Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PINTU kaca Han's Cafe dibuka lalu kaki melangkah masuk ke dalam kafe yang serba moden itu. Walaupun kafe sudah pun tidak menerima pelanggan, namun pekerja-pekerja di kafe itu langsung tidak menghalau si gadis mahupun memarahinya malah gadis bertudung biru tua itu disambut mesra oleh mereka.

Farhan yang sedang menyisip air kopinya perasan akan kehadiran gadis itu tersenyum lebar. Entah kenapa, setiap kali terpandangkan wajah si gadis, tanpa perlu dipaksa, bibirnya sendiri akan mengoyak senyum.

"Shafira, why're you coming?" soal Farhan dengan kening sengaja diangkat.

Shafira melabuhkan punggungnya di hadapan Farhan yang dipisahkan dengan sebuah meja bulat.

"La... perlu sebab ke nak datang? Awak ni sengaja buat-buat tak tahu ke atau memang tak tahu?" Sengihan muncul di bibir Shafira, sengaja mengusik. Ah, dia tahu Farhan faham maksud tersirat di sebalik ayatnya. Hakikatnya, Farhan lebih bijak daripadanya.

Farhan terbatuk-batuk kecil apabila terasa air yang melalui kopinya terasa tersekat di kerongkongan. Tangan dibawa ke kepala lalu kepala itu berpaling ke arah lain, mengelak daripada melihat Shafira yang sudah tersengih mengusik itu.

Tawa Shafira meletus kerana tidak tahan melihat lelaki itu menahan perasaan segannya sendiri.

Ya, apa yang Shafira maksudkan daripada kata-katanya ialah Farhan tak perlu tanya pun sebab dia datang ke sini kerana tujuannya hanya satu. Dia mahu berjumpa dengan Farhan atau lebih tepat dia sedang rindukan lelaki itu dan bukan sebab lain. Hanya itu. Dan semestinya Farhan maklum akan hal itu.

"Mesti awak fahamkan apa maksud saya? Kalau tak, kenapa telinga awak merah?" usik Shafira lalu meledakkan tawanya kembali. Seronok kerana dapat melihat sisi lain Farhan yang jarang sekali ditunjukkan.

"Yes, you must have a reason sebab aku tahu kau sangat sibuk sekarang ni untuk uruskan projek Tan Sri Hazlam tu." Jawab Farhan dengan nada tegas. Dia takkan membiarkan dirinya kalah dengan serangan dalam diam oleh Shafira. Lagipun, memang dia tahu gadis muda itu sangat sibuk dengan kerjanya sehingga tak sempat berjumpanya belakangan ini. Jadi dia agak mesti ada sebab Shafira tiba-tiba serbu tempat kerjanya tanpa memberitahu terlebih dulu.

Shafira tergelak kecil. "Okeylah, honestly selain daripada sebab saya rindukan awak, saya ada something nak cakap." Tatkala tiba di hujung ayat, gelak Shafira perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah senyuman.

Walaupun bibirnya dihiasi segaris senyum, namun dalam hatinya, dadanya sudah berdebar kencang. Jantungnya berdegup laju seperti baru saja maraton 500 meter.

Farhan yang perasan akan senyum Shafira yang kelihatan lain mengerutkan dahinya. Senyum itu macam dipaksa. Mungkin ada sesuatu mengganggu gadis bernama Shafira ini? Seperti biasa, Farhan lebih suka mendengar dari bertanya lebih-lebih. Jika Shafira mahu beritahu, dia sanggup menyediakan telinganya untuk Shafira.

"Farhan, boleh tak kita pergi dekat tempat tak ada orang? Saya tak boleh cakap benda ni kat tempat awamlah." pinta gadis itu sambil menjeling kawasan sekeliling kafe yang masih dihuni oleh pekerja-pekerja Farhan.

Lelaki itu senyap seketika sebelum bangun daripada kerusinya seraya melangkah ke arah dapur belakang. Shafira tersenyum bahagia. Ah, Farhan... Sentiasa ada caranya tersendiri walaupun tanpa perlu bercakap.

Setibanya mereka berdua di dapur, Farhan berpaling menghadap gadis itu dengan kedua-dua tangannya disilang ke dada, memberi tanda lelaki itu sudah benar-benar sedia untuk mendengar apa yang akan dilontarkan oleh Shafira.

Shafira pula tertunduk sebentar sebelum dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya kuat. Perbuatannya seolah-olah hendak menarik segala kekuatannya ke dalam diri dan melepaskan semua fikiran-fikiran negatif yang membuatkan dia gugup.

"Farhan, kitakan dah setahun kenal. Hmm... Saya pernah cakap dengan awak dulu, apa yang saya akan buat bila jumpa 426 sebenar nanti. Lepas saya dah dapat kenal awak, bawa awak jumpa keluarga saya... Saya akan..."

"Kau tak nak jumpa aku dah?" tebak Farhan. Mata lelaki itu yang mulanya lembut dan tenang kini bertukar dingin. Malah ada api kemarahan di sebalik mata itu. Shafira cepat-cepat menunduk menekur lantai untuk beberapa waktu sebelum memberanikan diri memandang Farhan.

"Dulu, memang saya cakap macam tu dan sekarang ni, saya dah buat keputusan, saya nak," Suara Shafira seakan-akan berbisik pada angin petang. Halus saja. Namun kerana suasana dapur yang agak sunyi, Farhan dapat mendengar dengan jelas setiap butir kata yang terkeluar dari mulut Shafira.

Tetapi tidak seperti sebelum-sebelum ini, sikap Farhan yang lebih suka mendengar daripada bercakap itu seolah-olah hilang apabila Farhan tidak mampu untuk mengawal gelojak hatinya tika ini. Perasaan risau, takut dan kecewa bermain di jiwanya dan akhirnya bersatu membuatkan fikiran Farhan menjadi bercelaru. Dia menjadi begini kerana dia sudah dapat mengagak apa yang akan dilontarkan oleh gadis itu selepas ini.

Kali ini, Farhan pula yang menjatuhkan kepalanya. Seperti sedang menyembunyikan diri sendiri, Farhan berpaling ke belakang dari terus merenung wajah gadis itu. Hatinya semakin diserang kepiluan.

"Saya tahu awak mungkin tak setuju dengan keputusan saya, tapi saya," Sekali lagi, ayat dibiarkan tergantung. Mendengarkan nada sebak Shafira, hati Farhan semakin yakin gadis itu akan meninggalkan dirinya.

"Fira, aku rasa kau tahukan?"

"Ya, saya tahu tapi..." Suara Shafira berubah serak. Sebak begitu menusuk dadanya. Dia merasakan mungkin dia tiada harapan lagi. Walauapapun, hakikat bahawa Farhan ialah 426 tak dapat dielakkan. Namun hatinya berdegil. Dia tak mahu berputus asa sebelum mencuba.

"Dan kau masih nak tinggalkan aku?" Lelaki itu mencekalkan hatinya untuk memandang gadis di hadapannya. Farhan kini sudah hilang semua koolnya. Matanya memandang penuh berharap ke arah Shafira.

Gadis itu tergamam sehingga dia tak mampu nak membalas apa-apa. Shafira tak pernah melihat Farhan tak keruan sebegini.

"If you know I love you, then why you still want to leave me?"

"Ap.. apa awak cakap ni?" Shafira menjadi keliru sebentar. Wajahnya jelas seperti dia sedang cuba mencernakan kembali ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Farhan.

Kepala Farhan dijatuhkan memandang lantai. Farhan tak mampu untuk menatap mata Shafira seperti selalu. Rambut diraup ke belakang. "Aku tak nak hilang kau, Shafira." Luah lelaki itu dengan suara yang bergetar halus.

"Farhan, kejap! Apa awak cakap ni? Siapa cakap saya nak tinggalkan awak?" Cepat-cepat Shafira membalas, tak sanggup melihat Farhan yang nampak bercelaru kerana menyangka dia akan meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu merenung gadis di hadapannya, hairan. Fikirannya menjadi kosong serta-merta. Shafira merenung Farhan dalam-dalam lalu dengan pandangan yang penuh semangat waja, Shafira membuka mulutnya,

"Farhan, saya nak hidup bersama dengan awak! Saya tahu sebelum ni saya cakap saya akan tinggalkan awak selepas kita kenal, tapi saya dah berubah fikiran. Saya... Saya nak,"

Suasana senyap seketika sebelum Shafira menyambung dengan wajah yang sudah merah padam.

"Saya nak... Nak... Jadi isteri awak."

Farhan terkedu seketika sebelum perlahan-lahan jatuh mencangkung di lantai. Kedua-dua tangan diletak ke muka. Dalam hati, sudah berbakul-bakul carutan dan sumpahan dihadiahkan buat diri sendiri kerana salah faham.

"Saya takut nak beritahu awak sebab saya tahu awak sangat pentingkan kerja awak sebagai 426. But I still want to tell you that I want to live with you forever." Suara Shafira jelas bergema di telinga Farhan saat ini.

"Tapi bila awak cakap awak tak nak hilang saya, saya..." Belum sempat Shafira menghabiskan ayatnya, Farhan segera bangun lalu mencapai tuala buruk dari atas dapur lalu dibaling ke arah Shafira.

Gadis itu terjerit kecil kerana terkejut.

"Shut up! Don't you dare to say further than that!" Arah Farhan. Segera lelaki itu menapak keluar dari ruang dapur belakang. Dia dapat merasakan seluruh wajahnya panas dari biasa.

"Damn you, what you said just now?" Farhan geram dengan diri sendiri yang tiba-tiba saja bercakap tanpa mendengar terlebih dahulu.

"Aku macam dah terasa-rasa nasi minyak lalu kat tekak aku ni." Celah seseorang, tiba-tiba. Haries.

Haries yang kelihatannya baru pulang dari kerja tersengih-sengih sebelum tawanya meledak saat wajah menyinga Farhan muncul. Ya, dia dengar segalanya. Sakit perut Haries menahan ketawa di tepi pintu tadi. Rasa macam nak berguling ketawa di situ juga. Tapi dia tak mahu merosakkan suasana, maka dia menyembunyikan dirinya.

"And you know what?" Haries menunjukkan telefon bimbit di tangannya lalu dia menekan sesuatu di papan kekuncinya.

"Aku tak nak hilang kau, Shafira."

Farhan mengetap bibir bawahnya. Haries senyum sinis.

"I'll make this my ringtone and make a ton of copy of it."

Kau memang nak mati, Haries, desis hati Farhan sebelum dengusan kerasnya kedengaran.

Huhuhu😂 lawaknya, farhan salah faham. Susah gak nak buat farhan jadi camtu tau.😌 Author asyik tukar ayat je nk suh bgi dia sesuai dgn personaliti Farhan.😂 Wokeh, next chap is for Haries!!! 🤗 Vote n comment.💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro