?"

Tengok. Neil dah ubah topik. Aku anggap sajelah dia tak maksudkan apa-apa. Aku tak nak perasan lebih-lebih nanti aku juga termalu sendiri.

"Mestilah saya datang... Saya takkan ponteng selagi saya ada kudrat nak bangun. Lainlah ada hal kecemasan ke..." Aku memang dah berniat, sakit macam mana pun aku tak nak ponteng kelas sebab tu bila Qais halau aku tempohari aku rasa nak menangis. Aku dah bersemangat tak nak rosakkan kehadiran aku, kerana dia aje... Kehadiran aku tak cantik. Biarlah, dah terjadi. Aku pun kira dah redha, setakat kelas dia aje aku termiss.

"Okey, Laila. Esok saya nak bagi something dekat awak. Jangan tak datang pulak, tau..."

Aku segan.

"Nak bagi apa? Tak perlulah susah-susah. Bukan birthday saya pun."

"Birthday awak bila?"

Alamak. Dia tanya pulak. Aku paling malas kalau ditanya tentang birthday sebab bila dah diberitahu komfirm orang akan lupa. Sangat jaranglah orang nak sambut birthday aku. Keluarga aku pun jarang sambut. Qais pulak memang tak pernah pun sambut, wish pun macam terpaksa. Itupun sebab aku beritahu hari tersebut adalah tanggal kelahiranku. Nampak sangat kan aku ni bukan sesiapa dalam hidup dia, tak penting.

"Hari jadi saya lambat lagi. Bulan 12."

"Tarikh?"

"1 December."

"Okey, saya save... Senang nak celebrate nanti." Kedengaran teruja pula suara Neil.

Aku hanya senyum nipis. Jangan berharaplah, mesti Neil lupa. Dah terbiasa pun dilupakan oleh ramai orang. Hidup sendu begitulah.

"Laila..." Seru dia bila kami berdua tak bersuara. Tika ini aku lihat Mia dah terbaring atas katil dia, tangan dah dilekap atas dahinya. Mungkin dah terlelap? Iyalah, shopping sakan. Mesti letih tawaf dalam mall tu.

"Ya?"

"Awak selesa tak berkawan dengan saya?"

Tak pasti nak jawab apa. Selesa ke? Tapi janggal. Tapi okeylah jugak setakat ni. Neil pun baik. Hormati aku. Cakap pun tak pernah berkasar.

Tit Tit... Aku baru nak bercakap, ada panggilan baru masuk. Emosiku yang agak baik tadi jadi melambung-lambung lihat nama yang tertera. Aku tekan juga untuk jawab. Nak tahu apa lagi mahunya Qais.

"Nak apa ni?"

"Garang... Sejak bila Laila garang ni?"

Eh, dia ni.

"Nak apa kacau malam-malam?"

"Tengah oncall dengan siapa tadi?"

"Sibuk je nak tahu." Memang dasar penyibuk!

"Sudahlah tu, asyik nak marah aje. Cuba berlembut sikit dengan aku."

"Berlembut? Eww, tak hingin!"

"Esok datang?"

"Datanglah. Kenapa pulak tak datang."

"Rehat, kita keluar. Aku nak belanja makan kat luar. Nanti dekat cafe jadi bualan sensasi pulak?"

"Excuse me, awak ingat kita ni kawan ke nak diajak makan kat luar sama-sama? Kita ni hanya ada hubungan lecturer dengan pelajar saja, ya. Mustahil nak makan bersama. Buang tebiat namanya."

"Kau wanita yang pernah tinggal sebumbung, sekatil, sebantal dengan aku. Tak salah pun ajak makan. Bukan nak ajak tidur hotel."

Celupar betul! Merinding bulu romaku. Mintak simpang malaikat 44!

"Awak ajak jelah pelajar awak yang terkinja-kinja nakkan perhatian awak. Rasanya ramai sampai beratur. Sesiapa pun sudi kalau Dr Qais ajak makan. Diajak ke hotel pun ada yang nak, kan? Tak gitu Dr Qais?"

Terdengar dengusan kasar Qais. Mesti dia terasa kepedasan, kan? Siapa makan cili, dialah terasa pedas. Huh!

"Mulut tu dah lama tak kena cium. Sedap mulut je bercakap."

Aku tekup bibir aku. Mulalah rasa perasaan aneh-aneh. Sejak bila Qais ada perangai gatal? Dulu dia tak pernah sebut perkataan cium. Siapa yang kotorkan otak Qais ni? Ke dia dah terbiasa cium mana-mana perempuan. Eh, aku ni suka sangat fikir bukan-bukan. Tak baik fitnah!

"Diam pulak. Esok kira jadilah kita keluar makan?"

"Makan ajelah sorang-sorang. Dah tua bangka takkanlah nak berteman."

"Dulu elok je teman aku makan. Siap nak suap aku tanpa disuruh."

Hal lama dibangkitkan lagi. Kembang kuncup aje hidung aku ni, panas berbahang.

"Malas nak buang masa... Bye!"

Aku nak tutup tapi ada lagi suara Qais menahan aku daripada off panggilan.

"Laila..." Tika ini suaranya husky. Nak kalahkan suara serak Neil ke! Allahu, makin meremang. Seram sejuk yang ini.

"Laila... I miss you..."

Terkedu. Nak luruh jantung. Kuat jantungku bekerja keras dek kerana suara Qais. Ya Allah, ini dugaan.

Aku terus matikan handphone. Makin dilayan entah apa pula aku jadi nanti.

Deringan menjelma lagi tapi ini dari Neil. Aku berkobar-kobar sebelum jawab.

"Line busy. Ada orang call awak ke?"

"Hm, ya..." Suaraku sedikit bergetar. Harap Neil tak perasan.

"Awak?"

"Ya..."

"Jangan lupa esok. Awak tidur elok-elok jangan lupa basuh kaki. Baca doa tidur." Perlahan hatiku sejuk sedikit. Aku perlu buat keputusan bijak. Aku tak nak tembok yang aku bina ini roboh, aku kena pasakkan kuat.

"Neil..." Aku panggil dengan gementar.

"Esok kita rehat sama... Kita keluar, awak ada kereta tak?" Malu sungguh, tapi aku rela bersama Neil daripada Qais tu.

"Awak ajak saya dating ke?"

"B... bukan... Ajak makan je." Nervous gila! Rasa nak tercabut tangkai jantung ni.

"Hm, boleh. Saya ada kereta. Saya bawa ya esok... Jangan batalkan pulak."

"Okey, tak sabar." Aduh, asal aku cakap tak sabar?

"Wah, awak... tak sabar? Ini buat saya lagi excited..." Ceria saja suara Neil. Aku kemam bibir, rasa tak percaya. Ini pertama kali aku ajak lelaki bukan mahram keluar makan bersama.

"Neil. Saya nak tidur dulu... Bye... Assalamualaikum." Segera aku pinta undur diri. Aku bimbang Qais akan call lagi. Lepas panggilan tamat aku send wasap kepada Qais.

Esok saya dating dengan Neil.

Send. Menggigil tangan aku.

Ting!

No, never! Esok kau dengan aku. Bukan dia!

Aku termenung melihat skrin. Ya Allah... Makin tak tentu arah aku. Kenapa dengan Qais ni? Terus aku matikan telefon. Mulalah terasa nak demam. Pening kepala bercampur serabut. Rasanya aku akan demam esok.

3. 11. 2022

...

Writer's comment : sambungannya kena beli ebook .. skrg tgh promosi. Murah je. Tgk detail ya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro